Followers

Tuesday, 6 August 2013

Orang Ketiga Punca Aidil Zafuan CERAIKAN Rita Melalui SMS ?!!


Hari ini dunia hiburan tanahair kecoh gara-gara berita penceraian pemain bola sepak, Aidil Zafuan dan Rita Rudaini bercerai talak satu melalui sistem pesanan ringkas (SMS) . Berita itu dilaporkan oleh salah satu stesen radio terkemuka tanahair.

Ada juga desas desus mengatakan penceraian itu banyak berpunca dari munculnya seorang wanita dalam hidup Aidil yang dikenali sebagai Zarema yang juga anak bekas ADUN malah Rita turut meluahkan rasa hati yang bengang dengan kewujudan wanita tersebut.


Bagi mendapatkan kesahihan berita ini, Aidil Zafuan yang ditemubual namun enggan mengulas lanjut tentang isu itu dan hanya meminta supaya semua pihak menunggu jawapan dari perbicaraan di mahkamah.

“Saya tidak akan kata ya atau tidak sekarang ini. Tunggu saja di mahkamah nanti,” katanya memilih enggan mengulas mengenai cerita cerai sebagai menghormati Ramadan dan Syawal yang akan menjelang.

“Lagi pun, dia (Rita Rudaini) adalah ibu kepada anak-anak saya. Jika ada apa-apa yang berlaku antara kami, lebih elok jika ianya diselesaikan di mahkamah nanti,” tambah Aidil Zafuan lagi.


“Bagi saya kecurangan Aidil sangat memalukan saya dan anak anak. Zarema pula memang suka cari publisiti murahan, dia memang nak orang tahu ketika ini dia keluar dengan Aidil,”

“Saya sebenarnya nak muntah membaca atau melihat gambar Aidil keluar dengan perempuan lain. Secara jujur saya sedih dengan kehidupan Aidil hari ini, tak ada siapa yang membimbingnya.” ujar Rita Rudaini ketika ditemubual oleh wartawan Berita Harian.

Untuk makluman MMI bukannya nak menjaga tepi kain orang cumanya di saat bulan baik dan seluruh umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada hari Khamis nanti berlaku pula pergolakan rumah tangga pasangan ini.

MMI sedih kerana mengenangkan anak-anak mereka yang sudah pasti akan turut merasa tempiasnya di saat rakan sebaya mereka menyambut Hari Raya dengan keluarga masing-masing.

Walau apa pun yang berlaku MMI harap Rita tabah dalam menghadapi dugaan ini.

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels