Followers

Sunday, 7 May 2017

Yang JAKI Sangat Hadi Hadir Program Kerajaan BN Kenapa ??


Masa bercinta semuanya indah belaka , kentut pun kata wangi .. Tapi bila dah tak bersama habis semua perkara pertikai ! Itu adalah sifat manusia dan sifat ini sentiasa terpahat dalam hati dan sanubari manusia.

Yang membezakan manusia-manusia ini pula adalah sejauh mana kekuatan iman dan taqwa kita sebagai seorang Islam dan bagi bukan Islam pula ianya ditentukan dengan sejauh mana proses kematangan seseorang itu.

Realitinya buknalah sesuatu yang mudah untuk kita depani hal-hal melibatkan hubungan seumpama ini.

PAS sebagai parti yang kini bersendirian dalam perjuangan politiknya setelah dikeldaikan oleh DAP dan suku-sakatnya dilihat mula menerima tempias ini.

Hubungan yang terbina atas dasar kebaikan bersama khususnya melibatkan kebaikan Islam dan orang Melayu kini mula dilihat oleh puak-puak Pakatan Haprak sebagai satu liabiliti kepada pasukan pembangkang.

Kerjasama atas apa jua alasan sekalipun perlu dirungkaikan segera kerana mereka sedar jika hubungan ini semakin jauh maka ruang dan peluang pembangkang untuk mengulangi Tsunami politik seperti mana yang berlaku pada PRU13 yang lalu sudah hampir pasti tidak akan berlaku.

Sebab itulah puak-puak pembangkang ni JAKI sangat sampai tak senang duduk !

Kehadiran Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hadir dalam program kerajaan terus dipersoal di  kalangan pembangkang walaupun bukan program politik anjuran UMNO, kata Naib Presiden PAS Idris Ahmad.

“Salahkah PAS, berdosakah PAS yang hadir dalam program anjuran kerajaan.

“Salahkah PAS mengambil pendekatan politik matang dan sejahtera untuk bersama agensi kerajaan, bukan program parti,” katanya dalam satu kenyataan.

Pada Khamis, Hadi menghadiri program anjuran Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang turut disertai Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek serta beberapa pegawai kanan Jabatan Perikanan Malaysia.

Tegas Idris yang juga Ahli parlimen Bukit Gantang, PAS tidak pernah cemburu sekiranya ada dalam kalangan pemimpin Pakatan Harapan mengadakan pertemuan dengan UMNO..

“PAS tidak ambil kisah hal pertemuan itu, kerana kita faham ini pertemuan biasa.


Mereka bimbang dengan hubungan yang sebegini ! 

MMI kata kalau puak bukan Islam yang bersama dengan Pakatan Haprak tak senang tu perkara biasa sebab mereka bukannya hormat dengan Melayu dan Islam tapi bila ada puak-puak pembangkang yang mengaku Melayu dan Islam turut sama JAKI ianya agak menghairankan ?

Bukan ka ampa pun dok canang kata nak bela Melayu dan Islam ka ?

Habih yang dok jaki sangat tu kenapa ????

Takut tak boleh jadi Menteri Kabinet Kit Siang kot ???

MMI

1 comment:

  1. Pemikiran sempit dlm berpolitik. Tak tahu beza antara program politik dgn program kerajaan.

    ReplyDelete

Labels