Followers

Wednesday 31 May 2017

Rafizi Kata KWSP BERISIKO Bila Terlibat Dengan 1MDB ??


Serangan terhadap institusi dan agensi kerajaan sebenarnya adalah salah satu daripada strategi puak-puak pembangkang untuk melemahkan kerajaan.Strategi licik ini sememangnya mensasarkan institusi dan agensi yang menjadi nadi atau punya kepentingan tersendiri yang mudah mendapat reaksi daripada orang ramai.

Menimbulkan prespepsi sahaja sudah mampu untuk menimbulkan rasa tidak selesa dari kalangan masyarakat apatah lagi ianya diwar-warkan sehingga dilaporkan oleh media.

Penyokong dan pendokong pembangkang pula sudah hampir pasti akan bermati-matian meyakinkan orang ramai bahawa apa yang dilontarkan oleh pimpinan mereka itu adalah perkara yang benar walaupun ada keraguan yang timbul.

Contoh isu melibatkan Anwar Ibrahim si peliwat dan isu membabitkan pasangan mabuk cinta Zairil dan Dyana !

Puak-puak pro pembangkang boleh jer buat bodoh dalam hal tersebut tapi akan melalak bila timbul isu yang dikaitkan dengan pimpinan mahupun kerajaan BN.

Begitulah senarionya dan kali ini Rafizi sekali lagi membuat tuduhan yang tidak berasas sama sekali kononnya KWSP kini berdepan risiko !!

Jom kita tengok apa kata KWSP sendiri ....

Pendapatan pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melonjak 73.9 peratus kepada RM11.79 bilion bagi suku pertama berakhir 31 Mac, 2017 berbanding RM6.78 bilion pada tempoh sama, tahun lepas.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Shahril Ridza Ridzuan berkata prestasi memberangsangkan itu didorong oleh peningkatan ketara pasaran domestik dan global dalam suku kajian berkenaan.

Nilai aset pelaburan KWSP turut menokok 2.2 peratus kepada RM747.17 bilion daripada 31 Dis, 2016, membabitkan pelaburan patuh Syariah bernilai RM352.73 bilion manakala selebihnya dilaburkan dalam aset konvensional, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Daripada jumlah pelaburan aset itu, ekuiti merangkumi 41.76 peratus dengan menyumbang sebanyak RM7.10 bilion atau mewakili 60.2 peratus daripada jumlah pendapatan pelaburan bagi suku kajian itu.

Jumlah itu merupakan peningkatan sebanyak 178.6 peratus daripada RM2.55 bilion yang dicatat pada suku sama, tahun lepas.

Pemulihan sektor perbankan pula menyumbang kira-kira 30 peratus daripada pendapatan urus niaga dan dividen pada suku pertama 2017.

Menurut Shahril Ridza, selain peningkatan dalam pasaran ekuiti domestik, pasaran global juga terus menyediakan peluang untuk KWSP meraih keuntungan biarpun terus berdepan ketidaktentuan susulan faktor seperti pilihan raya di negara-negara zon Eropah, rang undang-undang penjagaan kesihatan dikemukakan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, kenaikan kadar faedah AS serta rundingan melibatkan proses pengunduran Britain dari Kesatuan Eropah atau Brexit.

"Kesan daripada faktor-faktor yang mempengaruhi pergerakan pasaran itu bagaimanapun dapat dikurangkan oleh data ekonomi yang positif termasuk semakan semula terhadap unjuran pertumbuhan ekonomi-ekonomi utama," katanya.

Shahril Ridza berkata pelaburan luar negara KWSP yang merangkumi 29 peratus daripada keseluruhan aset pelaburan, telah menyumbang 37 peratus kepada jumlah pendapatan pelaburan bagi suku pertama 2017.

Bagi suku sama, pendapatan daripada Sekuriti Kerajaan Malaysia dan bon setaraf menyumbang sebanyak RM1.94 bilion kepada jumlah pendapatan; pinjaman dan bon (RM2.14 bilion); instrumen pasaran wang (RM372.79 juta) manakala hartanah dan infrastruktur (RM246.27 juta).

Sejajar pelaksanaan Simpanan Syariah pada 1 Januari tahun ini, sebanyak RM952.10 juta daripada pendapatan pelaburan kasar RM11.79 bilion telah dijana bagi Simpanan Syariah manakala RM10.84 bilion untuk Simpanan Konvensional. sumber Bernama 

Well KWSP dan mengesahkan pendapatan pelaburan suku pertama KWSP melonjak 73.9 peratus kepada RM11.79 Bilion .. jadi tang mana yang Rafizi kata risiko sangat tu ???


Macam-macam dia katakan ? 

MMI

Tender Terbuka , Tak Faham Atau Buat-Buat Tak Faham ??


Kalau tak putar belit , menipu dan buat-buat bodoh bukan nama DAP lah dan kerana kelebihan itu jugalah maka puak-puak pembangkang dalam PKR , PAN dan PPBM terkinja-kinja nak berkiblatkan DAP.

Sanggup jadi BARUA asalkan keinginan yang meluap-luap untuk pancung dan jatuhkan kerajaan sedia ada berjaya di lakukan.Sebenarnya mereka dah buat banyak kali dan bermacam cara dan kaedah dilakukan sampai ke tahap turun ke jalan dengan impian untuk melihat berlakunya rampasan kuasa seperti mana yang berlaku di negara-negara lain.

Namun hakikatnya warga Malaysia walaupun disumbat dengan fitnah dan pembohongan , mereka masih lagi punya nilai yang akhirnya akan kembali merujuk kepada fakta dan mencari kebenaran yang sebenar.

Kerana itulah akhirnya kata-kata dusta penyedap halwa telinga Guan Eng dan konco-konconya terbongkar dan antara yang terkini adalah isu membabitkan penjualan tanah tanpa melalui tender terbuka.

Isu penjualan tanah oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang di Lebuh Peel terus mendapat perhatian banyak pihak memandangkan proses penjualan tanpa melalui tender terbuka itu dilihat sebagai bukti bahawa kerajaan negeri selama ini menipu rakyat.

Walaupun kerajaan negeri telah memberikan alasan bahawa penjualan tanah terbabit dibuat tanpa melalui tender terbuka disebabkan oleh projek berimpak tinggi , ramai dari kalangan warga Pulau Pinang khususnya tertanya-tanya kenapa ianya tidak dimaklumkan sewaktu isu tender terbuka diwar-warkan sebagai amalan dan dasar kerajaan negeri Pulau Pinang.

Kenapa kerajaan negeri dilihat seolah-olah cuba mengaburi mata rakyat dengan menyembunyikan keputusan untuk membenarkan penjualan tanah yang berimpak tinggi dilakukan tanpa melalui tender terbuka dan hanya memaklumkan situasi tanah di Lebuh Peel setelah ianya didedahkan ?

Malah wakil-wakil BN turut membangkitkan persoalan ini dan jelas tindakan kerajaan DAP Pulau Pinang jelas meragukan sehingga menimbulkan persoalan apakah ianya punya agenda tertentu atau sengaja dilakukan sedemikian rupa ?



Guan Eng mungkin tertanya-tanya kenapa perlunya pertikaian ini berlaku memandangkan ianya hanya melibatkan 1% daripada keseluruhan projek yang melalui tender terbuka yang diperkatakan kerajaan DAP Pulau Pinang.

Yang Guan Eng tak faham atau buat-buat tak faham adalah pertikaian itu melibatkan integriti Kerajaan Negeri Pulau Pinang selain janji yang diwar-warkan sebelum ini untuk mengamalkan tender terbuka bagi semua projek di Pulau Pinang ?

Sebab itulah wakil-wakil BN semasa Sidang Dewan baru-baru ini dengan jelas mengatakan bahawa CAT sebenarnya sudah mati di Pulau Pinang !!! Baca selanjutnya di Penang Online 

Pada MMI dalam kita mendepani musuh yang sebegini kita juga harus banyak bersabar sebab masih ada lagi dikalangan kita yang terus menyembah DAP walaupun jauh di hati kecil mereka sedar bahawa DAP sebenarnya banyak berbohong.

HIPOKRIT !

MMI

Tuesday 30 May 2017

Putar Belit Guan Eng BODOHKAN Warga Penang !!!


Jelas dan semua orang dah dengar sendiri bagaimana puak-puak kaki spin ni putar belit hal-hal yang dijadikan sebagai umpan politik dalam menagih simpati dan sokongan terhadap DAP.

