Lagi kejadian bunuh berlaku kali ini melibatkan seorang pemilik Restoran Nasi Kukus di Paka, Dungun, Terengganu.Mangsa di laporkan ditikam bertubi-tubi dengan senjata tajam dan terus rebah meninggal dunia ditempat kejadian.
Kejadian di laporkan berlaku betul-betul di hadapan Restoran Nasi Kukus kepunyaan mangsa. Kereta Toyota Hilux warna hitam kepunyaan mangsa nombor pendaftaran CCL 5455 telah dilarikan oleh pembunuh. Polis kini sedang giat memburu sipembunuh..Baca Selanjutnya
Semakin menjadi-jadi nampaknya kejadian bunuh yang berlaku di negara kita.Dalam masa yang sama semua pihak perlu faham dalam keadaan dan situasi sebegini seharusnya kita meletakkan kepercayaan kepada pasukan polis untuk menanganinya.
Namun MMI sendiri tidak dapat nafikan kebanyakkan rakyat sudah pun merasa gelisah dengan kejadian demi kejadian yang berlaku dan ianya memperlihatkan seolah-olah Malaysia tidak mempunyai undang-undang.
Seperkara yang harus kita ingat , para anggota polis sebenarnya sedang giat menjalankan tugas mereka bagi menangani kejadian jenayah cumanya dengan beberapa pindaan dan pemansuhan akta-akta tertentu barangkali memungkinkan kegiatan jenayah ini berlaku.
Dalam beberapa keadaan kita juga harus menerima hakikat faktor politik juga sebenarnya menyumbang kepada apa yang sedang berlaku.Politik yang tidak matang dan berdasarkan keuntungan parti semata-mata sebenarnya menjadi titik tolak kepada kekerapan berlakunya kegiatan jenayah bunuh ini.
Kita harus rasional bahawa kerakusan pembangkang dan kelemahan kerajaan mendepani isu-isu nasional seperti pemansuhan akta-akta tertentu adalah penyumbang terbesar kepada berlakunya kejadian seumpanya.
Untuk itu MMI rasa jangan hanya menuding jari kepada pasukan polis dan kerajaan semata-mata kerana pembangkang juga sebenarnya adalah pencetus kepada apa yang sedang berlaku.
Persoalannya apabila insiden ini di lihat semakin menjadi-jadi di mana suara pembangkang ? Dari pemerhatian MMI suara yang ada hanyalah menyalahkan kerajaan semata-mata sedangkan apa yang sepatutnya berlaku adalah sebaliknya.
Mengapa tidak semua pihak (pembangkang/kerajaan) duduk berbincang bagi mencari jalan menyelesaikan isu yang telah mengakibatkan rakyat semakin gelisah ? Persetankan tentang politik buat sementara waktu kerana yang lebih penting adalah kemakmuran dan keamanan yang selama ini menjadi milik kita semua.
Banyak yang hipokrit !!
Apa mungkin langkah mengadakan CURFEW adalah jalan terbaik menyelesaikan isu ini ?
Yang ni ka ? Guan Eng budak Melaka ni ? Yang ni yang ampa puak-puak macai pembangkang bangga sangat tu ? Huhu kesianlah kat ampa sebab dia ni bercakap ja banyak tuduh sana sini alih-alih sendiri buat silap.
Sebagai ketua menteri yang puak macai PAS angkat sebagai khalifah ni seharusnya menunjukkan contoh dan tauladan yang baik kepada rakyat di bawahnya.Ini tidak main sondoi ja dah serupa kelaku kerbau pendek dah main redah ja.
Gambar susah nak menipu brader walaupun diakui ada teknik-teknik tertentu macam budak Tian Chua bikin gambar altantuya tu , gambar kat atas ni tak payah nak berdolak-daliklah.
MMI rasa mungkin lepas ni budak driver akan dipersalahkan kononnya driver punya pasallah , alah serupa kes pemilhan CEC parti DAPigs ari tu.Selaku setiausaha parti sepatutnya Guan Englah yang bertanggungjawab tapi di letakkan kesalahan itu kepada orang lain yang sebenarnya turut menerima arahan daripada Guan Eng sendiri.Apa berlaku ? kambing hitam tu kena sembelih kaw-kaw punya , tuan kambing gelak sakan puiii !
Cuba ampa pikiaq tengok punya samseng lahanat ni , orang lain minta ikut peraturan tapi dia sendiri buat serupa Pulau Pinang ni macam mak bapak dia punya.
Samseng ? Out-Law ? Hah eloklah MMI nak tunggu tengok ada atau tidak pemimpin Melayu dalam pembangkang yang ada teloq untuk tegur si lahanat ni supaya patuh pada arahan.
Ops lupa laaaaa ... Lahanat ni mana reti ikut peraturan , arahan ROS tentang pemilihan CEC DAPigs yang serabut lingkup tu pun dia tak mau ikut !! Inikan pula bab parking apa barang bro !!
Nampaknya puak-puak pencacai DAPigs tak senang duduk apabila video TPM balun Kit Siang ini di lihat menjadi liabiliti kepada mereka.Kenyataan Tan Sri Muhyiddin benar-benar menikam jantung puak-puak macai pembangkang sampaikan ada gerakan yang mahu melaporkan video tersebut.
Hahaha agak lawak apabila video tersebut di muat naik oleh MalasiaKini salah satu media ekstrem pro-pembangkang yang mungkin berniat jahat untuk memperlihatkan kepada dunia bahawa Tan Sri Muhyiddin adalah seorang pemimpin RASIS namun penjelasan yang di berikan oleh beliau menyebabkan perkara sebaliknya berlaku.
Puak-puak macai pembangkang panas punggung dengan video dan rakaman dari media pro pembangkang sendiri.
Nak tahu kenapa puak ni ajak kawan-kawan depa untuk report ? Tengok apa Tan Sri Muhyiddin kata ...
Rasanya sekarang ni RBA dah pun di gerakkan untuk sama-sama jalankan kerja-kerja sabotaj video tersebut kerana setakat entri ini di tulis video yang di muatnaik oleh MalaysiaKini itu sudah mendapat 110 Dislike berbanding 13 Like.
Untuk itu apa kata kalau ampa semua pakat-pakat pi Like video tu kita kacau sikit..
Psst puak macai sakit hati bila TPM balun Kit Siang hehehehe baru ampa ada akai !!!
Semalam berlangsungnya Majlis Berbuka Puasa Media bersama YAB Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana Putrajaya.Di beritakan lebih dari 1 ribu pengamal media dari pelbagai cabang hadir bersama-sama YAB Perdana Menteri.
Dalam majlis yang sama juga telah berlangsung penganugerahan Pingat Kedaulatan Negara kepada pengamal media yang membuat liputan insiden Lahad Datu tempoh hari.Syabas dan tahniah kepada semua pihak termasuk penerima anugerah kerana kerja kuat dan pengorbanan meninggalkan keluarga untuk berada di perbatasan bagi membuat liputan dan menyampaikan maklumat yang tepat kepada rakyat di hargai.
Cumanya MMI agak terkejut dengan berita yang kini sedang tersebar apabila mendapat tahu wartawan Malaysiakini antara penerima anugerah yang agak tinggi darjatnya ini. Dua wartawan Malaysiakini tersebut adalah Nigel Aw dan Lee Long Hui. Sebelum ini anugerah yang sama telah diberikan kepada pejuang-pejuang negara seperti anggota Polis dan Tentera yang berkhidmat di Ops Lahad Datu.
Bukanlah MMI berdengki dengan mereka-mereka yang menerima anugerah tersebut kerana rakan-rakan bloggers juga antara yang terpilih untuk menerima anugerah yang sama , kena faham yang tu noo...
Tetapi apabila ianya melibatkan wartawan MeloyaKini , rasanya seperti ada yang tak kena.
Persoalan yang bermain di fikiran MMI adalah mengapa mereka yang selama ini memutar belit kenyataan dan melakukan spin paling dasyat dalam sejarah politik tanahair sehinggakan kerajaan sendiri pun terkesan dengan berita-berita yang mereka keluarkan DIIKTIRAF peranannya ?
Tak pastilah atas kapasiti apa mereka di anugerahkan pingat sedemikian tetapi berdasarkan rekod rasanya MeloyaKini seharusnya tidak di senaraikan.
Berlambak lagi portal dan media pro-BN yang bertungkus-lumus bukan sahaja menyampaikan maklumat malah memperbetulkan setiap tohmahan serta pertahankan serangan politik pembangkang terhadap kerajaan kepada rakyat marhein sebelum ini yang seharusnya di berikan perhatian.
PELIK kenapa iktiraf MeloyaKini ???
JIKA BENARlah , agaknya inilah strategi baru pihak-pihak tertentu untuk terus memperkasakan kerajaan dan Barisan Nasional.
Pembangkang semakin GAGAL dalam usaha terdesak mereka untuk terus-terusan menjadikan PRU13 sebagai medan untuk mereka menimbulkan sebanyak mungkin perkara-perkara yang mampu menarik perhatian rakyat kononnya kerajaan Barisan Nasional melakukan penipuan dalam proses pengundian tempoh hari.
Fitnah kononnya 40 ribu warga Bangla di terbangkan ke Malaysia semata-mata untuk menjadi pengundi bagi memenangkan Barisan Nasional hanyalah sebuah cerita rekaan pemimpin dan macai-macai pembangkang yang terdesak untuk mengambil alih Putrajaya.
Seperti yang di janjikan MMI akan mendedahkan FITNAH seterusnya berkaitan pengundi bangla atau hantu yang di lalakkan kepada masyarakat dan rakyat Malaysia sebelum ini.
4. PAKISTAN WARGANEGARA MALAYSIA
Sekeluarga warganegara Malaysia berketurunan Pakistan juga menjadi mangsa dituduh Pengundi Hantu. Sekumpulan lelaki berbangsa Cina cuba menghalang keluarga tersebut beratur untuk mengundi di SMK Tropicana dan mendesak mereka untuk menyanyikan lagu Negaraku sebagai pengesahan warganegara.
Namun, kumpulan tersebut tersentak apabila ada ahli keluarga tersebut boleh bertutur Bahasa Kantonis .Malah ada jiran yang mengenali keluarga tersebut mendakwa bahawa mereka telah tinggal di kejiranan tersebut lebih 3o tahun!
#Kes Keempat Pembangkang GAGAL Membuktikan Wujud Pengundi Hantu
5. SUAMI ANGGOTA PDRM TURUT DITAHAN
"Hey, sini ada satu lagi pengundi hantu. Ini Bangla," suara dari satu kumpulan yang menerjah ke arah Tajudeen Anvar Batcha, 50, apabila dia dikatakan pemilik MyKad palsu. Tajudeen, kelahiran Taiping, Perak, berang apabila dituduh sebagai warga asing.
Paling menyedihkan apabila dia turut dipukul dan ditendang kumpulan yang memakai baju kemeja-t berwarna kuning. "Saya bukan Bangla, Saya orang Malaysia. Saya ada MyKad sah dan saya ada hak mengundi," balas Tajudeen namun tiada reaksi positif daripada kumpulan itu.
Kejadian berlaku di Dewan Serbaguna Bt 17, Rawang memberi seribu satu kenangan buat dirinya yang berketurunan India-Muslim.
Katanya, kumpulan itu datang ke arahnya dengan menjerit-jerit dan meminta beliau menunjukkan kad pengenalan miliknya. Mereka terus berang apabila melihat MyKad miliknya berwajah baru.
Pelbagai kata-kata kesat dilemparkan kepadanya walaupun beliau puas menafikan, namun langsung tidak diendahkan. Kumpulan terbut mula bertindak ganas apabila menendang dan memukul dadanya. Tajudeen, pengurus di pusat latihan memandu di Rawang mengakui rasa amat marah dan terus dapatkan pegawai polis yang bertugas.
Beliau merupakan suami kepada Deputi Superintendan Aisha Be Abdul Kadir. Tajudeen berharap kejadian tersebut tidak akan berlaku lagi pada masa akan datang.
#Kes Kelima Pembangkang GAGAL Membuktikan Wujud Pengundi Hantu
6. SAYA BUKAN BANGLA!
Seorang pemuda ditangkap oleh sekumpulan yang menyamar sebagai polis menuduh beliau sebagai Pengundi Hantu. Beliau didesak untuk menunjukkan kad pengenalan oleh pihak tersebut.
Apabila menyedari mereka TERSALAH tangkap, kumpulan tersebut berpecah dan ada yang melarikan diri. Ahli kumpulan yang sempat ditahan memohon maaf atas ketelanjuran mereka.
Pemuda berkenaan mendakwa beliau membesar, bekerja dan bersekolah di kawasan berkenaan dan rata-rata penduduk di situ mengenali beliau. Laporan polis telah dibuat sejurus kejadian tersebut berlaku.
#Kes Keenam Pembangkang GAGAL Membuktikan Wujud Pengundi Hantu
7. JPN SAHKAN RAMEISH WARGANEGARA
Pihak pembangkang sekali lagi mencetuskan kekecohan apabila menggangap Rameish warga Bangladesh berdasarkan rupa paras fizikalnya.
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menjelaskan isu ini pada laman facebook berkaitan Encik Rameish a/l Raman @ Ramalingam yang didakwa sebagai ‘Bangla’ dan seterusnya telah dihalang daripada menunaikan hak dan tanggungjawab beliau untuk mengundi dalam pilihanraya kali ini.
Semakan pada rekod JPN mendapati bahawa beliau adalah berstatus Warganegara Malaysia secara kuatkuasa undang-undang dan di lahirkan di negeri Pahang.
Psywarriors difahamkan bahawa lelaki tersebut dan keluarganya telah membuat laporan polis tentang fitnah pembangkang terhadap diri beliau.
#Kes Ketujuh Pembangkang GAGAL Membuktikan Wujud Pengundi Hantu
8. GAMBAR LAMA DIMANIPULASI
Gambar lama segerombolan pekerja asing warga Bangladesh tiba di KLIA menjadi sensasi topik Pengundi Hantu.
Ada pihak yang mengakui gambar tersebut gambar lama dan sepatutnya jika ingin dijadikan bahan perlu ambil gambar terkini beberapa hari sebelum hari mengundi.
#Kes Kelapan Pembangkang GAGAL Membuktikan Wujud Pengundi Hantu
9. SALAH TAFSIR GAMBAR
Gambar ketibaan sekumpulan warga asing berbaris di KLIA dimanipulasi Harakahdaily dengan status di facebook "Lagi VVIP BN dilihat di lapangan terbang memasuki negara".
Walaubagaimanapun, pembaca iaitu Mohd Bukhari menafikan dakwaan tersebut dan tindakan beliau dipuji dan dianggap jujur.
Komen beliau "Maaf, sy tkut bnda ni akn jd fitnah, jd sy nk kongsikn skit..sy tau ni d mana n sy bkerja d situ...sykt pnerbagn tu mmg ade penerbangan daily dri kathmandu Nepal ke k.l.....setiap hari...mmg penumpng dri Nepal rmai cmni...dri Awal pnerbangan ktm-kul thun lps...mereka akn bbaris pnjg cmni smbil pgang tngn ikut leader dri agensi pkerjaan...sblm leader tu nk msuk ambil pas kslmtn dulu n tnjukkn dokumen dri agensi tu......"
#Kes Kesembilan Pembangkang GAGAL Membuktikan Wujud Pengundi Hantu
Berdasarkan 9 Kes yang dinyatakan terbukti pembangkang GAGAL menangkap Pengundi Hantu yang hanya dinilai berdasarkan ciri-ciri fizikal seseorang sebagai bukti untuk pengesahan status. Sedangkan umum mengetahui bahawa penduduk Malaysia terdiri daripada berbilang bangsa, agama dan keturunan.
Sebaliknya mereka perlulah merujuk kepada pihak berkuasa terlebih dahulu untuk tindakan selanjutnya agar tidak mewujudkan persepsi yang salah dikalangan orang ramai.
Jadi, dimanakah bukti dakwaan wujud 40,000 Pengundi Hantu oleh Ketua Pembangkang sebelum ini??
Seperkara yang MMI mahu semua pihak fikir dan nilai-nilaikan adalah apakah kemenangan calon-calon pembangkang khususnya di Selangor dan Pulau Pinang yang mencecah puluhan ribu undi itu benar-benar terdiri daripada undi rakyat Malaysia ?
Perlu di ingat Selangor dan Pulau Pinang mencatatkan jumlah kaum Cina yang cukup tinggi khususnya di kawasan bandar dan sejauh mana mereka-mereka itu adalah warganegara Malaysia ???? Hahahaha...
Pilihanraya Umum Ke-13 telah berakhir. Namun, ibarat rumah sudah siap pahat masih berbunyi.. Pihak yang tidak berjaya UBAH Kerajaan Malaysia cuba membuat pelbagai onar untuk menafikan kemenangan Pasukan Barisan 1 Malaysia...
Pemimpin pembangkang cuba menimbulkan huru-hara dengan menyarankan para penyokongnya untuk menangkap pengundi yang rasa-rasa mereka mencurigakan di tempat membuang undi tempohari. Ayat yang mereka gunakan adalah "Citizen's Arrest".
Daripada arahan yang diberikan, definisi mencurigakan adalah berdasarkan rupa wajah pengundi yang hadir dilihat seakan-akan warga asing. Arahan ini dilaksanakan oleh penyokong hanya berdasarkan rupa wajah seseorang.
