Followers

Wednesday, 26 November 2014

PAU2014 Pemuda Sedia Sahut Cabaran


Teguran serta saranan yang dilontarkan oleh Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat bukan sahaja sebagai pembakar semangat malah ianya satu perkara yang cukup penting dalam usaha memberi kekuatan kepada parti.

Secara keseluruhannya ucapan beliau ketika merasmikan pehimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO adalah untuk memastikan parti bukan sahaja relevan pada hari ini tetapi untuk kelangsungan pada masa akan datang.

Exco Pemuda UMNO, Muammar Gaddafi Jamal Jamaluddin berkata secara umumnya ucapan tersebut adalah ucapan ikhlas dan jujur selain memperlihatkan keseriusan pucuk pimpinan untuk parti terus relevan khususnya di kalangan orang muda.

“Ucapan beliau bertepatan sekali dengan situasi hari ini dan setiap perwakilan serta ahli parti yang lain juga perlu ambil perhatian yang penting kerana segala penekanan yang terkandung di dalam ucapan perasmiannya adalah perkara yang benar dan ikhlas serta yang akan menetukan jatuh bangun parti pada masa akan datang.

“Malah tujuh perkara yang ditekankan seperti UMNO perlu melahirkan pemimpin muda yang berwibawa dan menjadi peneraju pemikiran (opinion leader)di dalam masyarakat, pencarian bakat, pengakderan dan sebagainya lagi perlu dilaksanakan dalam tempoh kadar segera dan kita sedia untuk menyahutnya untuk memastikan parti relevan orang muda serta terus relevan mendepani perubahan dan cabaran,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Serentak Perhimpunan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO, di sini, Selasa malam.

Sambil menyifatkan ianya sebagai pembuka mata kepada perjuangan parti Gaddafi seterusnya melihat keseluruhan ucapan berkenaan mampu meyakinkan orang ramai untuk terus memberikan kepercayaan kepada parti keramat UMNO.

Sementara itu, seorang lagi Exco Pemuda UMNO Mohd Najib Mohd Isa pula berpandangan ucapan perasmian tersebut adalah satu ucapan cukup lengkap yang menyetuh soal realiti sebenar termasuklah soal ekonomi, pendidikan, politiik dan pelbagai perkara lain yang harus diambil tumpuan khususnya soal menguruskan persepsi yang dilontarkan terhadap parti hari ini.

“Sebenarnya benda persepsi memang satu persepsi. Kebenaran sudah tentu sama sekali tidak ada…dan dengan penekanan yang terkandung di dalam ucapan Tan Sri Muhyiddin tadi, sudah pasti parti melakukan tindakan drastik untuk memastikan soal persepsi ini ditolak ke tepi.

“Seperkara lagi soal orang muda dalam parti…kalau orang nombor dua dalam parti cakap sebegitu ianya memang serius. Sememangnya kita merasa lega dan terharu dan berlapang dada apabila perkara tersebut datang dariapda orang nombor dua. Sudah tentulah kita merasakan suara kita macam didengari dan kita tengok dan tunggu ucapan dasar presiden pula bagaimana,” katanya.

Bagi Ketua Pemuda UMNO Selangor Zainuri Datuk Zainal turut sependapat apa yang dilontarkan oleh Tan Sri Muhyiddin itu adalah ucapan berterus terang dan datangnya daripada hati beliau sendiri.

“Kita  tengok apa yang diperkatakan di luar seperti warlord, cantas-mencantas dan sebagainya lagi itu merupakan satu cetusan serta perkara yang diperkatakan serta didengari daripada akar umbi serta generasi muda.

“Luahan rasa serta lontaran semangat yang terkandung di dalam ucapan itu amat kita hargai dan amat mengalu-alukan. Dalam konteks Pemuda UMNO Selangor, kita bersedia untuk menyahutnya segala maksud tersirat mahu pun tersurat akan diaplikasikan sebaik mungkin. Paling jelas dan cukup penting apa yang diutarakan itu adalah mesej jelas untuk kekuatan parti di semua peringkat,” ujarnya. - umnoonline

No comments:

Post a Comment

Labels