Followers

Saturday 13 June 2015

Selangor Bakal Jadi Mangsa POLITIK Pakatan Haprak ?

Di khabarkan usaha kini sedang dilakukan untuk memastikan kedudukan kerajaan negeri Selangor kekal milik PKR dan Azmin Ali sebagai Menteri Besarnya.

Semuanya disebabkan spekulasi yang kini bertiup kencang bahawa akan berlaku sesuatu dalam senario politik di Selangor memandangkan hubungan yang tidak berapa mesra parti-parti dalam Pakatan Haprak.

Jika itu berlaku dalam masa terdekat maka Azmin Ali akan menjadi mangsa kerakusan politik sendiri selepas Khalid Ibrahim sebelum ini.Apa mungkin ini merupakan isyarat menarik bagi Wan Azizah untuk kembali mengintai kedudukan sebagai Menteri Besar Selangor ? 

Ramai di luar sana sedang memerhatikan dengan penuh minat perkembangan di bumi Selangor.Sejauh mana kerajaan negeri yang kini dianggap sebagai tidak stabil itu mampu mengharungi tsunami politik yang kini sedang berlaku dalam Pakatan Haprak ?

Apakah semua itu sekadar satu spekulasi yang boleh dianggap sebagai bukan isu seperti mana yang diperkatakan oleh Azmin kepada pemberita semalam ?
SHAH ALAM 12 Jun - Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali menolak spekulasi kemungkinan Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan ekoran krisis hubungan antara DAP dan PAS dalam Pakatan Rakyat (PR).
Beliau berkata, yang harus diutamakan ialah kepentingan masa depan PR, dan ia bukan bergantung kepada sesebuah parti.
"Itu bukan isu," katanya ringkas kepada pemberita selepas merasmikan program multaqa pegawai dan jawatankuasa masjid di Masjid Negeri Shah Alam, hari ini.-rakyatnews 
Semua pihak sedia maklum hubungan PAS dengan parti-parti dalam Pakatan Haprak tidaklah semesra dulu.Sikap egois sebahagian besar pimpinan dalam PKR dan DAP sebelum ini sebenarnya sudah menjadi barah yang hanya menanti masa untuk membunuh.

PAS yang kini dibarisi kepimpinan baru apabila kumpulan pro ulama menguasai secara total pemilihan baru-baru ini sebenarnya menjadi duri dalam daging kepada kerajaan Selangor yang dipimpin oleh Azmin.

LOGIK

Secara logiknya , apabila Lim Kit Siang secara terang-terangan menyatakan Pakatan Haprak tidak lagi WUJUD apabila PAS mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan dengan parti DAP maka kedudukan kerajaan negeri Selangor sudah pun berada dalam keadaan yang tidak stabil.

Bagaimana sebuah kerajaan negeri boleh dibentuk sekiranya majoriti kedudukan kerusi yang dipersetujui atas nama Pakatan Haprak sudah tidak lagi wujud ?

Malah kalau dihitung kedudukan kerusi berdasarkan kenyataan Lim Kit Siang itu , kerajaan negeri Selangor kini hanya mempunyai 28 kerusi DUN melibatkan persetujuan untuk bersama antara PKR dan DAP.

PAS yang mempunyai 15 kerusi pula bolehlah di andaikan sebagai parti tunggal manakala UMNO memiliki 12 kerusi selain BEBAS 1.

Andai kata berlakunya persetujuan untuk bersama atas persetujuan untuk membentuk pasukan campuran maka bilangan kerusi melibatkan parti PAS , UMNO dan BEBAS juga melibatkan 28 kerusi DUN menyamai apa yang dimiliki oleh PKR dan DAP.


Sudah pastilah situasi ini mampu menjerat kepimpinan PKR dan DAP yang selama ini begitu angkuh dan sombong terhadap PAS.

Bayangkan sekiranya 1 daripada 13 kerusi milik PKR membuat keputusan untuk memberikan sokongan kepada apa yang MMI sebut sebagai pasukan campuran ? Maka sudah pastilah kerajaan Pakatan Haprak di Selangor akan tumbang !

Dan jika diambil kira saranan Dr Abdul Aziz Bari , beliau lebih terarah untuk menyerahkan keputusan kepada rakyat bermaksud membubarkan DUN dan mengadakan pilihanraya negeri.

Berdasarkan pengamatan situasi semasa, khususnya antara PAS dan DAP, Aziz menegaskan, kestabilan dalam kerajaan negeri Selangor kini sudah hilang.

“Di Selangor, mereka gagal menunjukkan imej kestabilan. Ia tidak baik untuk kerajaan negeri,” katanya.

PR mempunyai majoriti 43 kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor dengan PAS dan DAP masing-masing memiliki 15 kerusi dan PKR 13.

Barisan Nasional pula mempunyai 12 kerusi.

Walaupun PKR memiliki jumlah kerusi yang lebih rendah, jawatan menteri besar Selangor diberikan kepada mereka atas persetujuan sesama rakan komponen dalam PR.

“Jangan terkejut jika bakal ada pilihan raya negeri. Rasanya kedudukan (Menteri Besar Selangor Mohamed) Azmin Ali pun, kita tidak tahu macam mana,” kata Aziz.

Apa pun kedudukan kerajaan negeri Selangor sehingga ke hari ini masih lagi selamat kerana PAS sewaktu membuat keputusan untuk memutuskan hubungan dengan DAP turut menegaskan akan kekal bersama Pakatan Haprak.

Satu keputusan yang mungkin melegakan Azmin Ali buat seketika kerana apa yang sedang berlaku hari ini khususnya dalam Pakatan Haprak adalah sesuatu yang sukar dijangka.

Segala kemungkinan boleh berlaku apatah lagi DAP dilihat masih lagi kekal dengan keputusan mereka menyambut keputusan PAS memutuskan hubungan dengan parti itu dengan mengarahkan agar semua wakil PAS meletakkan jawatan yang disandang sama ada melibatkan kerajaan negeri mahupun GLC khususnya di Pulau Pinang.

Apakah Hadi Awang dan seluruh saf pimpinan PAS yang baru masih lagi mahu berlembut dengan tindakan DAP tersebut ?

Hadi punya tugas berat untuk memastikan PAS dipulihkan selain daripada mengambil pendirian tegas untuk menutup mulut longkang DAP yang selama ini menjadikan PAS sebagai ANJING KURAP Pakatan Haprak !

Selain dari itu Hadi juga perlu bingkas untuk menyelamatkan maruah partinya memandangkan PAS sering kali dikhianati oleh PKR kerana lebih percayakan DAP !  

Bagi MMI mudah , apa jua tindakan selepas ini PAS perlu melihat soal integriti dan kredibiliti parti serta pemimpinnya dalam merencanakan perancangan serta hala tuju parti tersebut.

Soal sama ada Selangor bakal terjebak dalam konflik politik seperti mana sebelum ini hanya boleh ditentukan oleh kekuatan PAS hari ini !

Sekiranya Hadi dan seluruh saf kepimpinannya GAGAL maka usahlah berbicara soal perjuangan kerana PAS waima di pimpin sesiapa pun akan kekal sebagai ANJING KURAP milik DAP dan PKR !

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels