Kita baru sahaja masuk ke tahun 2014 dan seharusnya ia menjadi tahun yang paling efektif bukan sahaja kepada kerajaan tetapi juga seluruh rakyat dalam mendepani pelbagai cabaran yang mendatang.
Namun dalam keterujaan itu kita sudah pun menyaksikan beberapa insiden melibatkan segelintir rakyat yang melihat bertempik di jalanan sebagai salah satu pentas terbaik kononnya bagi membela nasib rakyat.Selain dari itu ada juga yang memilih untuk mengadu-domba kata-kata daripada seorang Perdana Menteri yang sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada rakyatnya.
Rentetan daripada itu kangkung kemudiannya menjadi popular seketika sampaikan seluruh warga bercerita tentang kangkung walaupun sebahagian besarnya tidak pernah pun mendegar ucapan yang di buat oleh Perdana Menteri di Kemaman.
Barangkali sudah budaya rakyat Malaysia agaknya tidak perlu mendapatkan kepastian atau merujuk kepada sumber sebenar kerana yang lebih penting bicara dan gelak ketawa di meja-meja minum atau di mana-mana sahaja.
Fenomena itu kemudiannya sampai ke kemuncak apabila seorang wakil rakyat dari PKR bertindak keterlaluan seperti kebudak-budakkan dengan melakukan sindiran terhadap PM dengan menyumbat kangkung ke mulut replika berupa wajah PM.
Serentak dengan itu maka bangunlah sekumpulan umat Melayu Islam mempertahankan PM dan mengecam tindakan bodoh wakil rakyat PKR terbabit.
Keadaan agak terkawal walaupun ada insiden mereka yang sudah terkena buku lima kerana api amarah yang meluap-luap.Inilah yang paling di bimbangi berlaku di negara kita kerana ia mampu mencetuskan sesuatu yang jauh lebih besar.
Namun seolah-olah satu rahmat buat seluruh rakyat Malaysia apabila segala gerakan berunsur penghinaan itu tiba-tiba di redakan dengan berita pengusiran ketua pembangkang dari memasuki negara Jepun.
Kecoh seketika dunia media sosial dengan pelbagai andaian termasuklah melenyapkan isu kangkung yang sebelumnya menduduki carta nombor satu isu paling panas dalam negara.
Serentak dengan itu maka timbullah apa yang MMI anggap sebagai serangan balas apabila edisi Ultraman , Shincan , Kesatria Baja Hitam dan lain-lainnya mengambil alih pentas media sosial.
Tidak cukup dengan itu timbul pula aksi demontrasi oleh ketua AMK Sam Ketot di depan kedutaan Jepun di Kuala Lumpur kononnya menuntut penjelasan serta permohonan maaf negara Jepun terhadap Anwar Ibrahim berikutan pengusiran yang paling hina itu.
Akhirnya rakyat faham , bahawa yang mengusir itu bukan Malaysia ! Bukan kerajaan BN ! Bukan UMNO ! Bukan sesiapa pun yang berada di Malaysia waima ahli-ahli dan penyokong pembangkang sekalipun.
Anwar di usir oleh kerajaan Jepun melalui undang-undang imigresennya yang jelas memberikan mereka hak untuk menahan dan mengusir mana-mana individu yang di dapati tidak mematuhi peraturan yang telah sedia ada.
Dalam masa yang sama rakyat Malaysia seolah-olah terkejut dan tersedar , YA !! Memang Anwar pernah di penjarakan satu ketika dulu kerana terlibat dalam kes salah guna kuasa.
Jadi apa perlunya Anwar dan konco-konconya meroyan bagai kerana undang-undang tetap undang-unadang malah Jepun sebagai sebuah negara yang punya kerajaan sudah tentu punya hak untuk menghalang sesiapa jua daripada memasuki negara terbabit.
MMI yakin semuanya di buat atas faktor keselamatan rakyatnya !!
Seperkara yang menarik di sini adalah jika Jepun boleh mengusir manusia bernama Anwar atas faktor keselamatan , Malaysia masih membuka ruang dan pintu untuk Anwar kembali setelah tidak lagi di terima oleh negara lain.
Lihatlah betapa murah hati dan baiknya kerajaan Malaysia melayan rakyatnya walaupun kita tahu yang kembali itu adalah bekas banduan !!
Klimaknya walaupun kita melihat kangkung itu sebagai sayuran gred rendah atau mungkin hanya di nikmati oleh orang-orang kampung dan kelas bawahan sahaja , kita jangan nafikan sama sekali masakan kangkung jauh lebih sedap daripada shushi.
MMI bukan berniat mahu menghina negara Jepun tetapi menjamah masakan kangkung jauh lebih baik daripada kita menjamah sushi kerana di khabarkan menjamah terlalu banyak sushi boleh membuatkan seseorang itu mengalami penyakit kanser perut.
MMI
Kangkong mmg sedap dari kunyit... Hahaha
ReplyDeletebukalah mata wahai rakyat malaysia, betapa nikmat hidup di malaysia. Apa yang pasti, kangkung sekarang dah menjadi menu dalam masakan rakyat Malaysia. Terima Kasih PM kerana mengingatkan rakyat Malaysia tentang sayuran tempatan yang dilupakan
ReplyDeleteaku suka kangkung. ada apa masalah? buat video ultraman serang anwar dan sam ketot plak.
ReplyDelete