Apabila Tan Sri Shafee berjaya membuktikan di mahkamah bahawa Anwar Ibrahim sememangnya adalah lelaki Y sekaligus PELIWAT , maka berbondong-bondonglah puak pencacai dengan muka masam tampil untuk bersolidariti dengan slogan "We Will Never Surrender".
Keadaan kemudiannya jauh lebih rancak dan suasana segera bertukar panas apabila Tan Sri Shafee mula menjelajah untuk memberikan penerangan berkaitan perjalanan kes.
GUSAR dan rasa tidak selesa mula wujud dalam diri setiap juak-juak pembangkang kerana jelajah Tan Sri Shafee berjaya membuatkan rakyat di akar umbi faham situasi yang sebenar.
Oleh sebab itu maka tampillah Rafizi Ramli , Setiausaha Agung PKR menjadi hero Pakatan Haprak apabila terus mencabar Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia , YB Khairy Jamaluddin untuk bersemuka dan berdebat secara terbuka di kaca televisyen berhubung perbicaraan dan penghakiman kes Liwat II.
Apa lagi yang boleh kita kata ? Manusia-manusia ini sememangnya tidak akan pernah akur dengan tiap keputusan perundangan negara sekiranya keputusan itu tidak memihak kepada mereka.Seolah-olah mereka terlalu maksum untuk melakukan kesalahan.
Namun hari ini segalanya berubah !!! Cabaran Rafizi di balas !!
Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia , Ibdilillah Ishak tampil menawarkan diri menyahut cabaran Rafizi untuk berdebat.
CABARAN DEBAT RAFIZI TERHADAP KETUA PEMUDA UMNO MALAYSIA
Baharu ini Rafizi ada melontarkan cabaran debat terhadap Ketua Pemuda UMNO Malaysia YB Khairy Jamaluddin. Topik yang dipilih Rafizi ialah ‘Penghakiman Kes Liwat II Anwar Ibrahim’.
Saya melihat cabaran tersebut sebagai tidak relevan untuk berdebat dgn YB Menteri.
Namun saya sedia menawarkan diri untuk berdebat dengan Rafizi bagi menjelaskan hal yang benar bagi kepentingan rakyat.
Bukan sahaja soal penghakiman kes peribadi Anwar Ibrahim, malah saya juga melontarkan cabaran debat kegagalan ‘Kajang Move’ dan arahan yang dikeluarkan beliau baharu ini untuk mengadakan satu demonstrasi besar-besaran untuk menumbangkan Kerajaan BN.
Rafizi sebaiknya didesak supaya berundur kerana beliau telah meletakkan nyawa PKR di hujung tanduk. Saya berharap kepimpinan PKR melihat tindakan Rafizi yang hanya populis dan tidak menguntungkan parti.
Saya ingin bertanya kepada Rafizi, apakah kelebihannya berdemonstrasi? Adakah ini satu bentuk politik kotor PKR? Apakah nilai tambah ‘value add’ berdemonstrasi bagi menumbangkan Kerajaan kepada kehidupan rakyat Malaysia?
Ibdilillah Ishak
EXCO PEMUDA UMNO MALAYSIA
PENGERUSI BIRO MEDIA SOSIAL
Well satu perkembangan yang baik , sebagai pencabar Rafizi HARUS menyahut cabaran ini kerana KEGAGALAN beliau berbuat demikian akan menyebabkan integritinya dipersoalkan.
JANGAN bagi alasan kononnya Ibdil bukan taraf Rafizi kerana yang jauh lebih penting adalah hujah sewaktu debat yang konsisten dengan perjalanan kes serta keputusan yang telah di buat oleh para hakim.
Rakyat menanti dengan penuh minat !!!!
SYABAS MMI ucapkan kepada Exco Pemuda UMNO saudara Ibdil kerana BERANI tampil ke depan !!
So amacam Rafizi ??
MMI
Dah perangai bapuk ..mana beraninya..lepas ni terus senyap tu..ANJING lah katakan..Salak orang pandai, kena baling baru aje terus bercawat ekor...lari lintang pukang.
ReplyDelete