Nampaknya usaha untuk membunuh karektor pemimpin UMNO semakin menjadi-jadi.Jika sebelum ini ianya melibatkan tangan ghaib yang menggunakan portal pro-pembangkang untuk memburukkan Menteri Dalam Negeri Baca Sini kini ianya berulang lagi malah lebih dasyat apabila ianya berlaku dalam sidang Dewan Rakyat.
Tindakan MP pembangkang jelas sekali berniat jahat dan ianya merupakan satu cubaan untuk membunuh karektor Zahid Hamidi di saat pemilihan UMNO yang bakal tiba.
Semuanya, gara-gara Gobind yang menyoal Zahid mengapa tiada siasatan dan tindakan susulan polis berhubung kes tumbuk membabitkan menteri itu dengan seorang pemuda pada tahun 2006, walaupun laporan polis dibuat.
Berikutan kekecohan yang berterusan itu, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia terpaksa bangkit untuk meredakan ketegangan apabila ahli Parlimen Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional (BN) terus bertikam lidah antara satu sama lain.
Ahmad Zahid kemudiaan membidas Gobind kerana menyalahgunakan dewan apabila membangkitkan kes itu. Katanya, isu berkenaan sedang diselesaikan menerusi prosedur undang-undang di mahkamah.
"Kita jumpa di mahkamah," katanya.sumber
Mungkin itu adalah kejadian yang berlaku dalam Dewan Rakyat yang boleh di saksikan oleh banyak pihak namun tahukah anda apakah insiden atau kes yang sebenarnya berlaku membabitkan isu tumbuk itu ?
Syed Hussein Al Atas dalam tulisannya mendakwa, anak perempuan Zahid tiba-tiba hilang dari rumah selama tiga bulan dengan cucunya dilarikan oleh orang yang menuduh dan membuat lapuran polis konon dia dibelasah oleh Zahid dan menuntut ganti rugi akibat kecederaan. Walaupun dia tak lagi berkerja, bukan bererti dia tak boleh lagi berkerja. Dulu kerja apa menanggung dua anak dan menaiki motor besar?
Puas YB Raden Zahid mencari dan bermacam ikhtiar yang telah dia lakukan namun anak perempuannya dan cucunya itu tidak juga kembali ke pangkuan keluarga. Tentu sekali sebagai ibu bapa semakin resah dan cemas.
Sebagai seorang yang percaya dengan kekuasaan Allah swt, Raden Zahid, mengambil keputusan untuk ke Mekah menunaikan umrah sambil bermohon kepada Allah agar anak perempuannya itu kembali ke pangkuan keluarga. Zahid juga tak tahan hati melihat isterinya, Hamidah setiap hari berada dalam kesedihan.
Maha suci Allah Pemilik Kerajaan Langit dan Bumi, maka sekembalinya YB Zahid, dari Mekah dia menemui kembali anak perempuannya dan cucunya.
Betapa gembiranya hati seorang bapa bila anak kesayangan telah ditemui.Setelah menemui anaknya itu barulah dia mengetahui kenapa tiba-tiba sahaja anak perempuannya itu menghilangkan diri.
Rupa-rupanya ada manusia yang sanggup menggunakan ilmu hitam, ubat guna-guna untuk menculik anak perempuannya. Mengikut cerita Zahid lagi dalam kereta anak perempuannya itu, dia menemui bermacam-macam tangkal atau apa saja yang boleh dikaitkan dengan ilmu hitam termasuk dibadan anak perempuannya.
Setelah diberitahu alangkah terkejutnya Zahid, bila mengetahui lelaki terbabit adalah salah seorang yang terlibat bersama-samanya menyertai ekspidisi motosikal besar yang dianjurkan oleh beliau.
Cuba anda berada di tempat Dato Zahid? Apa perasaan anda bila mengetahui orang yang dipercayai sanggup buat begitu? Sanggup memalukan Zahid sekeluarga?
Apakah anda akan hanya duduk berdiam diri atau akan singgahkan sebiji penumbuk di muka orang itu? Baca Selanjutnya
Apa pun yang berlaku kita harus ingat bahawa pembangkang sememangnya terkenal dengan sikap membela mereka yang bersalah dan ini dapat di lihat dalam banyak kes sebelum ini.Jangan lupa bagaimana pembangkang begitu bersungguh-sungguh membela kematian banduan dalam penjara sedangkan pada hakikatnya mereka itu adalah pesalah.
Jadi dalam isu membabitkan Dato Zahid ini ianya adalah usaha terancang yang di sengajakan bagi mencari ruang supaya imej pemimpin itu tercalar.Seperkara lagi yang harus kita tahu pembangkang sebenarnya amat tertekan dengan tindakan dan ketegasan Dato Zahid menerajui Kementerian Dalam Negeri.
Moral Of The Story ini semua adalah agenda politik pembangkang Puiiii...
MMI
No comments:
Post a Comment