Followers

Sunday 15 March 2015

Warkah Untuk Tun Mahathir

SERIUS perlu di akui bahawa Tun Mahathir adalah salah seorang pemimpin negara yang amat MMI sanjung kerana kepimpinannya sewaktu mengepalai UMNO dan kerajaan Barisan Nasional.

Tidak ada siapa pun yang boleh mempertikaikan sumbangan bekas Perdana Menteri ini apatah lagi kesan daripada pimpinannya maka Malaysia secara tidak langsung mengalami perubahan demi perubahan.

Namun sejak akhir-akhir ini tindakan Tun Mahathir benar-benar mengecewakan MMI.

Sebelum itu perlu MMI tegaskan disini bahawa artikel ini bukan bertujuan untuk mempertahankan Najib apatah lagi diminta oleh sesiapa untuk menyerang Tun Mahathir.Rasanya pengunjung tetap blog MMI pasti sedar bahawa blog MMI tidak pernah menulis perkara-perkara yang negatif tentang Tun Mahathir seperti mana yang bakal anda baca seterusnya.

Mungkin akan ada pihak-pihak tertentu yang tidak berpuas hati dengan apa yang bakal dibaca tetapi MMI harapkan supaya kita menganggap ini sebagai satu teguran kepada Tun Mahathir seperti mana Tun Mahathir sering kali menegur pimpinan negara.

Untuk rekod kerana MMI masih lagi punya rasa hormat kepada bekas Perdana Menteri ini , maka MMI putuskan untuk tidak menulis tetapi BERSETUJU dengan penulisan sahabat blog Wan Zamzuri Wan Hasenan seperti yang dilampirkan dibawah.

Bila Mahathir menulis posting terbaru Blog Che Det maka bukan sahaja komuniti media baru memberi perhatian malah semua pemimpin pembangkang memperkatakan apa Mahathir suarakan.

Mahatir sudah mula open war dengan Najib kata pembangkang. Sebenarnya Mahathir seolah-olah mengambil tempat ketua pembangkang gayanya setelah anak didiknya Anwar Ibrahim duduk di penjara.

Mahathir mahu suaranya didengar menangkap perhatian. Sebenarnya Mahathir dan Anwar Ibrahim sama saja masing-masing mahu jadi nabi politik Tanah Melayu!

Apa yang menjadi kebiasaan Statemen seperti Presiden Amerika, Perdana Menteri Britain, Perdana Menteri di Eropah mahu di Australia atau Jepun dan Korea bila sudah bersara samada duduk diam atau aktif NGO. Tidak pernah kita dengar mereka ini mengkritik secara terbuka the current president or prime minister.

Clinton umpamanya menjadi jurukempen hebat Presiden Obama.

Tapi Mahathir tidak begitu sebab beliau berpolitik sampai mati. Mahathir tidak boleh dengan Musa Hitam, tidak boleh dengan Ku Li, tidak boleh dengan Ghafar Baba, tidak boleh dengan King Ghaz, akhirnya tidak boleh juga dengan anak didik Anwar Ibrahim.

Bekas Setiausaha Agong UMNO Mohd Rahmat pun akhirnya  buat buku tidak puas hati dengan Mahathir.

Mahathir menaikkan Pak Lah lepas itu mula mengkritik secara terbuka hentam Pak Lah hingga Pak Lah Undur. 

Salah satu sebab mengapa prestasi BN buruk pada PRU 12 adalah kerana faktor Mahathir mengkritik secara terbuka Pak Lah.

Sekarang Mahathir mahu mengulangi perkara yang sama dengan mahu mengkritik secara terbuka kepada public menghentam Najib.

Apa yang Mahathir mahu sebenarnya? Adakah bila Mukhriz berjaya menjadi Perdana Menteri baru Mahathir boleh diam?

Mahathir perlu menjawab dua posting berikut:



Salah satu sebab mengapa Orang Melayu sudah mula tidak setia dan tidak patuh kepada pemimpin kerana politik Mahathir yang meminda Perlembagaan berkaitan imuniti kuasa Raja-Raja Melayu kerana mahu untung politik secara jangka pendek tetapi tidak memperduli kesan dan akibatnya kepada Orang Melayu dari segi jangka panjang.

Isu itu boleh diselesaikan secara individu dengan Raja yang terlibat pada pandangan Mahathir semasa menjadi Perdana Menteri adalah tidak wajar. Kenapa mahu menghukum semua Raja-Raja Melayu?

Tidakkah segala permasalah politik dan sosial di negara kita ini yang dulunya kita rakyat Malaysia menikmati segala ketenangan politik dan hubungan harmoni antara kaum adalah disuburkan oleh pemimpin statemen yang terdahulu kini 'bad politics' telah dihasilkan oleh dua orang political animals seperti Mahathir dan Anwar Ibrahim yang terpaksa generasi baru hari ini perlu selesaikan segala permasalahan yang ditinggalkan?

Sejarah runtuhnya Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka 500 tahun dulu adalah disebabkan oleh salah satu faktor akibat politik pemimpin kaum Tamil Islam yang berpengaruh bersengketa dengan pemimpin Melayu di istana.

Kita tidak mahu lihat sejarah akan berulang buat kali ke dua! sumber 

Sorry to say .. Secara peribadi jika beginilah sikap Tun Mahathir maka MMI cadangkan supaya beliau berdiri sahaja di pentas pembangkang atau pikul sahaja amanah sebagai ketua pembangkang yang baru menggantikan Anwar Ibrahim.

MMI

21 comments:

  1. Tuan Admin yang dihormati... Anyway apa yang Tun Mahathir tu tegur salah keer ????... atau kita hanya perlu menyatakan yangg enak2 Pada najib ...sepertimana gambaran sokongan Majoriti CINa dah kembali pada BN....... Saidina UMar sendiri meminta orang ramai menegurnya jika tersilap langkah..... Najib sepatutnya berlapang dada dan menjawab segala teguran yang dinyatakan... Banyak Dasar2 najib yang tidak jelas dan seolah2 ade sesuatu yang disembunyikan dari pengetahuan ramai. Keadaan ini lebih buruk lagi ,, bila ada golongan penjilat yang berada disekeliling beliau menanti habuan.......DAN JANGAN LUPA KEJATUHAN MELAYU MELAKA TURUT MELIBATKAN GOLONGAN PENGAMPU SULTAN YANG MENGUMPANKAN SEGALA BERITA YANG BAIK2.....

    PASMA MELAKA 2015

    ReplyDelete
  2. hahaha..tahniah..lgpun dah 2 penggal berturut2 BN menang 2/3..so trrbukti keyakinan rakyat pada BN sgt tinggi..lepas ni mana2 program PM..jgn lupa angkat tinggi2 sepanduk I LOVE PM!!salah satu bukti PM kita disokong kuat rakyat!! lg baik teruskan niat PM nak buang akta Hasutan spt mana Akta ISA yg salah satunya sbg faktor nak tarik undi cina!!tolong la mansuhkan Akta Hasutan..org cina xsabar nk pangkah BN balik ni....

    ReplyDelete
  3. Apa yang perlu dibimbang dengan Mahathir jika kebenaran ada pada Najib (?)
    Masa depan Malaysia pun sudah boleh dianggap cemerlang, gemilang dan terbilang dengan adanya 1MDB.

    Apabila Najib singkir semua jemuan-jemuan dan tukang kipas, UMNO mesti boleh menang pilihanraya.

    Jangan fokus sangat dengan Mahathir, yang perlu diberi perhatian ialah Muhyiddin jika dia mula bersuara...

    ReplyDelete
  4. pertanyaan Dr Mahathir adalah juga pertanyaan dari rakyat yang ingin mengetahui permasalahan dalam 1MDB. Mengapa pertanyaan yang begitu mudah tidak dapat dijawab oleh sesiapa pun dalam 1MDB, penasihat2 waima Najib sekali pun. Jangan salahkan orang yang bertanya sebab umat yang bertanya di zaman rasulullah dijawab dengan jelas dan ikhlas oleh Nabi Muhammad saw....soalannya mudah, jawab la? jangan salahkan pepatah melayu, BERBOHONG LAMA-LAMA MENCURI

    ReplyDelete
  5. Cakapnye memang pedas tetapi bernas....turun kebawah lihatlah luahan rakyat yg mmg sedang memperkatakan tentang 1mdb....modal ini sedang digunakan oleh pembangkang...dan mereka telah berjaya menanam persepsi tentang 1MDB, GST, Rosmah, atlantuya..tapi media baru umno pula sedang sibuk menghentam blogger pro umno yang tidak termasuk dalam media baru umno, yang salah kita tegur yang betul kita sokong...jangan tangan kiri mengipas tangan kanan menadah habuan...rakyat nampak kalau kita jujur.

    ReplyDelete
  6. Elok jgn mahathir ganti nuar jadi ketua pembangkang. Kalau tidak asyik nak menyibuk je kritik org Tak pernah lg dia kritik pembangkang sejak bersara.Asyik kritik pm je.

    ReplyDelete
  7. Buat apa sokong PM yg memang sah2 bawak kehancuran kepada Umno. Umno akan kalah Pru akan datang. Cukup2 la bodek Pm bangang tu!

    ReplyDelete
  8. lebih baik ko bagitau boss ko tu dulu,jgn kacang lupakan kulit,lebih pentingkan si mata sepet.ini nak hapus itu nak hapus...byk bencana2 kejadian besar menimpa negara langsung dia x bole urus dgn baik...kita nak pemimpin yg memimpin bukannya pemimpin yg dipimpin.

    ReplyDelete
  9. MMI

    Assallamualaikum,

    A) Lupa kah Zahid Hamidi (antara yang ramai dalam UMNO) bantai Tun M cukup cukup waktu dia pro-Anwar dulu! Tun M tidak sepi dari dihina, di critic, dicaci-maki, malah tekanan datang dari pemimpin negara luar dan negara kuasa besar!

    B) The laundry list's too long for the detrimental decision-making and actions that Najib has become an UMNO's 'excess baggage'. You are a learned man you can compile and put on a scale between what's good and what's bad happening to the country and which one actually tipped the scale heavier.

    C) Understand the Substance and Grasped the Essence of ALL critics that Tun M have thrown into the open ie. Seek and you shall find.

    D) Compare WZWH and Tun M, do you really see the disparity each has contributed for the good of the country?????

    E) If only Najib has heed or consult (which is actually FREE High-Value CONSULTANT in Tun M), things would not have been this bad and, you haven't put into $$$$$$$$$$RM on what is costing the government on CONSULTANTS alone! Need to add BR1M, 1MDB blunders etc etc????

    F) Tun M saw an URGENT needs to mend the fence that is crumbling and falling apart within the corridor of the government, period! So, 3 years or so is short in terms of 'righting a listing ship'!

    G) Do you at least see the magnitude in Tun M's 'Gung-Ho' attitude toward the West-Superpower? Take that to Najib and he dare not even asked the 'COLD-HARD-QUESTIONS' asking BOEING on MH370 let alone the US Powerful-hierarchy! And, what about MH17, Malaysia nearly being sidelined in the investigation-proper!

    You haven't got a clue (including WZWH) the level of recognition-respect 'Melayu-Islam' gained on a World stage only because Tun M's 'langgar attitude on a calculated-risk domestic and international issues' that martabat melayu dipandang tinggi di luar negara!

    Melayu Luar Negara

    ReplyDelete
  10. MMI, do you have your facts? Don't just talk or write, produce facts and evidence.

    ReplyDelete
  11. I am a fan of Tun Mahathir, but I am also a fan of DS Najib. They are both like a father and a mother to me. If my father keeps criticizing my mother openly, how would you know how I feel?

    ReplyDelete
  12. Mungkin dah nyanyuk. Mungkin kalau dah sakit dia minta maaf mcm tok guru. Pas tu baru la segalanye mudah. Org2 ni politik spai ke last minute. Bagi aku bila dh tua mungkin bab dunia dah kurang lebih ke ibadat cukup la spai satu takat. Allah dh kurnia mcm2 jdi di akhir2 hayat byk ka bzikir dn bertobat dn jauhkan dri nyanyuk

    ReplyDelete
  13. Maaf saya tidak setuju komen anda..
    Dr M bukan pejuang politik yg biasa..
    Beliau mempunyai pegetahuan dan pengalaman yg luas.
    Kebijaksanaan beliau adalah luar biasa dan pandangan beliau amat tajam kerana ramai yg tidak mampu membacanya. Kritikan dan luahan yg dikeluarkan bukan untuk kepentingan diri atau sudah nyanyuk. Beliau seorang yg amat berpandangan jauh dan berprinsip. Luahan yg kadang kala sinis dan pedas mempunyai maksud yg dalam untuk kepentingan agama dan bangsa. Di usia begini beliau tidak memerlukan apa-apa kuasa dan kepentingan. Tetapi atas rasa tanggubgjawab yg masih belum selesai dan keinginan melihat bangsanya terus maju, saya rasa luahannya tidak lain untuk kepentingan semua. Saya tidak berpihak mana-mana tetapi hal yang berlaku dan isu yg dibangkitkan perlu di ambil serius demi kemsjuan dan ketuanan bangsa MELAYU.

