Followers

Tuesday 24 January 2017

Salam Kit Siang Pada PAS Petanda DAP Mula Curiga Dengan Tun Mahathir !!


Setelah pelbagai kecaman dilontarkan terhadap parti PAS tiba-tiba Lim Kit Siang menghulurkan salam untuk kembali sebagai sebuah keluarga.Kembali itu bukan bermaksud DAP akan kembali kepada PAS tetapi PAS perlu kembali kepada DAP.

MMI tegaskan sekali lagi salam yang dihulur itu bermaksud PAS perlu kembali kepada DAP !!!!

Kenapa demikian ?

Sepanjang MMI mengenali DAP , parti cauvinis ini tidak pernah mengaku kesalahanan mereka malah mereka lebih rela untuk berdiam diri daripada menyebut perkataan MAAF ! Maaf bagi DAP samalah dengan menggadai maruah dan berjalan telanjang di seluruh negara.


Dalam isu terkini , salam Kit Siang itu bolehlah MMI sifatkan sebagai usaha terdesak DAP yang kini dilihat sudah mula curiga dengan kehadiran PPBM.Ketelanjuran Tun Mahathir yang membuat pengakuan bahawa DAP mahukan jawatan nombor dua negara jelas amat tidak disenangi oleh DAP.


Namun dalam keadaan dan situasi politik hari ini , DAP tidak boleh terus menuding jari dan menghukum PPBM kerana mereka juga memerlukan sokongan politik untuk memenuhi impian menguasai Putrajaya.

DAP ternyata rimas dengan permainan politik nyanyok Tun Mahathir dan menganggap ianya merupakan satu tindakan yang boleh memusnahkan segala agenda terancang mereka.

Parti cauvinis itu sebenarnya sudah terlalu yakin untuk menguasai Malaysia pada PRU14 apabila pengaruh dan penguasaan politik mereka terhadap parti-parti dalam Pakatan Haprak sudah dimanipulasi semaksima mungkin.

PKR dan PAN jelas hanyalah parti pak angguk , tanpa kelibat Anwar dan pengaruh peliwat itu DAP sudah pun memiliki Pakatan Haprak (jangan lupa bagaimana Guan Eng menerima kehadiran Saifudin) dan kehadiran PPBM pun sebenarnya tidak ditagih oleh DAP tetapi kemunculannya untuk bersama dengan Pakatan Haprak bolehlah dianggap sebagai pelengkap agenda.

Namun DAP sedikit kecewa kerana Tun Mahathir bukan seperti mana yang mereka harapkan !

Tun Mahathir punya sifat yang sukar untuk dibaca oleh DAP dan parti cauvinis itu ternyata bukan sahaja kelam kabut tetapi sudah mula sangsi dengan pendekatan Tun sendiri dan menjadi kebimbangan DAP sekiranya penguasaan politik mereka terhadap Pakatan Haprak akan diambil alih oleh Tun Mahathir.

Jika itu berlaku DAP akan kembali menjadi suara minoriti dan mereka tidak akan punya pengaruh dan kuasa yang selama ini menjadi peluru untuk menundukkan parti-parti lain dalam Pakatan Haprak.

Oleh kerana itulah MMI percaya Kit Siang mula membuat U-Turn dan berusaha untuk mendapatkan kembali kepercayaan PAS supaya bersama dalam Pakatan Haprak.

DAP tahu PAS tidak pernah berubah dan mereka adalah sebahagian daripada jentera yang selama ini banyak membantu DAP dalam menagih sokongan rakyat sehingga akhirnya DAP menguasai Pulau Pinang dan pernah memiliki Perak.

Kehadiran PAS juga difikirkan mampu meneutralkan peranan Tun Mahathir serta sebarang agenda PPBM sekaligus menjadikan DAP terus kekal sebagai pihak yang paling berkuasa dalam Pakatan Haprak.

Cumanya MMI nak berpesan kepada PAS , Jika ada terdetik dihati untuk memikirkan tentang huluran salam daripada DAP supaya kembali bersama Pakatan Haprak maka inilah peluang terbaik untuk "demand" supaya DAP dan seluruh parti-parti dalam Pakatan Haprak bersetuju dengan RUU355 !

Bagi MMI persetujuan menerima RUU355 sudah cukup untuk membuktikan keihklasan parti-parti pembangkang dalam pelawaan terhadap PAS.

Jika itu pun GAGAL dipersetujui maka PAS sebenarnya sudah pun mendapat jawapan bahawa pelawaan itu hanyalah sekadar mimik politik yang hanya menguntungkan DAP semata-mata.

MMI

3 comments:

  1. apa punya bodoh bila kita pergi ke rumah orang kita nak orang rumah tu mengikut kita ? adakah MMI rela bila ada orang luar yang datang ke rumah MMI dan meminta MMI mengikut stail hidup dia ? bodoh/sengal/bangang/bengong la kalau kita pulak yang mengikut kehendak diorang padahal rumah tu kita punya ? hmmm... atau pun memang itu pendirian PAN/PPBM yang jelas amat gemar menjadi abdi a.k.a pak turut @ barua ? atau memang begitu sikap dan pendirian "pasukan yang lemah "

    ReplyDelete
  2. mungkin perlu di teliti permainan politik semasa dan tidak boleh di telan bulat-bulat sebarang bentuk toleransi pihak-pihak yang sebelum ni terang-terang menunjukkan sikap permusuhan terhadap kita. Lebih-lebih lagi sudah sekian lama orang-orang malaysia (tak kira Melayu/Cina/India/lain-lain kaum) menjadi saksi corak permainan politik penasihat DAP ni sejak zaman mahathir lagi. Memang sikap buruk sangka tu bukan wajar tetapi sikap berhati-hati
    tu perlu ada pada bila-bila masa

    ReplyDelete
  3. 1 undi PKR, PAN & PPBM bererti 1 undi DAP jadi TPM & banduan peliwat jadi PM !

    Selamat Malaysia dunia & akhirat !!

    ReplyDelete

Labels