Followers

Tuesday, 25 February 2014

Haaa Anwar Bawa SIAL Di Selangor ?!!


Hari ni agak bz sikit tapi alhamdulillah semua keja dah selesai , jadi bila dah selesai barulah sedap nak pi mengadap makan tengahari.Tengah layan tu terdengar la orang kat meja sebelah bersembang , ada la 3 orang Pak Ngah , Pak Teh dengan Pak Long kat situ.

Perbualan tu daripada bab makanan sampailah kepada bab politik dan politik tu membawa sampai ke Kajang !

Tu dia punya hebat sidang meja bulat hari ni , MMI pun sambung dengar lagi haha orang kata telinga gajah.

Dalam perbualan tu MMI di kejutkan dengan cerita tentang Anwar Ibrahim.

"Anwar punya punca la anak aku yang di Selangor sana JEM , punya sial sampai ayiaq pun tak dak !"

Huh tu dia punya marah pak cik ni , rupanya anak pak cik tu pun antara yang menghadapi masalah bekalan air di Selangor.

Dari perbualan tu fahamlah MMI , ada orang kat luaq sana kata Anwar bawa sial di bumi Selangor.

Hmm bagi MMI mudah , puak pembangkang selalu dok jaja tentang kebebasan bersuara dan sebagainya jadi bab cerita pak cik tadi kita kira kebebasan bersuaralah senang , lagipun mungkin 3 orang pak cik tu tengah buat satira politik..Mana kita nak tau kan !!

Untuk rekod kerajaan negeri Selangor akan melaksanakan catuan air secara bergilir di seluruh negeri mulai hari ini untuk mengimbangi penyaluran air di kawasan yang mengalami gangguan bekalan sejak 7 Februari lepas.Baca Selanjutnya 

MMI tumpang simpati dengan nasib rakyat Selangor, sabar banyak-banyak gang !!

MMI

Monday, 24 February 2014

Mereka Mula KELUPOQ Bila NGO Islam P.Pinang Cadang Nama Jambatan Ke 2


Tengahari tadi Gabungan NGO-NGO Islam di Pulau Pinang telah mengadakan satu sidang media khas bagi menyuarakan hasrat mereka untuk mencadangkan kepada pucuk pimpinan negara bagi menjenamakan jambatan Pulau Pinang ke 2 yang bakal di rasmikan pada 1 Mac 2014 nanti.

Gabungan hampir 30 NGO Islam itu berhasrat dan mengharapkan YAB Datuk Seri Najib Tun Razak menimbang saranan mereka supaya menamakan jambatan ke 2 itu dengan nama "Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah".

MMI yang mengikuti perkembangan ini turut bersetuju dengan saranan pihak NGO ini memandangkan mercu negara ini di bina bagi memberikan kemudahan kepada rakyat jelata tanpa mengira bangsa , agama dan negara.

Sebagai Yang Di Pertuan Agong , rasanya tidak salah kiranya sedikit usaha di lakukan bagi merealisasikan hasrat pihak NGO terbabit.

Baca selanjutnya di utaranews.com

Sesuatu yang agak menarik berlaku kemudiannya apabila sidang media yang mendapat perhatian banyak pihak media itu mula mengisi slot di kolum berita masing-masing.

Salah satu portal pro pembangkang juga tidak ketinggalan menulis berita yang sama dan sejak itu beberapa komen telah di lemparkan berkenaan kenyataan NGO terbabit.

Antaranya adalah seperti berikut ,





Nampaknya ada pihak yang kurang senang dengan cadangan NGO terbabit sehinggakan serangan secara peribadi di lakukan terhadap Ahmad Yakqub Nazri wakil pihak NGO yang menjadi jurucakap dalam sidang media sebelumnya dengan menuduh beliau mahukan pangkat dan darjat.

Bukankah itu satu penghinaan terhadap jurucakap NGO terbabit ?

Apakah cadangan ini terlalu teruk sekali ? Ia hanya sekadar cadangan daripada rakyat Pulau Pinang tidak lebih dari itu dan kenapa mereka-mereka ini perlu melompat ?

Atau ada pihak yang dah mula tak senang duduk kerana ianya melibatkan institusi orang-orang Melayu ?

Hmm puak-puak tu dah mula kelupoq !!

MMI

Labels