Pergerakan Wanita UMNO Pulau Pinang hari ini dalam sidang media di Wisma UMNO Pulau Pinang menyelar tindakan Ketua Menteri Guan Eng yang menggelar Datuk Jahara sebagai NENEK RASIS baru-baru ini.
Tindakan yang tidak profesional oleh Ketua Menteri Pulau Pinang itu di lihat sebagai tidak sensitif dan tidak menghormati sensitiviti gender.
Selain dari itu isu perobohon gerai-gerai milik bangsa Melayu juga turut di bangkitkan memandangkan sikap "double standard" kerajaan negeri selama ini bila mana gerai milik kaum-kaum tertentu sahaja yang di kenakan tindakan yang di ibaratkan sebagai "Selective Enforcement" yang jelas bertentangan dengan slogan yang sering di laungkan oleh kerajaan negeri iaitu CAT.
Dalam masa yang sama Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Jahara Hamid mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Ketua Menteri, Lim Guan Eng kerana menggelarnya 'nenek rasis'.
Sehubungan itu, Jahara memberi tempoh seminggu kepada Guan Eng untuk memohon maaf kepadanya sekiranya tidak mahu tindakan saman itu diteruskan.
MMI
No comments:
Post a Comment