Followers

Wednesday, 17 April 2013

Antara Kianat & Di Kianati - Shariff Omar Umum Bertanding ??!!!


Bekas Timbalan Menteri Pertanian, Datuk Seri Mohd Sharif Omar, malam tadi mengumumkan akan bertanding di kerusi Parlimen Tasek Gelugor pada PRU-13 ini. 

Bekas Ahli Parlimen Tasek Gelugor selama dua penggal dari 1999 bagaimanapun masih belum memutuskan parti mana yang akan diwakilinya.

Katanya, keputusan itu dibuat selepas tidak berpuas hati dengan calon yang dipilih BN. 

“Saya tidak menolak kemungkinan yang kawasan ini akan berdepan dengan persaingan tiga penjuru di setiap DUN dan Parlimen Tasek Gelugor,” katanya. 

Hadir sama, bekas ADUN Sungai Dua, Datuk Jasmin Mohamed. 

BN mempertaruhkan Ketua UMNO Bahagian Tasek Gelugor, Shahbudin Yahya di Tasek Gelugor, manakala PAS meletakkan Datuk Abdul Rahman Maidin. 

Pada PRU-10, Mohd Sharif menang dengan majoriti 4,236 Undi. 

Pada PRU-11, Mohd Sharif mengekalkan kerusi Parlimen Tasek Gelugor dengan menewaskan calon PAS, Mujahid Yusof Rawa dengan majoriti undi 10,183. 

Bagaimanapun, pada PRU 2008, Mohd Sharif tidak bertanding kerana memberi laluan kepada Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.BH

Pelik dan ganjil mengapa mereka-mereka yang di gelar pemimpin sanggup pula membelakangi keputusan pemimpin yang jauh lebih tinggi dari mereka sendiri ? MMI sebagai anak muda dan jutaan anak-anak muda lainnya melihat ianya sebagai satu pengkianatan oleh pemimpin kepada kami kerana selama ini kita di ajar untuk patuh dan akur kepada keputusan pucuk pimpinan.

Barangkali akan ada yang tidak berpuas hati dengan komen MMI seterusnya namun atas nama anak muda MMI akan menggunakan medium ini untuk melahirkan rasa tidak senang dengan sikap sesetengah pemimpin yang nampaknya sudah semakin hilang pertimbangan.

Apakah himpunan semalam benar-benar mendapat sokongan rakyat ? Jika di amati ianya hanya mengumpulkan tak lebih dari 700 orang.Malah dalam kehadiran itu MMI boleh mengesahkan 20% darinya adalah mereka-mereka dari kalangan parti pembangkang.Manakala 10% terdiri daripada pasukan keselamatan dan juga orang-orang UMNO yang taat setianya kepada parti hadir untuk melihat sejauh mana pemimpin terlibat bertindak.

Jangan lupa 10% lagi adalah mereka-mereka yang langsung tidak ada kena mengena dengan parlimen Tasek Gelugor dan di datangkan dari luar kawasan.

Dari pengamatan MMI kehadiran dalam himpunan tersebut tidak sampai 1% daripada keseluruhan rakyat dan pengundi dalam Parlimen Tasek Gelugor yang mencecah lebih dari 50 ribu orang.

Oklah kita tinggalkan tentang tu , seperkara lagi semalam juga telah mengesahkan bahawa mereka-mereka yang sebelum ini menaikkan banner menolak Tan Sri Nor Mohamed Yakcop sebenarnya didalangi pemimpin-pemimpin dalam gambar diatas.MMI ada buktinya dan gambar berikut adalah jawapan kepada siapa sebenarnya dibelakang gerakan sabotaj parti selama ini.


Mungkin tidak semua pemimpin diatas terlibat dalam gerakan sabotaj parti tersebut namun MMI yakin ianya mendapat restu dari tuan tubuh.

Persoalan yang MMI mahu ajukan kepada mereka-mereka yang terlibat adalah mengapa bertindak sedemikian ? Bukankah sebelum ini kami barisan anak muda diajar supaya mematuhi arahan pemimpin ? Bukankah selama ini kami diajar supaya bekerja untuk parti ? Bukankah selama ini kami di ajar untuk menghormati Presiden parti ? 

Cukuplah !! Banyak lagi jika MMI mahu dedahkan tapi kini MMI sebagai anak muda tahu bahawa mereka-mereka itu adalah PENGKIANAT parti.Untuk makluman MMI bukan menuduh sebarangan kerana pemimpin seperti mereka inilah yang dulunya memberikan nasihat supaya mematuhi keputusan pemimpin dan mungkin pada ketika itu mereka masih menjadi wakil rakyat serta berkuasa.

Kepada pihak berwajib khususnya parti UMNO inilah masanya untuk melakukan pembersihan nyahkan parasit-parasit ini segera kerana perjuangan parti masih jauh dan kita perlukan pasukan yang terbaik bagi membawa Malaysia ke arah yang lebih gemilang.

MMI.

28 comments:

  1. sbb tu aku kata allah maha berkuasa. dia maha mengetahui isi hati perut depa ni, dmn tiada lgsg ikhlas. biorkan jae dibw rajuhnya sampai ke mati.xda untung pun simpn makhluk mcm ni...

    ReplyDelete
  2. aku sebagai anak muda tasek gelugoq sekeras2nya tolak org tua ni...sudah2 laaaa......

    ReplyDelete
  3. pengkhianat ini tidak perlu diberi muka lg.....
    kenapa perlu dia pkai bj kuning cilaka 2 ekoq ini...????
    sbb dia dah jd pengikut anuar al-juburi....BERSIH....
    jgn simpan lg.. ambik tindakan...

    ReplyDelete
  4. hapuskan beruk ini...!!!!

    ReplyDelete
  5. Betul ka rakyat tasek gelugor perlukan Shariff Omar lg..?? atau beliau yg syok sendiri...?? adakah beliau serta pyokong2nya yg x seberapa itu mmpunyai kepentingan diri masing2..?? renung2kn dan pikirlah sejenak.... KAMI RAKYAT TASEK GELUGOR AKUR DENGAN KEPUTUSAN PUCUK PIMPINAN DAN AKAN TETAP MENGUNDI BARISAN NASIONAL..!!

    ReplyDelete
  6. Mereka2 ini sudah2 la.. berehat la dirumah jaga anak cucu lagi bagus.. Yg ada Mem baru tu.. duduk la bermesra bg abis.. Pengundi2 pun mahu Transformasi yg PM buat nih.. kia perlu sokong org yg PM lantik.. Jgn marahkn nyamuk.. kelambu dibakar..

    ~Bekas Org PAS

    ReplyDelete
  7. Datuk Seri Mohd Sharif Omar minta maaf kalau tersalah cakap. Saya tengok Datuk Seri nak berjalan pun tak larat tapi masih ada hati nak bertanding.

    Terima kasih atas khidmat bakti di tasek gelugor selama ini.

    BN masih tetap pujuaanku.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Shahabudin bukan baru kena operate jantung ke???

      Delete
  8. Pelik2 tol la hampa semua ni.. Datuk Seri Mohd Sharif x bagi laluan, tapi pucuk pimpinan yang nak tolak dia ketepi. dan kemudian, dalang-dalang yang kamu semua cakap tu sebenarnya, bukan tak berpuas hati tak bersebab, sebabnya, tan sri x bawa apa2 kat tasek gelugor, apa la.. 700 orang lagi bagus daripada waktu pengumuman calon tasek gelugor yang hanya 100 orang sahaja datang.. hahaha.. lawak.. tu x semua g.. ramai yang x pergi.. lihatlah apa akan jadi kat tasek gelgor. pucuk pimpinan bagi kat semua ustaz2, apakah strategi ni??

    ReplyDelete
    Replies
    1. senaraikan apa yg tan sri tidak bawa apa2 d tasek gelugor?? xnampak ka atau saja buat xnampak..??

      Delete
    2. x buat apa2? atau buat2 buta bila mai pekan Tsk Gelugoq & Sg Dua?? banding pekan Tasek Gelugoq & Sg Dua dibawah Sharip lebih 20 thn & dibawah Tan Sri NMY selama hanya 5 tahun..

      Delete
    3. Tan Sri NMY membawa byk perubahan drp DSO di Tasik Gelugor walaupun baru 5 tahun.

      Delete
  9. Dato Shariff Omar ni dari dulu lagi memang penyokong kuat DS Anuar al jaburi tapi pandai bermuka muka belajaq dari tok guru al jaburi tak terpileh aje lawan mangkuk punya manusia.

    ReplyDelete
  10. sudah la ds Sharrif...kami anak muda nak muka baru...tp dgn itu x bermakna kami tidak mgenang jasa ds shariff...kami berterima kasih pada ds apa yg ds seri lakukan semasa mjadi ahli parlimen.....

    ReplyDelete
  11. nak publisiti je dia ni..konon2 teraniaya..pap pap piiiiiirrrrraaaaahhhh!

    ReplyDelete
  12. hhahahahah
    <<<<anak muda gak noh pggng tk rasa paa pun....

    ReplyDelete
  13. sy bersetuju dgn mmi..sy sebagai anak muda akan tetap bersama dengan kepimpinan dato sri najib dan akan memastikan barisan nasional akan terus menerajui negara

    ReplyDelete
  14. saya perlukan org lama,sprti mana saya mula2 hdup...
    di cni...

    ReplyDelete
  15. org umno dh meroyan ngn warna kuning
    kahkahkah

    ReplyDelete
  16. Dah tua-tua sepatutnya bawak banyak bersabar dan beribadat. Jangan nak mencabar-cabar lagi. Nanti jadi kelakar lak, Takkan kelambu nak dibakar!!

    ReplyDelete
  17. X nmpk apa2 pembangunan pun kepada org tasek gelugor kecuali kepada sesetengah orang ja..he has his own agenda thats for sure

    ReplyDelete
  18. Kita patut menerima calon yg dipilih oleh PM. Berilah kpd calon yg muda. Dato Seri Sharif sepatutnya memberi contoh kepada anak-anak muda. Sayang sekali jasa baik Dato dulu terpadam disebabkan sifat mementingkan diri terserlah dgn tindakan Datuk seri.Datuk Seri sepatutnya bersyukur diatas nikmat yg telah Allah berikan kepada Datuk.

    ReplyDelete
  19. Kpd Jasmin pula berilah laluan kpd calun pilihan PM. Anda telah lama dan pd pandangan saya memang patut berundur. Difahamkan pd PRU12 anda ta terpilih tapi dgn pertolongan org tertentu dicalonkan last minute. Nampak sangat penting diri sendiri. Sama macam Dato Sharif maklumlah sifu anda.

    ReplyDelete
    Replies
    1. http://mahamissa.blogspot.com/2013/04/terkini-jasmin-setia-bersama-bn-pru13.html

      Delete
  20. Hampa semua mmg xdak akai... cuba igt blk... tan sri duduk selama 5 tahun igt dh blh buat mcm2... dato shariff dh lama rancang pembangunan kt tasek gelugor... kena pulak...tan sri mai dh tgh bt pembangunan... jadi org igt tan sri yg rancang la...igt bli ikan... terus menang dh naik pembangunan...dah r... tan sri sejak menang x pnh mai tgk atau amik tau penduduk tasek gelugor...untuk buat pembangunan mesti ada perancangan... dan jangka masa panjang... kami sokong dato seri... nak tau... tunggu pru13...

    ReplyDelete
    Replies
    1. fuhh..lebih 20 thn dok rancang ja...hahaha...pirrah kata nk bedamping rakyat...org kampung dok sibuk alih pokok tumbang atas jalan raya, dia lalu nek keta buat bodo ja...mesra apa kejadah lagu tu.....

      Delete
  21. Dato',
    Dah sampai masanya dato' bagi orang lain. Cukup tu cukup le... Dato' pon dah tak larat pon.

    p/s dah dapat 3 tu cukup le... takkan saya nak sebut 3 apa kot.

    ReplyDelete

Labels