Followers

Saturday, 25 January 2014

Cerita 2 Pemimpin !!


Bangsa Melayu punya nilai tersendiri dalam mencorak kehidupan masing-masing.Berbeza dengan bangsa lain Melayu lebih menghormati sesama manusia dan Melayu lebih suka memberi dari menerima.Banyak lagilah kalau MMI nak hurai kat sini namun Melayu itu sudah tidak sama lagi dengan Melayu hari ini.

Kebanyakkan Melayu hari ini sudah berubah dan ada di antaranya tak lagi mahu menjadi Melayu.Mudah kata acuan sahaja Melayu , budaya dan segalanya berubah menjadi orang putih , cina dan India.

Macam-macam cerita cuma Januari 2014 memberikan kita semua satu pengalaman yang cukup berharga sebenarnya.

Percayalah dalam dunia hari ini , 2014 sudah memberikan kita banyak petunjuk dan pengalaman rasanya amat berguna untuk setiap dari kita bermuhasabah diri.

Maka gunalah ia dengan sebaik-baiknya.

Dalam banyak-banyak perkara sudah pasti ramai yang di kejutkan dengan berita kes tuntutan fasakh oleh Nurul Izzah terhadap suaminya.Talian internet menjadi panas sepanas lava gunung berapi sesak dengan pelbagai kenyataan di laman media sosial.

Bayangkan Nurul Izzah yang di lihat begitu langtang pun punya masalah tersendiri dalam rumahtangganya.Sebab itulah kita sering di sarankan supaya memastikan setiap perkara yang kita dengar atau baca itu punya asas.

Isu ini membuktikan betapa seseorang itu sehebat mana sekalipun ia tidak akan sesekali dapat lari daripada punya kelemahan kerana segala-galanya di tentukan oleh Allah swt.

Apa jadi kepada reputasi Nurul dengan insiden penceraian ini ?

Kemudiannya kita di kejutkan pula dengan berita kematian Tuan Guru Harun Taib semalam.Seorang lagi pemimpin yang sepasukan dengan Nurul Izzah cuma berbeza pendirian.

Beliau yang kita kenal tidak sesekali akan menggadaikan maruah Islam khususnya dalam beberapa perkara seperti tuntutan kalimah Allah.

Ketegasan beliau wajar di puji memandangkan Harun Taib membuktikan perjuangan mempertahankan agama Islam itu sebagai keutamaan.Namun beliau kini sudah menjadi tetamu Allah  swt dan kita yang masih berada di muka bumi ini harus meneruskan kehidupan seperti biasa.

Cuma walaupun kedua-dua pemimpin ini berada dalam satu pasukan , kita dapat melihat bagaimana mereka selalunya akan mengenepikan mana-mana pihak sekiranya melihat satu-satu tindakan itu boleh mengganggu-gugat politik pasukan sendiri.

Inilah yang berlaku kepada Harun Taib , suaranya selalu di anak tirikan oleh pasukan Nurul Izzah .. Lebih sayangkan mereka yang bukan Islam daripada menerima pandangan serta nasihat mereka yang bertaraf ulama seperti Harun Taib.

Apa pun kita kehilangan seorang pemimpin pembangkang yang punya pendirian tegas terhadap hal ehwal agama Islam.

Harapan selepas ini mungkin pemimpin seperti Nurul Izzah mampu menggalas tanggungjawab dan amanah seperti mana yang pernah di lakukan oleh Harun Taib.

Bukan untuk Islam semata-mata tetapi untuk MELAYU juga !

Al-fatihah buat allahyarham Harun Taib ...

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels