Followers

Friday 5 April 2013

GAGAL Di Balik Pulau YUSMADI TIDAK DICALONKAN !!! #TolakPR #SavePenang


MMI ada ramai kawan di balik Pulau malah kalau sebut nama Yusmadi habis muncung mulut langsung tak kata apa-apa.Tu lah dulu pilih sangat sekarang sapa yang susah !! Hihi MMI kadang-kadang mengusik..

Dari cakap-cakap orang Balik Pulau , Yusmadi ternyata GAGAL menjaga Balik Pulau kerana beliau jarang sekali berada di kawasan.Malah ada rungutan dan permohonan daripada penduduk Balik Pulau yang tidak di endahkan oleh beliau.Yang selalu beliau lakukan adalah berada di luar kawasan mencari publisiti dengan hadir dalam program-program ceramah parti.

Senang cakap Yusmadi ni jenis orang cakap pandai tapi kerja HAPRAK !!!

Mungkin kerana sebab itulah apabila Parlimen dibubarkan nama Yusmadi terus terpadam dari senarai calon di Balik Pulau.Agak pelik sedikit kerana Yusmadi sebagai penyandang jawatan dan menang dalam PRU12 yang lalu tiba-tiba angkat kaki dan langsung tidak akan dicalonkan di mana-mana kawasan.

Bekas penyandang kerusi Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff digugurkan daripada senarai calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang.

Mengesahkan perkara tersebut, Yusmadi berkata, kerusi berkenaan bakal diisi oleh calon muka baru yang akan diumumkan oleh Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Balik Pulau akan ada calon baru PKR bagi PRU-13. Tunggu pengumuman Datuk Seri Anwar di Pulau Pinang malam ini. Terima kasih di atas segalanya Balik Pulau. Alhamdulillah.

"Terima kasih Balik Pulau, beri peluang saya belajar erti kepimpinan dan peluang berkhidmat walau tak seberapa. Mohon Maaf kalau ada salah silap," katanya menerusi akaun Twitter awal pagi Jumaat.

Selain itu Yusmadi turut mengesahkan bahawa beliau tidak dicalonkan di mana-mana kerusi sama ada peringkat Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN).

Menjawab soalan pengikutnya mengenai alasan beliau tidak bertanding atau mempertahankan kerusi Balik Pulau, Yusmadi secara berseloroh menjawab, "Setakat ini alasan yang saya ada dan mampu jawab ialah nak ambil lesen kereta yg masih saya gagal dapat."

Yusmadi yang juga seorang peguam bertanding kali pertama pada PRU 2008 dan menang tipis dengan majoriti 708 undi.mstar 

Beliau yang mendapat 15,749 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Dr Norraesah Mohamad yang memperoleh 15,041 undi.

Alo brader !! alasan tak bertanding sebab nak ambil lesen kereta hahahahahahahahaha....Agak-agaklah...

Rakyat Balik Pulau ampa macam mana ???

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels