Followers

Thursday, 13 October 2016

KASINO Di P.Pinang , Apa Kata UMNO ?


UMNO Pulau Pinang dengan tegas menolak sekeras-kerasnya sebarang cadangan dan usaha untuk mewujudkan kasino di negeri tersebut.

Menurut pengerusi perhubungannya, Datuk Seri Zainal Abidin Osman, cadangan Penang Front Party (PFP) yang mendakwa sebagai parti mesra Barisan Nasional (BN) yang akan mewujudkan pusat perjudian sekiranya menang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) di Pulau Pinang adalah cadangan mereka sendiri dan tidak ada kena mengena dengan UMNO.

“UMNO Pulau Pinang tetap dan tegas dengan pendirian menolak sekeras-kerasnya sebarang cadangan untuk mewujudkan kasino di Pulau Pinang.

“Persetujuan Datuk Zahidi Zainul Abidin menjadi penasihat sebuah parti yang mencadangkan pewujudan sebuah kasino adalah tindakan yang tidak wajar dan tidak beretika bagi seorang Ahli Parlimen UMNO.

“Zahidi sepatutnya lebih peka dan lebih maklum dengan keadaan dan sensitiviti umat Islam khususnya dan rakyat Pulau Pinang, amnya,” tegasnya di dalam satu kenyataan media kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.

Tambah Zainal lagi, penglibatan Zahidi, Ahli Parlimen Padang Besar sama sekali tidak mewakili UMNO di mana beliau dilantik sebagai Penasihat PFP atas kapasiti peribadinya sendiri.

“Kami turut kesal dan kecewa dengan tindakan beliau yang membenarkan dirinya dipergunakan oleh PFP yang mampu menggugat kerjasama dan persefahaman antara parti-parti komponen BN yang sekian lama terjalin di Pulau Pinang.

“Sepanjang pengetahuan saya, penubuhan parti PFP ini dan perlantikan Zahidi sebagai Penasihat PFP tidak pernah dirujuk kepada Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO ataupun Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang.

“Malah tiada sebarang ‘endorsement’ atau persetujuan diberikan oleh UMNO kepada beliau untuk dilantik sebagai Penasihat PFP,” ujarnya lagi.

Kataya lagi, hasrat PFP untuk bertanding di 25 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang yang ditandingi oleh komponen BN selain UMNO adalah jelas bertentangan dengan konsep sebuah parti mesra BN.

“Sebuah parti mesra BN tidak akan sama sekali meletakkan calon bertanding menentang calon BN. Mana mungkin kami menyokong hasrat PFP tersebut yang jelas bertentangan dengan prinsip dan semangat setiakawan yang didokong kukuh oleh parti-parti dalam BN.

“UMNO Pulau Pinang mengambil pendirian sama sekali tidak menyokong penubuhan PFP walaupun mereka mendakwa bahawa mereka adalah parti mesra BN,” tegasnya. Seterusnya 

MMI kata agak-agaklah kalau nak pancing hati bangsa lain pun !!

Tuesday, 11 October 2016

Apabila Negara Luar Mahu Belajar Dari Malaysia


Pastinya ia mengundang resah dari kalangan puak-puak pembangkang mahupun pro pembangkang apabila ada dikalangan negara-negara luar yang mahu menjadikan Malaysia sebagai sebahagian daripada role model.

Mana mungkin berita-berita seperti ini mendapat tempat di mana-mana ruang media pro pembangkang dan kalau ada sekalipun ianya sekadar menempek.Tidak akan ada pihak yang mahu menyebarkannya kerana mereka lebih tertumpu kepada berita-berita dakyah dan fitnah dengan agenda mahu menumbangkang kerajaan sedia ada.

Jika sebelum ini MMI ada menyiarkan artikel berkenaan pertumbuhan ekonomi negara ( Klik Sini ) kini satu lagi berita menyusul.

AMAT MEMALUKAN, KANADA GAGAL BERSAING DENGAN MALAYSIA – ANDRE CARELL 

Saya, sama terkejut seperti orang lain kerana ia memerlukan tiga menteri kabinet persekutuan untuk terbang dari Ottawa ke Vancouver lewat petang 20 September untuk membuat pengumuman bahawa kerajaan persekutuan telah meluluskan projek Pacific NorthWest LNG.

Mungkin itulah bagaimana politik berfungsi tetapi, saya fikir pengumuman ini dengan mudah boleh dibuat di Ottawa.

Tetapi apa yang membangkitkan rasa ingin tahu saya lebih daripada lawatan, peluang bergambar / selfie menteri ini, adalah identiti pemaju itu : siapakah Petronas, syarikat yang mengetuai projek ini?

Petronas adalah syarikat minyak dan gas gergasi, milik Malaysia yang dicipta setahun sebelum kita mencipta Petro-Kanada. Pendapatan tahunannya melebihi $130 bilion, hampir separuh daripada pendapatan tahunan yang kerajaan kita kumpul.

Wall Street Journal melaporkan (18 Januari 2016) bahawa “Petronas adalah sumber hasil terbesar Kerajaan Malaysia, meliputi sebanyak satu per tiga daripada bajet tahunan – walaupun selepas potongan subsidi dan pengenalan cukai baru untuk mempelbagaikan sumber pendapatan.” Rakyat Kanada tidak perlu bimbang tentang masalah seperti itu kerana kerajaan kita menswastakan Petro-Kanada, perbadanan mercu tenaga kita.

Malaysia, jumlah penduduk sebanyak 31 juta, adalah sebuah persekutuan yang mana tadbir urusnya adalah berdasarkan, sama seperti Kanada, dengan sistem parlimen British. Ia mempunyai Dewan Negara dan Senat, kabinetnya diketuai oleh Perdana Menteri, ketua upacara negara ialah raja mereka, dan sistem undang-undang, sama seperti kita, adalah berdasarkan kepada perundangan am Inggeris. Sejarah abad ke-19 dan awal abad ke-20 Malaysia adalah lebih bermasalah dan kejam daripada kita dan ia mencapai kemerdekaan penuh pada tahun 1957 semasa Kanada menghampiri seratus tahun kemerdekaannya yang pertama. 

Bagaimana Malaysia boleh memiliki gergasi korporat seperti Petronas? Walaupun negara itu masih diklasifikasikan sebagai sebuah ekonomi sedang membangun, Laporan Indeks Daya Saing Global 2015-16 Forum Ekonomi Dunia (WEF) menunjukkan bahawa Malaysia menunjukkan prestasi yang lebih baik berbanding Kanada dalam persekitaran makroekonomi, kecekapan pasaran barangan dan kecanggihan perniagaan serta inovasi. 

Data WEF ini menunjukkan bahawa hari ini Malaysia menunjukkan prestasi yang lebih baik berbanding Kanada dalam kapasitinya untuk inovasi dan perbelanjaan syarikat untuk penyelidikan dan pembangunan. Lebih memalukan lagi, Malaysia juga merekodkan tabungan negara kasar yang lebih baik dan peratusan hutang yang lebih rendah daripada KDNK berbanding Kanada!

Daripada terbang merentasi negara untuk beberapa peluang bergambar dan membuat janji-janji berbilion dolar, ketiga-tiga menteri tersebut sepatutnya terbang ke Malaysia. 

Mereka sepatutnya pergi ke sana untuk belajar bagaimana sebuah negara yang saiznya serupa dengan kita, yang ditadbir oleh Parlimen dan sistem perundangan am yang sama dengan kita, telah berjaya, selepas hanya 60 tahun merdeka, untuk mengatasi kita dalam simpanan negara dan hutang umum sementara dalam masa yang sama membangunkan sebuah syarikat yang menghasilkan pandapatan untuk menampung satu per tiga daripada bajet negara. 

Kita tidak boleh menguasai pasaran gas asli global. Kita bukanlah sebuah kuasa besar dalam gas asli. Dua puluh negara telah terbukti melebihi rizab gas asli Kanada.

Rizab gas asli Rusia telah terbukti adalah dua puluh kali ganda daripada yang kita ada! Kita tidak boleh bersaing dengan meningkatkan kualiti gas asli kita untuk menjadikannya produk yang bermutu. Kita hanya boleh bersaing dengan mengurangkan harga. Syarikat Malaysia mempunyai kelebihan itu. Ia boleh mencari pasaran global untuk mendapatkan harga tenaga yang paling rendah untuk memberi industri pembuatannya kelebihan untuk berdaya saing.

Projek LNG, jika ia diteruskan, bermakna kos tambahan bagi warga negara Kanada dan industri mereka jika mereka mahu memenuhi komitmen pelepasan karbon kita. Ia bermakna cukai karbon yang lebih tinggi dan kos lain.

Kita mesti menghentikan fokus kita dalam menjajakan sumber yang tidak boleh diperbaharui diatas janji peluang pekerjaan jangka pendek dan impian berbilion dolar. Kita perlu belajar daripada Malaysia bagaimana untuk membangunkan dan melaksanakan pelan negara untuk memberi manfaat kepada masyarakat untuk jangka masa panjang.

Kita mesti menyesuaikan pembangunan ekonomi dengan realiti persekitaran dan mengimbangi kemajuan ekonomi dan kesejahteraan sosial, pendidikan dan kestabilan politik.
Terjemahan oleh : KKMM

MMI tambah sikit , rasanya akan ada suara-suara sumbang yang mengatakan semua yang diperkatakan itu hadir pada ketika kepimpinan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri.

Ya ! MMI tak nafikan tetapi perlu diingat ianya tidak akan mampu terus bertahan sekiranya usaha Tun Mahathir itu tidak disokong oleh sebahagian besar kepimpinan pada waktu itu dan sudah semestinya ia tidak akan mampu berkembang tanpa usaha berterusan daripada kepimpinan selepas Tun Mahathir.

So belajar terima realiti !

MMI

Labels