Followers

Friday 18 July 2014

Khalid Letak Jawatan !! PRK Di Shah Alam ??


Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad hari ini menyatakan permohonan maaf kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Shah berikutan kemurkaan baginda terhadap cadangan beliau untuk menghapuskan kuasa eksekutif Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Katanya, beliau telah menghantar surat memohon menghadap Sultan Selangor semalam dan sedang menunggu keputusan.

"Sekiranya selepas penjelasan itu, Tuanku masih murka dan Parti (Pas) mengarahkan saya meletakkan jawatan demi kepentingan parti, saya akan lakukan," katanya ketika sidang akhbar di Pejabatnya di sini hari ini. 

Secara umumnya apa yang dikatakan Khalid adalah satu kewajipan.Malah kewajipan itu berbeza sama sekali dalam banyak perkara lain memandangkan Khalid bukan sahaja tidak menghormati kedudukan Sultan Selangor yang menjadi ketua agama Islam tetapi turut mencemarkan imej Majlis Agama Islam Selangor.

Sebagai orang luar dari bumi Selangor , Khalid perlu lebih menghormati rumah orang bukan menjadikan rumah orang itu sebagai sarkas.

Cuma MMI kurang yakin dengan kenyataan puak-puak ni sebabnya banyak pembohong dari bercakap benar !

Jika Sultan Selangor terus murka dan PAS tidak mengarahkan Khalid meletakkan jawatan , adakah Khalid akan terus mengotakan janjinya ?

Hmm POLITIK !!!

MMI

3 comments:

  1. Ini adalah satu golongan yang sejak sekian lama mendokong strategi ala-syiah iaitu berpura-pura mengikut persekitaran demi matlamat yang dikehendaki. Masuk parti politik bukan kerana setuju dengan perjuangan parti tetapi kerana mahukan kedudukan yang hanya boleh diperolehi melalui parti. Jangan harap manusia kumpulan ini akan merendah diri dan mengaku kesilapan mereka dengan hati yang terbuka. Pengakuan hanya lakonan untuk meredakan kemarahan dan janji hanya sekadar pelapik untuk menyelamatkan diri sendiri. Andai parti mengarahkan sesuatu pun akan dihujah untuk mengelakkan diri dari melakukannya. Kedudukan itulah yang mereka cari dan mereka tidak akan semudah itu melepaskannya begitu sahaja.

    ReplyDelete
  2. halau je balik negeri dia...

    ReplyDelete
  3. dah puas arak, minah urut, murtadkan orang islam , apa lagi letak jawatan lah...siapa sokong jual arak...Khalid...siapa sokong buka rumah urut...Khalid....siapa sokong gereja...Khalid...so..patutlah dia nak letak jawatan sebab kerja dia dah hamper selesai...orang PAS lain akan sambung kerja dia lepas ni..

    ReplyDelete

Labels