Followers

Wednesday, 18 December 2013

Sudah Ada Yang RINDU Pada Tun Mahathir !!


Sudah semestinya nama Tun Mahathir tidak asing lagi kepada seluruh warga Malaysia , tokoh negarawan yang paling di segani oleh banyak pihak ini bukan sahaja di kenali di kalangan penyokong parti UMNO dan rakyat Malaysia tetapi juga terkenal seantario dunia.

Mengepalai Malaysia sehingga di kenali dunia adalah BUKTI betapa perjuangan dan pengorbanan bekas Perdana Menteri ini di akui sebagai antara yang terbaik pernah Malaysia lahirkan.

Tun Mahathir punya keistimewaan tersendiri yang sukar di ganti dalam sejarah politik negara , beliau yang hari ini tidak lagi terlibat secara langsung dalam lanskap politik negara tetap berperanan melalui sumbangan dan idea beliau sebelum ini yang masih menjadi bekalan kepada seluruh kepimpinan negara dan sudah semestinya Wawasan 2020 masih menjadi matlamat utama untuk negara terus mencipta kejayaan.

MMI tak nafikan pada ketika ini sedikit sebanyak imej kerajaan agak sedikit tercalar dengan dasar-dasar tertentu khususnya berkenaan peningkatan kos sara hidup serta kenaikan kos di beberapa sektor contohnya isu kenaikan kadar elektrik dan tol.

Di tambah pula dengan serangan bertali arus oleh pihak pembangkang yang sememangnya tidak pernah senang melihat kerajaan sedia ada hari ini terus mentadbir negara maka kita dapat melihat rakyat seolah-olah terlupa bahawa selama ini kerajaan inilah yang sentiasa membela mereka.

Barangkali kerana terlalu di manjakan selama ini maka sebahagian besar rakyat Malaysia hari ini lebih suka merungut daripada menilai pengorbanan yang telah di lakukan oleh pucuk pimpinan negara.

Dalam masa yang sama kegagalan beberapa pihak di peringkat pembuat dasar yang mengeluarkan kenyataan dangkal turut menyumbang kepada reaksi kurang senang rakyat terhadap kerajaan.

Adunan inilah yang menyebabkan rakyat kini merintih dan usaha kerajaan bagi memastikan kedudukan ekonomi negara berada di kedudukan terbaik di salah ertikan.

Ya..Ada kenaikan yang membebankan rakyat tetapi hampir pasti setiap kenaikan itu punya alasan yang rasional kerana negara perlu berdepan dengan kedudukan ekonomi yang hampir pasti menjadi nadi kepada kekuatan negara.

Tanpa kekuatan ekonomi , negara sudah pasti mengalami defisit yang PASTI akan menyebabkan RAKYAT juga menjadi mangsa kepada kesannya. 

Dalam situasi ini MMI tidak nafikan rintihan rakyat juga ada benarnya bila mana keupayaan kewangan mereka hari ini menjadi antara penyebab mengapa keputusan untuk menaikkan kadar tertentu di lihat sebagai BEBAN.

Mungkin kerana itulah hari ini sudah ada mereka-mereka di luar sana yang mula MERINDUKAN pentadbiran era Tun Mahathir memegang tampuk pemerintahan negara.

Ikuti ulasan penulis blog Jamal Rafaie 

Malaysia Yang Dulu Tidak Seperti Sekarang


1. Tahun 1884, Kuala Lumpur ketika itu adalah hanya sebuah perkampungan. Mungkinkah penduduk Kuala Lumpur ketika itu dapat membayangkan apa yang akan berlaku pada 100 tahun akan datang di atas tapak rumah mereka?

2. Kira-kira 100 tahun selepas itu, seorang pemimpin hebat bernama Mahathir Mohamad mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia. Kuala Lumpur, dahulunya sebuah perkampungan kini menjadi sebuah pusat bandaraya yang dikenali dunia.

3. Saya lahir pada tahun 1989. Membesar dalam era pentadbiran Tun Dr. Mahathir Mohamad yang membawa Malaysia ke gerbang jaya selama 22 tahun. Ini bermakna, sepanjang pentadbiran Tun Mahathir, sebuah generasi telah dilahirkan.

