Followers

Saturday 12 April 2014

Lebih Baik Layan Harun Din Daripada Pengkianat Negara !!!


MMI secara peribadinya mengucapkan syabas bukan sahaja kepada YAB Perdana Menteri tetapi juga kepada Datuk Dr Harun Din kerana membuktikan betapa jalinan persaudaraan sesama Islam dan bangsa itu mampu di realisasikan.Malah budaya sebegini sememangnya menjadi pegangan kita sebagai orang Melayu.

Kepimpinan negara juga kalau kita perasan sememangnya tidak pernah melepaskan sebarang peluang untuk menziarah mana-mana pemimpin dalam negara sekiranya di timpa sebarang sakit dan yang seangkatan dengannya.

MMI yang siang tadi berada di Hospital Pulau Pinang turut melihat bagaimana masyarakat kita sebenarnya punya sikap yang jauh berbeza daripada apa yang sering di momokkan di media-media sosial.Bagi MMI layanan seorang jururawat berbangsa Melayu terhadap seorang pesakit berbangsa cina tetap sama seperti mana beliau melayan pesakit lain.

Tak pastilah kalau orang lain punya tanggapan berbeza tetapi apa yang MMI saksikan siang tadi jelas satu perkhidmatan yang wajar di puji di saat banyak pihak sering bercakap tentang rasis.


Inilah sebenarnya budaya kita rakyat Malaysia , tetapi sayang masih ada di antara kita yang suka melihat perpecahan terus berlaku.Entah di mana silapnya tetapi sebagai rakyat di akar umbi MMI yakin rakyat punya pandangan tersendiri.

MMI juga turut mahu mengambil kesempatan di sini untuk mencelah sedikit tentang isu kononnya 1000 warga Malaysia yang telah membuat keputusan untuk tidak lagi menjadi warganegara dengan mengoyakkan segala dokumen mereka (passport) kini terhegeh-hegeh mahu kembali menjadi rakyat dan warganegara Malaysia.

Jika benar laporan ini MMI antara jutaan rakyat Malaysia yang tidak BERSETUJU mereka-mereka ini di terima kembali.Biar mereka rasa bagaimana hebatnya negara orang kerana selama ini mereka terlalu biadap malah merupakan pengkianat kepada negara.

Namun segalanya telah di perjelaskan bahawa apa yang di nyatakan itu tidak benar.Alhamdulillah sekurang-kurangnya kita tahu ianya adalah permainan politik pihak yang juga tidak selesa menjadi warganegara Malaysia.

Kepada mereka-mereka ini MMI nak CABAR , kalau dah bagus sangat dan ada negara luar yang HEBAT sangat tu SILALAH KOYAK PASSPORT masing-masing dan ISTIHARkan bukan lagi warganegara Malaysia.

Bagi MMI mudah Malaysia tak perlukan puak-puak musibat semacam ini.

Semoga Datuk Dr Harun Din cepat sembuh , Amin !

Baca juga artikel berkaitan di SINI 

MMI

2 comments:

  1. anti-LGBT , PR dan Ad-Dajjal12 April 2014 at 21:22

    Malam ni B.A.B.I aka Bang Non Al-Juburi Wal-Liwati Ad-Dajal senaq perut........

    ReplyDelete
  2. hanya sedap untuk bercakap,mana dapat sebagaiman terdapat dalam negeri ini.tengok saja baja padi buta,tak buat bendang lagi maseh terima subsidi baja.mana di dunia ini yang boleh dapat macam ini?.mau lari kah?dok kutuk pemerintah la ni bukan apa kerana terasa sikit terkilan tak dapat jadi?memegang jawatan dalam masjid/qariah.frust betul!.itu peringkat low level,bagaimana diperingkat top level,terpaksa jadi dajjal bagi puaskan nafsu.

    ReplyDelete

Labels