Followers

Friday, 9 June 2017

Guan Eng ELAK Jawab Soalan GERAKAN


Kalau benar telus kenapa perlu elak soalan-soalan yang dibangkitkan oleh barisan pembangkang di Pulau Pinang ?

Jelaskan adakan sidang media sebab rakyat di akar umbi pun nak tau juga ... Kalau dulu dengan Ahli Parlimen Tasek Gelugor boleh jer jemput minum kopi kenapa kali ni diam ?

Parti Gerakan negeri memberi tempoh 24 jam kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng untuk mendedahkan minit mesyuarat Perbadanan Ketua Menteri (CMI) bersabit penjualan tanah milik kerajaan negeri.

Pemangku Ketua Pemudanya, Jason Loo berkata, perkara itu bagi membuktikan bahawa segala keputusan penjualan tanah itu dilakukan oleh Lembaga Pengarah atau jawatankuasa CMI yang berkenaan.

Menurut beliau, pendedahan minit mesyuarat itu sekali gus membolehkan Guan Eng menangkis dakwaan berkenaan penjualan tanah milik rakyat tersebut dibuat berdasarkan keputusan seorang individu semata-mata.

“Mereka juga boleh membuktikan prinsip Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT) masih hidup dengan mengemukakan minit mesyuarat tersebut. Jika tidak, maka terbuktilah CAT sudah mati dan wajar dikebumikan,” katanya kepada pemberita semalam.

Sebelum ini, Jason mendesak Kerajaan DAP Pulau Pinang menjelaskan berhubung status tanah seluas kira-kira tiga hektar di Lebuh Raya Peel di sini yang didakwa dijual secara rundingan terus kepada pemaju swasta dan disifatkan keputusan hanya oleh seorang individu.

Bagaimanapun, perkara itu dinafikan Guan Eng yang mendakwa keputusan penjualan tersebut dipersetujui oleh semua barisan Exco kerajaan negeri.

Dalam pada itu, Jason turut membidas pendirian Kerajaan DAP Pulau Pinang yang secara terbuka menjelaskan tidak akan menjawab desakan dibuat Gerakan berhubung kontroversi penjualan tanah terbabit.

Menurut beliau, Guan Eng berulang kali menegaskan tidak akan memberi maklum balas kepada desakan Gerakan itu yang disifatkan cubaan untuk mengelak memberi penjelasan sebenar kepada rakyat.

Well kalau dah kata ada persetujuan dari kalangan exco tunjuklah bukti kan ada minit mesyuarat semua ????

Ohh lupa puak-puak ni kalau bab spin cukup cerdik , puak-puak ni boleh curi masa sebab nak siapkan minit mesyuarat tu adjust mana-mana yang patut , benda boleh buat .. Jadi orang lain dah tak boleh nak pertikai lagi dah !!!

Kaki Kencing !!!!

MMI

1 comment:

  1. Hari2 mau kencing rakyat ka..

    ReplyDelete

Labels