Followers

Sunday, 1 March 2015

Susah Bila IBLIS Cuba Jadi MALAIKAT !!

Malaysiakini, portal yang sudah dikenalpasti menerima bantuan kewangan dan latihan daripada Zionis bertujuan untuk menjahanamkan negara ini menerusi pemberitaan yang lebih halus dan teratur bagi mengelakkan mereka diharamkan di bawah Akta Penyiaran dan Penerbitan, terus berusaha untuk membantu DAP dan Lim Guan Eng yang sedang terdesak untuk keluar daripada pelbagai serangan di atas kelemahan dan penyelewengan yang dilakukan di Pulau Pinang.

Sasaran mudah mereka adalah Rosmah Mansor.

Ketiadaan tindakan undang-undang daripada Rosmah Mansor ke atas portal Zionis pro-DAP dan Anwar Ibrahim, menjadikan mereka begitu bebas melakukan fitnah selain memutarbelitkan apa-apa sahaja yang dikatakan oleh Rosmah. Objektif utama untuk menimbulkan persepsi negatif rakyat Malaysia terhadap Rosmah Mansor, telah hampir berjaya apabila boleh dikatakan setiap orang melihat Rosmah Mansor sebagai satu liabiliti dan simbol kemewahan dan pembaziran sekalipun pada masa yang sama, Rosmah Mansor tidak pernah berada dalam kedudukan politik di mana negara perlu menghabiskan ratusan juta ringgit semata-mata untuk mewujudkan Pilihanraya Kecil sebagaimana yang dinikmati oleh Wan Azizah Wan Ismail, isteri Anwar Ibrahim.

Kenyataan Rosmah tentang 'dandanan rambut bernilai RM1,200' telah diputarbelitkan dan diselewengkan dari maksud asal. Malaysiakini telah berjaya menjadikan rungutan Rosmah Mansor itu sebagai satu rungutan kemewahan kerana terpaksa mengeluarkan RM1,200 semata-mata untuk mendandan rambutnya.

Berdasarkan kepada rakaman audio tersebut, Rosmah menceritakan tentang perlunya usaha memantau para peniaga yang membuat perniagaan dari rumah ke rumah. Ini adalah disebabkan ada peniaga yang mengenakan harga tidak munasabah bahkan setinggi lebih lima kali ganda. Rosmah memberikan contoh bagaimana dia telah bertanya tentang kos mewarnakan rambut, peniaga terbabit mahu mengenakan bayaran sebanyak RM1,200!

"Kalau saya nak cat rambut dekat rumah, dia caj RM1,200... amoi mahalnya. Kalau dekat kedai, difference charge, ini home service."

"Kalau saya nak cat" bermakna Rosmah baru sahaja bertanyakan harga. Dan harga itu baginya sendiri adalah terlalu mahal. Dalam keadaan apa sekalipun, apabila sudah mahal, maka sudah tentulah servis itu tidak akan diambil. Dan seandainya benar dia telah menggunakan khidmat tersebut, tentulah dia menyatakan, 'Saya cat rambut di rumah RM1200 sebab home service.' 

Kalau dia seorang yang boros dan mempunyai RM30 bilion sebagaimana yang didakwa oleh para pecacai Pakatan, sudah tentu RM1200 bukanlah mahal baginya.  Sekaligus maksud sebenar daripada ucapannya yang cuba dikotorkan oleh Malaysiakini dengan putar belit itu adalah, 'Kerajaan perlu memantau golongan peniaga tamak yang membuat untung berlipat kali ganda dan mengambil kesempatan ke atas pengguna.'

Barangkali menyedari bahawa mereka telah tersilap lapor dan putarbelit mereka  telah terdedah, Malaysiakini cuba melarikan isu tentang Rosmah Mansor membabitkan CINCIN RM24 JUTA pula. Namun sekali lagi, mereka melakukan kesilapan apabila di sebalik cubaan melakukan fitnah, mereka secara tidak sengaja telah membersihkan nama Rosmah Mansor.

Mereka sendiri yang menyiarkan berita bahawa cincin tersebut telah dihantar oleh Jacob & Co ke Putrajaya atas nama Rosmah Mansor untuk rujukan Maria Nazarbayez, besan Rosmah Mansor.

Tindakan undang-undang seharusnya diambil ke atas portal Zionis pro-DAP-PKR ini dengan seberapa segera. Mereka sudah terlalu berleluasa dan bermaharajalela melakukan kerja-kerja fitnah. Sebarang tindakan membiarkan sahaja, tidak akan mengurangkan sikap suka menfitnah mereka, bahkan akan menjadikan mereka lebih seronok membuli dan menfitnah kerana tahu, mereka tidak akan diambil tindakan.sumber 

Komen MMI susah bila ada pihak yang cuba jadi malaikat sedangkan hakikatnya mereka tidak ubah sebiji macam IBLIS !!!

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels