Followers

Wednesday, 3 July 2019

Mampukah KITA Bersama Atas Nama Perjuangan ?


Hampir beberapa bulan MMI tidak menulis, semestinya kerana keputusan PRU14 yang lalu dimana BN dan UMNO hilang kuasa secara mengejut. 

Keadaan pada ketika itu pelbagai, macam-macam cerita dan tanggapan bermain di benak hati setiap rakyat Malaysia khususnya mereka-mereka yang mengikuti perjalanan politik tanahair. Begitulah juga MMI mengambil keputusan untuk berehat dari menulis dan menjadi pemerhati kepada keadaan dan suasana selepas keputusan drastik rakyat Malaysia yang kononnya dahagakan perubahan.

Pemerhatian MMI bukan hanya terarah kepada kedudukan Pakatan Harapan selaku parti pemerintah tetapi juga terarah kepada parti UMNO dan Barisan Nasional. Melalui pengamatan MMI, sesuatu pasti berlaku kerana ada 2 perkara yang menjadi permulaan kepada kedua-dua parti yang bertanding dalam PRU14 yang lalu.

1.Pakatan Harapan buat pertama kalinya menjadi kerajaan persekutuan sudah tentunya dengan pengalaman sebegini akan menguji sejauh mana kebenaran yang dijanjikan walaupun kehadiran nama-nama besar seperti Mahathir, Muhyiddin dan Anwar sekalipun.

2.UMNO dan Barisan Nasional pula buat pertama kalinya juga berubah iklim menjadi pembangkang dan hanya mampu menguasai 2 kerajaan negeri iaitu Perlis dan Pahang.

Makanya 'story board' kali ini memang menarik ...

Macam-macam cerita !
Macam-macam perangai !
Macam-macam 'statement' !
Macam-macam aksi !

Cumanya artikel kali ni tak akan menyentuh tentang keadaan gila babi di Malaysia apabila di tadbir oleh kerajaan Pakatan Harapan sebab rasanya ramai rakyat yang sedang memerhati dan faham bahawa keputusan PRU14 yang lalu sebolehnya mahu diubah !

Ini realitinya yang dapat dikongsikan sebab sepanjang tempoh rehat dari menulis, MMI dah bertemu dengan ramai orang dan semuanya dari kumpulan yang berbeza. Perlu diingatkan juga dalam ramai-ramai tu ada juga yang dulunya begitu taksub kononnya PH bakal membawa perubahan yang jauh lebih baik daripada zaman BN.

Ya hasrat dan impian mereka sememangnya tercapai tetapi perubahan yang jauh lebih teruk dari zaman BN dan MMI yakin ramai yang diluar sana juga sedar bahawa sokongan itu terasa seperti menipu diri sendiri.

Apa boleh buat tanggunglah ....

Dalam semua kekalutan itu, MMI juga melihat soal keutuhan parti UMNO ... tatkala tsunami besar melanda, apakah parti yang menjadi tempat bernaung orang-orang Melayu yang masih berpegang kepada kepercayaan bahawa HAK dan KEDUDUKAN Melayu dan Islam itu mampu bangkit malah bertahan daripada asakan demi asakan politik dari pihak lawan ?

Sudah tentu sebagai pembangkang yang tidak lagi punya upaya kewangan seperti dahulu, gerak tari UMNO pasti terjejas. Tak perlu berbohong dan tak perlu berselindung kerana kita tahu selama lebih dari 60 tahun dipersada politik tanahair, sumber kewangan adalah perkara terpenting bagi menggerakkan parti namun tidaklah bermaksud bahawa hanya dengan kewangan semata-mata UMNO boleh digerakkan.

UMNO telah melalui pelbagai zaman dan ke semua zaman itu bermula dengan serba kekurangan dan dari kekurangan itulah UMNO bangkit sehingga Malaysia dikenali dunia.

Cumanya budaya sejak UMNO menjadi pemerintah, dahulunya banyak kemudahan jika dibandingkan dengan hari ini sebagai pembangkang. Maka sejauh mana budaya itu boleh diubah agar ianya mampu seiring dengan kedudukan kita sebagai pembangkang ?

Berdasarkan pemerhatian MMI, orang-orang UMNO jiwanya besar malah semangat mereka jauh mengatasi pemimpin itu sendiri. Buktinya persidangan diperingkat cawangan-cawangan, bahagian sehinggalah ke peringkat pusat semuanya berjalan lancar.

Kehadiran penyokong-penyokong di PAU seperti biasa tidak ada yang kurang walaupun tidak lagi dibekalkan dengan bekalan itu dan ini. Diperingkat bahagian-bahagian pula, ada bahagian yang bertukar Ketua Bahagian kerana ada pertandingan, ini membawa mesej jelas bahawa disaat UMNO terluka dan cedera parah pun masih ada orang-orang UMNO yang menyahut seruan untuk tampil berkhidmat.

Jadi di mana kurangnya UMNO ? 

Kita perlu sedar bahawa yang tinggal pada hari ini adalah PERJUANGAN !

Sesiapa jua yang hari ini mengaku sebagai orang UMNO dan memegang AMANAH sebagai pemimpin di mana-mana peringkat sekalipun perlu sedar parti memerlukan kudrat dan keringat kita untuk bangkit kembali.

Jika dahulunya parti lebih banyak membela kita kini budaya itu berubah, orang-orang UMNO perlu membela parti keramat ini agar ianya mampu bangkit kembali.

Dalam proses ini kita sudah menyaksikan pelbagai episod drama politik segelintir pemimpin kita yang angkat kaki meninggalkan parti. Masing-masing punya alasan tersendiri walaupun kita tahu sebahagian daripada mereka tersepit akibat perbuatan mereka sebelum ini.

Selain daripada itu kalangan yang meninggalkan parti ini memberikan pelbagai alasan yang kadang-kadang lucu untuk dihadam. Entah apa yang mereka fikirkan apabila alasan seperti mahu berkhidmat kepada masyarakat, mahu mempertahankan Bangsa, Agama dan Negara, perlu menyokong Mahathir kerana mahu mengurangkan kuasa DAP dalam kerajaan PH dan lain-lain termasuklah punya alasan tersendiri.

Apa pun semua keputusan itu hanyalah sekadar alasan bagi menutup PENGKHIANATAN terhadap parti dan para ahli diakar umbi yang selama ini mendokong kedudukan mereka selaku pemimpin.

Malah mungkin juga sikap para pengkianat yang membuka pintu kota Melaka berzaman dahulu melekat dalam diri mereka dan barangkali sikap tali barut Jepun sewaktu menjajah Tanah Melayu dijadikan sebagai pedoman untuk kelangsungan hidup.

Pada MMI semuanya bergantung kepada keikhlasan dalam diri setiap dari kita, sama ada berjuang atas prinsip atau perjuangan kosmetik yang membalut wajah.

Siapa pun kamu, selagi mana prinsip dan perjuangan itu ikhlas untuk parti MMI 'SALUTE' dan pasti jutaan yang ada diluar sana punya prinsip-prinsip ini sebab itulah Umno terus bertahan malah sedang bangkit.

Pada ketika kita sedang bangkit inilah selalunya cabaran akan jauh lebih besar, banyak perkara yang perlu kita siapsiagakan. Musuh diluar sana sebolehnya mahu mengkuburkan terus Umno dan kerana itulah ramai yang pasti dah mendengar sendiri cerita-cerita tentang pertemuan pimpinan kita dengan pimpinan musuh politik.

Bukan itu sahaja ular-ular lidi mula menjalar ke seluruh pelusuk dunia maya dengan bisa-bisa mereka kerana ini peluang. Peluang yang perlu digunakan sebaiknya supaya ahli-ahli Umno termakan bisa seterusnya mati mengelupur.

Namun kita sewajarnya bersyukur kerana Allah swt masih lagi memberikan kita peluang, orang-orang Umno masih punya akal yang waras dan kita terus istiqomah mempertahankan kapal yang sedang dibaik pulih oleh seorang pemangku dan seorang pemimpin yang dulunya dihina dan dicaci seolah-olah beliau langsung tidak punya iman.

Kesungguhan kerja buat itu pula disambut dengan hati yang terbuka oleh para pimpinan tertinggi serta ahli-ahli di akar umbi dan sinarnya mula kelihatan apabila RAKYAT mula sedar bahawa mereka adalah MANGSA kepada TIPU HELAH Pakatan Harapan yang berdiri atas lendir fitnah dan tipu helah.

Buktinya BN menang di 3 PRK iaitu Cameron Highlands, Semenyih dan Rantau. Walaupun Pakatan Harapan sebelum itu juga menang di beberapa kerusi namun keputusan ketiga-tiga PRK diatas jelas jauh berbeza dan ianya memberikan impak yang cukup besar bukan sahaja kepada Umno dan BN tetapi juga kepada Pakatan Harapan.

Makanya kita dapat melihat satu perubahan yang cukup drastik beraku dikalangan RAKYAT dan ianya sudah tentu memberikan isyarat bahawa Umno perlu segera BERUBAH dan berubahlah menjadi parti yang lebih baik serta boleh dipercayai.

Hasilnya terbentuk PERPADUAN UMMAH bersama PAS.

Usaha demi usaha telah berjalan dan seluruh rakyat sebenarnya sudah melihat sendiri bagaimana kerjasama ini sebenarnya adalah jalan terbaik untuk menyelamatkan Malaysia dari tangan mereka-mereka yang langsung tidak berjiwa rakyat. 

Kerana itu kita perlu segera memperbetulkan saf dan fahami bahawa Umno adalah parti pembangkang. Fahamkan betul-betul maksud ini kerana musuh utama Umno pada hari ini adalah BUDAYA 62 TAHUN yang berlagak dan sombong atas tiket PEMERINTAH !

INGAT ... Beberapa hari lalu, Presiden Umno mengumumkan untuk kembali bertugas setelah bercuti dan apa yang telah berlaku dalam tempoh 24 jam keputusan itu diumumkan ?

Pelbagai kenyataan dan telahan telah dibuat secara terbuka di media sosial termasuk yang bersifat menghentam ! 

Soalnya kenapa perlu sampai ke tahap itu ?

Ini Presiden yang telah dipilih secara sah oleh para perwakilan Umno dalam pemilihan Umno !

Atas dasar perlembagaan dan mana-mana peruntukan undang-undang parti sekalipun ianya adalah SAH dan kita semua perlu menerima keputusan ini sejajar dengan prinsip demokrasi yang selama ini kita junjung.

Kita punya proses dan apabila tibanya proses itu nanti maka buatlah pilihan yang terbaik tetapi hari ini kita tidak boleh sesekali membuang masa dengan menghukum sesama sendiri.

Untuk terus BANGKIT kita perlu buang jauh-jauh sikap sebegini kerana inilah sebahagian daripada budaya 62 tahun yang masih melekat dalam segelintir orang-orang Umno.

Buang jauh-jauh kerana agenda mendepani PRU15 jauh lebih penting kepada kita semua.

Nasihat MMI kepada orang-orang Umno tanya sendiri MAMPUKAH KITA BERSAMA ATAS NAMA PERJUANGAN ?

MMI

8 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. PEMBETULAN:

      PERJUANGAN memPERTAHANkan agama, bangsa (terutamanya bangsa ORANG ASAL Islam/Melayu kita yg. makin diTINDAS dan diBUNUH dlm. GENOSID dgn. amat KEJAM, termsk. di PASIR GUDANG dan KEMALANGAN2 JLNRAYA) dan negara dr. PENJAJAHAN dan KEGANASAN SAMPAH PENGGANAS/PENJAJAH/PENIPU/PERASUAH/PEROMPAK/PENIPU/PENYANGAK DAP bangkai ANJING homo JIJIK Zionis ISrael DAP bangkai ANJING homo jijik ZIONIS ISrael - lebih PENTING dr. memperTAHANkan PARTI, apalagi bila EJEN2 anwar PARIA HOMO/yiddin PARIA GILA SEKS, makin MENYERAP masuk dan mENJAHANAMkan UMNO! Zahid-geng anwar PARIA HOMO diKERAH utk. menJAYAkan PERAMPASAN KUASA oleh si anwar PARIA HOMO dan TUAN DAPembunuh dia, dan mengHALANG peyatuan umat ISLAM/MELAYU dr. PPBM-UMNO-PAS!!! Sbb. tu si zahid yg. GILA berPELUKAN dgn. guan eng BANGKAI ANJING ni - TAK pernah ambil TINDAKAN serius terhdp. Pengganas2 BERSIH bangkai ANJING DAPembunuh dan TUAN CIA/MOSSAD-SOROS depa yg. MENGGANAS dgn. DEMO2 HARAM dan BUAS depa, BERTAHUN2 lamanya dan juga terhdp. PERUSUH2/PENGGANAS2 /PEMBUNUH2 bangkai2 Anjing hindrafHOMO/Tamil Eelam Sri Lanka, yg. diTAJA oleh PARIA2 DAPembunuh, terutamanya asyik MERUSUH dgn. GANAS, bila beribu2 KUIL2 HINDU HARAM depa yg. nak MEROMPAK tanah2 KERAJAAN kita, mahu diROBOHkan!!! Bahkan, apa MOTIF2 dajal KEDUTAAN2 Zionis UK/US dulu jumpa si zahid ni selepas PRU14 - yg. sungguh GANJIL dan MENCURIGAkan?!!

      Buka balik kes PEMBUNUHAN KEJAM dgn, UBAT BIUS berlebihan (yg. amat tak logik), terhdp. MENANTU zahid yg. disyaki dIBUNUH oleh si doktor gigi PENYAMAQ-EJEN DAPembunuh - sbb. tau bnyk sgt. RAHSIA anwar PARIA HOMO-DAP lah tu!!!

      Delete
    2. Sbb. itu, HAPUSkan DAP bangkai ANJING ni segera dan HALANG habis2an si anwar PENYAMAQ HOMO PARIA ni dr. jadi PM dan TIMBALAN PM dia dr. si guan eng BANGKAI ANJING DAP Anjing PENGGANAS/PENJAJAH/PENIPU/PERASUAH/PEROMPAK/PENYANGAK homo jijik Zionis ISrael - di bawah hak asasi 'KESAMAAN' Zionis PENIPU depa (sbb. tu, anwar PARIA HOMO ni amat ANTI-UNDG2 PERLEMBAGAAN 153 dan DEB)!!! Mana juga si BETINA tipah koya TAK guna-SPRM bangkai ANJING tu oi!!! Lihat artikel2 mat BERNAS ni, di -

      1. https://www.thethirdforce.net/team-muhyiddin-plots-mahathir-ouster-from-ppbm/

      Team Muhyiddin plots Mahathir ouster from PPBM

      By Raggie Jessy

      The Third Force net
      July 2, 2019; dan di

      2. https://www.thethirdforce.net/dap-jointly-funds-effort-to-topple-mahathir-anwar-lacks-numbers/

      DAP jointly funds effort to topple Mahathir, Anwar lacks numbers

      By Raggie Jessy

      The Third Force net
      June 29, 2019:

      ….The DAP is said to be jointly funding a mass-scale effort led by Dato’ Seri Anwar Ibrahim to buy the support of as many Members of Parliament as possible towards ousting Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad.

      While the source of the fund isn’t completely known at this point in time, the fund itself is said to range in the billions and comes atop more billions that a couple of tycoons associated with Anwar are forking out to lure PKR, UMNO, Sabah and Sarawak MPs to their side……..

      The PKR president has in his possession close to 70 written and signed commitments by MPs from both sides of the political divide with the DAP being the only party backing him wholesale.

      Two very senior UMNO MPs are also in on the conspiracy with one of them agreeing to second a motion of no confidence against Mahathir in case it is proposed by Anwar or his men.

      These MPs have agreed to a leadership transition plan that will see Anwar become Prime Minister and a senior DAP leader, presumably Lim Guan Eng, his deputy……

      Kalau BERITA ni TAK benaq cepatlah buat lapuran POLIS oi, si DAP bangkai ANJING dan KULI 2 anwar PARIA HOMO-yiddin PARIA GILA SEKS depa, si PENAKUT2 DAYUS oi!!!

      Delete
  2. Dan AWAS: EJEN2 Anjing SAMPAH PENGGANAS/PENJAJAH/PENIPU/PERASUAH/PEROMPAK/PENIPU/PENYANGAK DAP bangkai ANJING homo JIJIK Zionis ISrael dah PANIK! RBA PENYAMAQ2 depa diKERAHkan utk. berKEMPEN dajal dan licik supaya kita tunggu shj. PRU-15 - spt. si Islam/Melayu PENAKUT2/BANGANG2 dayus (disyaki PRU15 akan diSABOTAJ oleh pengganas MOSSAD/CIA-SOROS- DAPembunuh yg. berPUSAT di SWITZERLAND, iaitu BERSIH yg. dah kuasai SPR baru haram jadah, mcm. PRU14 diSABOTAJ depa)!!!!!

    ReplyDelete
  3. Thank you so much for the detailed article.Thanks again.

    ReplyDelete
  4. Dear everyone,
    Be careful of YIP KUM FOOK (MCA GOMBAK) because this man is cheating and disturbing of many people's wives, and also cheating of Buddhist Temple (SAMNAK SAMBODHI)'s money.
    Recently, many people know in what he"yip" did, please stay far from him. He is lawyer, Datuk, MCA Chairman and etc. or everyone can research at Website "YIP KUM FOOK"
    Loh Guan Lye
    Taman Desa Jaya, Kepong, Kuala Lumpur

    ReplyDelete

Labels