Followers

Thursday, 28 November 2013

Sapa LANCAUkan Si Nuar ???


Seramai 108 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Roban yang diketuai Pengerusinya, Gani Eli mengumumkan keluar parti hari ini untuk menyertai Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP).

Gani yang memimpin cabang itu sejak 2011 berkata, keputusan tersebut dibuat kerana barisan pemimpin PKR sama ada di peringkat negeri dan pusat mengabaikan kewujudan mereka sebagai penyokong setia parti itu.

"Selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), PKR seperti tidak ada hala tuju, kami dibiarkan begitu sahaja dan kami juga mula sedar parti itu tidak boleh diharap untuk memperjuangkan nasib penduduk," katanya.


Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mewakili kumpulan tersebut menyerahkan borang keahlian kepada Presiden SPDP, Tan Sri William Mawan Ikom di Ibu Pejabat SPDP di sini.

Mengulas lanjut, beliau mendakwa, lebih ramai ahli PKR Cabang Roban serta di sekitar kawasan Saratok akan mengisytiharkan keluar parti dalam masa terdekat.

Sementara itu, Setiausaha PKR Cabang Roban, Abang Mokhtar Abang Zulkifli yang turut mengikut jejak langkah Gani berkata, PKR boleh disifatkan sebagai parti yang tidak mempunyai masa depan.

"Berdasarkan prestasi semasa, SPDP dan Barisan Nasional (BN) meraih keyakinan kami untuk membawa pembangunan yang dimahukan rakyat," katanya.

William Mawan dalam pada itu mengalu-alukan keputusan kumpulan tersebut menyertai SPDP dan berharap lebih ramai lagi yang akan berbuat demikian untuk memperkukuhkan parti itu di peringkat akar umbi.

"SPDP berdepan pelbagai cabaran sejak beberapa tahun lalu namun perkhidmatan baik yang kita berikan berjaya mengukuhkan parti kerana terus mendapat kepercayaan rakyat berbanding parti pembangkang," katanya.utusan


Lompat jangan tak lompat bro !! Nampaknya katak-katak yang pernah tinggalkan perjuangan UMNO dan BN sebelum ni dah mula kembali kepada perjuangan asalnya.Bila dah sampai masa sakit ni ampa sendiri kena fikirlah mana yang sepatutnya ampa sokong.

BN selama ni sentiasa berusaha untuk memberikan kebaikan kepada rakyat cuma ampa saja kadang-kadang kalut tak pernah fikir tentang orang lain.Ada yang merajuk bukan kepalang pilih si Nuar tu alih-alih apa dia buat untuk ampa ???

Eloklah ampa tinggalkan parti tak ada masa depan tu , sama-sama kita bangunkan negara dengan kerajaan Barisan Nasional.

Jangan pula lepas ni salahkan UMNO sebab yang buat keputusan tu adalah puak-puak ampa sendiri.

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels