Followers

Showing posts with label Khalwat. Show all posts
Showing posts with label Khalwat. Show all posts

Tuesday, 2 April 2013

HOT Pasangan BOGEL Di Cekup


LEDANG – Gara-gara mahu bertemu kekasih, seorang pelajar tingkatan empat sanggup menipu ibu sendiri dengan menyuruh menghantarnya ke sebuah restoran makanan segera di bandar ini dan memberi alasan mahu berjumpa dan bermalam di rumah rakan baiknya.

Dia sebenarnya berjumpa dengan teman lelakinya yang berasal dari Seri Menanti, Muar di restoran berkenaan sebelum ke hotel bajet untuk meraikan ulang tahun perkenalan mereka.

Bagaimanapun, gadis berasal dari Bukit Kepong, Muar itu akhirnya dicekup berkhalwat bersama teman lelakinya itu, awal pagi semalam.

Difahamkan, kedua-dua pasangan kekasih itu sering menjadikan hotel bajet terbabit lokasi memadu kasih bagi menyambut ulang tahun perkenalan pertama mereka.

Dalam serbuan kira-kira jam 3.10 pagi itu, gadis berusia 16 tahun itu didapati sedang tidur bersama teman lelakinya berusia 18 tahun tanpa seurat benang dipercayai baru selesai mengadakan hubungan seks.

Difahamkan, pasangan terbabit yang saling mengenali antara satu sama lain sejak setahun lalu mengakui sering datang ke hotel berkenaan dan akan mengadakan hubungan seks setiap kali berjumpa.

Kadi Daerah Ledang, Sulaiman Maidin berkata, serbuan itu dilakukan oleh sepasukan Penguat Kuasa Pejabat Agama Daerah Ledang (PPADL) adalah berdasarkan aduan awam.

“Penguat kuasa menunggu kira-kira lima minit sebelum remaja perempuan yang hanya membaluti dirinya dengan tuala membuka pintu dan membenarkan pemeriksaan dijalankan.

“Pemeriksaan lanjut dalam bilik menemui seorang remaja lelaki tanpa pakaian sedang tidur di atas katil,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Pasangan itu ditahan untuk siasatan lanjut kerana gagal menunjukkan sebarang dokumen mempunyai hubungan mahram atau suami isteri.

“Mereka dibawa ke Balai Polis Tangkak  untuk dibuat laporan tangkapan sebelum dibawa ke Pejabat Agama untuk siasatan lanjut dan dijamin dengan jaminan keluarga masing-masing.

“Mereka ditahan dan didakwa di bawah Seksyen 27 (1) a b, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor, 1997 yang boleh dikenakan denda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan,” kata Sulaiman.sinar

MMI.

Sunday, 16 December 2012

REFRESH PENDEDAHAN Final Chapter Kami Tangkap Adun Pas Bersama Bini Orang & Nik Aziz Lepaskan ?!


Ramai yang menghubungi MMI untuk mengetahui kisah selanjutnya berkenaan kes ADUN Selinsing yang buat onar dengan bini orang atas gerabak keretapi dan bagaimana Nik Aziz menyelesaikan masalah tersebut.

Jadi diharapkan dengan siri terakhir ini dapatlah ampa semua mengenali siapa sebenarnya Nik Aziz dan parti PAS.

Selamat membaca..

Ustaz Saidi menegaskan pada Nik Aziz bahawa beliau dan rakan-rakannya tidak melihat "mata pedang masuk dalam sarungnya" tetapi yang penting mereka di dalam bilik yang boleh mendatangkan syak. Apatah lagi Adun hanya pakai boxer, anu masih basah dan isteri ketua Cawangan Pas hanya sempat capai tuala mandi warna merah untuk tutup tubuhnya.

Klik untuk yang tertinggal kisah berahi Adun Pas ini di SINI 

Walaupun kecewa dengan penangguhan 'hukuman' oleh Nik Aziz, Ustaz Saidi bersama rakan-rakan beliau longlai pulang ke rumah dan terpaksa bersabar untuk mengadap Nik Aziz keesokan harinya.

Menurut Ustaz Saidi, siapa tak kecewa bila parti politik yang diikuti selama ini begitu gah mencanangkan Negara Islam dan Hudud dihampir setiap ceramah di segenap ceruk kampung malah di setiap negeri yang mereka pergi. Ceramah tentang Islam dan bagaimana Pas akan dirikan HUDUD kiranya mereka mentadbir Malaysia berkumandang setiap hari.

Malah ketaatan beliau kepada Nik Aziz yang dianggap sebagai Ulama yang zuhud dan konsisten ingin dan akan berlaku adil sebagaimana yang terkandung dalam sirah Nubwah juga mula pudar dan goyah sebaik saja kaki beliau melangkah keluar dari rumah Nik Aziz.

Tangkapan yang dilakukan beliau bukan bermotifkan politik juga dilihat sebagai antara faktor lunturnya rasa hormat beliau terhadap seorang Tokoh Agama, Nik Aziz ketika itu. Tegas ustaz Saidi, beliau bukan keseorang dalam kejadian ini malah bersama Sang Suami yang juga Ketua Cawangan Pas ketika itu juga seolah-olah dipandang sepi oleh Nik Aziz dan Ustaz Saidi melihat sendir raut wajah Nik Aziz yang seakan tidak serius bila beliau menceritakan segalanya tentang peristiwa tangkapan Adun Pas dalam gerabak keretapi.

Esoknya, mereka hadir lagi sekali dan kali ini hati Ustaz Saidi sudah dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena.

Bagaikan satu ledakan bom jangka bila telahan Ustaz Saidi mengena, Nik Aziz dengan selambanya membuat keputusan ;

"Ana sudah istiqarah, Allah sudah ampunkan, tak perlu buat apa-apa dan baliklah..." 

Itulah lebih kurang dialog atau keputusan Nik Aziz yang terus membunuh rasa cinta Ustaz Saidi dan rakan-rakannya yang lain terhadap parti yang mereka anuti selama ini, parti yang masuk kampung keluar kampung mencanangkan hanya mereka yang benar dan hanya parti mereka saja yang Islamik.

Walaupun Ustaz Saidi cuba menerangkan dan memujuk Nik Aziz agar jangan letak Ustaz Saiful Baharin yang ditangkap beliau sebagai calun, namun Nik Aziz enggan mendengar dan berpesan agar cerita ini jangan diperbesar takut imej Pas akan tercalar dalam PRU12 ketika itu.

Tujuan Ustaz Saidi merayu agar jangan diletakkan sebagai calon PRU12 tidak diendahkan Nik Aziz adalah kerana bimbang akan kalah kerana orang kampung Selising sudah tahu akan kejadian ini. 

Namun nasib Ustaz Saiful Baharin agak baik, beliau menang dengan majoriti tipis dan kedengaran untuk PRU13 nanti, beliau bakal bertanding lagi atas tiket Pas.

Bermula saat itulah maka Ustaz Saidi mengambil keputusan nekad keluar dari parti yang dianggap hipokrit dan beliau sendiri naik ke pentas ceramah untuk bercerita tentang munafiknya perjuangan Pas. Beliau menyertai UMNO dan hasil dari ceramah dan usaha beliau sepanjang perjuangkan kebenaran, akhirnya lebih 3000 ahli Pas menyertai UMNO di Pasir Puteh.


gambar ketua muslimah Pas Pasir Puteh menyertai UMNO hasil usaha Ustaz Saidi

Sekalung penghargaan buat blog Malaysia Instinct 

MMI.

Tuesday, 11 December 2012

REFRESH PENDEDAHAN Part 6 Bini Curang Di Tangkap & Di Heret Depan Nik Aziz

Gambar Hiasan
Selepas mereka menyarungkan pakaian, mereka dibawa turun dari keretapi dan dikawal sepenuhnya oleh rakan-rakan Ustaz Saidi yang datang bersama beliau. Kisah ini MMI sambung kembali dan bagi yang tertinggal cerita ini dari awal sila Klik Sini 


Part 6

Persetujuan diambil antara Ustaz Saidi, Hj Fauzi dan Sang Suami bahawa kedua pasangan yang ditangkap kerana mungkar ini wajib dibawa mengadap Nik Aziz supaya diadili dengan undang-undang Islam yang dicanang selama ini oleh parti yang mereka anuti. 

Slogan HUDUD dan Membangun Bersama Islam ternyata sudah sebati dengan ahli Pas yang tegar. Mereka berharap dengan hukuman yang bakal dijatuhkan oleh Mursyidul Am merangkap Menteri Besar Kelantan akan menambah keyakinan rakyat bahawa Pas buka main-main dalam isu Islam.

Menurut Ustaz Saidi lagi, ketika itu juga mereka tanpa lengah terus menuju ke kediaman Nik aziz dan nasib memang menyebelahi mereka, Nik Aziz ada di rumah.

Ustaz Saidi menjelaskan bahawa Nik Aziz agak terkejut kerana yang datang ketika itu agak ramai termasuk Adun dan Isteri Ketua Pas Cawangan. Ustaz Saidi menceritakan bahawa disaat itu wajah Nik Aziz berubah, getar suaranya amat ketara dari biasa seolah-olah panik yang luar biasa ataupun mungkin darah gemuruhnya mula datang bersama penyakit lemah jantung yang dihadapinya.

Sambil Nik Aziz membuka kacamatanya dan meraut mukanya beberapa kali seolah-olah tidak percaya dengan apa yang dilihatnya, Ustaz Saidi yang lebih 15 tahun bersama dan berkhidmat untuk Nik Aziz pertama kali melihat bagaimana raut wajah Nik Aziz seolah-olah tidak percaya bahawa orang harapan beliau tersungkur di kaki isteri orang....

"..ni guano pagi-pagi ramai mari nih..." Nik Aziz membuka bicara dalam getar suara yang amat jelas bahawa beliau bakal berhadapan dengan masalah yang akan merosakkan nama baik parti Pas. Beliau berada di persimpangan antara nama baik parti diutamakan atau Islam ditegakkan...itu gambaran Ustaz Saidi.

Ujian Allah swt pada hambanya datang berkadar dengan tahap iman dan amal mereka dan di saat inilah Nik Aziz diuji...


Ustaz Saidi menceritakan secara tercara terperinci tentang peristiwa hingga tertangkapnya mereka berdua di gerabak keretapi.

"..tok soh gege..demo semmo kelik dulu..ana akan buat semaye istiqarah..." itulah jawapan lebih kurang dari Ulama yang bergelaran Tok Guru setelah mendengar desakan dari Ustaz Saidi dan rakannya yang lain agar Nik Aziz laksanakan hukum Islam dengan segera.

Malah Ustaz Saidi menegaskan pada Nik Aziz bahawa beliau dan rakan-rakannya tidak melihat "mata pedang masuk dalam sarungnya" tetapi yang penting mereka di dalam bilik yang boleh mendatangkan syak. Apatah lagi Adun hanya pakai boxer, anu masih basah dan isteri ketua Cawangan Pas hanya sempat capai tuala mandi warna merah untuk tutup tubuhnya.

Dengan perasaan bercampur baur antara kecewa dan marah, mereka semuanya melangkah kaki ke pintu rumah Nik Aziz untuk pulang. Dalam hati Ustaz Saidi hanya Allah swt yang tahu.

Di sini mula detik hati Ustaz Saidi melihat tahap ketelusan "Ulama" parti malah ketelusan idolanya sendiri, Nik Aziz.

Tunggu perkembangan seterusnya bersambung...

MMI.

Monday, 10 December 2012

REFRESH PENDEDAHAN Part 5 Saksi ; " Anu Wakil Rakyat PAS Masih XXXXX & XXXXXXXXX "


Siri pengakuan saksi kes tangkapan awam sebelum ini ada di SINI dan saksi menegaskan ianya tangkapan awam dan bukannya tangkapan rasmi oleh jabatan agama Islam Kelantan. Tanggung jawab sesama Islam membantu dan mencegah kemungkaran.

Part 5

Ustaz Saidi amat kecewa bila kes ini disalah erti dan cuba diputar belitkan hanya kerana nak selamatkan maruah parti semata-mata. Sudah hilang kewarasan pemimpin Pas Kelantan ketika itu. Yang penting, bangkai busuk ini perlu ditutup dan disapu minyak atar.


Ustaz Saidi juga amat kecewa bila Tuan Guru Nik Aziz cepat-cepat menafikan adanya tangkapan khalwat Adun Pas dalam gerabak keretapi dan kenyataan beliau ada disiarkan dalam Utusan Malaysia walaupun Nik Aziz sendiri tidak percayakan akhbar No1 Malaysia tersebut. Namun demi survival politik parti anutan beliau maka satu pembohongan besar telah berlaku dan sanggup dilakukan.

Nik Aziz cuba elak dari pokok sebenar kejadian sumbang antara wakil Rakyat Pas dan Isteri kepada Ketua Cawangan Pas ketika itu. Nik Aziz cuba alihkan cerita sebenar saksi dan saksi ketika itu bukannya seorang atau dua atau tiga orang, malah lebih dari itu termasuk penumpang yang berhampiran dengan Bilik Vip No1 tersebut.

Nik Aziz cuba kelirukan antara tangkapan awam dengan tangkapan oleh pihak Jabatan Agama Islam Kelantan. Nik Aziz cuba tenggelamkan isu sebenar, cuba padamkan bahawa tangkapan ini adalah permintaan Sang Suami agar mencari isterinya yang sudah lebih 3 hari tidak pulang ke rumah.

Nik Aziz sendiri tidak berani bersumpah bahawa Ustaz Saidi dengan saksi-saksi yang lain telah membawa Wakil Rakyat atau Adun tersebut bersama Isteri Ketua Pas Cawangan yang curang bertemu beliau untuk diadili ? 

Yang jelas, menurut Ustaz Saidi, beliau tidak menuduh mereka berdua berzina cuma melapurkan kepada Nik Aziz bahawa mereka ditangkap berdua-duaan dalam keadaan syak yang mana secara terperinci Ustaz Saidi ceritakan kepada Nik Aziz apa yang berlaku sebenarnya. Bermula dari serbuan dan bagaimana keadaan bilik dalam gerabak KTM tersebut.

Malah dengan sinis bernada kecewa, Ustaz Saidi tegaskan beliau lihat "anu" Adun Pas itu masih berlendir terkeluar dari lubang boxer tanpa butang. 

Ustaz Saidi juga menceritakan dengan terperinci keadaan Isteri Curang yang hanya sempat menutup badannya yang putih gebu dengan sehelai tuala warna merah yang singkat. Malah Ustaz Saidi menceritakan kepada Nik Aziz bahawa Hj Fauzi sebagai Ahli Jawatan Kuasa Bahagia Pas juga ada bersama semasa serbuan tersebut.

Bersambung lagi...

MMI.

Sunday, 9 December 2012

REFRESH PENDEDAHAN Part 4 Ketua Pas Cawangan Dayus Lihat Isteri Di Ratah !!


Refresh kali ini bakal menyambung siri ke 3 yang MMI keluarkan semalam Klik Sini.

Part 4

Saksi menegaskan, ketika kejadian tangkapan awam ini berlaku, bukan beliau seorang atau bukan beliau hanya bertiga termasuk Sang Suami yang juga ketua cawangan Pas yang terlibat dan melihat. Saksi mencerita bahawa saksi yang ada ketika itu lebih dari cukup seperti yang dikehendaki oleh syarak.

Dalam Islam, Allah swt memberi syarat pertuduhan perlakuan zina wajib datangkan empat saksi dan melihat sendiri aksi zina seperti Nabi saw memberi contoh ;

"..melihat seolah-olah seperti memasukkan pedang ke dalam sarungnya..."

Ustaz Saidi dalam keterangannya yang amat konsisten, beliau menjelaskan bahawa beliau tidak pernah menuduh kedua pasangan ini berzina kerana beliau tak nampak "pedang masuk ke sarung". Apa yang beliau nampak hanyalah pasangan yang kelam kabut bila menutup badan masing-masing akibat terkejut bila mereka diserbu.

Tambah Ustaz Saidi lagi, isteri kepada Ketua Cawangan Pas itu hanya sempat memakai tuala yang berwarna merah untuk menutup badannya dan Adun Pas hanya sempat menyarung seluar dalam jenis boxer. Ustaz Saidi menegaskan supaya jangan mereka cipta kenyataanya dan beliau tidak sekali-kali menuduh pasangan itu BERZINA.

Apa yang dikesalkan oleh Ustaz Saidi adalah sikap Sang Suami, ketika datang minta pertolongannya dan selepas kejadian tersebut amat berbeza nada ketegasannya. Tanpa silu Sang Suami masih kekalkan isterinya sebagai ISTERI ! Bukan niat Ustaz Saidi hendak meruntuhkan masjid yang dibina, beliau serahkan kepada pembaca menilai sendiri tahap "Islam" nya pejuang pas.

Antara Bai'ah politik dan maruah kita sebagai mukmin di sisi Allah swt.

Bersambung......gambar di atas itu adalah gambar seorang Isteri yang menjadi mangsa rayuan nafsu buas Adun Pas Kelantan dan ceritanya bakal MMI paparkan selepas episod ini berakhir.....

sumber malaysia instinct

MMI.

Saturday, 8 December 2012

REFRESH PENDEDAHAN Part 3 Saksi ; "..Kami Lihat Isteri Ketua Cawangan Pas Di Atas Badan Wakil Rakyat Tanpa.... !!


Seperti yang dijanjikan berikut MMI bawakan sambungan daripada entri semalam berkenaan kisah bagaimana usaha mencari isteri Ketua Cawangan Pas yang 'hilang' Klik Sini 

Bersama Ustaz Saidi dan suami yang juga ketua cawangan pas ketika itu, sepupu Ustaz Saidi dan kawan-kawannya yang lain juga turut bersama. Rata-rata mereka ketika itu adalah pelajar pondok yang sudah senior atau sudah berusia. Untuk makluman pembaca, pondok pengajian agama di Kelantan bukan saja terdiri dari pelajar yang berusia seawal 12 tahun, ada juga pondok yang masih kekalkan tradisi menerima warga emas sebagai pelajar dan juga golongan dewasa yang ingin menambah ilmu tanpa mengharapkan sekeping sijil atau ijazah. Sekadar menafaatkan Ilmu Islam di usia yang sudah lanjut.

Bertolak dari rumah Si suami, dengan dua buah kereta mereka menuju ke stesen keretapi Kuala Krai. 

Sebaik saja keretapi singgah di stesen, Ustaz Saidi bersama Si suami dan rakannya yang lain terus naik dan berjumpa dengan "master" yang bertugas mengawal selia penumpang. Ustaz Saidi bertanya bilik manakah yang digunakan oleh wakil rakyat tersebut, "master" dikatakan menunjukkan bilik di mana wakil rakyat pas itu berada.

Nombor bilik kelas pertama yang digunakan oleh Adun Pas tersebut adalah VIP No 1, koch khas yang selalu digunakan oleh orang kenamaan.

Tanpa membuang masa, menurut Ustaz Saidi, beliau mulanya mengetuk pintu koch beberapa kali namun tiada jawapan dan beliau, Ustaz Saidi mengambil keputusan membuka pintu dengan menendang pintu bilik tersebut.

Sebaik saja pintu bilik VIP No1 terbuka, Ustaz Saidi bersama Si suami dan sepupu beliau, Ahli Jawatan Kuasa Bahagian Pas, Ustaz Fauzi menerpa masuk dan terbukti apa yang selama ini bukan lagi khabar angin, ianya telah mengesahkan bahawa cerita-cerita yang tersebar di kalangan penduduk Pasir Puteh terbukti benar. Isteri kepada Ketua Cawangan Pas berada di atas perut Wakil Rakyat Pas.

