Followers

Thursday 11 June 2015

Amanah Raya Berhad Pinjamkan 1MDB RM2 Bilion ? @reezalmerican


Dengan menggunakan istilah "maklumat sulit" dan "sumber dalaman" Ahli Parlimen Tanjong , Ng Wei Aik @ YB tong gas ini melemparkan tuduhan berbentuk fitnah terhadap Amanah Raya Berhad kononnya telah memberikan pinjaman kepada 1MDB sebanyak RM2 bilion.

Tuduhan tersebut disasarkan kepada Dato' Seri Reezal Merican Naina Merican selaku Pengerusi Amanah Raya Berhad apabila Ng Wei Aik secara terang-terangan memfitnah Ahli Parlimen Kepala Batas itu telah mengeluarkan sejumlah RM2 bilion kepada 1MDB selepas perlantikannya sebagai Pengerusi Amanah Raya Berhad pada 1 Januari tahun lepas.

Satu perbuatan yang jelas cuba untuk mencetuskan keresahan rakyat dengan menimbulkan persepsi kononnya berlakunya penyelewengan dalam Amanah Raya Berhad dan rasanya wajar jika ianya dikategorikan sebagai tindakan menghasut !

Dalam masa yang sama Amanah Raya Berhad melalui Pengerusinya Dato' Seri Reezal Merican Naina Merican tampil menjawab tuduhan yang dilemparkan dan berikut merupakan kenyataan beliau  ..


Saya meneliti dengan penuh minat tuduhan terbaru Ahli Parlimen Tanjong (Ng Wei Aik) terhadap diri saya dan institusi yang saya diamanahkan sebagai Pengerusi iaitu Amanah Raya Berhad (ARB).

Saya suka untuk memperincikan tuduhan liar yang dibuat :-

i) ARB meluluskan pinjaman sejumlah RM2bilion kepada 1MDB
ii) Pinjaman ini diberikan selepas perlantikan saya sebagai Pengerusi ARB
iii) Pinjaman tersebut juga diikat dengan faedah tahunan 4 % dan dikategorikan sebagai "IOU Bill"

Ng Wei Aik, seperti yang dilaporkan, GAGAL mengemukakan sebarang dokumen bagi menyokong tuduhan ini dan hanya menggunakan frasa 'sumber dalaman' sebagai sumber.

Saya nak nyatakan secara JELAS, NYATA dan TERANG - bahawa TIDAK ADA sebarang pinjaman dengan amaun dan perjanjian yang dinyatakan berlaku di ARB. 

Ianya sama sekali TIDAK PERNAH BERLAKU dan tak pernah dibawa utk mendapatka kelulusan di bawah persetujuan keseluruhan Ahli Lembaga Pengarah yang saya pengerusikan selama ini.

Dengan demikian, tuduhan Ng Wei Aik ini adalah sesungguhnya berniat jahat, secara jelas ingin merosakkan kredibiliti, menjatuhkan maruah dan integriti saya sebagai individu - mahupun ARB sebagai organisasi.

Saya akan segera mengarahkan tindakan undang-undang diambil di atas kebiadapan dan serangan jahat YB Ng Wei Aik ini.

Fitnah ini tidak mungkin saya biarkan berlalu begitu sahaja - kerana ianya melibatkan tuduhan palsu dan jahat untuk mencemarkan imej ARB dan maruah saya secara peribadi.

Dato’ Seri Reezal Merican Naina Merican
Ahli Parlimen Kepala Batas
Pengerusi Amanah Raya Berhad 



Apa yang boleh MMI katakan ini merupakan serangan terbaru pihak pembangkang selepas beberapa siri serangan terhadap syarikat mahupun agensi milik kerajaan tanpa mempunyai bukti dan dokumen bagi menyokong dakwaan yang dibuat.

Inilah sikap dan tindak tanduk pemimpin DAP yang sebenar suka melakukan fitnah ! 

Apa yang pasti ramai yang melihat puak-puak ini seolah-olah kebal dari tindakan undang-undang maka kerana itu tindakan keras perlu diambil dengan segera bukannya dengan menerima permohonan maaf !

Ng Wei Aik memang kurang ajar !!

MMI

2 comments:

  1. Saman dia sampai tinggal sehelai sepinggang!

    ReplyDelete
  2. Saman saja..dok bagi muka ke cina kominis ni buat apa..atau sudah pupus ke peguam peguam UMNO atau takde telor.

    ReplyDelete

Labels