Followers

Wednesday 15 May 2013

TERKINI PRU13 Semua Calon & Kerusi DAP Tidak SAH ?!!!


Nampaknya segala tuduhan dan gerak kerja menghasut rakyat supaya membenci kerajaan merupakan tindakan terdesak pembangkang khususnya DAP bagi menggaburi mata semua pihak.Ada agenda lain sebenarnya dan kerana itulah habis semua kaum Cina sama ada yang sah rakyat Malaysia mahupun tidak di kerah untuk turun dalam perhimpunan yang sedang di gerakkan sekarang ini.

DAP sebenarnya tidak sah malah isu pemilihan jawatankuasa mereka sendiri pun sehingga ke hari ini masih tergantung.Maka secara logiknya jika sesuatu parti itu tidak mempunyai jawatankuasa pengurusan secara sah yang boleh menguruskan perjalanan parti maka bagaimana pula calon-calon DAP boleh pula bertanding dalam pilihanraya dengan watikah masing-masing di tandatangani oleh seorang Setiausaha Agung yang tidak sah ?

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teratai, Jenice Lee bertindak mencabar keputusan DAP di mahkamah kerana memecatnya dari parti itu pada 20 April lalu berikutan pemilihan Jawatankuasa Pusat (CEC) pada Disember lepas dianggap tidak sah.

Menurut Jenice, pemimpin tertinggi DAP yang menerajui barisan CEC ketika ini tidak mempunyai sebarang kuasa untuk menggantung atau memecatnya kerana Pendaftar Pertubuhan (ROS) tidak mengiktiraf pemegang jawatan yang dibentuk oleh CEC parti itu.

"Memandangkan CEC tidak sah dan ROS masih mempunyai keraguan dengan pemilihan lepas, atas kapasiti apa Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tan Kok Wai mengeluarkan arahan memecat dan kemudian menggantung saya? Semua pemimpin tertinggi CEC tidak sah termasuk Kok Wai dan Setiausaha Agung, Lim Guan Eng. Saya masih ahli DAP yang sah.

"Oleh yang demikian, saya telah membuat keputusan untuk mencabar kesahihan pemecatan saya melalui proses undang-undang dalam beberapa hari lagi," katanya dalam sidang akhbar berhubung perkara itu di sini hari ini.

Jenice dipecat daripada DAP pada 20 April lalu berikutan tindakannya bertanding atas tiket Bebas menentang calon DAP bagi mempertahankan kerusi DUN Teratai dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lepas.

Selang beberapa hari selepas pemecatannya, beliau dikejutkan pula dengan laporan media bahawa dirinya telah digantung daripada parti DAP berkuatkuasa 18 April lalu.

Jenice pernah dipanggil memberi keterangan sebagai saksi oleh Jawatankuasa Disiplin DAP berhubung dakwaan penyalahgunaan dana melibatkan seorang pembantunya namun keputusan siasatan tidak pernah diumumkan sehingga hari ini.

Beliau mendakwa, surat rasmi berhubung pemecatan dan penggantungan beliau tidak pernah sampai kepadanya malah semua pengumuman hanya dibuat melalui media sahaja.

"Bukankah isu berkaitan pemecatan atau penggantungan itu sebenarnya serius? Mengapa mereka tidak bercakap dengan saya? Saya sungguh kecewa dengan perbuatan tidak 'bertanggungjawab' itu.

"Penasihat DAP, Lim Kit Siang sendiri hanya mohon saya tarik diri daripada menjadi calon melalui media sahaja bukan bercakap dengan saya sendiri. Adakah ini cara betul untuk melayan saya yang telah berkorban segalanya demi parti," tambahnya.

Dalam pada itu, Jenice turut merayu supaya ROS segera menyiasat berhubung kesahihan pemilihan CEC dan tidak sesekali bertindak membatalkan pendaftaran parti itu.

"Saya berharap DAP juga akan bertindak profesional dengan segera mengadakan pemilihan semula CEC, dakwaan 753 perwakilan yang telah dinafikan hak untuk mengundi harus dipanggil semula untuk mengundi bersama perwakilan lain.

"Saya pernah ditangkap malah dipenjarakan sebelum ini kerana turut serta dalam demonstrasi Bersih bagi pemilihan bersih dan adil, mengapa dalam hal saya ini sungguh berlainan dengan ideologi parti," ujarnya.

Tambah beliau, beliau masih menyayangi DAP dan akan berbuat apa sahaja melalui lunas undang-undang bagi memastikan dirinya tidak 'teraniaya' dengan keputusan segelintir pemimpin yang mementingkan diri.

Bagi MMI mudah , cuba bayangkan jika perkara ini berlaku kepada UMNO ? Sudah pasti gegak gempita seluruh negara menyatakan UMNO tidak layak untuk bertanding kerana jawatankuasa tertingginya tidak sah.Maka di sini MMI yakin SPR harus meneliti semula keputusan pilihanraya baru-baru ini khususnya berkenaan calon-calon dari DAP.

Tidak SAH !!
Ini bukan soal Jenice Lee tetapi soal parti yang tidak mempunyai jawatankuasa tertinggi dan tidak sah bagi mengurus tadbir hal ehwal parti maka sudah tentu setiap keputusan dari parti adalah tidak sah.

Malah watikah yang ditandatangani oleh Guan Eng juga sebenarnya tidak sah !! Siapa Guan Eng untuk menandatangani watikah tersebut ?

Jelas DAP sebenarnya tidak sah untuk mencalonkan sesiapa pun untuk bertanding atas tiket DAP dan keputusan PRU13 yang memihak kepada DAP seharusnya di gantung dan dianggap tidak sah.

38 kerusi Parlimen dan 95 kerusi DUN yang di menangi oleh DAP secara automatik sepatutnya tidak boleh diistiharkan sebagai menang kerana parti itu sendiri sebenarnya tidak sah !!

Seharusnya BN memperolehi 171 kerusi Parlimen sekiranya di tambah 38 kerusi dari DAP yang kemenangan mereka secara teknikalnya harus dianggap tidak sah !! Ada sapa-sapa nak tambah....SEBARKAN !!

MMI.

3 comments:

  1. Haram ke je Dap ni.. Merosakkan Malaysia je

    ReplyDelete
  2. Salam Perjuangan MMI......sabarrrr...kita follow dlu perkembangan ni....andaikata ada kes atas tuntutan JANICE...kita follow lak dengan petisyen dari seluruh negara kepada SPR untuk declare semua kerusi DAPigs haram....nahhh btul tak...memang depa ni semuapun haramjadah...jadi sah la sudah pATi diorg pun pendatang haram dalam PRU lepas....baru bebaloiiii...hamba dengan rendah hati berharap MMI akan jadi teraju dlm petisyen tu nanti...amacam sempoi dak...tapi cek habis2 dlu dgn kak ROS kita cec lama terpakai dak lagi statusnya orait....Wassalam

    ReplyDelete
  3. Depa ni dah macam malaikat pada pencacai depa, buat apa pun di sokong macm nak rak. Hancur Malaysia kalau golongan penipu dan penyeleweng ni dok main dgn undang2 Malaysia.

    ReplyDelete

Labels