Menurut Ustaz Saidi, beliau tidak dapat menahan marah begitu juga dengan Hj Fauzi maka sebiji penampar hinggap di kedua pipi pasangan yang sedang asyik masyuk melakukan dosa besar. 

Ketika itu Wakil Rakyat Pas sudah terkedu, menangis minta dilepaskan, menangis memohon maaf di atas perbuatan terkutuk, begitu juga dengan isteri ketua cawangan Pas tersebut. Bagaikan dirasuk hantu, melolong memohon ampun kepada Sang Suami yang hanya mampu menitiskan airmata.

Si suami bagaikan terpaku, terpinga tanpa kata dan tak mampu berbuat apa-apa, menurut Ustaz Saidi, yang melihat kejadian itu bukan beliau seorang, bukan Hj Fauzi bersamanya sahaja malah saksi yang datang bersama mereka juga melihat kejadian yang memalukan bagi seorang Wakil Rakyat Pas dan isteri kepada ketua cawangan Pas. Malah lebih dari itu, penumpang yang ada berdekatan dengan bilik tersebut juga melihat peristiwa yang amat hina bagi seorang yang kononnya pejuang parti yang mengguna pakai nama ISLAM.

Saksi utama, Ustaz Saidi terkilan bila melihat Sang Suami yang hanya alirkan airmata, tak mampu memarahi isterinya dan jauh sekali untuk melepaskan geram kepada Wakil Rakyat Pas tersebut. Janji untuk ceraikan kiranya beliau melihat sendiri isterinya dengan orang lain juga hilang begitu saja. Longlai dan lemah keluar dari keretapi menuju ke kereta mereka. Meninggalkan Ustaz Saidi dan Hj Fauzi uruskan masalah tersebut.

Tambah Ustaz Saidi, bilik dalam koch VIP No1 umpama bilik penganting baru, pakaian kedua pasangan mungkar berselerak dan isteri ketua Pas cawangan hanya mampu menutupi tubuh bogelnya dengan sehelai tuala yang berwarna merah.

Selepas ini nantikan pendedahan cerita sebenar apa yang terjadi di rumah Mursyidul Am Pas Malaysia, Menteri Besar Kelantan dan juga momokan sebagai Ulama Ulung Pas bakal MMI ceritakan.

Bagaimana riak muka Nik Aziz ?
Bagaimana jawapan Nik Aziz ?
Bagaimana dengan mudah Nik Aziz letak kepentingan parti melebihi segalanya dan bagaimana bermula dari saat itulah Ustaz Saidi dan rakan yang lain bertindak keluar dari Pas kecuali seorang saksi. Kenapa saksi tersebut enggan keluar parti nantikan pendedahan seterusnya !

MMI.

Friday, 7 December 2012

REFRESH PENDEDAHAN PART 2 Ketua Cawangan Pas Relakan Isterinya Di Tiduri ?


Semalam MMI ada "post" entri warm up tentang kisah khabarnya isteri kepada ketua cawangan pas yang ditangkap bersama suami orang dalam gerabak keretapi. Klik Sini 

Kisah ini walaupun dah lama berlalu dan ianya bukan cerita baru namun kesan dari cerita ini rakyat Kelantan mula tertanya, kenapa sampai begitu sekali sikap Nik Aziz yang mana kelihatan tidak mampu untuk berlaku adil dan gagal sepenuhnya melaksanakan syariat Islam sebagai seorang yang kononnya bergelar Tuan Guru dan dalam partinya berjawatan Mursyidul Am.

Saksi utama sudah acapkali bersumpah. Samada di pentas ceramah maupun di mana saja beliau muncul termasuk di Youtube.

Ustaz Saidi, itulah nama saksi utama, dulunya beliau adalah Ketua Keselamatan Nik Aziz selama lebih 15 tahun berkhidmat. Di mana saja Nik Aziz pergi untuk berceramah maka beliaulah yang akan menyusun jentera keselamatan agar perjalanan Nik Aziz aman sejahtera.

Namun Allah Maha Kaya, kejadian isteri ketua cawangan pas yang ada skandal dengan suami orang ini membuka hati beliau untuk melihat sendiri sejauh mana Nik Aziz ikhlas perjuangkan Islam. Sejauh mana laungan Negara Islam bergema, apakah gema untuk undi atau gema untuk syiar Agama Islam ?

Kebetulannya Ketua Cawangan Pas itu adalah saudara saksi sendiri, datang mengadu, isteri tak pulang ke rumah atau dengan kata lain, isteri menghilangkan diri lebih dari 4 hari, datang merayu meminta bantuan agar dicari isteri yang tercinta.

Kenapa cari Ustaz Saidi ? Siapa tak kenal Ustaz Saidi, orang 'gedebe' No 1 Kelantan, gedebe tu membawa maksud berani dan tak takut mati. Itu sebab Nik Aziz lantik Ustaz Saidi sebagai Ketua Keselamatan No 1 beliau. Ramai kenalan di seluruh Malaysia maka sang suami tahu Ustaz Saidi yang paling layak dan mampu bantu beliau mencari isterinya yang tak balik rumah.

Beberapa hari Ustaz Saidi mencari, akhirnya beliau mendapat perkhabaran baik, isteri kepada Ketua Cawangan Pas ini rupanya bersama suami orang dan yang paling menyentap perasaan Ustaz Saidi, suami orang itu adalah Adun ketika itu malah memang terkenal dengan sikap "playboy" dan kasanova tahap kritikal , semuanya disapu.

Sebelum bertolak ke stesen keretapi Kuala Krai, Ustaz Saidi beserta Si suami dan rakan-rakan yang lain berbincang dan ketika itulah Si suami dengan nada kononnya "gentleman" , nada marah yang amat sangat menyatakan beliau bakal ajar isterinya, paling tidak penampar jepun hinggap dipipi atau Adun tersebut wajar diberi penyepak terajang.

Perbincangan juga menghala kepada tangkap dan bawa kepada Tuan Guru Nik Aziz untuk diadili dan bakal menjadi sejarah pertama Kelantan, Hudud bakal terlaksana. Itu yang bermain dalam kepala mereka semasa perbincangan. Mereka teruja kerana parti mereka bakal laksanakan hukum Islam buat pertama kali dalam sejarah Malaysia.

Dengan semangat ini dan dengan perasaan marah mereka bertolak ke stesen keretapi Kuala Krai dengan dua buah kereta......bersambung esok pada masa yang sama..

MMI.

Thursday, 6 December 2012

REFRESH PENDEDAHAN Eksklusif Isteri Ketua Cawangan Pas Di Tangkap Bersama Suami Orang

Gambar Sekadar Hiasan
Hudud Hudud Hudud , Negara Islam Negara Islam Negara Islam dan akhirnya tersungkur dengan slogan yang terbaru Negara Berkebajikan. Semuanya ini kerana UNDI, semuanya kerana laporan terkini yang mereka sendiri perolehi bahawa Pas bakal kalah teruk di semua negeri dan berkemungkinan besar bakal terlepas Kelantan.

Cerita di atas sahaja menyebabkan lebih dari 3000 ahli Pas Pasir Puteh beralih arah, keluar parti beramai-ramai. 

Kisah isteri pemimpin cawangan pas bukan kisah baru, inya kisah lama yang masih belum padam baranya, belum hilang dari ingatan penduduk Selising, Pasir Putih Kelantan. Cerita tangkapan ini bukan rekaan UMNO dan jauh sekali sekadar cerita kedai kopi.

Semua orang tahu siapa lelaki yang berstatus suami orang itu, semua orang juga tahu siapa suami kepada jalang yang laparkan seks demi projek PBT Daerah Pasir Puteh. Malah saksi yang menangkap sendiri pasangan berahi ini juga dengan berani muncul di Youtube dan beraksi dengan ceramah terbuka, menceritakan bahawa beliau sendiri bersama suami kepada wanita tersebut menangkap pasangan berahi dalam sebuah bilik gerabak KTM, siap beri No Bilik, VIP 1.

Saksi juga dengan berani tampil menegaskan bahawa Nik Aziz panik ketika mereka mengheret kedua pasangan berahi ini untuk d bicarakan depan Nik Aziz.

Apakah semua cerita ini bohong ?

Saksi ceritakan dengan jelas bagaimana mereka pecah masuk bilik VIP No 1 gerabak KTM itu, bagaimana keadaan pasangan ketika itu, isteri ketua cawangan Pas berada di atas badan suami orang, bagaimana cepat-cepat isteri ketua cawangan Pas itu tutup tubuhnya dengan tuala merah dan bagaimana suami orang itu panik dan tak sempat tutup kemaluannya yang masih basah terpacak. Apakah ini juga bohong?

Saat Nik Aziz nak 'jatuhkan' hukuman juga saksi ceritakan bagaimana Nik Aziz pucat lesi, menggeleng kepala dan meraut muka seolah-olah beliau sedang berperang antara hak dan Bathil, antara kehilangan kerusi DUN Selising atau gunakan "Tok Guru" sebagai penyelamat keadaan. Akhirnya IBLIS menang, Nik Aziz menipu, mohon supaya cerita ini dikatakan dusta semata-mata.

Saksi berceramah keliling kampung, sanggup bersumpah dan pernah bersumpah menjunjung Quran bahawa ceritanya benar dan sanggup berhadapan dengan saman kiranya ianya fitnah.
Saksi amat kecewa kerana Nik Aziz kekalkan suami orang itu yang kebetulannya adalah Adun Selising, kekalkan beliau untuk sepenggal lagi menjadi wakil rakyat Pas.

Kini angin bertiup kencang, PRU13 nanti, Nik Aziz bakal kekalkan beliau lagi sekali demi tiada tokoh lain yang layak berdasarkan label "Dr" yang dibawa oleh wakil rakyat tersebut. Kononnya calon lain tidak setinggi mana kelayakan pengajian untuk ganti tempat beliau.

Ikuti sambungannya part 2 besok pada jam 12.00 tengahari..

MMI.

Friday, 16 November 2012

HOT Khalwat Dengan Pegawai Sendiri !!

Gambar Hiasan
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hasan Abdul Rahman hari ini didenda RM3,000 oleh Mahkamah Tinggi Syariah setelah mengaku bersalah atas tuduhan berkhalwat bersama seorang pegawai kementerian itu di sebuah hotel di sini awal pagi ini.

Hasan, 56, yang didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 27(a) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 boleh dihukum penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut.

Pasangan beliau, Wan Syarifah Nooraazmanita Wan Hassan, 36, yang turut mengaku bersalah di bawah Seksyen 27(b) akta sama, didenda RM2,900 atau penjara 30 hari.


Kedua-duanya didakwa berkhalwat di sebuah bilik Hotel Pullman Putrajaya di sini kira-kira pukul 2.18 pagi ini.

Hakim Syarie, Mohd. Amran Mat Zain menjatuhkan hukuman tersebut setelah mengambil kira pengakuan mereka, kesalahan pertama kali dan masing-masing menyatakan keinsafan serta mempunyai niat untuk melangsungkan perkahwinan selepas kes selesai.

Baguslah dah nak kahwin tu , tapi kenapa sampai perlu kena tangkap khalwat baru nak kahwin ? Sebelum ni tak rasa nak kahwin ker ? atau mungkin hanya sekadar suka-suka macam mat dan minah saleh kat luar negara buat tu "One Night Stand " ?

Buat malu kementerian saja , rasanya dua-dua tu patutnya di pecat saja..Macam-macam hal !!

MMI.

Sunday, 4 November 2012

PANAS Pasangan Di Tangkap Beromen Di Komtar ??!!


Nampaknya aktiviti sosial dikalangan anak muda hari ini semakin menjadi-jadi.Pelbagai ragam dan cara dapat kita lihat malah ada yang lebih berani dengan merakam sendiri aksi mereka melakukan perkara tak senonoh tersebut.

Lihat rakaman di bawah dimana pasangan siap bertudung lagi memilih tangga sebagai tempat untuk melempias nafsu serakah mereka.

Apa nak jadi anak-anak muda kita sekarang !!


MMI.

Labels