Followers

Monday, 22 April 2013

Calon P042 SYABUDIN Ikrar Pertahan Barisan Nasional Tasek Gelugor #PRU13 #PG13 #BetterNation


Syabudin Yahya bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Permatang Berangan yang turut merupakan Ketua UMNO Bahagian Tasek Gelugor kini merupakan calon bagi kerusi P042 Parlimen Tasek Gelugor mewakili Barisan Nasional.

Beliau yang sebelum ini mempertahankan kerusi DUN Permatang Berangan selama 2 penggal semenjak 2004 yang lalu melahirkan keyakinan Barisan Nasional bakal mempertahankan 3 kerusi DUN dan 1 kerusi Parlimen di Tasek Gelugor dalam pilihanraya yang ke13 ini.

Untuk kali ini Barisan Nasional Tasek Gelugor bukan saja perlu berdepan dengan persaingan dari calon pembangkang iaitu Rahman Maidin daripada PAS tetapi juga daripada calon BEBAS yang menyaksikan bekas Ahli Parlimen Tasek Gelugor , Dato Sharif Omar bertanding.

Syabudin Yahya selaku calon P042 Barisan Nasional percaya walaupun berlaku persaingan 3 penjuru namun beliau yakin rakyat dan pengundi tahu siapa sebenarnya yang mampu membawa perubahan serta kemakmuran kepada negara dan rakyat.

"Kita telah pun bekerja dan akan terus bekerja bagi kebaikan bersama , bukan soal individu kerana Barisan Nasional merupakan parti yang selama ini menjadi pasukan besar yang mampu membawa kemakmuran kepada rakyat dan negara."


Haji Shabudin Bin Yahaya calon P042 Parlimen Tasek Gelugor kini berusia 48 tahun lahir pada tarikh 12 November 1965.Telah berkahwin dengan Rasidah Binti Haji Abdul Majid seorang pensyarah Kolej Matrikulasi Pulau Pinang Pongsu seribu Mk8 Kepala Batas dan mempunyai 4 orang anak.

Penerima pingat kehormatan P.J.K dan merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Permatang Berangan selama 2 penggal serta Setiausaha Politik Menteri Di Jabatan Perdana Menteri , YB Mejar Jeneral Dato' Jamil Khir (B).

Mempunyai kelulusan Sarjana Muda (Syariah) Kepujian Universiti Malaya

   
Antara jawatan yang pernah disandang beliau dalam perkhidmatan pentadbiran selama ini dan sekarang

1. Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang 2004  - 2009 
2. Timbalan Yang DiPertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Jun 2008 – Julai 2009
3. Ahli Lembaga Pengarah YADIM 2008 – sekarang
4. Ahli Dewan Amal Islam Malaysia (DAMAI) 2007 – sekarang
5. Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang 2003 – 2004 & 2009 – 2010
6. Pengerusi Lembaga Pengarah Pusat Urus Zakat (PUZ) Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang     (MAINPP) 2004 – 2009
7. Pengerusi Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat , Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) 2004 – April 2008
8. Pengerusi Jawatakuasa Pembangunan Wakaf , Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) 2004 – 2009
9. Ahli Jawatankuasa  MMK Agama Kerajaan Negeri Pulau Pinang 2004 – April 2008
10. Ahli Jawatankuasa MKK Pertanian Kerajaan Negeri Pulau Pinang 2004 – April 2008
11. Ahli Lembaga Muzium Islam Negeri Pulau Pinang 2004 – 2008
12. Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA)  Kementerian Penerangan Malaysia 2002 -2004
13. Ketua Penolong Pengarah (BahagianDakwah)  Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang 1997
14. Pegawai Hal Ehwal Islam,  Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang   (Kadi Daerah) 1990
15. Ahli Lembaga Penasihat Haji,Lembaga Tabung Haji 2008-2013

Perkhidmatan & Jawatan berkaitan politik

1. Setiausaha Politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri  YB Mejar Jeneral Dato’ Jamil Khir (B) Mei 2009 - sekarang
2. Ahli Jawatankuasa Badan Perhugungan UMNO Negeri Pulau Pinang 2008-sekarang
3. Ketua UMNO Bahagian Tasek Gelugor, Pulau Pinang Oktober 2008 –sekarang
4. Pengerusi Barisan Nasional Bahagian Tasek Gelugor 2010 - sekarang
5. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) 2004 – 2008 
6. Penasihat Gerakan Belia 4B Malaysia Kawasan Tasek Gelugor, Pulau Pinang 2008 – sekarang
7. Pengerusi Biro Agama Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang 2006 – sekarang
8. Pengerusi  Biro Agama UMNO Bahagian Kepala Batas, Pulau Pinang 2000 – 2005
9. Penasihat Gerakan Belia 4B Malaysia Kawasan Kepala Batas 1999 – 2002
10. Ahli UMNO BahagianKepala Batas, Pulau Pinang 2000 – 2005
11. Ahli UMNO BahagianTasekGelugor, Pulau Pinang 2005 -sekarang

Perkhidmatan dalam bidang sosial

1. Pengerusi Majlis Pembangunan Koperasi Negeri Pulau Pinang di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi 2008 - sekarang
2. Pengerusi Kelab Sukan Komuniti KADUN Permatang Berangan, Tasek Gelugor 2004 – sekarang
3. Pengerusi Jawatankuasa Islam hadhari Peringkat Negeri Pulau Pinang 2002 – 2004
4. Ahli Lembaga Pelawat Sekolah Menengah Tunas Bakti , Teluk Air Tawar 1998 -2004
5. Pendakwah  Radio Tiga Pulau Pinang / Alor Star / Perak Pendakwah Panel Rancangan Agama RTM 1 1993 - 2004.


MMI.

6 comments:

  1. biodata wakil bn utk dun di tasek gelugor x da ke..nak tau jgk calon bn tu sapa..

    ReplyDelete
  2. in shaa Allah...kali ni org Tasek Gelugor tolak rahman maidin org luar dari mana ntah tiba2 muncul nk jd ahli parlimen sini & lagi sorang org tua tamak haloba mcm sharip kiram....kemenangan pasti milik BN...Hidup Ustaz Shahabudin!!

    ReplyDelete
  3. http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/datuk-jahara-hamid-nyata-tidak-mahu-bertanding-dalam-pru-ke-13 Ini sorang lagi kita kena tolak sebab dia awai awai lagi dah buat pendirian tak bertanding tapi go head gostan la.... macam ni punya YB pun ada..kah kah
    kah kah... WANITA di TG takde yang layak selain saya ya? kah kah kah.. Nafsu kuat jugak YB Jahara ni. Goyang YB goyang... kah kah kah

    ReplyDelete
  4. BN= Bodooo Nyer

    ReplyDelete
  5. Poyo punya umno....shabudin sure kalah kali ni

    ReplyDelete