Semua orang sedia maklum , Nurul Nuha hadir bersama-sama ibunya Wan Azizah ke Istana Negara semalam untuk memohon pengampunan bagi pihak Anwar Ibrahim daripada DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agung setelah Ketua Umum PR itu disabitkan dengan kesalahan meliwat.
Secara perundangannya sememangnya mereka berhak untuk membuat permohonan terbabit dan selebihnya kita serahkan kepada budi bicara Istana Negara.
Namun ramai yang bertanya kenapakah keluarga Anwar ini mengambil keputusan di saat-saat akhir untuk ke Istana Negara bagi memohon pengampunan walaupun daripada awalnya Rafizi sendiri sudah memaklumkan bahawa proses permohonan itu tidak akan berlaku.
Malah ada juga bunyi-bunyi yang kata Anwar sendiri pun tak setuju dengan permohonan tersebut ! Baca Sini
Well macam-macam cerita kan ? Apa pun setelah meneliti beberapa perkara , MMI yakin dan pasti bahawa permohonan Nurul Nuha dan Azizah kepada pihak Istana Negara semalam tidak akan mampu merubah apa-apa.
Semuanya berpunca daripada sikap keras kepala dan berlagak pandai kononnya atas dasar solidariti tetapi itulah hakikat sebenar yang akan menyebabkan keluarga Anwar ini terus murung.
Sebelum itu kita ikuti penjelasan daripada Nurul Nuha sendiri kenapa beliau dan Wan Azizah membuat permohonan pengampunan tersebut ,
KENYATAAN MEDIA24 FEBRUARI 2015
Segala puji bagi Allah yang Maha Kuasa.
Bagi pihak keluarga kami, saya dengan penuh rasa rendah diri ingin menyampaikan rasa terharu dan bersyukur ke hadrat Illahi dengan sokongan dan semangat solidariti daripada rakan-rakan serta para penyokong di dalam dan dari luar negara.Hari ini merupakan minggu kedua ayah kami Datuk Seri Anwar Ibrahim ditahan sebagai tahanan politik Malaysia.Atas inisiatif keluarga, kami memutuskan untuk menghantar petisyen kepada Duli Yang Maha Mulia Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah Yang Dipertuan Agong - berdasarkan berlakunya pengenepian prinsip-prinsip keadilan dan pembelaan daripada penganiayaan fitnah ke atas Yang Berhormat Datuk Seri Anwar Ibrahim.Mahkamah mungkin telah menjatuhkan hukuman bersalah tetapi, namun ayahanda kami tidak bersalah. Justeru itu kami membuat permohonan petisyen bersandarkan Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan.Kami meletakan keyakinan kepada proses perlembagaan ini serta percaya prinsip keadilan akan ditegakkan apabila kesemua fakta-fakta diteliti secara menyeluruh tanpa campur tangan politik maupun mana-mana cabang kerajaan bersesuian dengan prinsip pemisahan kuasa melalui intitusi Raja Berperlembagaan.
NURUL NUHA ANWARPenyelaras #March2Freedom
Dalam situasi kes tersebut , pihak mahkamah sudah pun membuat keputusan melibatkan 5 hakim yang telah bersetuju bahawa Anwar didapati bersalah kerana meliwat Saiful Bukhari.TIDAK ada sebarang keputusan memenjarakan Anwar atas mana-mana kesalahan yang bersangkut paut dengan POLITIK melainkan atas perlakuan LIWATnya !
Malah Nuha juga sudah pun memesongkan fakta sebenar dengan masih berpegang kepada pendiriannya bahawa Anwar adalah tahanan POLITIK.Dalam masa yang sama secara tidak langsung beliau turut menghina mahkamah apabila menolak keputusan para hakim yang sudah memutuskan Anwar bersalah kerana MELIWAT !
Jika itulah pendirian Nuha dan Azizah , maka MMI yakin permohonan pengampunan itu tidak RELEVAN !
Perkara di bawah merupakan beberapa prosedur petisyen pengampunan pada Lembaga pengampunan ..
