Jika sebelum ini Guan Eng telah bersetuju untuk menaikkan kadar tarif air tanpa mengambil kira kepentingan rakyat di Pulau Pinang kini tindakan lebih drastik akan di lakukan oleh rejim DAP ini.Kalau isu kekurangan air di bebankan kepada rakyat maka tidak mustahillah pemansuhan kuota bumiputera ini juga akan turut membebankan rakyat khususnya orang-orang Melayu di Pulau Pinang.
Seperti semua sedia maklum , pembangunan tidak terancang yang kini pesat berlaku di Pulau Pinang telah menyebabkan sebahagian besar penduduk khususnya orang Melayu terpaksa berhijrah ke negeri jiran bagi mendapatkan peluang untuk memiliki rumah.
Rata-rata penduduk Pulau Pinang kini terpaksa membuat pembelian rumah di kawasan seperti Sungai Petani , Kulim dan Padang Serai.Kawasan - kawasan ini terletak dalam negeri Kedah dan bersempadan dengan Pulau Pinang.
Bayangkan kesusahan penduduk yang terpaksa berulang - alik setiap hari ke tempat kerja.Bagi mereka yang tinggal di Padang Serai dan bekerja di bahagian pulau sudah tentu merasakan ianya cukup memenatkan memandangkan jarak di antara Padang Serai dan bahagian pulau memakan masa hampir 1 jam lebih.Itu pun jika bernasib baik bayangkan juga sekiranya berlaku kesesakan jalanraya ?
Namun penduduk Pulau Pinang tidak punya pilihan memandangkan kerajaan negeri Pulau Pinang sememangnya GAGAL menyediakan rumah mampu milik khusunya untuk rakyat berpendapatan rendah.
Kini ianya hampir pasti akan lebih menyulitkan apabila sudah ada ura-ura kerajaan negeri melalui kepimpinan rejim DAP untuk turut mengikut langkah kerajaan negeri Selangor dengan memansuhkan diskaun 7% untuk bumiputera bagi pembelian perumahan di negeri tersebut.
Seperti biasa keputusan itu sudah pasti menjadi satu lagi bebanan kepada rakyat Pulau Pinang dan paling menariknya tentang alasan yang di berikan kononnya untuk mendidik rakyat dan memberikan keadilan kepada semua pihak.
Kepala hotak !! Mana mungkin ada keadilan sekiranya hak bangsa Melayu di tarik !!
Sekiranya ura-ura cadangan ini benar-benar terjadi maka MMI nak ucap tahniah kepada semua pihak khususnya penyokong dan pencacai DAP serta pembangkang.Kerana ampalah semua ini boleh terjadi !
Sokonglah lagi jangan lupa bagi undi lagi pada PRU14 nanti na !!!! Ampa Baca Sini
MMI
No comments:
Post a Comment