Followers

Friday 25 January 2013

PANAZZ Wakil Rakyat RamPAS Isteri Penyokong Sendiri ??!

Gambar Hiasan
PEMIMPIN PAS selalu dianggap sebagai pemimpin yang maksum dengan berimejkan jubah, serban & kopiah oleh penyokong tegar mereka & disembah di puja bagaikan tidak ada pemimpin dari parti lain yang boleh dipercayai oleh mereka melainkan pemimpin PAS.

Tetapi malang bagi seorang penyokong tegar PAS di Terengganu apabila dia menceritakan bahawa dia telah di khianati oleh YB adun ladang, malahan menjadi mangsa dengan keadaan yang teramat sedih & menderita apabila isterinya telah dirampas oleh YB PAS tersebut.

Apa berlaku kepada penyokong tegar PAS ini apabila isterinya telah ditawarkan untuk bekerja kepada YB PAS Adun Ladang ini bagi menjaga isteri adun tersebut yang sedang Sakit ketika itu kerana komplikasi penyakit darah tinggi pada September 2011.

Selama 6 bulan isteri kepada penyokong tegar PAS ini berulang alik ke rumah YB PAS adun Ladang tersebut bagi menjaga isteri YB, tetapi apa yang menghairankan penyokong tegar PAS ini apabila isterinya sanggup ke rumah YB tersebut walaupun pada waktu malam dengan alasan YB panggil untuk melihat isteri YB yang memerlukan khidmatnya.

Apa yang lebih sedih & kejam apabila dia diberitahu YB PAS adun tersebut pernah dilihat berada di rumahnya bersama isterinya ketika dia tiada di rumah & dikatakan mempunyai hubungan sulit.

Nasib yang lebih malang bagi pengikut tegar ini apabila isteri YB PAS adun ladang tersebut meninggal dunia, tetapi isterinya masih lagi berulang alik ke rumah YB PAS adun ladang beracap kali tanpa memberitahu suaminya, menyebabkan penyokong tegar PAS ini bergaduh dengan isterinya.

Akhirnya, isteri penyokong tegar ini menuntut fasakh di mahkamah, kerana tidak mahu menanggung dosa isterinya yang curang penyokong tegar PAS ini telah menceraikan isterinya & terbukti selepas setengah tahun kemudian isterinya telah berkahwin dengan YB PAS adun ladang tersebut, sehingga kini penyokong tegar PAS ini menanggung derita & rasa amat terhina dengan perbuatan isterinya serta merasa teramat aib dengan masyarakat.

Dia sungguh tidak sangka seorang YB PAS yang disanjungnya selama ini telah mengkhianati kepercayaanya & seoarang penipu yang sanggup merampas isterinya secara kotor & hina.Baca Selanjutnya 

Sejauh mana kebenaran berita dan cerita ini MMI tak pasti tetapi jika benar ianya membuktikan sesiapa pun tidak akan terlepas dari berbuat dosa dan kemungkaran yang kadang kalanya mengheret seseorang itu tewas hanya kerana nafsu yang menguasai diri.

Bayangkan jika ianya benar maka YB yang terlibat itu adalah dari parti PAS yang saban hari dan detik melaungkan merekalah yang memperjuangkan Islam sejati.Maka kita harus sedar bahawa menganggotai parti politik bukanlah tiket mahupun pentas seseorang itu maksum dari segala kemungkaran.

Undi PAS masuk syurga ? Guna otak sikitlah...

MMI.

1 comment:

  1. cerita ni tak betul,,suami dia tu memang gila talak, suka dera isteri dan makan hasil bini,,garang nak mampus,,dia dah bercerai tiga tahun tp masih gila talak sbb isterinya tak mahu balik dgn dia lagi,,pastu keluar cerita macam ni bila isterinya kahwin lain..

    ReplyDelete

Labels