1. Jika pertikaikan hukuman dikenakan oleh mahkamah maka petisyen automatik Terbatal.
Petisyen rayuan hendak lah mengandungi
Pengakuan salah atas kesalahan hukuman dikenakan
Insaf sedar atas kesalahan
Berjanji berubah
2. Pengampunan ke atas tempoh hukuman yang dikenakan bukan ke atas kesahihan penghakiman dan pengampunan untuk ringankan hukuman dan sabitan kesalahan kekal.
3. Pengampunan bukan untuk membatalkan keputusan mahkamah dan sabitan adalah kekal bersalah.
4. Jika petisyen pengampunan mengandungi unsur penipuan pembohongan Serta menyalahkan sistem kehakiman mempertikaikan keadilan mahkamah dan membuat tuduhan hakim tidak adil maka petisyen Terbatal dengan SENDIRI dan boleh dikenakan pertuduhan dibawah Kanun keseksaan iaitu Menghina mahkamah dan melakukan penipuan.
5. Jika Seorang Ahli Parlimen atau adun kena hukuman melebihi 1 tahun maka dengan SENDIRI terlucut jawatan Ahli Parlimen setelah rayuan terakhir tamat di mahkamah dan tidak boleh bertanding di pilihanraya sebelum tempoh Lima tahun Dari tamat menjalani hukuman.
6. Tetap dikenali sebagai banduan atau Bekas penjenayah jika pengampunan diberikan Kerana pengampunan untuk ringankan hukuman bukannya membatalkan keputusan mahkamah.
SETERUSNYA adalah kenyataan daripada Ahli Majlis Tertinggi UMNO , MOHD PUAD ZARKASHI
Permohonan Pengampunan oleh Anwar Ibrahim telah mencemarkan sistem keadilan di Malaysia.
1. Bagaimana seorang Peliwat boleh memohon pengampunan? Ia akan menjadi "Bad Precedent" terutama kalau diampunkan. Bayangkan selepas ini ramailah peliwat dan perogol akan memohon pengampunan daripada Tuanku Yang Dipertuan Agong.
2. Anwar ternyata seorang yang bacul kerana biasanya mereka yang menerima hukuman gantung atau penjara seumur hidup sahaja yang memohon pengampunan. Setakat 5 tahun pun nak minta pengampunan ternyata Anwar hanya gempar sahaja bila selalu melaungkan slogan "lawan tetap lawan".
3. Sejak menjadi pemimpin pembangkang, tindakan beliau dan partinya banyak mencemarkan institusi Raja. Tetapi sekarang melutut meminta pengampunan Raja. Enough is enough, Anwar mesti berhenti berlakon dan berbohong.
Apa pun pihak Istana Negara dan DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agung adalah mereka yang jauh lebih berhak untuk menentukan keputusannya nanti.
MMI
PERMOHONAN AMPUN MESTI DARI ANWAR, BUKAN DARI ANAK DAN BINI !
ReplyDeleteSungguh hairan rasa-rasanya petisyen tidak mengikut protocol dan prosidur. Mungkin anak-beranak tidak setuju dengan butiran permohonan keampunan yang disediakan oleh peguam anuar, atau anak-beranak tidal mahu ikut butiran proses dan kriteria. Dalam erti katakana lain, anak-beranak SAMBRONO jolok petisyen ikut cara depa sendiri - maklumlah, semua depa ni hebat2, wakil2 rakyat belaka. Mereka ingat depa ni "above the law" dan "above all procedures and protocol". Semasa hentam dan kutuk kerajaan dengan kemghasut Negara asing tekan Malaysia tidak ingat. Sekarang nie merayu....tapi dengan cara dan dengan guna kata2 yang begitu SOMBONG DAN ANGKUH. Harapan DYMMDPA akan putuskan segera menolak pertisyen yang sombong lagi angkuh. Rakyat rasa aman si Anwar dalam penjara.
ReplyDeleteMereka ingat depa ni sapa. Kalau nak tau, mau lah sini.
DeleteMereka tahu permohonan itu tdk relevan, tidak mengikut prosedur & sukar diampunkan. Strategi mrk kemudiannya bila ditolak akan menuduh DYMM Agong juga telah dibeli oleh UMNO & terlibat dgn konspirasi...samalah mcm mrk fitnah Hakim2 Mahkamah Rayuan & Mahkamah Persekutuan...padahal hakim2 ini dilantik sendiri oleh DYMM Agong!
ReplyDelete