Followers

Saturday, 3 February 2018

PAN & PKR BERGOLAK Ayam Sudah Mula Berkokok ?


Belum pun PRU14 masing-masing dah mula nak tunjuk taring !

Yang PKR pasti terasa sebab PAN bukanlah parti yang sewaktu dengan PKR, hadir apabila hilang sokongan dan kalah dalam pemilihan parti PAS.

Agak sedikit berbeza dengan PKR kerana hadir dengan rentak reformasi membela Anwar Ibrahim peliwat yang telah dijatuhkan hukuman penjara di Sungai Buluh.Walaupun begitu di akhir-akhir ini nampaknya PKR juga sudah mula membuat pusingan 360 darjah apabila menerima bulat-bulat Tun Mahathir bekas pemimpin UMNO yang mengakibatkan Anwar merengkok di penjara.

Gerakan memboikot undi sudah pun bermula dan rata-rata daripada mereka ini adalah dari kalangan penyokong setia reformasi selain dari kalangan mereka yang hilang percaya dengan lalakan politik pembangkang kononnya perjuangan membela rakyat natijahnya hari ini terbukti semuanya disebabkan kuasa dan kedudukan semata-mata.

Si anak dan si isteri sanggup menggadaikan maruah kendiri semata-mata kerana keinginan melampau untuk berkuasa akhirnya merengkoklah Anwar seorang diri dalam kandang besi.

Kini kita disajikan pula dengan aksi cabar mencabar dan sindir menyindir sesama sendiri.

Siapa mereka ?

PKR dan PAN !

Dr Kamarul Zaman Yusoff, Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN) dalam ulasannya menyebut mengikut Fasal 3.3 dan Fasal 3.4 Perjanjian Pakatan Harapan yang ditandatangani pada 9 Januari 2016, hendaklah wujud dalam Pakatan Harapan itu “sebuah Badan Perantara (yang) dilantik oleh Majlis Presiden” di mana badan yang dianggotai oleh seorang wakil dari setiap parti ini berfungsi “untuk mendamaikan pihak yang mempunyai pertikaian di dalam Pakatan Harapan dengan mencari penyelesaian yang paling adil kepada pihak dan parti terbabit setelah aduan mengikut Fasal 3.2 dirujuk kepadanya”.

Mengikut Fasal 3.2 Perjanjian Pakatan Harapan ini pula, “setiap anggota dari setiap parti berhak membuat aduan terhadap anggota dari parti lain di dalam Pakatan Harapan sekiranya perbuatan anggota parti lain itu melanggar peruntukan-peruntukan Fasal 2.2 dan Fasa 2.3 sehingga mengakibatkan kerugian, memalukan atau mencemar nama baik anggota atau parti yang membuat aduan itu.”

Semalam, beberapa perbuatan yang mengakibatkan kerugian, memalukan dan mencemar nama baik anggota AMANAH dan PKR sebagai pemimpin parti politik serta nama baik AMANAH dan PKR sebagai parti politik telah dilakukan oleh kedua-dua pemimpin PKR dan AMANAH.

Ia bermula dari tindakan Timbalan Presiden PKR yang juga Pengerusi PKR Selangor dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, menggelarkan AMANAH sebagai pembohong dan tidak AMANAH yang diikuti oleh tindakan Pengerusi AMANAH Selangor, Ir Izham Hashim, menggelarkan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai badut yang tidak layak menjadi Menteri Besar Selangor dan Pengerusi Pakatan Harapan Selangor.

Terbaru adalah tindakan Pegawai Khas Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Muhammad Hilman Idham, yang menggelarkan AMANAH sebagai “parti 2 peratus” dan tindakan Timbalan Ketua AMK Pusat yang juga Ahli EXCO Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Dr Afif Bahardin, yang menggelarkan AMANAH sebagai “parti 1.4-1.5 peratus”.

Perbuatan gelar-menggelar yang sudah bertukar menjadi hina-menghina antara pemimpin PKR dan AMANAH ini memberikan imej yang sangat tidak baik terhadap kesatuan politik dalam Pakatan Harapan di mana Pakatan Harapan seolah-olah langsung tidak mempunyai sebarang mekanisme untuk mendisiplinkan ahli-ahlinya.

Benar, Perjanjian Pakatan Harapan memberi hak kepada setiap anggota dari setiap parti untuk membuat aduan terhadap anggota dari parti lain melalui Badan Perantara, tetapi malangnya sehingga kini Badan Perantara ini tidak diketahui telah diwujudkan oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan menyebabkan aduan begini tidak dapat dibuat di samping tiadanya tindakan proaktif dari pimpinan tertinggi Pakatan Harapan sendiri untuk menyelesaikan pertikaian.

Bila gelar-menggelar sudah bertukar nada menjadi hina-menghina, alamatnya hubungan kedua-dua parti politik ini bagai retak menanti belahlah.

Ini kerana hanya parti politik yang tidak bermaruah sahaja yang ahli-ahlinya sanggup membiarkan parti mereka dihina sesuka hati.

MMI sokong sebab Mat Sabu sendiri sanggup makan babi idengan Guan Eng dari makan ayam dengan Najib.

Hina sungguh !

MMI

1 comment:

  1. Halo sob...
    Lagi jalan2 malem ni...
    Lagi cari artikel soal ayam, trs sampe ke sini.
    :)
    Mantep artikelnya, ditunggu artikel selanjutnya ya gan.
    Mampir balik kesini https://agenzeus.net/panduan-cara-supaya-ayam-aduan-terlepas-dari-penyakit-mematikan/ ya gan...

    ReplyDelete

Labels