    ReplyDelete
  14. I thinkTDM should give way for Najib & kabinet to rule the country his/their own way, so long the country is doing well and peaceful is restored and in accordance with the 'perlembagaan negara'. He had his time already, the longest so far, and that should be enough. Please dont make difficult for the present rulers for this will make difficult for the people too.

    ReplyDelete
  15. Memanglah tersa kosong beb ....selama 21 tahun disanjung sebagai org no. 1 negara.
    Layan je lah ibarat seorang anak terpaksa melayan ayahnya yang terlantar sakit .
    Sekali pun si anak atau isteri dengan setia membasuh najis saban hari , tidak mustahil si anak atau si isteri tadi dimaki hamun oleh si ayah yang terlantar .

    Sabar je la dgn karenah orang tua .

    Yang penting kita kena muhasabah . Kalau kita betul , Allah akan bantu .
    Kalau kita silap , perbaiki kesilapan sebelum terlambat .

    Tidak ada sesiapa yang boleh jatuhkan sesiapa kalau Allah hendak naikkan .

    Tiada siapa juga boleh naikkan sesiapa kalau Allah hendak jatuhkan .

    Apa yang terjadi hanyalah asbab yang juga datang dari Allah untuk kita renungkan .

    ReplyDelete
  16. saya sangat bersetuju dengan tulisan tuan.

    ReplyDelete
  17. Mungkin tun rasa beliau masih punya pengaruh yg kuat.
    Mungkin tun rasa bersalah sebab tun yg menaikkan paklah dan juga najib.
    Atau mungkin juga tun dah terlalu tua sampai kena penyakit melayu mudah lupa.
    Atau tun akan serang semua pm sehingga anakandanya naik menjadi pm.
    Atau memang perangai tun sejak dulu bahawa hanya dia yg betul.

    ReplyDelete
  18. Aku juga seperti MMI , klu boleh tak nak sentuh tentang bekas PM ni tp smpi bila ? Klu nk d critakan tntg kegagalan TDM adalah org yg bertanggungjawab membawa masuk KETUM sehingga d buang dr kabinet sebab menyondol.KETUM dh sampai jadi TPM atas sokongan siapa ? TDM sendiri yg calonkan Pak Lah akhirnya apa jadi ? Dia sendiri hentam Pak Lah , hello TDM yg pilih.Kini Najib , kenapa tak ade lansung ker kerja baik PM ni ? Sudahlah TDM merosakkan reputasinya sendiri.Bagi peluang kepimpinan baru mencorakkan negara.Jgn jadi parasit kerajaan kononnya menegur tetapi secara tersiratnya menghentam.Soalan akhir TDM bina KLCC apa kebaikan KLCC utk warga mahain mcm aku ?

    ReplyDelete
  19. Saya setuju, Tun tk patut kritik terbuka kepada pemimpin semasa. Dah mcm semua najib buat, semua salah. Ini akan membuat sekongan akan beralih kepada pembangkang sbb pengaruh Tun sgt kuat dalam politik Malaysia. Mahukah Tun BN kalah pada PRU akan datang? Kalau nak tegur, kenapa tk jumpa Najib directly dan ckp?

    ReplyDelete
  20. Fakta dalam warkah ni banyak yg tempang dan tak betul..please study properly first sebelum buat warkah nak hentam dr m

    ReplyDelete
  21. Admin,

    Cara warkah itu ditulis seolah seorang yang mendendami Tun sejak sekian lama. Jika benar Tun ada melakukan corruption, sila sebarkan, jangan hanya menuduh sebagaimana pembangkang buat.

    Tidak ada sesiapa yang menafikan Tun membuat banyak kesilapan semasa pemerintahannya malah Tun sendiri mangakuinya. Oleh kerana dia telah melalui banyak pengalaman membuat kesilapan, dia tak mahu melihat kesilapan yang serupa dilakukan oleh Najib.

    Salahkah dia bertanya? Soalan yang Tun tanya juga berlegar-legar dalam kepala saya. Jawapan dari pihak kerajaan yang mengatakan ianya suatu fitnah tidak dapat menyangkalkan fakta-fakta yang ditunjukkan. Saya bukan orang UMNO, tapi apa yang menjadi kelemahan UMNO adalah tidak boleh ditegur, tidak menyelami kehendak rakyat, hidup dengan gaya mewah dan selalu membodoh-bodhkan rakyat dengan jawapan-jawapan yang hampir sama.

    Berubah lah UMNO, berlapang dada untuk menerima teguran. Jika ini pun UMNO tak boleh lakukan, percayalah UMNO pasti akan kehilangan satu undi dari saya ... InsyaAllah

    ReplyDelete

Labels