Semestinya apa yang sedang berlaku harus dijadikan sebagai pembakar semangat untuk kerajaan DAP Pulau Pinang terus berusaha menempatkan nama negeri di persada dunia.Pastinya ada keuntungan tertentu yang bakal diperolehi sekiranya seluruh dunia mengenali Pulau Pinang sebagai salah satu destinasi terbaik untuk dilawati.
Bukan senang bagi sesebuah negara apatah lagi negeri untuk mencapai kedudukan ini dan ianya harus diraikan.Maka kerana itu MMI nak ucapkan TAHNIAH kepada Lim Guan Eng dan seluruh pasukannya kerana kerja keras selama ini kini membuahkan hasil.
Dikenali sebagai PULAU PELACUR oleh warga asing seperti mana yang terdapat dalam gambar atas sudah cukup memberikan kepada kita gambaran sebenar bagaimana Pulau Pinang hari ini mencorakkan budayanya.
Dalam sedar tak sedar segala hasil titik peluh puak-puak DAP selama ini sudah pun mencatatkan kejayaan maka dengan itu secara tidak langsung ianya sudah mengesahkan kepada kita bahawa apa yang diutarakan oleh Wakil UMNO Negeri Pulau Pinang sewaktu Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini adalah benar dan punya asasnya.
Bukan setakat aktiviti pelacurannya bahkan perjudian haram juga tumbuh bagai cendawan di seluruh pelusuk negeri termasuklah di kawasan yang majoritinya orang-orang Melayu.
Guan Eng seperti biasa akan buat-buat bodoh dengan berkata Pulau Pinang tidak sebegitu malah cuba mengheret kaum cina dan menyemai kebencian kaum tersebut terhadap orang Melayu di Pulau Pinang kononnya apa yang disebut oleh Datuk Mohd Zaidi Mohd Said sebagai tuduhan terhadap orang-orang cina.
Apakah membongkar aktiviti haram itu merupakan satu tindakan yang dianggap rasis oleh Guan Eng ?
Kemudian dituduhnya pula orang Melayu bersikap RASIS !! Wehh siapa yang rasis sebenarnya ni ?? Baca artikel berkaitan di SINI
Sorry to say , Guan Eng tidak akan mengaku selagi mana ia tidak dibuktikan dengan BUKTI yang sejelas-jelasnya.Mereka tidak akan sesekali mengaku bahkan mengiakan apa jua yang mampu menjejaskan reputasi parti kerana mereka tahu satu kesilapan bakal mengundang musibah.
Guan Eng sudah pun dan akan terus menyalahkan orang lain seperti mana yang telah beliau lakukan sebelum ini Klik Sini maka untuk itu kita masih menantikan jawapan selanjutnya apakah beliau BERANI menyahut cabaran Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh dan Pergerakan Pemuda UMNO Negeri sekiranya BUKTI di kemukakan Guan Eng harus dan wajar segera meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri.
KENYATAAN MEDIA
PERGERAKAN PEMUDA UMNO NEGERI PULAU PINANG
ISU PERJUDIAN, PELACURAN DAN PUSAT HIBURAN YANG BEROPERASI SECARA HARAM DI PULAU PINANG
Pergerakan Pemuda UMNO Negeri menyokong kenyataan yang telah dibuat oleh Y.Bhg Datuk Mohd Zaidi semasa berucap di Persidangan Agung UMNO baru baru ini. Beliau telah membangkitkan isu penguatkuasaan sebagai isu utama yang menyebabkan Pusat Perjudian, Pelacuran dan Pusat Hiburan masih berleluasa di negeri ini.
Pemuda UMNO Negeri juga ingin mengulangi cabaran Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang. Jika beliau berjaya menunjukkan lokasi premis Perjudian, Pelacuran dan Pusat Hiburan, Ketua Menteri Pulau Pinang harus meletak jawatan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang. Pemuda UMNO juga akan memperlihatkan 5 lagi lokasi pusat sebegini kepada Ketua Menteri dan akan meminta beliau menyahut cabaran Y.Bhg Datuk Zaidi.
Kami menyedari pelbagai usaha telah dilakukan oleh Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan mereka komited dalam menjalankan operasi bagi membenteras kegiatan haram itu dan buktinya beberapa serbuan telah dilakukan terhadap premis judi dan Pusat Hiburan sepanjang tahun ini.