Bertambah tegang bila mana pengundi yang mereka tangkap berlandaskan "Citizen's Arrest" itu terbukti pula sebagai seorang rakyat Malaysia yang sah dan maklumat pengundi SPR jelas melayakkan dirinya untuk mengundi.
Rakyat menghormati kedaulatan undang-undang yang sudah termaktub di negara ini, maka alasan "Citizen's Arrest" tidak diterima oleh umum. Di bawah perenggan 3(1)(n) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954:
Mana-mana orang yang menghalang seseorang pengundi yang selainnya berhak untuk mengundi daripada mengundi dalam sesuatu pilihan raya merupakan satu kesalahan.
Mereka yang melanggar akta ini boleh dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau kedua-duanya. Orang yang telah disabitkan itu tidak boleh didaftarkan atau disenaraikan sebagai pengundi dalam mana-mana pilihan raya sehingga tamat tempoh lima tahun dari tarikh sabit kesalahan.
Jika pada tarikh itu seseorang itu telah pun dipilih dalam mana-mana pilhan raya, kerusinya hendaklah dikosongkan dari tarikh sabitan.
Bak kata Siddharta Gauthama : " Three things cannot be long hidden : the sun, the moon, and the TRUTH.."
MMI cuba membongkar KEBENARAN sebenar disebalik dakwaan wujud Pengundi Hantu, sekaligus memBERSIHkan nama/imej individu yang tidak bersalah daripada terus menjadi mangsa fitnah terdesak pihak pembangkang.
1. CHUA, THE BLACK CHINDIAN
Chua Lai Fatt merupakan rakyat Malaysia yang lahir dari perkahwinan campuran iaitu bapa berketurunan India manakala ibu berketurunan Cina menjadi mangsa fitnah puak pembangkang.
Kesian Chua..Disebabkan warna kulit tidak 'sekata' dengan nama, beliau dituduh sebagai Pengundi Hantu yang memiliki kad pengenalan PALSU. Namun, ramai rakan-rakan yang mengenali Chua mempertahankan hak beliau sebagai pengundi yang SAH!!
Kata kenalan yang mengenali Chua :
Raymond Koh - "...he is one of my secondary school mate...chinese indian mixed la..
EricBear Lee - "...This is real name of him. He is adopted by chinese family. I know this guy at secondary school..."
Ethan N Lawrence Lee - "...I hate this kind of skin racist!!!He is born as indian but adopted by chinese family!!!He can speak Hokkien better than u or me!!!..."
#Kes Pertama Pembangkang GAGAL Membuktikan Wujud Pengundi Hantu
2. KESIAN SIVA
Seorang warganegara Malaysia yang juga seorang pengurus di sebuah syarikat, dikenali sebagai Siva, berbangsa India oleh rakan-rakan beliau dalam facebook TERPAKSA memperbetulkan FITNAH yang dilakukan oleh MACAI-MACAI PEMBANGKANG.
Golongan ini selalu melaungkan pihak lawan sebagai perkauman, rasis dan tidak adil. Namun apabila tiba hari pengundian, adilkah pihak-pihak yang kononnya perjuangkan KEADILAN menuduh rakyat Malaysia sebagai PENGUNDI HANTU??
Kata kenalan yang mengenali Siva :
Vatsn Shri - "Mereka adalah warga Malaysia dan mereka adalah abang saudara saya..."
Deena Darshini - "hoi mereka berdua ini abang ipar saya ok...mereka ini orang malaysia.... "
#Kes Kedua Pembangkang GAGAL Membuktikan Wujud Pengundi Hantu
3. OKU MANGSA FITNAH !
PRU13 mencatatkan sejarah baru apabila Orang Kelainan Upaya (OKU) berusia 30an turut menjadi mangsa fitnah pihak rakus inginkan kemenangan. Mereka menuduh mangsa sebagai Pengundi Hantu dan beliau ditahan sekumpulan lelaki selepas mengundi di SMK Sri Pantai, Pantai Dalam.
Pembangkang kali ini cuba berlagak hero kononnya sebagai PEMANTAU PILIHANRAYA sewenang-wenangnya menahan orang yang mereka SYAK sebagai BANGLA..
Kad pengenalan milik mangsa turut dirampas selain mangsa dipaksa menjawab segala pertanyaan yang diajukan bertujuan untuk memastikan tahap kefasihannya berbahasa Melayu dan kepastian sama ada mangsa bertaraf warganegara atau sebaliknya.
Tetapi disebabkan kekurangannya yang bisu, dia telah dituduh sebagai Pengundi Hantu. Oleh kerana bimbangkan keselamatannya, satu laporan polis telah dibuat di balai berhampiran sejurus selepas kejadian itu.
Kata kenalan yang mengenali mangsa tersebut :
Zulhilmi - "...bdak ni duduk kt umah aku..Siasat betul then baru post...Budak ni selalu jd sukarela lps solat jumaat kat masjid medan bg surat kabar kerajaan selangor..Geng kita ni oi."
Little Nazz - "nie OKU edar risalah PR kat Taman Medan ler.."
Amir May - "bdk taman medan ni la bkn bangla.."
#Kes Ketiga Pembangkang GAGAL Membuktikan Wujud Pengundi Hantu
Nampakkan ?? MMI bagi 3 kes dulu nantikan pendedahan seterusnya part 2 akan menyusul.Lagi 6 kes fitnah puak pembangkang berkenaan pengundi bangla atau hantu ni yang akan kita dedahkan.
Apa pun yang pembangkang lakukan mereka sebenarnya GAGAL untuk mengemukakan BUKTI sebaliknya hanya FITNAH semata-mata !!
Tengah MMI jalan-jalan dalam dunia maya ni tiba-tiba terjumpa satu video klip ni , layan sekejap dan terdetik dalam hati "Hebat juga lagu-lagu bangla ni , dah moden rupanya" dan kalau ampa semua klik video kat bawah tu MMI jamin mesti ampa layan punya dah tu heroin dia pun boleh tahan.
Amacam sedap juga kan ?? Tapi biasalah ada tiru-tiru video klip artis-artis luar negara juga.Dalam melayan lagu kat atas tu terfikir MMI , kat Bangla sana pun dah mula ada kemodenannya walaupun moden di Bangla tak sama dengan Malaysia.
Itu hakikatnya tapi yang pasti mereka juga sedang berusaha untuk membangunkan negara mereka seperti mana Malaysia satu ketika dulu.Jadi bagi MMI walaupun Bangla kat Malaysia ni sering di tuduh sebagai pendatang yang tak berapa kelas tapi pada dasarnya mereka datang untuk bekerja dan mencari rezeki seperti orang lain.
Macam Malaysia jugalah bukan semua rakyatnya baik sangat pun , cuba tengok kebelakangan ni aksi-aksi tembak dan bunuh menjadi-jadi malah ada juga di kalangan rakyat Malaysia yang jauh lebih teruk dari Mat-Mat Bangla tu sendiri apabila sentiasa berusaha untuk menghancurkan negara sendiri.
Bayangkan Mat Bangla datang ke Malaysia untuk rezeki tetapi puak-puak bangsat ni gunakan kesempatan itu untuk membuat fitnah.Tak percaya tengok gambar kat bawah ni..
Gambar lama segerombolan pekerja asing warga Bangladesh tiba di KLIA menjadi sensasi topik Pengundi Hantu.
Ada pihak yang mengakui gambar tersebut gambar lama dan sepatutnya jika ingin dijadikan bahan perlu ambil gambar terkini beberapa hari sebelum hari mengundi.
Bodohkan ?? Puak-puak ni sanggup lakukan apa saja asalkan matlamat untuk mendapatkan sokongan rakyat berjaya.
Tapi satu perkara yang MMI boleh katakan sebijak-bijak puak pembangkang tu rasanya mat-mat Bangla yang datang ke Malaysia cari rezeki ni lagi bijaklah sebab mereka datang cari rezeki dan lepas tu akan balik negara asal.
Puak-puak pembangkang pula buat fitnah , kalau di takdirkan negara huru-hara kacau bilau rakyat Malaysia nak balik mana ????? BODO sungguh !!!
Sementara itu Siasatan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mendapati propaganda 40,000 rakyat Bangladesh mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) lepas, merupakan pembohongan oleh beberapa kumpulan berkepentingan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim berkata, dakwaan sesetengah pihak menerusi media sosial bahawa rakyat Bangladesh telah datang ke Malaysia dalam tempoh seminggu untuk mengundi dalam PRU-13, adalah tidak masuk akal.
"SPR akan meneliti setiap dakwaan dan melakukan penyiasatan bertujuan membaiki kekurangan yang berlaku semasa PRU13. Pihak yang tidak berpuas hati perlu mengemukakan petisyen.
"Tanpa maklumat terperinci dan kukuh, dakwaan dibuat adalah tujuan politik semata-mata," katanya ketika menjawab soalan Senator Datuk Dr. Mashitah Ibrahim pada persidangan Dewan Negara.
Mashitah ingin tahu sama ada SPR bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap parti politik atau individu yang membuat tuduhan palsu dan fitnah ke atas badan itu, sebelum dan selepas PRU-13.
Justeru, Shahidan berpendapat bahawa ia terpulang kepada SPR untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana parti politik atau individu. - BERNAMA
Baguslah harapan MMI ambil tindakan supaya kegiatan fitnah ini tidak lagi menjadi bahan makanan puak pembangkang seharian kerana lagi lama kita berdiam selagi itulah mereka akan asyik dengan hidangan fitnah mereka.
Nantikan entri seterusnya pendedahan tentang fitnah pengundi hantu oleh pembangkang pada PRU13 yang lalu.
Kenyataan terbaru daripada Anwar Ibrahim si Raja Putar Alam ni cukup bahaya walaupun ada pihak yang menganggap ianya sekadar satu lagi pembohongan tahap sarkas yang sering di lakukan oleh Anwar dalam apa jua keadaan asalkan dirinya di lihat hebat.
Dakwaan terbarunya ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kononnya menawarkan peluang untuk bersatu dalam satu kerajaan bersama antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR).
Sudahlah dengan dakwaan pengundi “hantu” dari Bangladesh yang karut kini Anwar mengatakan kerajaan pernah menawarkan jawatan kepadanya.
Cukup pelik dan ganjil sekali kerana kenyataan sedemikian hanya di keluarkan pada ketika ini dan bukannya sebelum pilihanraya.
Jika di lihat dari sudut keuntungan politik sudah pasti dengan pendirian Anwar dan tawaran tersebut hampir pasti menjadi senjata paling berkesan untuk beliau menjatuhkan Barisan Nasional dalam PRU13 yang lalu namun ianya tidak berlaku.
Memetik tulisan Terence Netto dari Malaysiakini pada 19 Jun lepas, Anwar berani mengatakan bahawa Najib menawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri untuknya dan empat jawatan Menteri kepada pemimpin tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Pada dakwaan awal sudah tahu peristiwa ini tidak logik dan tidak masuk akal langsung.
Hari ini di portal berita kualalumpurpost.net, Anwar dikatakan menolak semua kerjasama yang ditawarkan oleh Umno. Menurut Anwar tawaran itu ditawarkan kepadanya melalui bekas Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla.
Anwar dipetik laman portal itu berkata demikian ketika berucap pada majlis iftar bersama anak muda anjuran Kelab Anwar Ibrahim (AIC), di Damansara, malam semalam.
Persoalannya adakah Najib sudah begitu terdesak inginkan sokongan seorang “bekas banduan” sehingga sanggup memperjudikan kekuatan 88 kerusi yang dimenangi Umno pada Pilihan Raya Umum ke-13 demi untuk menawarkan jawatan kepada Anwar??
Adakah Najib sanggup memperjudikan kekuatan Umno di dalam Dewan Rakyat itu dengan menawarkan jawatan kepada Anwar yang memiliki reputasi “kuat merajuk” dan mengajak rakyat tidak berdosa “merajuk” bersama dengannya dan mengadakan demonstrasi jalanan.
Kredibiliti ayahnya yang juga Perdana Menteri kedua Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein dalam mengatasi konflik 13 Mei tanpa pertumpahan darah menolak terus dakwaan ini jika ia dikaitkan dengan Perdana Menteri.
Namun jika melihat kepada sejarah Anwar sebagai ketua pembangkang dan strateginya dalam pakatan haprak , kita sudah pasti dapat mengenali dan faham apa sebenarnya yang sedang di lakukan oleh Anwar.
Percayalah Anwar sedang mengambil kesempatan malah pembohongan ini di lakukan pada masa dan ketika kepimpinan Datuk Seri Najib perlu mengharungi suasana politik pasca PRU13 dengan pelbagai tekanan menghimpit pasukan Perdana Menteri kita.
Anwar bijak mengambil peluang ini tatkala terdapat mereka-mereka di luar sana (pro-kerajaan) yang turut menghentam Datuk Seri Najib.Dan permainan ini perlu dimainkan pada masa ini kerana Anwar tahu dengan pemilihan UMNO yang akan datang isu ini mampu membuatkan UMNO sebagai teras dalam Barisan Nasional berpecah.
Najib sahaja tidak cukup dan kerana itu Anwar perlu kaitkan dengan Muhyiddin supaya kem UMNO BERKOCAK !!!!
Pesanan MMI hati-hati dengan serangan terbaru ini...
Ketua Cabang PKR Rembau, Badrul Hisham Shaharin AKA Chegubard bersama-sama 32 lagi individu lain dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan merusuh dan menyertai perhimpunan haram di hadapan jalan masuk bangunan Parlimen, bulan lalu.
Kesemua tertuduh termasuk tiga wanita mengaku tidak bersalah setelah pertuduhan dibaca oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim, Mat Ghani Abdullah.
Selain Chegubard turut didakwa adalah Anne Ooi, yang lebih dikenali sebagai Auntie Bersih, atas tuduhan menyertai perhimpunan haram dan menyebabkan kacau ganggu awam di hadapan Parlimen.
Turut didakwa hari ini adalah Adam Adli Abdul Halim dan Mohd Safwan Anang.
Pada 24 Jun lalu, mereka ditahan selepas berhimpun di jalan masuk menuju ke Parlimen sehingga menyebabkan keadaan lalu lintas sesak di Jalan Parlimen.
Mereka yang kononnya menyertai protes menentang SPR cuba merempuh ke arah Parlimen ketika hari pertama persidangan Dewan Rakyat, namun tidak berjaya melepasi sekatan polis yang berkawal dan meneruskan protes dengan berbaring di atas jalan raya sejak jam 10 pagi ini.
Mereka bersorak “SPR Syaitan” “SPR Penipu” dan “Reformasi” sambil membawa sepanduk menggesa Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Yusuf dan timbalannya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar meletak jawatan.
Pertamanya MMI ucapkan syabas kerana puak-puak keparat yang terang-terangan melanggar undang-undang di hadapkan ke mahkamah cumanya jangan ulangi perkara yang menjadikan rakyat meluat dengan undang-undang.
Terang-terang langgar undang-undang lepas bicara LEPAS !! HAMPEH !!!
Penyokong pembangkang cuba mencetuskan provokasi apabila merempuh masuk ke pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan Kampung Baharu apabila mereka mengesyaki kereta yang sebenarnya membawa pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar untuk membuat tinjauan, membawa peti undi untuk diseludup masuk ke pusat mengundi di situ.
Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Ahmad Maslan yang juga berada di situ berharap agar penyokong pembangkang tidak mencetuskan provokasi dan huru hara, serta menasihati kesemua penyokong pembangkang supaya bertenang dan membiarkan proses pengundian berjalan dengan lancar
“Apa yang didakwa oleh mereka itu tidak benar dan apa yang saya difahamkan, kereta itu sebenarnya membawa Timbalan Pengerusi SPR untuk melawat ke kawasan-kawasan pengundian di sekitar kawasan DUN Kuala Besut. Dalam hal ini, Timbalan Pengerusi SPR sememang berhak untuk melawat di mana saja kawasan mengundi.
“Tetapi penyokong pembangkang telah merempuh masuk dan mengerumi kereta yang membawa Datuk Wan Ahmad termasuk kereta yang mengiringinya, seterusnya memaksa kereta tersebut untuk keluar dari pusat pengundian tersebut kerana menyangkakan kereta tersebut membawa peti undi,” tegasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.
Menurut beliau, mungkin para penyokong itu tidak mengetahui bahawa pengerusi dan timbalan pengerusi SPR berhak untuk keluar masuk dan melawat ke mana-mana pusat pengundian di kawasan ini.
“Pegawai SPR memang berhak untuk melakukan tinjauan di mana-mana kawasan mengundi. Hanya orang-orang biasa seperti kita saja yang tidak dibenarkan untuk memasuki kawasan mengundi kecuali untuk mengundi,” jelasnya.
Dalam kejadian tersebut, para penyokong pembangkang berhimpun di hadapan pintu masuk Sekolah Kebangsaan Kampung Baharu sebaik saja kereta yang membawa timbalan pengerusi SPR, Tan Sri Wan Ahmad masuk untuk melakukan tinjauan di pusat pengundian tersebut.
Keadaan bertambah gawat apabila beberapa penyokong pembangkang mula melakukan provokasi dan seterusnya merempuh masuk ke dalam kawasan mengundi dan bertindak mengerumuni kereta pegawai SPR serta memaksa mereka untuk keluar dari kawasan tersebut.