MMI yang mengikuti rapat sidang dewan baru-baru ini dapat lihat dan dengar sendiri bagaimana puak-puak DAPigs ni perbodohkan warga Pulau Pinang dan betapa liciknya mereka dalam merencanakan agenda parti yang berselindung di sebalik slogan CAT yang kini sudah MATI !

Cuba bayangkan pada ketika bencana banjir kilat yang kini menjadi perkara paling merisaukan warga Pulau Pinang khususnya di sebelah pulau dibiar dan tidak dipedulikan oleh kerajaan DAPigs , Guan Eng dan konco-konconya sibuk menggadaikan tanah di Pulau Pinang dan langsung tidak berpegang kepada janji yang mereka sendiri buat.

Kononnya nak jadikan tender terbuka sebagai amalan kerajaan negeri yang langsung berbeza dengan kerajaan persekutuan dan negeri-negeri lain , kira nak bagitau kata Pulau Pinang bawah DAP ni paling hebatlah .. Nah akhirnya lain cakap lain yang buat !

Bila menuding jari kepada kerajaan BN dan UMNO , macam-macam cerita puak-puak ni akan cakap sampai tak sempat kita nak jawab kadang-kadang tapi sekarang bila dah jadi dekat diri sendiri boleh pula buat-buat senyum dan bagi macam-macam alasan.

Apa yang MMI nak bagitau adalah selama ni DAP hanya perbodohkan warga Penang ja ... 

Isu penjualan tanah di Lebuh Peel langsung tidak didedahkan menandakan kerajaan DAP tidak telus.Penjelasan pun setelah isu terbabit didedahkan oleh barisan pembangkang di Pulau Pinang , cuba tak didedahkan ?

Alasan kerajaan DAP ianya membabitkan projek berimpak tinggi dan perlu menurut beberapa proses berdasarkan perjanjian tertentu , wehhh kata tender terbuka ??? Mana ??? Paling tidak pun kena cari jalanlah sebab kerajaan negeri bawah siapa ? Kena maklumlah baru CAT !!!!

Warga Islam pula kalau masih lagi nak berkiblatkan Guan Eng dan DAP , maka bersedialah sebab urusan hal ehwal agama Islam pun puak-puak haram jadah ni dah mula campur tangan.Yang dilantik untuk jaga pun si Malik Itik yang jelas hari ni dah mula spin khususnya dalam isu fatwa.

Dalam sidang dewan baru-baru ini , Malik kata dia tak tandatangan apa-apa surat pun berkenaan fatwa apabila Datuk Jahara membangkitkan persoalan tersebut.Nak jadi cerita sebelum surat tu di baca Malik nafi sebarang keterlibatan dia tapi bila dan baca kandungan surat tersebut terus si Malik spin kata surat tu sebenarnya tak digunapakai sangat pun.


Banyak lagi kepincangan kerajaan DAP yang sebelum ni MMI dan rakan-rakan blogger lain dedahkan cumanya kita suka cepat lupa.Kena ingat sebab yang diperbodohkan adalah kita warga marhaen di bawah.

Sekarang dah lulus dah kerajaan DAP akan buat pinjaman dari China , jumlah tak dinyatakan walaupun persoalan itu dibangkitkan oleh wakil PKR dan DAP sendiri dalam Sidang Dewan baru-baru ini.

Ada 2 perkara yang MMI nak bangkitkan ;

1.Bila kerajaan bawa masuk pelaburan dari China kenapa puak-puak pembangkang bising dan menyokong statement Tun Mahathir kononnya kerajaan gadai tanah pada China ?

2.Keputusan kerajaan DAP untuk membuat pinjaman dari China ni , mana dia suara Tun Mahathir ??

Perhatikan betul-betul , setiap tindakan mereka hanyalah berkiblatkan politik dan nafsu untuk mejatuhkan kerajaan sedia ada .. HAPRAK !!!

Yang pasti di saat kerajaan DAP terus rakus , warga Pulau Pinang akan terus berdepan masalah banjir kilat ITU PASTI .... Terpulanglah kalau nak terus diperbodohkan !!!!

MMI

Guan Eng ZAIDI Berenti Berlakon HIPOKRIT !!!


Semalam MMI dah cerita bab zombie DAP yang sanggup buat apa saja asalkan dapat terus hidup.

Tak payah bagi alasanlah kononnya lebih percayakan DAP daripada semua parti-parti politik yang ada kat Malaysia ni sebab kita kenal sangat dah puak-puak ni.

Mat Sabu salah sorang keluar PAS kemudian tubuh PAN semuanya ada kepentingan bukan soal perjuangan sangat pun ... Lebih kepada jaga periuk nasi sendiri ja beb .. Samalah dengan Mejar Zaidi ni orang kenal la bro tapi dulu kita rilek ja sebab Zaidi ni duduk diam-diam.

Tapi sekarang bila dah sampai tahap MENYONDOL kerana DAP , kita tak boleh biarkan !!!

MMI setuju sangat dengan apa yang dilontarkan oleh Ust Hafiz Nordin dengan gang-gang NGO dia baru-baru ni sampaikan ada puak yang tak senang dan siap spin lagi !

Jadi MMI harap sangat apa yang terkandung dalam artikel ni sampai ke Mejar Zaidi dan anggaplah semua ni macam tazkirah untuk kaki sondol macam hang !

Larangan berbuka puasa kerana stunt politik ditujukan khas kepada Lim Guan Eng dan bukan untuk sahabat-sahabat bukan Islam yang lain.

Hal ini ditegaskan oleh Pengerusi Jaringan Muslimin Pulau Pinang (JMPP) Mohamed Hafiz Mohamed Nordin bahawa perkara ini memang beliau tujukan khas kepada Lim Guan Eng namun pernyataan beliau telah diputar belit oleh Pegawai Penerangan Ketua Menteri Pulau Pinang tersebut iaitu Zaidi Ahmad.

Menurutnya, setiap peserta yang hadir dalam sesi demo bantahan itu mendengar sendiri dan faham yang beliau sebenarnya tujukan khas kepada Lim Guan Eng sahaja dan tidak bermaksud kepada pihak-pihak lain.

“Saya tidak kata semua orang bukan Islam, saya katakan Guan Eng berhenti buka puasa kerana dia memperolokkan kita sebab kalau dia boleh masuk campur urusan agama Islam, jadi apa ertinya dia datang berbuka puasa pula, tidakkah dia hanya mahu mempermainkan kita sebagai umat Islam?”

Beliau berkata, terbukti juga DAP sendiri dengan lantang menentang larangan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam dan DAP juga menentang secara terang pindaan Akta 355, perkara itu lebih jelas dan ketara.

“Jadi kalau syariah dia tentang dan undang-undang syariah pun ditentang untuk apa dia berbuka puasa dan sebab itu saya minta dia masuk Islam secara baik dan jangan main-main,” katanya.

Tambah beliau lagi, “Kalau Lim Guan Eng berminat sangat nak berbuka puasa, masuklah Islam, puasa elok-elok kemudian bukalah puasa.”

Menurutnya, dua lelaki berbangsa Cina berkenaan berada dalam majlis tersebut dengan tenang sejak daripada awal dan mereka datang menemui beliau untuk bertanyakan soalan yang sama seperti yang hendak ditanyakan oleh Encik Zaidi.

“Saya mengambil sedikit masa bersama mereka untuk memberi penjelasan dengan tenang tanpa gangguan daripada sesiapa termasuk individu yang menampar Zaidi,” katanya.

Hafiz berkata, ini kerana mereka (dua lelaki Cina) itu menghormati majlis dan dengan penuh beradab datang kepada saya untuk mendapat keterangan dengan lebih lanjut tentang isu pencerobohan ke atas fatwa.

Menurut Hafiz lagi, berkenaan isu larangan berbuka puasa itu, beliau bukan tujukan kepada semua bukan Islam. “Saya tujukan kepada Guan Eng yang dilihat mempersendakan umat Islam dengan amalan buka puasanya sedangkan dalam waktu yang sama mencampuri urusan umat Islam dalam hal fatwa dan perkara itu saya sifatkan sebagai memperolokkan umat Islam,” katanya.

Beliau berkata, “Guan Eng dan DAP juga menentang keras pindaan A355 yang jelas juga bertentangan dengan amalan dia berbuka puasa.”

“Sebab itu saya kata (secara sinis) kalau nak sangat buka puasa, masuk Islam dulu, lepas puasa, berbukalah,” katanya.

Beliau berkata lagi, “Tapi “spinning” yang dibuat oleh sesetengah portal sehingga hilang tajuk asal bantahan itu, iaitu pencerobohan ke atas urusan hal ehwal Islam dan Yang di-Pertuan Agong.”

“Yang mereka titik beratkan hanyalah kisah Guan Eng “dilarang” buka puasa,” katanya – sumber 


Si Zaidi tu mungkin terlupa agaknya , dia pernah sebut benda ni dulu ...So DAP baguih ka Zaidi ???

MMI

Monday 29 May 2017

Siapa Nak Tanggung Hutang RM19 Bilion ??


Kerajaan Pulau Pinang diterajui DAP meluluskan satu rang undang-undang membenarkan anggota Exco negeri itu diketuai Ketua Menterinya untuk meminjam wang dari Exim Bank milik negara China tanpa memerlukan kelulusan Dewan Undangan Negeri, diluluskan pada Khamis.

Langkah kontroversi dan berisiko tinggi itu turut mencetuskan persoalan di kalangan tiga wakil rakyat PKR dan dua ahli dewan undangan negeri DAP yang mempertikaikan rang undang-undang itu, di mana salah seorang dari PKR turut memberi amaran, Pulau Pinang terdedah kepada sebuah negeri muflis seperti Greece.

Persidangan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, pada Khamis, telah meluluskan Rang Undang-undang Pinjaman Negeri Pulau Pinang (Bank dan Sumber-sumber Kewangan Lain) 2017 yang membolehkan kerajaan DAP Pulau Pinang membuat pinjaman daripada sebuah bank di China.

Ketua Menteri Lim Guan Eng yang kini berdepan dengan dua pertuduhan jenayah rasuah, ketika membentangkan rang undang-undang itu berkata enakmen itu diperkenalkan bagi mewujudkan suatu perundangan baharu mengenai pinjaman kerajaan negeri Pulau Pinang.

Terdahulu, ketika membahaskan rang undang-undang itu, Dr Norlela Ariffin (PKR-Penanti) berkata beliau khuatir pinjaman yang akan dibuat kerajaan negeri kelak akan menyumbang kepada risiko hutang negeri yang tinggi.

Beliau berkata difahamkan pinjaman itu turut membiayai pelaksanaan beberapa projek pembangunan negeri termasuk Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang 2013-2030 (PTMP) yang melibatkan kos tinggi.

“Rang undang-undang yang dibentangkan hari ini jelas menunjukkan kerajaan negeri meletakkan Pulau Pinang dalam risiko hutang yang besar,” katanya.

Sementara itu, Cheah Kah Peng (PKR-Kebun Bunga) pula mempersoal mengenai jumlah wang dan tujuan kerajaan negeri membuat pinjaman itu.

“Saya sebagai pemegang amanah ingin tahu kenapa rang undang-undang ini perlu diluluskan. 
Berapakah jumlah wang yang diperlukan (pinjaman) dan tujuan untuk kita buat pinjaman ini. Adakah RM1 juta atau RM100 juta atau RM10 bilion. Jumlah ini jika satu jumlah yang besar akan bebankan kita,” katanya.

Beliau berkata kerajaan negeri perlu mengambil contoh pengalaman negara luar seperti Greece, Indonesia dan Filipina yang berdepan dengan bebanan hutang sehingga terpaksa menggadai tanah.

Tahun lalu, Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata perbelanjaan bagi PTMP telah meningkat dari RM27 bilion kepada RM46 bilion dan kerajaan Pulau Pinang perlu membuat pinjaman dalam jumlah bilion Ringgit bagi menampung perbezaan itu, atau pada jumlah RM19 bilion.

PENDUDUK PULAU PINANG TANGGUNG HUTANG RM28,000 SETIAP SEORANG

Dengan kiraan nisbah penduduk Pulau Pinang berjumlah 1.7 juta, hutang kerajaan negeri itu akan ditanggung setiap penduduknya dengan jumlah RM28,000 setiap seorang tanpa mengira usia termasuk warga emas dan kanak-kanak.

Manakala pada masa sama, perbelanjaan pentadbiran kerajaan negeri turut meningkat lima kali ganda dari RM280 juta pada 2008 kepada RM1.5 bilion bagi tahun ini.

