Apakah pihak kristian sudah benar-benar mahu menyebarkan agama mereka di Malaysia secara terbuka ?
Insiden terbaru yang berlaku di USJ ini benar-benar membuktikan mereka langsung tidak punya rasa hormat apatah lagi akur dengan undang-undang serta perlembagaan negara Malaysia.
Yang pastinya pelbagai perkara dan penerangan tentang undang-undang ini sudah di jelaskan oleh banyak pihak namun mereka masih berdegil.
BANGI, 24 Feb – Risalah Kristian berbahasa Melayu telah tersebar di Pinggiran USJ, Subang Jaya Jumaat lalu yang dipercayai dilakukan oleh Mubaligh Kristian untuk menyebarkan agama mereka.
Risalah yang bertajuk ‘Semua penderitaan akan berakhir tidak lama lagi’ itu memuatkan mengenai keadaan manusia sekarang adalah serupa dengan apa yang telah dimuatkan dalam Bible.
Firman Tuhan menyingkapkan bahawa zaman kita dikenali sebagai hari-hari terakhir sistem ini.
Selain itu, risalah tersebut turut mempersoalkan siapakah yang berhak memerintah dan pemerintahan siapakah yang paling baik? Dapatkah manusia hidup lebih bahagia jika Tuhan tidak memerintah mereka? Mengapakah Tuhan tidak membinasakan Adam dan Hawa lalu menciptakan sepasang manusia yang lain? dan pelbagai lagi yang dinyata dan dipersoalkan dalam risalah itu.
Berdasar maklumat di blog akarimomar.wordpress.com, dimaklumkan bahawa anggota sukarelawan pemantauan sekitar kawasan itu telah berjaya menahan pasangan warga asing yang berkemungkinan berasal dari Amerika Syarikat bersama seorang pemuda berbangsa Cina.
Menurut mereka, kumpulan Kristian itu dilihat menyebarkan risalah Kristian dalam Bahasa Melayu tetapi membuat helah dengan menyatakan bahawa risalah berkenaan hanya diberikan kepada orang berbangsa Cina dan India.
Bagaimanapun, apabila dipersoal tujuan mereka mengedarkan risalah tersebut kepada orang Cina dan India walhal diterbitkan dalam bahasa Melayu, dan jika mereka ingin mengedarkan risalah tersebut dalam bahasa Melayu, apakah mereka sendiri boleh berbahasa Melayu?
Jelas anggota sukarelawan, mubaligh Kristian jelas tidak dapat memberikan jawapan.sumber
Risalah kristian berbahasa Melayu untuk di edarkan kepada kaum Cina dan India ? Agak-agak bro , jangan sampai ada yang terkulai nanti !!
MMI
No comments:
Post a Comment