Bagaimanapun, pihak polis berjaya menenangkan keadaan dan keadaan bertambah terkawal apabila Timbalan Pengerusi SPR dibawa keluar dari kawasan tersebut dengan diiringi oleh pegawai SPR dan pihak polis.sumber
Nak tau kenapa MMI kata puak-puak macai ni bodoh ? Sebabnya kalau benarlah SPR dan mana-mana pihak yang nak buat kerja menipu seperti mana yang puak pencacai ni kata , lebih baik SPR bawa kenderaan mereka sendiri dan sudah pasti dengan logo SPR yang tertera di kenderaan terbabit akan memudahkan mereka untuk terus masuk ke pusat pengundian.
Pertamanya MMI nak ucap TAHNIAH kepada pihak yang terlibat kerana telah mengambil satu keputusan yang rasanya telah memuaskan hati banyak pihak di Malaysia kerana BERANI memenjarakan pasangan bangsat Alvin dan Vivian di atas tindakan biadap mereka.Klik Sini
Walaupun tak sepenuhnya rasa puas hati tu tapi sekurang-kurangnya dah berani kenakan tindakan..Tak apa lepas ni belajar pelan-pelan untuk kenakan tindakan lagi naa...
MMI tak nak cerita banyak cumanya tindakan memenjarakan dua cinabeng ni , MMI umpamakan seperti memenjarakan puak pembangkang kerana sebelum ni ada di kalangan pemimpin pembangkang yang bukan main lagi sokong LGBT dan ada segelintir yang senyum lebar bila dapat bergambar dengan bangsat 2 ekoq tu.
Jangan lupa anak Anwar ni pernah mempertikaikan undang-undang yang digunakan pihak berkuasa di negara ini dalam menangani gejala Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual (LGBT).
Menurutnya, selain daripada tempat awam, pihak berkuasa tidak wajar untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat dengan gejala tersebut.
Menyifatkannya sebagai tidak menghormati privasi seseorang, tindakan tersebut juga katanya tidak membawa sebarang nilai Islam.Baca selanjutnya di SINI dan SINI
Berdasarkan dari apa yang telah puak pembangkang ini lakukan maka rasanya tak salah MMI umpamakan tindakan memenjarakan pasangan bangsat tu sama seperti mana memenjarakan pembangkang.
Kepada pak-pak lebai PAS , ampa tak mau ka ajak DAP dengan PKR turun ke jalan raya buat demo bantah sebab apa penjarakan Alvin dengan Vivian ???
Pada PRU-13 lepas umum mengetahui ada sekelompok artis yang sudah hilang seri popularitinya terlibar secara aktif membantu kempen parti pembangkang seperti PAS dan PKR. Jumlahnya boleh dikira dengan jari tapi bagi pembangkang kehadiran artis-artis ini dikira satu publisiti murahan untuk kempen mereka.
Antara artis yang terlibat itu termasuklah bekas pelawak yang dikenali sebagai Bob Lokman yang kini menjadi ostad jadi-jadian serta Leman Raja Lawak, pelakon filem seperti Hairie Othman, Pak Jambit, Mustapa Kamal dan Abby Abadi serta penyanyi Faisal Tahir, Aisyah dan Dayangku Intan.
Dua daripada mereka yakni Aisyah dan Dayangku Intan telah diangkat sebagai calon PAS dan PKR tetapi tewas, namun ia tetap satu peningkatan taraf berbanding sebelumnya hanya berceramah, manakala yang lainnya menjadi penceramah jemputan sebagai satu daya tarikan yang tak berapa nak menarik.
Di antara kesemua mereka ini, Abby Abadi boleh dikira paling kontroversi kerana tangan gatalnya yang gemar tweet sana sini dengan komen separa masak dan tak cerdik, sementara Bob Lokman pula diingati ramai disebabkan pernah mengkafirkan rakyat Johor yang bekerja di Singapura.
Samada Abby mahupun Bob Lokman, kini kedua-duanya sudah tenggelam selepas berakhirnya PRU-13, semacam sudah hilang peranan dalam PAS seolah-olah habis madu sepah dibuang atau lebih tepat lagi selepas diperalatkan oleh PAS masing-masing kini hidup umpama kain buruk yang terbuang.
Malah menjelang hari pengundian 24 Julai 2013 untuk PRK DUN Kuala Besut juga sampai kini nama mereka langsung tak kedengaran, kecuali Aisyah yang ada juga satu dua slot berceramah tapi yang lain-lainnya senyap sunyi macam sudah ghaib dari dunia politik yang baru setahun jagung mereka kenali.
Barangkali PAS tahu nasibnya dalam PRK DUN Kuala Besut amat kelam dan tak mustahil jurang perbezaan undi majoriti yang memihak kepada BN akan lebih besar berbanding sebelumnya, mungkin itu faktor utama kenapa PAS terpaksa melupakan selebriti artis yang bukan kepalang upah khidmat bakti mereka.
Tapi kot iya pun dah tahu kemungkinan besar akan kalah teruk, setidak-tidaknya bagilah peluang semua artis pro pembangkang yang malang itu beberapa slot ceramah, supaya ada juga sekupang dua wang poket buat meringankan bebanan kehidupan.
Tapi inilah hakikat politik terutama sekali melibatkan PAS, waktu masih baru dan fresh bukan main lagi diusung ke sana ke mari sampai tak cukup tidur dibuatnya mengelilingi negara demi menabur bakti untuk parti, alih-alih kain buruk juga jadinya.
Itulah agaknya sebab utama yang mengakibatkan bekas pelakon filem Leftenan Adnan melenting tak keruan baru-baru ini apabila kehidupannya selepas PRU-13 terumbang ambing sehingga terpaksa merayu meminta simpati PAS supaya prihatin dengan nasib yang menimpa dirinya.
