Followers

Saturday 17 August 2013

HOT Goyang Gerudi Dalam Al-Arqam PUNAH !!


Pengikut Al-Arqam yang kini aktif semula atas nama Global Ikhwan mengadakan majlis berbaur seks dan mempengaruhi para isteri agar meninggalkan suami mereka yang tidak lagi bersama jemaah itu, dakwa Pertubuhan Kebajikan Insaniah Srikandi Malaysia (Srikandi).

Presiden Srikandi, Norashikin Abd Ghani, berkata, Hatijah Aam atau Ummu Jah yang kini mengetuai jemaah tersebut pernah menganjurkan majlis di mana wanita yang menyertainya datang dengan hanya memakai baju tidur nipis semata-mata.

"Selepas sesi ceramah terdapat slot lucah termasuk goyang gerudi, kononnya untuk membangkitkan roh seks.

"Ini adalah kesesatan yang jelas," dakwa Norashikin dalam satu sidang media khas di sini hari ini.

Srikandi adalah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menjalankan kerja-kerja kemasyarakatan dan kemanusiaan.

Pada 12 Ogos lalu, pertubuhan ini telah membuat laporan polis berkaitan isu salah laku serta cubaan menghidupkan semula ajaran sesat Al-Arqam oleh isteri pemimpin Al-Arqam Ashaari Muhammad itu.

Al-Arqam telah difatwakan sebagai ajaran sesat di Malaysia pada 1994.

Sementara itu, menurut Norashikin, walaupun kumpulan ini sudah diharamkan namun masih ada pengikut yang meneruskan kegiatan itu dengan mempergunakan kanak-kanak dan berselindung di sebalik pertubuhan kebajikan.

"Mereka menubuhkan rumah anak yatim semata-mata mahu mengutip dana daripada orang ramai, malah terdapat sekolah 'khas' bagi melatih kanak-kanak ini sebagai pengemis.

"Malah, mengikut sumber daripada bekas pengikut kumpulan terbabit, mereka mengakui terdapat 20,000 lagi pengikut tegar yang masih bergerak secara aktif dengan memperalatkan kanak-kanak untuk mendapatkan dana.

"Tambahan pula ada beberapa rumah anak yatim di bawah seliaan kumpulan ini mampu mengutip sumbangan RM4 juta sepanjang Ramadan," katanya ketika ketika ditemui pada sidang media memorandum berhubung isu mengembangkan semula ajaran sesat berkenaan.

Memorandum yang akan diserahkan kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi antara lain meminta penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja Agama Islam Malaysia bagi mengambil tindakan terhadap Ummu Jah dan pengikutnya.mynewshub

Makin pelik orang kita sekarang ni ..

MMI

1 comment:

  1. Surat Terbuka.
    Jawapan Kepada Fadil Hanafi
    dan yang seumpama dengannya.
    (Tidakku tulis surat ini kalau aku takutkan manusia lebih dari takutkan Allah)
    Oleh : Hatijah Aam dan GISB
    Ya Allah Kuasa yang Maha Agung,
    Atas nama Islam, atas nama sesama Islam, kami di jemaah GISB begitu dimusuhi oleh kumpulan umat Islam yang digerakkan oleh seseorang yang bernama Fadil Hanafi!
    Padahal kami di GISB ini Tuhan, sangatlah ingin mencari keredhaan-Mu. Hanya kerana itulah kami berjuang dan berkorban yakni untuk menunaikan sumpah dan janji yang dibuat di setiap kali sembahyang. Bahawa hidup mati adalah untuk Tuhan!
    Fadil Hanafi juga mendakwa begitulah wahai Tuhan! Bahawa mereka perjuangkan Islam. Mereka perjuangkan Abuya yang telah berhasil memberikan Islam dan Tuhan pada mereka! Cuma mereka ini katanya perjuangan mereka terhalang oleh Hatijah Aam, Balu Allahyarham Asaari Mohamad. Maka mereka pun perjuangkanlah kehancuran untuk Ummu Jah dan GISB yang katanya karut-marut lagi sesat.
    Mereka memanggil kami Arqam Tuhan! Padahal mengikut Undang-undang di Malaysia, sesebuah pertubuhan yang diharamkan itu haram jugalah untuk diguna pakai lagi namanya. Begitulah sewenang-wenangnya mereka memperlakukan kami wahai Tuhan!

    ReplyDelete

Labels