Antara kejayaan PDRM dalam membenteras gejala ini ialah pada 22 Nov yang lalu, PDRM telah berjaya memberkas 15 wanita warga asing yang berkhidmat sebagai tukang urut dibeberapa buah Pusat Refleksologi haram di Kawasan Bandar Baru Farlim. Selain daripada itu, Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi telah membuat kenyataan di Bernama yang disiarkan pada 5 November lalu dimana sejumlah 6,771 mesin judi tidak berlesen dirampas dalam operasi polis di negeri ini sejak Januari hingga 31 Okt 2014. Tahniah PDRM Negeri Pulau Pinang.
Ini jelas terbukti kegiatan haram ini benar-benar berlaku di negeri Pulau Pinang yang ditadbir oleh regim DAP dan menjadi persoalan mengapakah pengusaha kegiatan haram ini berani untuk menjalankan perniagaan di negeri ini.
Timbul juga persoalan adakah Ketua Menteri Pulau Pinang tidak pernah mengetahui wujudnya kegiatan haram berkenaan di negeri ini ataupun dia hanya sekadar menutup mata dan sengaja tidak mempedulikan dengan apa yang berlaku disebalik aktiviti di negeri naungannya
Laporan media dan statistik yang dikeluarkan oleh Ketua Polis Negeri itu jelas menunjukkan dakwaan mengenai kegiatan haram itu benar-benar berlaku di negeri ini seperti yang dibangkitkan Ketua Umno Bahagian Permatang Pauh, Datuk Mohd Zaidi dan Ketua Menteri Pulau Pinang wajib menarik balik ungkapan ‘penipuan terkeji' yang dilemparkan kepada Datuk Mohd Zaidi.
Dalam usaha membanteras kegiatan haram di negeri ini, Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang bersedia menawarkan kerajasama dengan pihak PDRM untuk menggempur dan melumpuhkan aktiviti perjudian haram, pelacuran dan pusat hiburan haram. Kami bersedia menjadi mata dan telinga kepada pasukan PDRM bagi membanteras aktiviti haram dari terus berleluasa di negeri ini.
Pemuda UMNO bimbang sekiranya kegiatan haram berkenaan tidak dibendung dengan serius ianya akan mencetuskan pelbagai masalah kepada masyarakat
Kami juga menggesa kepada semua masyarakat agar memberi kerjasama kepada pihak berkuasa untuk menyalurkan maklumat sekiranya mengetahui berlaku kegiatan haram di mana-mana kawasan di negeri ini.
Rafizal Abd Rahim,Ketua Pergerakan Pemuda UMNONegeri Pulau Pinang2 Disember 2014
Well MMI bukan nak berleter panjang kat sini cuma apa yang harus kita lakukan sekarang adalah mendedahkan segala BUKTI bahawa aktiviti ini sedang dan masih rancak menghiasi hari-hari dan malam-malam di Pulau Pinang.
Bagi MMI semuanya sudah ada didepan mata malah rakyat di Pulau Pinang sendiri pun sebenarnya sedar tentang apa yang sedang berlaku.Sampai ke satu peringkat kita melihat seolah-olah aktiviti ini di BELA !! Kenapa ? Siapa yang BELA ?
Banyak yang perlu kita ulas disini , tunggulah dulu MMI nak tengok sejauh mana pihak berwajib benar-benar nak membanteras aktiviti-aktiviti haram sebegini.Malah kita jangan lupa aktiviti haram bukan sahaja melibatkan pelacuran ianya juga melibatkan aktiviti judi haram yang semakin berkembang.
Kita tunggu tengok apa tindakan Guan Eng selepas ini !!
Apakah Ketua Menteri ini mahu Pulau Pinang terkenal sebagai PULAU PELACURAN dan tempat segala aktiviti haram dijalankan ??
Guan Eng kata TAK ADA sebab merujuk kepada laporan pihak Polis !!
Well MMI kata ADA !! Sampai masa kita DEDAH !!
So kepada pihak berwajib tolong pi buat kerja jangan sampai orang kata kita CELAKA !! Guan Eng pula jangan jadi BARUA , SAHUT cabaran UMNO dan tampil untuk kita BUKTIKAN kemudian sila LETAK JAWATAN !!
Ada BRANI ??
MMI
No comments:
Post a Comment