Dulu-dulu sewaktu menjadi artis sepenuh masa, baik Hairie mahu pun artis yang lain adalah juga kerjanya mencari rezeki walau tak kerap menerima tawaran berlakon atau undangan menyanyi sekurang-kurangnya tidaklah sampai mati kutu dibuatnya macam sekarang terbiar tanpa pembelaan selepas selesainya PRU-13.
Kasihan, tapi dah nasib badan akibat mudah tertipu dengan propaganda PAS, terima sajalah. Harapnya tak usahlah para artis yang pernah tertipu dengan janji manis PAS sebelum ini terlalu melayan sangat rasa kecewa.
Tak dapat cari makan melalui PAS atau di negeri yang ditadbir PR tak mengapalah. Manalah tahu kot selepas ini dek kerana pernah berkhidmat bersama PAS dulu kemudiannya mendapat pembalasan menerima ‘kunci syurga’ bukankah berbaloi namanya tu, tak gitu? sumber
Berita yang dah lama rakyat Malaysia tunggu sebenarnya untuk melihat wakil pembangkang meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen di kawasan masing-masing.Dan berdasarkan kenyataan terbaru daripada puak pembangkang ni , apakah ianya memungkinkan kesemua wakil pembangkang yang saban masa mengkritik tentang ketelusan pilihanraya baru-baru ini meletak jawatan mereka ?
Hahaha jom sama-sama kita ushar tengok apa sebenarnya yang berlaku...
Pakatan Pembangkang hari ini mengemukakan writ saman bagi mendapatkan pengisytiharan bahawa keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) pada Mei lalu tidak sah kerana didakwa berlaku penipuan dalam penggunaan dakwat kekal.
Ahli Parlimen Subang, R. Sivarasa berkata, pihaknya menamakan tujuh individu di dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) termasuk Pengerusi, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof dan Timbalannya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar sebagai defendan dalam saman tersebut.
"Jika mahkamah setuju dengan kita, maka kesimpulan yang dapat kita buat adalah keputusan PRU itu akan diketepikan dan semua 222 kerusi Parlimen patut diisytiharkan tidak sah," katanya dalam sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.
Pakatan pembangkang sebelum ini gagal membentuk Kerajaan Persekutuan seperti dicita-citakan apabila hanya mampu memenangi 89 kerusi yang diwakili Parti Keadilan Rakyat (PKR), Pas dan DAP pada PRU lalu.
Enggan menerima hakikat kekalahan itu, pembangkang mengadakan demonstrasi jalanan dan ceramah bagi meraih simpati rakyat selain mempengaruhi orang ramai agar menolak keputusan pilihan raya yang telah diputuskan sendiri oleh rakyat Malaysia.
Dalam pada itu, pembangkang melalui kenyataan tuntutan saman yang difailkan itu turut menuntut mahkamah agar membatalkan keputusan PRU-13 dan satu pilihan raya umum dijalankan semula.utusan online
Menarik bukan ? Sebenarnya writ saman dan tuntutan yang di kemukakan itu langsung tidak relevan dan MMI yakin ianya akan di tolak sewaktu di mahkamah nanti.
Kerana apa ianya akan di tolak ? Jawapannya mudah kerana puak-puak ungka dalam barisan pembangkang masih lagi memegang jawatan Ahli Parlimen malah telah mengangkat sumpah taat setia untuk menjadi anggota Dewan Rakyat.
Mengangkat sumpah seterusnya menjadi anggota Dewan Rakyat bererti puak pembangkang mengesahkan keputusan pilihanraya ke13 adalah telus dan terbukti SPR sememangnya menjalankan kewajipan mereka dengan baik.
Alo brader sendiri angkat sumpah kemudian tuduh orang lain menipu Cisss memang puak YAHUDI lah ampa ni !!! Hanya mereka yang buta hati sahaja masih percaya dengan sandiwara paling bodoh yang di mainkan oleh pemimpin pembangkang ini.
Apa pun MMI "salute" sama Datuk Wan Ahmad apabila mengulas tentang isu writ saman dari pihak pembangkang tersebut.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak merasa tertekan dengan petisyen berhubung beberapa keputusan pilihan raya umum lepas, kata Timbalan Pengerusinya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar hari ini.
Beliau berkata, sekiranya diminta SPR akan mempamerkan bukti-bukti menjalankan kerja mengikut undang-undang dan peraturan.
"Kita tak tertekan (dengan petisyen) sebab yakin kita buat kerja mengikut undang-undang.
"Berbeza dengan segelintir pihak yang tidak baca semua undang-undang dan tahu nak menang (pilihan raya) sahaja," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat post-mortem Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) bagi negeri Pahang di sini.
Beliau berkata, sebarang keputusan yang dianggap bermasalah dalam PRU-13 perlu dibuktikan di mahkamah.
Katanya, Jabatan Peguam Negara telah meletakkan barisan peguam untuk mewakili (SPR) di mana-mana kawasan yang terlibat dalam petisyen PRU di seluruh negara.
"Peguam-peguam dari Jabatan Peguam Negara telah pun berjumpa dengan Pengarah-Pengarah SPR negeri dan Pegawai-Pegawai Pengurus Pilihan Raya yang terlibat dengan permohonan petisyen," katanya.bernama
Steadylah Datuk , macam nilah baru betul .. keluar ja kenyataan terus balun balik , apa nak takut kita buat benda betul ye tak ??
Apa pun sama-samalah kita tunggu tengok puak-puak pembangkang ni cerdik ka tidak ?
Kita CABAR sikit , Kalau benar apa yang dinyatakan oleh puak pembangkang maka selewat-lewatnya besok pagi kesemua ahli parlimen pembangkang harus meletakkan jawatan sebagai bukti bahawa SPR dan pilihanraya ke13 tidak telus.
Jika sebaliknya ampa dok diam-diam lah rakyat Malaysia tak bodoh aihhhh...