Ada di antara rakan-rakan yang bertanya apa pandangan MMI terhadap tindak-tanduk Mahathir pada hari ini.
Maklumlah kehadirannya dalam Pakatan Haprak telah menyebabkan pakatan pembangkang itu dibadai dengan angin monsun yang jika tidak ditangani dengan betul bakal mengaramkan seluruh bahtera pincang Pakatan Haprak.
Ada yang mengatakan kehadiran Mahathir bakal mendatangkan masalah yang paling besar kepada parti UMNO dan Barisan Nasional, Ya itu adalah tanggapan sewaktu awal-awal kemunculan Mahathir.
Tetapi hari ini kesan dan akibat daripada kerakusan parti-parti pembangkang seperti DAP, PKR dan PAN yang mahu menagih sokongan orang-orang Melayu atau penyokong UMNO dengan membawa masuk Mahathir ternyata adalah strategi yang salah.
Sejak Mahathir membuka mulut dan bertindak seolah-olah DAP itu adalah parti yang jauh lebih suci dari UMNO mahupun PAS maka berbondong-bondonglah Pakatan Haprak khususnya PPBM menerima tempias ribut petir menggila sehingga reputasi Pakatan Haprak pada hari ini telah terjejas dengan terus sekali.
Mahathir pula sedar dan tahu bahawa kehadirannya sudah menjadi liabiliti kepada Pakatan Haprak namun sedang berusaha untuk merubahnya serta menjadikan keputusan PRU14 sebagai bukti bahawa Mahathir masih punya aura dan relevan.
Kerana itu Mahathir tidak boleh berhenti bercakap lagi, beliau perlu melontarkan apa sahaja yang beliau rasakan perlu dan boleh walaupun ia jelas songsang sehingga menghukum diri sendiri.
Hakikatnya Mahathir sudah hilang arah kerana misi politiknya lebih penting dari maruah diri sendiri !
Sebagai buktinya Mahathir menuduh polis yang mendorong dirinya sebagai Perdana Menteri untuk memecat Timbalannya pada waktu itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ditahan atas kesalahan rasuah dan liwat pada 1998.
Dalam temu bual eksklusif bersama akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily keluaran Ahad lalu, Mahathir berkata, beliau tidak mempunyai pilihan selain terpaksa mengambil tindakan terhadap Anwar setelah polis mengemukakan semua bukti kepadanya.
“Saya amat marah kepada polis. Saya bertanya kepada mereka kenapa tidak memberi Anwar peluang perbicaraan?
“Mereka (polis) tidak memberitahu saya mengenai perkara itu pada awalnya tetapi kemudiannya memberi kesan ‘mata lebam’ kepada Anwar, tetapi saya berkeras supaya Anwar diberi peluang perbicaraan,” katanya.
Mahathir menambah, jika dirinya seorang diktator, dia boleh terus menyumbatkan Anwar ke penjara daripada memberi peluang perbicaraan.
Pada November lalu, beliau turut menuduh polis yang menjadi penyebab peristiwa Ops Lalang 1987 yang menyaksikan 106 orang terdiri daripada aktivis awam, pemimpin agama, peguam serta pemimpin politik ditahan tanpa perbicaraan di bawah Akta Rahsia Rasmi.
Pada waktu itu, Mahathir berkata, beliau turut menutup tiga akhbar termasuk The Star.
“Dari sudut pandang politik, saya tidak akan melakukannya. Sewaktu saya menjadi Perdana Menteri, saya berjanji kepada diri saya yang tidak akan melakukan apa-apa sahaja yang menyakitkan hati orang lain, namun, saya tidak punyai pilihan,” ujarnya.
Menurut Mahathir, beliau hanya berkuasa memecat Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, sebaliknya Majlis Tertinggi UMNO yang membuat keputusan kolektif untuk memecat Anwar sebagai Timbalan Presiden parti.
“Kami mempunyai mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO pada pukul 4 pagi. Setiap orang diberi peluang bercakap dan mereka bukan sahaja tidak mahu Anwar dalam pentadbiran kerajaan sebaliknya turut melibatkan parti. Itu bukan keputusan saya,” katanya.
Well amati bait-bait ungkapan Mahathir, beliau lupa agaknya siapa yang memikul tanggungjawab sebagai Perdana Menteri pada ketika itu ?
Mahathir sedang berusaha untuk meyakinkan orang ramai bahawa beliau bukan diktator tetapi beliau lupa REALITINYA pembangkang iaitu parti-parti dalam Pakatan Haprak seperti DAP, PKR dan PAN yang kini bersama beliau adalah kumpulan yang melabel Mahathir ssebagai MAHAZALIM, MAHAFIRAUN dan DIKTATOR !
Sebagai Perdana Menteri, Mahathir punya ruang yang secukupnya untuk membuat keputusan dan BERHAK untuk menolak sebarang keputusan berdasarkan pertimbangan terhadap bukti-bukti yang disediakan.
Kenapa hari ini membuat dakwaan seolah-olah Mahathir tidak punya KUASA sewaktu menjadi Perdana Menteri ?
Jika benar telahan itu maka jelas bahawa MAHATHIR pada hari ini juga tidak RELEVAN sama sekali untuk diangkat sebagai Perdana Menteri sekiranya Pakatan Haprak menawan Putrajaya kerana hampir pasti beliau hanya akan menjadi pak turut kepada barisan menteri kabinetnya yang bakal terdiri daripada DAP, PKR dan PAN.
Apakah itu yang rakyat mahukan ??????
INGAT ini pengakuan Mahathir disaat beliau amat-amat memerlukan sokongan politik !
MMI
Kita tunggu dia u turn kes liwat plak..
ReplyDeletekeling punya belit lain mcm
ReplyDeleteKesian orang tua ini, makin tua, makin nak mampos, hidup makin celaru ... Apa tah lagi dia benci sgt dgn PAS/ISLAM. Allah panjangkan umur dia supaya dia melihat dan menerima balasan di atas perbuatan dirinya ..
ReplyDeleteHello nicce post
ReplyDelete