Followers

Friday 18 July 2014

UGUT BUNUH Tindakan Ahli Fikir MELAMPAU !!


Berikutan insiden pesawat milik Malaysia Airline MH17 yang dilaporkan terhempas akibat ditembak di Ukraine sewaktu dalam penerbangan daripada Amsterdam ke Kuala Lumpur , YAB Datuk Seri Najib sekali lagi dipersalahkan oleh penyokong-penyokong pembangkang.

Seorang pengamal media sosial yang juga merupakan ahli SAMM yang menggelarkan dirinya sebagai Ahli Fikir bukan sahaja menyalahkan kepimpinan negara tetapi turut bertindak menghina dan mencaci parti UMNO selain daripada melakukan ugutan bunuh terhadap Perdana Menteri.

Berdasarkan sumber lelaki terbabit yang menggunakan nama samaran Ahli Fikir merupakan pengikut tegar SAMM dan bernama Afzanizam yang sebelum ini sering kali dilihat bersama-sama dalam demontrasi jalanan yang berlaku di Kuala Lumpur mahupun Pulau Pinang.


Beliau yang sering kali mencetuskan provokasi itu setakat ini mempunyai 3 waran tangkap yang telah dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Bukit Mertajam berikutan laporan Polis yang dibuat sebelum ini.

Namun sehingga kini lelaki terbabit masih lagi bebas ke sana ke mari dan tingkah lakunya semakin hari semakin biadap tanpa ada sebarang tindakan diambil terhadapnya.

Apakah lelaki ini punya imuniti tertentu sehingga menyebabkan beliau masih bebas tanpa sebarang tindakan daripada pihak berkuasa ? 

Pada ketika Malaysia sedang bersedih dengan berita kematian 295 penumpang dan anak kapal MH17 , masih ada lagi mereka-mereka diluar sana yang memilih untuk menyemai kebencian sesama kita.

Shame on you SAMM ! sumber 

Baca juga artikel berkaitan di SINI

MMI

5 comments:

  1. Macam ni mengaku ahli fikir, bahasa macam orang takde otak dengan adab.

    ReplyDelete
  2. sebagai orang luar kami hanya boleh menggeleng-gelengkan kepala dan hanya boleh katakan ini: "ahli fikir ada isu dengan Ameno makanya terpulanglah kepada Ameno cari dia untuk setel isu ini once and for all"

    ReplyDelete
  3. Ahli fikir sewel, memang tak betul, banyak yang longgar. Pasal Melayu suka nak huru-hara keadaan, DAP,MCA serta konco-konco mereka seronok tenguk Melayu berbalah sesama sendiri, kena pula Najib yang macam dicucuk hidung, jahanam.....

    ReplyDelete
  4. MELAYU SEMEMANGNYA MUDAH LUPA..KALAU MEREKA MEMPUNYAI INGATAN YANG BAIK BAGAIMANA SEMANANJUNG TANAH MELAYU DIJAJAH..PASTI MEREKA BERSATU UNTUK KEBAIKAN ..MENGAKU ISLAM..TAPI SIKAP LEBIH KAFIR DARI KAFIR..ISLAM ITU BERSAUDARA ADAKAH TINDAKAN MEREKA INI MACAM BERSAUDARA..MOGA MELAYU YANG HILANG ARAH INI CEPAT SEMBUH DARI SAKIT JIWA ..BIAR LAH MELAYU HILANG, KAMI BUMIPUTERA LAIN TAK NAK IKUT KEGILAAN KAMU..BIARKAN LUNCAI TERJUN DENGAN LABUNYA .KALAU KAMI NAK TERJUN PUN KAMI AKAN PASTIKAN TIDAK GUNA LABU..KAMI AKAN GUNA LIFE JACKET, WET SUIT DAN DEKAT PANTAI BERPASIR..BUKAN PANTAI BERBATU...

    ReplyDelete
  5. betul kata awak, melayu mudah lupa, almaklum keturunan pelatah. memang jika melayu ikut dengan betul ajaran Islam, dia tak kan jadi begini. memaafkan, membersihkan hati dan otak supaya tidak terus dipalit taik yang sentiasa menyalahkan orang saja. mereka tak tau memilih, siapa yang ptut jadi pemimpin, sedangkan diri sendiri tak ada kewibawaan langsung, hanya cakap pandai. mereka memuj seorang pemimpin jijik yang mereka tak pernah percaya bahawa pemimpin inilah yang membawa taik dalam masyarakat Malaysia.

    ReplyDelete

Labels