Followers

Thursday 8 June 2017

Bayar Shafiee RM9.5 Juta Logik Ker ??


Barangkali kerana terlalu obses dan tidak lagi mampu membezakan antara logik dan tidak , maka mereka-mereka yang kini berbeza ideologi politik khususnya dari Pakatan Harapan terus-terusan berusaha untuk mencari kesilapan sama ada dari kumpulan atau mereka yang mesra kerajaan BN.

Entah jembalang apa yang merasuk sampaikan mereka-mereka ini sanggup untuk memfitnah dan ada juga yang begitu teruja mempercayai laporan-laporan daripada pihak luar walaupun sudah diketahui laporan-laporan itu tidak berintegriti - terlalu banyak fitnah !

Sebagai pemerhati politik , MMI melihat situasi ini sebenarnya hanyalah satu lagi propaganda murahan pembangkang untuk mengeksploitasi fitnah tersebut dan dijadikan isu yang boleh digarap dan diadun oleh barisan pembangang dalam proses mendepani PRU14.

Memandangkan ianya ada melibatkan nama Anwar Ibrahim maka pembangkang melihat potensi untuk isu ini dianjak menjadi besar ada ! Dan kerana itulah Wan Azizah dan barisan pimpinan PKR kemudianya sudah pun terkinja-kinja berbincang dan sudah menanam cita-cita untuk mengambil tindakan undang-undang kononnya mahu mencari kebenaran.

Oklah dah puak-puak pembangkang nak bercakap soal kebenarankan so kita cuba ikut arus kebenaran tu !

Tuduhan Sarawak Report (SR) yang dipercayai bulat-bulat oleh pembangkang bahawa peguam Tan Sri Shafee Abdullah di bayar sebanyak RM9.5 juta daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hanya untuk menjadi pendakwa dalam kes liwat Anwar Ibrahim sebenarnya boleh dipertikaikan.

Jika benar Wan Azizah mencari kebenaran maka tindakan pertama yang harus beliau lakukan adalah mendesak Sarawak Report supaya membuat pendedahan yang jelas dan lengkap bukannya dengan sumber-sumber yang menimbulkan persepsi murahan.

Dan lebih dangkalnya puak-puak pembangkang bila percaya laporan SR tu bulat-bulat sedangkan REALITINYA akaun AmBank milik Perdana Menteri sudah pun ditutup pada 30 Ogos 2013 sedangkan dakwaan berkenaan tarikh pembayaran pada bulan September 2013 dan Februari 2014.

 Rujuk SINI

Dalam kes Anwar Ibrahim pula, bukan Shafee Abdullah yang menentukan keputusan akhir kes liwat Anwar-Saiful yang meleret hingga 7 tahun dan ditangguh lebih daripada 60 kali.

Ianya adalah keputusan sebulat suara oleh 5 panel hakim Mahkamah tertinggi negara yang diketuai oleh Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin, Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum, Tan Sri Hasan Lah, Tan Sri Abu Samah Nordin dan Tan Sri Zaharah Ibrahim.

Kita juga perlu ingat bahawa Anwar pada awalnya telah menyenaraikan 13 nama,saksi termasuk isterinya Wan Azizah, pemilik unit kondominium berkenaan, dua pembantu rumah dan seorang profesor, tetapi tiada seorang pun daripada mereka dipanggil untuk memberi keterangan di mahkamah oleh peguam Anwar.

Manakala hujah-hujah hakim-hakim Mahkamah Rayuan bukan semudah kelentong pemimpin-pemimpin pembangkang semasa berceramah tetapi berdasarkan kepada fakta-fakta konkrit, hujah-hujah mahkamah dan bahan rujukan yang sah.

Tentang pelantikan Shafee serta pembayaran RM1000 pula Jabatan Peguam Negara dan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah telah membuat persetujuan bagi membayar RM1,000 kepadanya selaku Ketua Pendakwa Raya dalam kes liwat II yang membabitkan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim.

