Followers

Tuesday, 9 July 2013

Ada Tangan GHAIB KRITIK @Zahid_Hamidi ??


Pemilihan UMNO yang akan datang nampaknya menjadi semakin menarik apabila banyak pihak menunjukkan minat untuk mengikutinya.Istimewanya kali ini adalah , ianya bukan sahaja menarik minat ahli-ahli UMNO tetapi juga mereka-mereka yang berdiri atas kapasiti pembangkang.

Lagi mengejutkan adalah minat itu bukan sahaja di kalangan penyokong pembangkang tetapi turut melibatkan portal pro-pembangkang.The Malaysian Insider misalnya sudah pun mengeluarkan artikel berkenaan pemimpin UMNO dan tulisan mereka sudah pastilah lebih kepada propaganda dan "character assasination" seperti mana yang dilaporkan oleh blog Dr MiM.


Tetapi, itulah tugas dan misi portal-portal pro-pembangkang. Dah namanya pro-pembangkang, maka sepatutnya, sesiapa pun perlu berhati-hati untuk berkongsi maklumat. Terutamanya wujud spin, putar belit atau apa sahaja yang sewaktu dengannya dan semua itu sudah pasti tidak akan menguntungkan parti. Malah boleh mencalar imej kepimpinan parti UMNO.

Namun ada sesuatu yang agak mengejutkan MMI apabila Dr MiM mendedahkan bahawa terdapat orang dalam UMNO sendiri yang menjadikan portal pro-pembangkang sebagai medan untuk mengadu serta membongkar cerita-cerita melibatkan pemimpin tertinggi UMNO.

Yang pastinya kita tahu niat dan tujuan pembongkaran yang belum tentu benar itu hanyalah merupakan satu agenda menjatuhkan kredibiliti pemimpin tertentu khususnya mejelang pemilihan UMNO tidak lama lagi.

Merujuk kepada blog Dr MiM 

MiM berasa amat kesal apabila ada orang yang memegang jawatan dalam UMNO tetapi tidak kisah mengadu dan membongkar cerita kepada portal-portal pro-pembangkang tersebut. Apakah bodoh sangat individu-individu tersebut?

Dan di dalam kesungguhan pihak-pihak lain seperti MiM sendiri berpegang teguh untuk tidak mendedahkan perkara yang negatif tentang pemimpin-pemimpin UMNO itu sendiri kerana MiM percaya wujudnya saluran dalaman parti yang efektif, individu-individu yang berjawatan ini telah mencabul kepercayaan ini!

Mereka dengan sewenang-wenangnya menghina dan menjatuhkan imej rakan parti sendiri secara terbuka. Yang lebih bangangnya ialah mereka menggunakan saluran media yang diketahui pro-pembangkang!

Dan ianya ibarat pucuk dicita ulam mendatang bagi portal-portal tersebut dengan 'kerjasama' pemimpin-pemimpin UMNO itu sendiri. Sebagai contoh ialah kenyataan di bawah yang Malaysian Insider rujuk daripada sumber pemimpin parti UMNO itu sendiri :
"Jangan harap Zahid berhenti bermain kontroversi depan ahli Umno yang tercari-cari kepimpinan dalam parti pada masa ini. 
"Dan Zahid memberitahu parti yang beliau seorang pemimpin yang baik berbanding orang lain dan wajar kekal sebagai naib presiden melalui ketegasan pendiriannya," kata seorang pemimpin parti itu kepada The Malaysian Insider. 
"Zahid sudah lama jadi sekutu Najib. Jadi ini hanya 'ribut dalam cawan' sahaja dan suatu permainan menjelang pemilihan Umno," kata pemimpin Umno kepada The Malaysian Insider. 
"Seperti kebanyakan pemilik Harley-Davidson, menunjuk-nunjuk cuma di hujung minggu bersama anak. Ia menarik tapi hanya untuk masa lapang," kata pemimpin Umno itu.
'Hebat' sungguh kritikan pemimpin UMNO itu di dalam portal pro-pembangkang! Siapa yang perlu dipersalahkan?

Sudah tentu pemimpin UMNO itu dan MiM percaya The Malaysian Insider tidak mungkin akan mendedahkan sumbernya, walau pun sumbernya itu mungkin hanyalah ciptaan portal pro-pembangkang itu sendiri.

Malangnya, pembaca portal itu akan mendapat persepsi negatif tentang kepimpinan parti UMNO, sama ada pemimpin UMNO yang memberi maklumat dan juga yang kena kritik. Bukankah bodoh namanya dan melanggar etika parti? Baca Selanjutnya 

Psst Gila Darjat ! Gila Nama ! Gila Kuasa ! Gila Semua ! Semua Gila ! Hukum Karma

MMI

1 comment:

  1. Zahid kena berhati hati akan terio kaki busuk UMNO,2N1H ni banyak belaci balacinya .Jangan bimbang zahid tunjukan kamu Bangsa Melayu yang bermaruah.....Bukan flipflop dan amaran ,amaran .

    ReplyDelete

Labels