Followers

Thursday, 23 March 2017

REALITINYA Parti Pembangkang Semuanya Ikut Telunjuk DAP @343Jass @RRafizal


Naib Ketua Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang, Jasmin Noordin berkata, pihak pembangkang tidak dapat menafikan bahawa parti-parti yang bergabung di dalam pakatan harapan adalah pro Dap, memandangkan setiap keputusan mereka berhubung sesuatu isu termasuk berkenaan Islam, yang mengambil kira pandangan dan keputusan parti tersebut.

Menurut beliau, dominasi Dap di dalam pakatan harapan amat jelas apabila parti pembangkang seperti PKR dan PAN akan akur dengan setiap pendirian dan keputusan Dap dalam sesuatu isu termasuk dalam hal pindaan Rang Undang-undang (RUU) Akta 355 sebelum ini.

“Kita boleh nampak jelas bahawa parti seperti PKR adalah pro kepada Dap di mana keputusan yang mereka ambil itu akan selaras dengan kehendak Dap, sebagai contoh dalam isu pindaan RUU 355 baru-baru ini.

“Manakala parti PAN pula tidak perlu diragui kesetiaan mereka terhadap Dap memandangkan kewujudan parti tersebut juga adalah hasil kehendak Dap untuk memecah belahkan dan menggantikan Pas di dalam pakatan pembangkang.

“Manakala PPBM pula sebagai parti baru, terpaksa sujud di kaki Dap apabila Pengerusinya, Tun Mahathir sanggup mengeluarkan kenyataan pusingan-U di mana kononnya selama ini dia tersalah anggap terhadap Dap yang disangkakan sebagai sebuah parti rasis.

“Selama lebih 22 tahun beliau menghentam Dap sebuah parti yang rasis dan cauvinis, tetapi hari ini beliau boleh pula katakan bahawa kritikan beliau terhadap Dap adalah tidak benar dan beliau telah tersalah anggap terhadap Dap selama 22 tahun,” tegasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Jelas Jasmin lagi yang juga merupakan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jelutong, rakyat hari ini mulai faham mengapa Pas akhirnya mengambil keputusan untuk keluar daripada gabungan pakatan pembangkang bahkan memutuskan hubungan dengan parti tersebut.

“Saya yakin keputusan itu dibuat atas kesedaran kepimpinan Pas bahawa keegoan dan sikap dominasi Dap terhadap parti-parti pembangkang tidak dapat ditangani lagi. Campur tangan Dap dalam segala keputusan pakatan pembangkang, termasuk isu-isu hukum Islam menyebabkan Pas akhirnya terpaksa akur bahawa mereka tidak boleh bergerak seiringan dengan Dap.

“Sebagai contoh, dalam pentadbiran negeri pula, Dap secara jelas cuba untuk campur tangan dalam institusi fatwa di sini dan perkara ini turut diakui oleh AJK fatwa dan bekas mufti negeri tersebut, Datuk Seri Hassan Ahmad.

“Maka perkara itu juga tidak mustahil berlaku di dalam pakatan pembangkang dan ini terbukti apabila Dap menolak pindaan RUU 355 yang kemudiannya keputusan Dap itu diikuti oleh PKR dan juga PAN,” tegasnya.

Justeru, beliau mengingatkan rakyat, khsususnya umat Islam di negara ini sekiranya pembangkang menang di dalam PRU akan datang, maka Dap akan menjadi kepala dalam sebarang keputusan yang akan diambil oleh parti-parti pembangkang sekiranya mereka menjadi kerajaan.

“Bagi saya, Dap tidak kisah jika barisan kepimpinannya tidak menjadi Perdana Menteri, namun apa yang penting mereka mahukan seorang pemimpin di kalangan parti pembangkang yang boleh mereka kawal dan akur dengan setiap keputusan yang diputuskan oleh Dap.

“Mungkin kerana itu, Dap beria-ria mahukan Datin Seri Wan Azizah sebagai calon Perdana Menteri dengan alasan sebagai ganti kepada Anwar, sedangkan hakikatnya mereka memilihnya kerana kelemahan Presiden PKR itu yang mudah dipengaruhi untuk membuat satu-satu keputusan yang memihak kepada keuntungan parti tersebut.

“Sehubungan itu, saya fikir rakyat khususnya umat Islam di negara ini perlu bijak menilai permainan politik pihak pembangkang, terutamanya Dap yang tegar dengan imej anti Islam, rasis dan cauvinis, namun cuba untuk menyembunyikan perkara tersebut dalam usaha mereka untuk mendapat sokongan rakyat terutama umat Islam di negara ini,” jelasnya lagi.

No comments:

Post a Comment

Labels