Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan Tujuh Wasiat oleh Sembilan Raja-Raja Melayu sebagai sesuatu yang sangat jelas dan tidak boleh dipertikaikan.
"Wasiat ini sangat terang lagi bersuluh," kata Presiden Umno itu pada pelancaran agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera pada pagi tadi.
Menjiwai pentingnya perjuangan Bumiputera, Najib memetik Tujuh Wasiat tersebut yang memperkenan perjanjian kemerdekaan untuk menubuhkan sebuah Persekutuan.
"Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah Simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain," ucapnya dengan lantang.
Najib berkata Wasiat itu telah menyatakan tentang ekuiti dan pemilikan orang Melayu dan kemudiannya diperluaskan kepada Bumiputera, melalui penyertaan Sabah dan Sarawak apabila Malaysia dibentuk 50 tahun lepas.
Najib yang juga Menteri Kewangan, mengumumkan lima strategi utama bagi memperkasa Ekonomi Bumiputera, meliputi modal insan, pemilikan ekuiti, pemilikan aset bukan kewangan, keusahawanan dan penyampaian perkhidmatan.
Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, menteri-menteri kabinet, ahli perniagaan Bumiputera, ahli akademik, dan ribuan penuntut di Dewan Agong Tuanku Canselor, Kampus Induk UiTM, di sini.
Katanya Bumiputera yang mewakili 67.9 peratus warganegara Malaysia seramai 27.4 juta orang, perlu menjadi teras kepada agenda nasional dan tidak boleh dinafikan oleh sesiapa.
"Sesungguhnya, sebarang prakarsa (inisiatif) bersifat nasional yang tidak mengambil kira atau mengabaikan agenda Melayu serta Bumiputera, adalah tidak adil dan tidak saksama," katanya.
Sejak Merdeka, kata Perdana Menteri, semua perancangan serta dasar ekonomi Melayu dan Bumiputera oleh pihak kerajaan telah digubal berasaskan perhitungan komposisi masyarakat majmuk tersebut.
Secara prinsipnya, perkara dan amalan ini telah diterima pakai sebagai satu kontrak sosial sejak sekian lama oleh seluruh rakyat Malaysia, seperti dipersetujui oleh bapa-bapa pengasas negara kita terdahulu. "Mereka dilindungi, dan dimaktubkan dalam Perlembagaan Persekutuan melalui "Perkara 153, Perkara 160 kurungan 2, Perkara 161A kurungan 6 sub kurungan a. Juga Perkara 161A kurungan 6 sub kurungan b," kata Najib. BERNAMA
Teks ucapan penuh PM Klik SINI
34 Touch Points Permerkasaan Ekonomi Bumiputera Klik SINI
Terbaik Datuk Najib , MMI terharu mendengar 7 wasiat 9 Raja-Raja Melayu di terjemah dengan sebegitu rupa.Sesungguhnya inilah perjuangan yang langsung tidak menidakkan hak bangsa lain tetapi mempertahankan hak bumiputera seperti mana yang telah di persetujui sebelum ini.
Menolak , menentang malah mempolitikkannya demi kepentingan parti mahupun individu tertentu bererti mereka adalah pengkianat kepada perjuangan yang pernah dan telah di meterai sebelum ini.
Kepada yang bukan bumiputera jangan dok bising , Kalau nak tau inilah yang di namakan HAK KEISTIMEWAAN ORANG MELAYU !!
MMI
Syukur lah kalau PM dah sedar.
ReplyDeleteTerbaik!
ReplyDeleteJiwai dan selami 7 Wasiat Raja2 Melayu..
p/s: Pernah terdengar ada orang melayu yang malu jadi Melayu!
Najib faham dia cumalah memanda bendahara di negara ini,kuasa penamat dam teragung sebenarya adalah raja raja melayu, yang mengatasi Perlembagaan,Kerajaan,Parlimen,Kehakiman dan segalanya di bumi Tanah Melayu ini,renunglah sebahagian lagi wasiat raja raja melayu
ReplyDelete:Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara;
Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini;
Bagaimana harta itu hendak diagihkan
ReplyDeletesiapa yg uruskan harta2 itu