Perkara ini tidak didedahkan kepada umum atas dasar kerahsiaan dan ianya dijawab di parlimen setelah mendapat persetujuan Jabatan Peguam Negara dan Tan Sri Shafee.

Pada 11  Mac 2015, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri telah menjawab pertanyaan Er Teck Hwa, Ahli Parlimen DAP-Bakri. Jumlah bayaran adalah RM1,000. Adakah pembayaran RM1,000 ini merupakan satu kesalahan?

Sebenarnya, ia bukanlah satu kesalahan asalkan terdapat terma-terma tugas yang ditetapkan Jabatan Peguam Negara kepada Tan Sri Shafee selaku Ketua Pendakwa Raya dan dipersetujui sebagai syarat ada pembayaran di situ.

Berita Harian 14 Oktober 2014 melaporkan Muhammad Shafee dilantik oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail (ketika itu) secara "fiat" (kebenaran) mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Prosedur Jenayah (CPC) dan Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan untuk membuat rayuan di Mahkamah Rayuan.

Ramai yang tidak tahu bahawa ada berbagai kaedah pelantikan pegawai kerajaan dilakukan termasuklah pelantikan secara  Contract of Service ( COS) dan Contract For Service ( CFS). 

Berdasarkan kesesuaian Tan Sri Shafee selaku Ketua Pendakwa Raya yang dilantik oleh Peguam Negara pada ketika itu, jika sekalipun terma dirahsiakan ( atas sebab etika & kerahsiaan), ramai yang menafsir dengan penuh yakin bahawa beliau dilantik secara Contract For Service ( CFS).

Ini kerana Contract For Service  atau CFS tidak mengguna pakai sebarang skim perkhidmatan, gred jawatan, kadar gaji serta sebarang peraturan sebagaimana yang ditetapkan dalam Perkhidmatan Awam. Pelantikan CFS dipohon kepada Kementerian Kewangan bagi menetapkan syarat-syarat perkhidmatan yang tertentu. Dengan kata mudahnya, ia lebih terbuka.

Ini bermakna terma pelantikan, tugasan, gaji dan segala kelayakan oleh Muhammad Shafee selaku Ketua Pendakwa Raya itu telah ditentukan. Hanya Jabatan Peguam Negara dan Tan Sri Shafee saja yang tahu. Apapun cara pelantikan yang dibuat oleh Jabatan Peguam Negara kepada Muhammad Shafee, ia tetap menjelaskan Ketua Pendakwa Raya yang dilantik merupakan seorang pegawai kerajaan pada ketika itu.

Justeru, jelaslah kepada kita bahawa dakwaan dangkal oleh Sarawak Report mengenai jumlah bayaran khidmat guaman RM9.5 juta kepada Muhammad Shafee adalah palsu sama sekali.

So apa cer lagi ? Masih nak percaya Sarawak Report ka ?

Tak logik bro , cuma sebelum MMI tamatkan artikel ni nak juga tanya ampa .... Pernah terfikir tak kenapa puak-puak pembangkang khususnya PKR begitu percayakan Sarawak Report ?

Hrmm ada yang kata PKR + SR sebenaqnya pasukan yang sama ! 

MMI

4 comments:

  1. Apa yg cuba dikaitkan oleh pembangkang disini ialah shafee telah menerima duit tersebut dan telah merasuah peguam2 bahalol anwar yg seramai 11 org tu supaya tdk bersungguh2 membela anwar... Itu sbb anwar kalah kes tu.. WTF

    ReplyDelete
  2. logik la.....bro

    ReplyDelete
  3. skrol ke bawah terus...saje nak tengok senarai komen...!

    ReplyDelete
  4. Betul jugak kata hang... Mana logik...

    Sama juga dengan dakyah depa kata PM terima derma 2.6b tu, lepas tu bagi balik dekat tok arab. Mana logiknya duit yang orang derma dgn hati yg ikhlas dan suci untuk perjuangan agama dan bangsa dipulangkan balik. Memang tak logik sungguh.

    ReplyDelete

Labels