UMNO Pulau Pinang dengan tegas menolak sekeras-kerasnya sebarang cadangan dan usaha untuk mewujudkan kasino di negeri tersebut.
Menurut pengerusi perhubungannya, Datuk Seri Zainal Abidin Osman, cadangan Penang Front Party (PFP) yang mendakwa sebagai parti mesra Barisan Nasional (BN) yang akan mewujudkan pusat perjudian sekiranya menang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) di Pulau Pinang adalah cadangan mereka sendiri dan tidak ada kena mengena dengan UMNO.
“UMNO Pulau Pinang tetap dan tegas dengan pendirian menolak sekeras-kerasnya sebarang cadangan untuk mewujudkan kasino di Pulau Pinang.
“Persetujuan Datuk Zahidi Zainul Abidin menjadi penasihat sebuah parti yang mencadangkan pewujudan sebuah kasino adalah tindakan yang tidak wajar dan tidak beretika bagi seorang Ahli Parlimen UMNO.
“Zahidi sepatutnya lebih peka dan lebih maklum dengan keadaan dan sensitiviti umat Islam khususnya dan rakyat Pulau Pinang, amnya,” tegasnya di dalam satu kenyataan media kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.
Tambah Zainal lagi, penglibatan Zahidi, Ahli Parlimen Padang Besar sama sekali tidak mewakili UMNO di mana beliau dilantik sebagai Penasihat PFP atas kapasiti peribadinya sendiri.
“Kami turut kesal dan kecewa dengan tindakan beliau yang membenarkan dirinya dipergunakan oleh PFP yang mampu menggugat kerjasama dan persefahaman antara parti-parti komponen BN yang sekian lama terjalin di Pulau Pinang.
“Sepanjang pengetahuan saya, penubuhan parti PFP ini dan perlantikan Zahidi sebagai Penasihat PFP tidak pernah dirujuk kepada Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO ataupun Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang.
“Malah tiada sebarang ‘endorsement’ atau persetujuan diberikan oleh UMNO kepada beliau untuk dilantik sebagai Penasihat PFP,” ujarnya lagi.
Kataya lagi, hasrat PFP untuk bertanding di 25 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang yang ditandingi oleh komponen BN selain UMNO adalah jelas bertentangan dengan konsep sebuah parti mesra BN.
“Sebuah parti mesra BN tidak akan sama sekali meletakkan calon bertanding menentang calon BN. Mana mungkin kami menyokong hasrat PFP tersebut yang jelas bertentangan dengan prinsip dan semangat setiakawan yang didokong kukuh oleh parti-parti dalam BN.
“UMNO Pulau Pinang mengambil pendirian sama sekali tidak menyokong penubuhan PFP walaupun mereka mendakwa bahawa mereka adalah parti mesra BN,” tegasnya. Seterusnya
MMI kata agak-agaklah kalau nak pancing hati bangsa lain pun !!
No comments:
Post a Comment