Followers

Tuesday, 9 March 2021

Apa Jadi Bila UMNO Bangkit ?

 

Sejak BN ditumbangkan oleh rakyat dalam PRU14 yang lalu, banyak pihak kononnya merasa puas sebab sebuah kerajaan yang begitu lama mentadbir negara dan begitu banyak merompak hasil negara berjaya dinyahkan dari terus berkuasa.

Begitulah antara rasa yang dihamburkan tatkala keputusan PRU14 diumumkan. 

Makanya MMI mengambil keputusan untuk berhenti menulis seketika dan memberikan tumpuan kepada gerak kerja lapangan kerana segala bantuan secara terus perlu segera disalurkan kepada UMNO.

Ini penting kerana UMNO perlu dipulihkan dan sudah semestinya dari segi moral rata-rata ahli UMNO 'down' akibat daripada keputusan PRU14.

Usaha UMNO untuk kembali pulih nampaknya berhasil, bangkit sedikit demi sedikit daripada rebah memberikan sejuta pengalaman baharu kepada parti keramat UMNO. Di saat UMNO rebah, pemilihan UMNO telah diadakan sekaligus menepis semua tuduhan oleh parti PPBM khususnya oleh Tun Mahathir pada ketika itu kononnya PPBM bakal menggantikan UMNO dalam soal perjuangan untuk membela nasib Agama, Bangsa dan Negara.

Pemilihan UMNO berlaku di seluruh negara dan lebih menarik lagi pemilihan pada ketika itu begitu meriah sampaikan ada jawatan yang ditandingi lebih dari 100 orang. Ini membuktikan bahawa walaupun dalam keadaan yang begitu terhimpit UMNO masih lagi punya sokongan dari akar umbi. 

Malah pemimpin yang menawarkan diri pada ketika itu sedar dan faham bahawa segala kelebihan sebelum itu hampir tidak ada dan mereka perlu benar-benar memimpin atas dasar parti dan keupayaan diri.

Semua itu berlaku dan UMNO mula mengorak langkah menjadi parti yang benar-benar berjiwa rakyat, kehadiran wakil UMNO dan BN di Dewan Rakyat misalnya sebagai pembangkang benar-benar memberikan impak yang amat berkesan sehingga pihak kerajaan tidak senang duduk.

Kemudiannya rakyat Malaysia dihidangkan dengan satu peristiwa yang pasti tidak akan kita lupakan "Langkah Hilton" saat di mana bermulanya pembentukan kerajaan Perikatan Nasional dan langkah yang memperlihatkan betapa rakus dan cemasnya Tun Mahathir sehingga akhirnya meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri seterusnya terbubarnya kerajaan Pakaran Harapan.

Pelbagai spekulasi timbul yang itu dan yang ini sehingga rakyat di rumah masing-masing resah, apakah yang bakal berlaku ? 

Perlu MMI ingatkan bahawa disinilah keikhlasan UMNO terbukti walaupun ada pihak yang menyatakan UMNO gila kuasa dan sebagainya. UMNO yang memiliki kerusi terbanyak dalam Dewan Rakyat dengan ikhlas menerima saranan serta bersetuju dengan YB Tuan Guru Hadi Awang daripada PAS untuk melantik Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

Satu persetujuan yang jelas tidak menyebelahi pihak yang punya jumlah kerusi terbanyak tetapi direalisasikan atas dasar ikhlas untuk memastikan kesejahteraan rakyat dan negara.

Namun kerajaan Perikatan Nasional yang dikemudi oleh Muhyiddin jelas tidak seikhlas UMNO dalam menguruskan pentadbiran.

Terdapat perkara-perkara tertentu contohnya peruntukan kepada Ahli Parlimen seperti DS Zahid, DS Najib dan yang lain-lain tidak sama seperti mana yang diperolehi oleh Ahli Parlimen yang lain ?

Soalnya kenapa keadaan begitu berlaku ? Bukankah kerajaan yang tertubuh itu berlandaskan kepada prinsip ikhlas dan percaya ?

Di mana kesetiaan sebagai rakan gandingan ?

Malah yang lebih diapi-apikan oleh pemimpin-pemimpin PPBM adalah mengajak orang-orang UMNO untuk masuk menjadi ahli PPBM !

Tidak cukup dengan itu PAS pula kemudiannya menyertai gabungan politik di bawah Perikatan Nasional walaupun pada ketika itu sudah termeterai perjanjian Muafakat Nasional !

Apakah UMNO mengganas ? mengamuk ?

