Followers

Thursday 19 January 2017

Penang Tak Perlu AES , Ada Cita Lain Kot Guan Eng ??


Gambar atas adalah satu demontrasi yang pernah diadakan diperkarangan Komtar sebelum ini tentang isu pemasangan AES.

Sebelum tu MMI nak cita sikit tentang sikap orang Malaysia ni , tak semua tapi sebahagian darinya kerana mereka-mereka ini lebih suka mengkritik daripada memberikan cadangan.MMI tak kisah pun sebenarnya sebab kritikan itu adalah hak bagi sesiapa saja cuma dalam keadaan tertentu kritikan itu dilihat semacam memperbodohkan diri sendiri.

Dalam isu AES misalnya apakah yang amat ditakuti oleh mereka-mereka yang menolaknya ?

Takut kena saman ?

Aduhai kalau tak buat salah macam mana nak kena saman !

Malah AES rasanya jauh lebih statik daripada pegawai-pegawai yang bertugas , sebabnya semua pihak kalau langgar peraturan , AES akan tangkap dan saman.Jelas tak ada kompromi so dalam mendepani isu AES ini citanya janganlah langgar undang-undang jalanraya.

Paling tak boleh blah sikap si Ketua Menteri Pulau Pinang ni , bukan main lagi lantang sungguh nak tolak AES !

Dalam satu kenyataannya Guan Eng kata kerajaan Negeri tidak akan membenarkan Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Pengangkutan untuk memasang kamera AES di Pulau Pinang. Katanya, Kerajaan Negeri DAP Pulau Pinang tidak mahu membantu Menteri Pengangkutan, DS Liow Tiong Lai untuk membebankan rakyat dengan saman ekor. 

Selain daripada itu , Guan Eng juga tidak mahu penggunaan AES itu nanti hanya akan memberikan ruang kepada syarikat-syarikat kroni membuat keuntungan.

Apa yang kroninya ?? Di Pulau Pinang tak ada isu kroni ka ???

Sudahlah ... Perkara sebaik AES ini bagi MMI tak perlu pun kita politikkan sebab ianya adalah untuk kebaikan rakyat.Bukankah menjadi satu masalah kepada pengguna jalanraya kalau berlakunya kemalangan akibat daripada pemanduan yang tidak mengikut undang-undang ? Kan itu satu bebanan kepada rakyat ?

The World Health Ranking 2011 telah meletakkan Malaysia di nombor 20 dalam senarai negara dengan kematian yang paling banyak disebabkan oleh kemalangan jalan raya. Kemalangan jalan raya juga telah dikenal pasti sebagai punca utama kematian di Malaysia, selepas penyakit koronari / jantung, strok, influenza dan pneumonia. Penyelidikan oleh Institut Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) menunjukkan bahawa purata 18 orang terbunuh di jalan raya Malaysia setiap hari. Jumlah itu dijangka meningkat kepada 29 pada tahun 2020. 

So apa masalahnya kewujudan AES ini ?

Guan Eng nak pertahankan mereka-mereka yang suka melanggar peraturan ka ? Lagipun AES hanya mendenda mereka-mereka yang tidak mengikut peraturan.

Adoii tak payah main politiklah Guan Eng , berterus-terang ja nak cuba dapatkan simpati rakyat supaya terus menyokong DAP dan kerajaan negeri sekarang.

MMI faham PRU14 nak dekat dah .. dengan macam-macam isu yang melanda DAP dan Pentadbiran Pulau Pinang memanglah isu-isu semacam ni boleh digunakan untuk tagih simpati.

Kepada rakyat Pulau Pinang MMI nak pesan beringatlah .. Jalanraya di negeri ni terus sesak dan jumlah kenderaan sentiasa bertambah dari hari ke hari.Oleh kerana itu kita tidak dapat mengelak berlakunya kemalangan yang diakibatkan oleh sikap pemandu yang tak pernah nak pikir tentang orang lain.

Apa lagi pilihan yang kita ada buat masa ini untuk pastikan sekurang-kurangnya semua pemandu mematuhi peraturan ?

AES boleh membantu sebenarnya ... Orang suka bawa kereta laju-laju dan langgar peraturan tapi orang tak suka kena saman ! Kan balance tuh !

Apa yang boleh MMI kata .. AES ni sebenarnya baik untuk kebaikan semua pihak sekurang-kurangnya ia mampu menyedarkan pemandu untuk mengikut peraturan sekaligus menjadi sebahagian daripada faktor atau penyebab kepada pengurangan kemalangan.

Bab Guan Eng tu ampa semua pandai-pandai pikirlah ,, Yang MMI tau dia lebih banyak berpolitik daripada berusaha untuk kebaikan rakyat khususnya orang-orang Melayu.

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels