Seperti selalu pemimpin veteran DAP ini akan mula menyusun gerak yang lebih licik apabila tempoh waktu pilihanraya umum semakin hampir.Kit Siang selaku penasihat parti cauvinis DAP ini bukan sahaja dilihat sebagai penasihat parti atas nama politik tetapi juga adalah jeneral paling tinggi hiraki dalam usaha untuk terus memperkukuhkan Dinasti Lim.
Dinasti ini sebenarnya adalah pencatur politik parti DAP memandangkan dasar parti cauvinis ini yang lebih bersifat kuku besi dalam pemilihan jawatan tertingginya.Disebalik lalakan mereka tentang hak dan demokrasi , dasar pemilihan DAP sendiri sebenarnya adalah bukti jelas betapa lalakan itu adalah lebih bersifat stereotaip dan hanya satu lakonan kononnya mereka adalah insan yang terpilih sedang realitinya hanya beberapa kerat sahaja yang diberi kuasa oleh mereka yang punya kepentingan untuk hadir sebagai PAK ANGGUK !
Dan kerana itulah akhirnya anak beranak Lim dilihat lebih menguasai hiraki pentadbiran parti DAP walaupun atas dasar perundangan perlantikan Guan Eng selaku Setiausaha Agung Parti masih belum disahkan !
Siapa berani bersuara ? Tak ada bro ... Sebab ? Rasanya apa yang MMI tulis kat atas sana dah jelas !
So begitulah DAP dicorakkan dan antara kesan paling teruk akibat daripada kelemahan congakan puak-puak Dinasti ini adalah kekalahan DAP Di kerusi Teluk Intan dalam PRK sebelum ini.
Kerusi DAP di rampas semula oleh BN dan sudah tentu rekod ini boleh dijadikan sebagai rujukan betapa lemahnya ahli-ahli DAP di akar umbi kerana kekangan kuasa yang memijak hasrat serta agenda penggerak-penggerak parti yang lain.
Kit Siang pun rasanya sedar tentang apa yang MMI perkatakan dan kerana itulah beliau mula menyusun strategi dengan mewujudkan rasa simpati dengan harapan Kit Siang akan sekali lagi mencipta rekod untuk terus berpolitik selama 52 tahun.
Kit Siang dalam satu kenyataannya berkata “Saya percaya pilihan raya umum akan datang – pilihan raya umum ke-14 – akan menjadi medan pilihan raya terakhir saya.
“Ramai yang bertanya di mana saya akan bertanding. Pilihan pertama saya ialah di Gelang Patah,” katanya ketika berucap di majlis makan malam mengumpul dana DAP di kawasan Parlimennya di Gelang Patah baru-baru ini.
Kit Siang berkata beliau berharap Gelang Patah akan menjadi simbol bagi negara untuk mencapai impian yang diperjuangkannya selama ini.
Agaknya simbol apa yang mahu digapai oleh Kit Siang ?
Malaysia sebagai sebuah negara yang lebih baik ? Islam dan hak orang Melayu akan dipertahankan ?
Rasanya tidak .. Jangan lupa Kit Siang masih lagi berpegang kepada prinsip "Malaysian Malaysia" nya dan prinsip itu tidak pernah pudar dari kantung hasrat dan hati puak-puak cauvinis ini.
Oleh kerana itu berhati-hatilah dengan apa jua ungkapan dan tindakan Kit Siang bermula dari saat ini kerana beliau memiliki sejuta wajah !
Wajah-wajah ini akan berubah-ubah mengikut suasana dan keadaan !
MMI
No comments:
Post a Comment