4. Secara jujurnya, saya amat rindu dengan era pentadbiran Tun Dr. Mahathir Mohamad. Beliau bukan sahaja seorang ketua kerajaan tetapi adalah seorang pemimpin rakyat Malaysia. Orangnya tegas dalam tindakan sehingga musuh tidak berani nak angkat muka. Orang luar sangat menghormati Malaysia. Saya begitu berbangga menjadi rakyat Malaysia apabila ke luar negara apabila mereka sangat menghormati kita. “MAHATHIR, MALAYSIA” kata mereka.

5. Dasar-dasarnya banyak menguntungkan rakyat. Walaupun rakyat tidaklah semewah sekarang, tetapi rakyat hidup senang dalam era pentadbirannya. Mengapa?

6. Tun M juga seorang manusia biasa, tidak pakar dalam semua perkara. Maka, setiap pemimpin mempunyai penasihat dalam satu-satu bidang kepakaran mereka. Baik penasihat dan nasihatnya, maka baiklah keputusannya nanti. Tun Mahathir mempunyai idea, dan beliau akan mendapatkan nasihat daripada penasihatnya untuk mendalami sesuatu dasar. Antara penasihat Tun Mahathir yang terkenal adalah Tun Daim Zainuddin dan Tan Sri Nor Mohamed Yakcob khusus dalam bidang ekonomi.

7. Pendapat saya, seorang penasihat kerajaan perlu mempunyai pemikiran kesejahteraan rakyat dan mengambil kira kepentingan politik parti pemerintah. Hal ini kerana setiap keputusan yang dibuat oleh Perdana Menteri akan memberi kesan kepada rakyat secara keseluruhannya. Political Mileage perlu ada.

8. Serius. Saya rindu dengan era pentadbiran Tun Dr. Mahathir Mohamad. Datuk Seri Najib harap dapat mengkaji semula apa yang dikatakan oleh penasihat-penasihat anda. Kami hanya mampu menulis, tetapi akhirnya tuan mendengar juga apa yang penasihat tuan katakan. Tiada gunanya. Penasihat juga adalah rakyat, dan rakyat harus didahulukan.

9. Malaysia yang dulu bukan seperti yang sekarang.sumber 

MMI bukan mahu menafikan sumbangan mana-mana pihak sama ada penulis , rakyat , pemimpin dan sesiapa sahaja yang punya hak untuk bersuara.Namun melihat kepada apa yang kini sedang berlaku rasanya kita perlu sama -sama pastikan setiap perkara yang bakal di lakukan itu benar-benar memberikan keuntungan menang-menang kepada semua pihak.

Ada yang berkata bukan senang untuk memuaskan hati semua pihak namun MMI percaya sekiranya kita kembali meletakkan RASIONAL sebagai perkara utama dalam membuat keputusan rasanya kita MAMPU menyelesaikan apa yang kini kita anggap sebagai BEBAN.

Mengembalikan Tun Mahathir sebagai pemimpin utama negara sekalipun tidak akan menjamin apa yang sedang berlaku kini dapat di selesaikan kerana era Tun Mahathir HAMPIR PASTI amat berbeza dengan era Najib Razak.

Pada pandangan MMI , rakyat Malaysia hari ini bukanlah terdiri daripada mereka yang hanya tahu mengkritik tetapi Malaysia punya rakyat yang jauh lebih bijak MENILAI malah mereka juga tahu untuk berkorban kepada negara yang tercinta.

Cumanya setiap kenaikan kos itu perlulah di buat dalam kadar yang berpatutan.Sebagai contoh kenaikan tarif elektri yang diumumkan sebanyak 15% sudah tentu akan di lihat tinggi , bukankah ianya boleh di naikkan berperingkat dan sebagai permulaan di naikkan sebanyak 5%.

MMI yakin rakyat Malaysia yang punya kebijaksanaan akan menerima kenaikan itu dengan baik.

Ada juga yang sudah menyalahkan penasihat-penasihat PM dalam soal ini , bagi MMI setiap dari kita berhak untuk mengemukakan cadangan dan MMI mengambil pendirian untuk mendengar rintihan rakyat di akar umbi khususnya di kampung-kampung.

Mungkin apa yang MMI catatkan disini SALAH pada tanggapan sesetangah pihak di luar sana yang jauh lebih BIJAK daripada MMI tetapi inilah realiti yang kini hebat di perdebatkan di kedai-kedai kopi , kedai tom yam , pasar ,  waima di pondok-pondok lepak di batas-batas bendang serata kampung di Malaysia.

