Sehingga jam 5 petang tadi, seramai 114 individu telah mengambil borang pencalonan untuk bertanding merebut jawatan peringkat pusat iaitu Majlis Tertinggi (MT) UMNO dan tiga lagi sayap parti iaitu Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO.
31 daripada mereka mengambil borang untuk bertanding di peringkat MT, 36 orang di peringkat Pemuda, 35 Wanita dan 12 Puteri.
Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Ab Rauf Yusof berkata, pihaknya telah mengedarkan lebih 4,000 borang pencalonan bagi peringkat pusat manakala lebih 100,000 borang bagi peringkat bahagian seluruh negara.
“Borang ini diedarkan secara percuma dan tidak dijual atau dikenakan bayaran. Ia boleh diambil hari ini hingga 20 September nanti di pejabat bahagian masing-masing.
“Selepas itu borang ini perlu diserahkan ke pejabat perhubungan di seluruh negara,” katanya ketika ditemui media di kaunter pendaftaran borang pencalonan UMNO di Aras 4 Menara Datuk Onn PWTC.
Jelasnya lagi, pada hari penyerahan borang pada 21 September nanti, borang pencalonan juga boleh diwakilkan tetapi setiap wakil perlu membawa surat pelantikan atau surat kuasa.
Simulasi pemilihan itu katanya akan diadakan pada 27 hingga 29 September yang membabitkan serama 1,450 orang wakil jawatankuasa di UMNO bahagian Janda Baik, Pahang.
Menurut Ab Rauf lagi, sistem pemilihan baru UMNO yang pertama kali dilaksanakan ini bertujuan untuk merealisasikan transformasi politik.
Ia secara tidak langsung membolehkan sesiapa juga ahli UMNO dengan kelayakan minimun sekurang-kurangnya menjadi ahli parti selama sepenggal atau tiga tahun layak untuk bertanding di peringkat bahagian.
“Bagi jawatan peringkat pusat sama ada Majlis Tertinggi, Naib Presiden, Timbalan Presiden dan walaupun Presiden sekalipun… kelayakan minimum adalah menjadi ahli jawatankuasa bahagian selama sepenggal,” katanya.
Sistem pemilihan ini diadaptasi daripada sistem ‘electoral college’ yang menggabungkan sistem pemilihan di Amerika Syarikat dan United Kingdom.
Berikut adalah gambar-gambar yang dapat kami rakam di kaunter pengambilan borang pencalonan di aras empat Menara Datuk Onn, PWTC.sumber
MMI
No comments:
Post a Comment