Followers

Sunday 21 April 2013

PANAZZ Azmi Alang Di Belakang Sharif ?!!!


Isu panas yang melanda Tasek Gelugor rentetan daripada pencalonan Dato Sharif Omar bekas Ketua UMNO Bahagian dan Ahli Parlimen Tasek Gelugor bertanding sebagai calon BEBAS kini menjadi semakin pudar apabila tindakan beliau bertanding atas tiket BEBAS menjadi buah mulut rata-rata penduduk Tasek Gelugor. 

Dato Sharif Omar yang pernah memegang jawatan Timbalan Menteri Pertanian kini bukan saja tidak di terima oleh kebanyakkan penggerak parti malah imej beliau sebagai seorang pemimpin yang mesra rakyat dan patuh kepada parti hilang dalam sekelip mata.

Kebanyakkan penduduk Tasek Gelugor ternyata kecewa dengan tindakan bekas pemimpin mereka dan melabelkan Dato Sharif sebagai pengkianat parti.

Pergerakan Dato Sharif Omar selama ini telah dibantu oleh seseorang dan merupakan perancang kepada gerakan-gerakan sabotaj pemimpin dan parti selama ini.

Untuk makluman beliau merupakan antara orang kuat salah satu badan NGO di Tasek Gelugor dan sering menggunakan NGO tersebut bagi tujuan kempen Dato Sharif Omar sebelumnya.

Malah beliau yang bernama Azmi Alang ini merupakan orang yang bertanggungjawab menggerakkan kumpulan tertentu untuk memasang kain rentang di seluruh parlimen Tasek Gelugor menolak kepimpinan Tan Sri Nor Mohamed Yakcop sebagai Ahli Parlimen sebelum pembubaran parlimen baru-baru ini.

Azmi Alang juga pernah terlibat dalam usaha menyebarkan risalah sewaktu Persidangan Agung UMNO di PWTC ke setiap pintu-pintu bilik hotel para perwakilan dengan niat untuk merosakkan reputasi pemimpin di Tasek Gelugor.

Namun ada yang lebih menarik tentang beliau kerana sebelum ini dalam ucapan dan cakap-cakapnya telah pun mengesahkan untuk bertanding atas tiket BEBAS alih-alih apabila tiba hari penamaan calon nama beliau langsung tidak di sebut oleh SPR.

Maka disini jelaslah beliau bukan sahaja tidak menghormati pucuk pimpinan parti tetapi penakut kerana GAGAL mengotakan kata-katanya.Baca Seterusnya 

Sebagai penduduk dan rakyat Tasek Gelugor , MMI tidak menafikan sumbangan Dato Sharif Omar ketika menjadi Ahli Parlimen tetapi tindakan beliau menyanggah dan tidak menghormati keputusan parti amatlah mengecewakan.

Sebagai anak muda MMI hairan bila mana kita diajar untuk menghormati pemimpin tetapi dalam masa yang sama pemimpin seperti Dato Sharif Omar tidak pula boleh menghormati pucuk pimpinan yang lebih tinggi daripadanya.

MMI.

1 comment:

Labels