Tidak ! UMNO menerima keadaan ini dalam suasana yang berhati-hati tanpa sebarang kenyataan memperlekehkan mana-mana pemimpin dalam kerajaan Perikatan Nasional manakala tindakan PAS pula UMNO tidak pernah sampai ke tahap menghentikan sokongan serta rasa hormat kepada Muafakat Nasional.

Dalam hal ini pun masih ada suara yang mengutuk dan menyerang UMNO termasuk Presiden parti .. Soalnya di mana salah UMNO ? 

Berpegang kepada prinsip untuk berjiwa besar dengan meneruskan sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional dan Mufakat Nasional pun masih lagi dianggap sebagai satu penderhakaan ?

Disinilah sebenarnya kesilapan PPBM dan PAS .. Sorry to say sikap bongkak dan sombong para pemimpin PPBM akhirnya dihidu oleh akar umbi, kamu telah memperlihatkan sikap angkuh itu kepada akar umbi kami maka tempoh masa yang akar umbi berikan akhirnya sampai ke tahap penamat.

Maka akar umbi UMNO bersuara melalui saluran yang sah lagi demokratik iaitu usul di setiap bahagian-bahagian UMNO yang bersidang.

Perlu MMI ingatkan UMNO tidak mengamuk di jalan raya dan UMNO tidak menghuru-harakan negara sebaliknya kami bersuara di saluran parti kami agar pimpinan tertinggi sedar dan tahu bahawa akar umbi tidak lagi boleh menerima sikap pemimpin PPBM yang begitu bongkak dan sombong itu.

Kerana itu akhirnya UMNO memutuskan kerjasama bersama PPBM hanya sehingga PRU15 !

Apa yang telah UMNO lakukan adalah melakukan perubahan diperingkat tertinggi agar tidak ada lagi kalangan mereka yang mengaku UMNO tetapi semangat juang dan jiwa perjuangannya mula longgar kerana asyik dengan kuasa.

Doktrin Mahathir yang sentiasa mengulangi kononnya Melayu perlu bersatu meresap diminda segelintir rakan-rakan UMNO sehingga ada yang lupa bahawa mereka adalah ahli UMNO.

Ada yang lupa bahawa UMNO adalah parti milik orang Melayu !

Kekuatan UMNO adalah kekuatan orang Melayu ! 

Kerana itu kini kita dapat melihat serangan demi serangan terhadap Presiden UMNO .. Satu-satunya Presiden yang memikul tanggungjawab pada ketika parti tidak punya apa-apa mahu dilucutkan dengan pelbagai tuduhan.

Manusia jenis apakah ni ? Ahli UMNO jenis mana ni ?

Kerana itu UMNO bingkas bangkit dan kebangkitan kali ini disertai dengan ketegasan serta perancangan yang terbaik bagi menghadapi situasi yang pelbagai.

Tidak ada lagi kompromi, denyut nadi akar umbi menjadi inspirasi malah keputusan pucuk pimpinan tertinggi mengambil kira suara akar umbi.

Ini adalah satu kebangkitan bersama, tidak ada lagi tindakan yang hanya dicetuskan oleh pemikiran dan perancangan pucuk pimpinan tertinggi tetapi ia digabungkan secara berprinsip agar parti keramat UMNO kembali bangkit.

UMNO sedang bangkit dan kebangkitan ini telah menyebabkan ada pihak yang mula memujuk seolah-olah mereka begitu maksum sebelum ini, seolah-olah mereka buta dan pekak sebelum ini tak pernah nampak dan dengar serangan serta tuduhan serta ketidakikhlasan mereka terhadap UMNO.












Pujuklah atau katalah apa sahaja apabila UMNO mula bersuara dan tindakan mula digerakkan maka prinsip akan menjadi keutamaan.

Perjuangan akan diteruskan .. 

UMNO akan terus diperkasakan dan BN akan diperkuatkan, inilah wadah perjuangan yang UMNO dan BN mahu pastikan seluruh ahli-ahlinya lakukan hari ini.

Pandangan MMI mudah .. daripada mengharap pihak yang kita dah nampak 'leaking' dari keikhlasan dan kita sendiri tak tahu sejauh mana prinsip kerjasama mereka adalah lebih baik UMNO dan BN fokus kepada pemerkasaan parti.

Perkuatkan dan buat persediaan di semua peringkat sebagai langkah bagi kesiapsediaan menghadapi apa jua yang bakal berlaku selepas ini adalah satu keputusan yang amat tepat.

Kepada yang nak terjun gaung silakan ...

Kepada yang melompat jadi amfibia silakan ...

Kepada yang nak kuasa dan jawatan sila, tapi jangan sampai jadi BARUA !

UMNO tak perlukan orang macam kamu sebab kami punya barisan pemimpin pelapis yang jauh lebih berintegriti daripada kamu ! 

MMI

Labels