MMI tertarik dengan kenyataan Tengku Nan berkenaan pemilihan UMNO yang mahukan semua perwakilan agar mematuhi etika,petaruran dan perlembagaan parti sejajar dengan proses transformasi politik yang kini sedang di lakukan oleh parti UMNO.
Benar dalam beberapa keadaan hampir pasti akan timbul mereka-mereka yang berkepentingan dan mahu mengambil kesempatan di atas kelemahan orang lain khususnya apabila melibatkan pertandingan.
Namun bagi MMI ianya adalah satu proses demokrasi yang di tunjukkan oleh semua parti di Malaysia sebenarnya , walaupun telinga kita ada mendengar rungutan dan rengekan mereka-mereka yang tidak berpuas hati dengan perkara-perkara tertentu namun itulah proses yang terus berlaku atas nama demokrasi.
Apakah pemilihan parti itu tidak melambangkan demokrasi ? Jangan buat keputusan dulu kerana jika kita amati dan kita teliti proses pemilihan itu sebenarnya adalah demokrasi yang seharusnya menjadi asas kepada mereka-mereka yang terlibat.
Yang menjadi masalah kepada proses demokrasi itu adalah apabila ada di kalangan mereka-mereka yang sanggup melacurkan demokrasi itu untuk kepentingan individu tertentu.
Namun ianya langsung tidak sama dengan parti DAP yang kini sedang berdepan dengan masalah demokrasi , ianya berpunca daripada sikap rakus untuk berkuasa sehinggakan timbul keputusan songsang dan ini di perakui oleh ahli sendiri.
Oleh yang demikian jangan sesekali samakan pemilihan UMNO dan DAP kerana kedua-duanya walaupun atas nama demokrasi tetapi asas demokrasi setiap parti itu berbeza.
Berbalik kepada pemilihan UMNO yang kini sudah memasuki fasa kedua , bilamana calon-calon sudah mula mendapatkan borang pencalonan masing-masing maka yang di nantikan adalah keputusan pemilihan.Untuk itu maka proses kempen sama ada berjumpa mahupun memujuk para perwakilan akan berlaku.
Bagi MMI ianya terbuka , berjumpalah ! memujuklah ! kerana akhirnya nanti satu keputusan akan di buat oleh perwakilan dan keputusan kali ini bakal menentukan sejauh mana matangnya ahli-ahli UMNO menentukan hala tuju parti dengan memilih pemimpin terbaik.
Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor Khamis lalu mengeluarkan satu kenyataan mengingatkan ahli UMNO di seluruh negara agar mematuhi etika,petaruran dan perlembagaan parti pada musim pemilihan jawatan parti itu sekarang.
Beliau harap mereka tidak mengambil kesempatan terhadap mana-mana persidangan sama ada untuk kepentingan peribadi atau atas agenda lain termasuk membatalkan persidangan.
Tengku Adnan berkata kuasa pemutus ditentukan oleh Majlis Tertinggi sebagaimana termaktub dalam perlembagaan dan peraturan parti.
Beliau berkata ini kerana, menjelang pemilihan parti yang bakal berlangsung dan dikawal selia oleh Jawatankuasa Khas Pemilihan Umno 2013, pelbagai aduan diterima oleh jawatankuasa itu.
"Antara aduan yang diterima oleh jawatankuasa terbabit adalah bersifat dengan sengaja berniat untuk memburukkan anggota/cawangan/bahagian, dengan sengaja berniat untuk membatalkan mesyuarat yang dijalankan serta aduan yang tidak munasabah," katanya..
Tengku Adnan berkata jawatankuasa itu bersidang setiap hari di Ibu Pejabat bagi membincang, menyelaras, menyelia dan memastikan setiap aduan berkaitan permasalahan yang timbul dapat ditangani dengan adil dan telus seterusnya memberi kaedah penyelesaian terbaik.
"Namun demikian, ianya hendaklah disahkan oleh Ketua Bahagian dan Setiausaha Bahagian Umno dan sebarang siasatan berkaitan aduan dibuat oleh Badan Perhubungan Umno Negeri," katanya.
Beliau berkata Ibu Pejabat juga telah mengenal pasti beberapa Umno Bahagian yang bermasalah seperti di Pulau Pinang, Kelantan, Perak dan beberapa negeri yang lain dan sedang meneliti dan memperhalusi kaedah terbaik agar setiap masalah dapat diselesaikan dengan baik.
Selain itu katanya, Ibu Pejabat juga mendapat maklumat di peringkat Umno Bahagian bahawa terdapat pihak yang bertindak negatif termasuklah melakukan politik wang.
"Sehubungan itu, saya ingatkan mana-mana anggota Umno yang secara jelas terlibat dalam anasir-anasir sedemikian dan melanggar tataetika anggota Umno maka mereka akan diambil tindakan keras termasuklah digantung keanggotaannya.
"Sebarang bantahan yang dibuat perlulah melalui Ketua Bahagian dan Setiausaha Bahagian Umno," katanya.Baca Selanjutnya
Selamat berkempen !
MMI
No comments:
Post a Comment