Bukan suara mereka-mereka yang lepak di Starbuck atau mana-mana premis yang seangkatan denganya kerana MMI percaya golongan ini sedikit berbeza jika merungut sekalipun , harga segelas kopi yang di minum mereka boleh menampung 10 cawan kopi o kepada mereka-mereka di kampung.

Kepada pucuk pimpinan negara , MMI bukan mahu mengajar apatah lagi buat pandai tetapi sebagai seorang penulis blog yang tak punya nama ini MMI cuma mahu mengingatkan satu perkara.

Kita masih menerajui negara hari ini kerana keputusan PRU13 memihak kepada UMNO dan BN.

Percayalah MAJORITI sokongan itu datangnya daripada mereka di kampung-kampung.

Jadi MMI beranggapan apalah salahnya jika kita turut mendengar suara mereka yang selama ini TAAT dan SETIA dengan kita !!

Lakukan yang terbaik untuk negara dan rakyat INSYAALLAH MMI akan sentiasa menyokong !

MMI

5 comments:

  1. Aku pun rasa banyak perkara yang tak kena dalam pentadbiran DS Najib berpunca daripada penasihat-penasihatnya. Dalam era Tun M, penasihatnya berkaliber. Sebab tu pentadbiran Tun M berkaliber dan banyak berjasa pada rakyat. Tun M memang 'diktator' tapi semuanya untuk kebaikan rakyat. Walaupun bukan PM buat semua kerja, tapi dia yang pilih penasihat. Kalau tak bijak pilih penasihat, lingkup jugak, tak kiralah bijak manapun PM tu.

    Pendek kata Tun M memang bijak dan layak diangkat jadi pemimpin. Pengorbanan Tun M besar. Bagi dia negara dan rakyat no.1, keluarga no.2. Aku salute. PM selepas tu, hampeh.

    ReplyDelete
  2. Terbaik MMI..aku suka ayat starbuck tu dlm maksud dia.

    ReplyDelete
  3. TUN adalah anugerah Allah kepada semua rakyat Malaysia..semoga TUN dan keluarga diberkati dan dirahmati Allat swt..

    ReplyDelete
  4. penasihat (PEMANDU) najib semuanya ada agenda sendiri untuk menyusahkan rakyat.....maklumlah kalau xbuat macam tu bagaimana nak bayar gaji mereka puluhan juta setahun...oleh kerajaan..najib juga kena ingat naik atau jatuhnya seorg pemimpin terletak didalam tangan setiap pengundi,bukan di tangan PEMANDU beliau.Jangan gula2kan rakyat dengan wang pada awal tahun kemudian rakyat terpaksa menangung beban ekonomi akibat kenaikan mendadak harga barang dan perkhidmatan pada pertengahan tahun....BUkan rakyat diutamakan tapi rakyat asing yg diutamakan hingga kami merempat dinegara sendiri , ditambah lagi dengan gelagat majikan cina....

    ReplyDelete
  5. Di zaman Tun, beliau mengembeling semua tenaga pakar dalam Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan MAMPU di Jabatan Perdana Menteri dan pakar ekonomi dari Agensi-Agensi Kerajaan lain. Semasa kegawatan ekonomi pada tahun 1997-99 Tun telah menubuhkan MTEN (Majlis Tindakan Ekonomi Negara) dengan menggabungkan semua tenaga pakar ekonomi dan kewangan dari agensi kerajaan dan swasta termasuk dari Universiti tersohor untuk mengatasi kegawatan ekonomi ketika itu. Tun memang bijak menggunakan tenaga sumber manusia yg hebat2 di seklilingnya walaupun kadang kala tidak sependapat dan tak sehaluan politik.... hasilnya cukup cemerlang. Sebenarnya profesional dan pakar yang ada di Unit Perancang Ekonomi sudah cukup terlatih, cuma bina satu dua JK Teknikal yg melibatkan pakar2 tempatan yg berpengalaman dan lebih memahami kehendak rakyat spt yg YBhg Tun pernah lakukan... DAN TAK ADA TAMBAHAN BAYAR GAJI MAHAL2... mereka yg terlibat pun faham tanggungjawab kepada negara...... rasanya peranan PEMANDU tu tak sampai sepenuhnya kpd rakyat jelata... NKRA.....ETP.... KPI....apa guna itu semua kata mereka, kalau barangan keperluan asas mereka naik harga....rakyat mahu keperluan ASAS hidup mereka tidak naik harga dan dikawal.....

    rakyat marhain

    ReplyDelete

Labels