Pendapatan lazim tanpa penjualan aset kerajaan negeri adalah kira-kira RM400 juta setahun.

Minggu lalu, kerajaan Pulau Pinang mengesahkan sejumlah RM219 juta sudah dibayar olehnya bagi kajian kebolehlaksanaan untuk tiga buah jalan yang sudah tertangguh dan pembinaannya belum bermula.

Malah, Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) yang sebelum ini meraih keuntungan turut menerima tempias penyusutan pendapatan dan rizab wang tunai hingga menyebabkan kerajaan negeri terpaksa memberi pinjaman sebanyak RM609 juta tahun ini. kredit sumber 

MMI kata kalau kerajaan persekutuan yang cadang habis semua dipertikai tapi bila puak DAP yang cadang walaupun ada dikalangan DAP sendiri pun tak yakin keputusan tetap laksana juga ! 

Semua sebab puak-puak ni perintah .. 

So MMI cadangkan kepada BN tak perlu hirau sangat puak-puak pembangkang ni tak pernah membantu pun !

MMI

Bila Melayu Jadi ZOMBIE DAP !!


Selepas solat jumaat minggu lepas sebuah NGO Islam di Pulau Pinang telah mengadakan himpunan aman bagi membantah campur tangan kerajaan DAP terhadap hal ehwal Islam khususnya dalam urusan mewartakan fatwa.

Seperti mana yang kita semua sedia maklum berlaku campur tangan dalam urusan membabitkan fatwa dan apa yang dijawab oleh wakil kerajaan DAP di Sidang Dewan Undangan baru-baru ini masih lagi mengiakan bahawa berlaku proses campur tangan tersebut namun cuba diselindungkan oleh si Malik Kasim dengan hujah-hujah low tonenya.

MMI bagi bukti sikit takut nanti orang kata apa yang kita tulis ni disengajakan ....

Enakmen pentadbiran Agama Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004 telah menetapkan perlantikan dan kuasa Mufti, Jawatankuasa Fatwa Negeri serta kaedah untuk membuat atau meluluskan fatwa. 

Tidak ada satu pun peruntukan di dalam enakmen tersebut membolehkan fatwa yang telah diluluskan untuk dibawa ke Pentadbiran Kerajaan Negeri untuk disemak supaya selari dengan kehendak Kerajaan Negeri sebelum dibawa ke pengetahuan Yang di-Pertuan Agong! 

Ini adalah asas atas dasar Mufti mempunyai kebebesan penuh untuk membawa fatwa yang diluluskan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang untuk membuat syor kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mendapat perkenannya bagi penyiaran fatwa itu dalam warta. Setelah diperkenankan maka fatwa tersebut hendaklah dimaklumkan kepada Kerajaan Negeri dan diwartakan.

Kat sini saja dah jelas .. cuma MMI nak tambah lagi ...

'Kenyataan Datuk Seri Hassan Ahmad berkata tegurannya itu dibuat selaras dengan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Pulau Pinang 2004.

Datuk Seri Hassan Ahmad berkata ketika masih dalam perkhidmatan teguran itu dibuat selaras dengan Enakmen Pentadbiran Agam Islam Negeri Pulau Pinang 2004 di mana mufti boleh secara terus membawa usul fatwa kepada Agong. 

Apabila kerajaan negeri mengeluarkan surat pekeliling dan mengarahkan semua jabatan sebelum mewartakan sebarang fatwa mesti mendapat kelulusan mesyuarat exco terlebih dulu, saya tulis surat supaya jabatan mufti dikecualikan kerana berdasarkan kepada enakmen 2004, kita tidak terikat.' 

Oleh sebab itu surat edaran oleh Exco Agama pada 26 Mei 2010 kepada Jawatankuasa Fatwa tentang perkara itu adalah salah satu usaha campur tangan dalam hal ehwal agama yang tidak seharusnya dibuat dan perlu ditarik balik. 

Tak taulah kalau masih ada yang buat-baut tak faham ....

Jadi bila NGO Islam buat himpunan aman dan menolak campur tangan sebegini rasanya ianya adalah bertepatan dengan apa yang sedang berlaku sebenarnya.

Cuma dalam himpunan tersebut , kita disajikan pula dengan aksi ZOMBIE DAP yang tampil kononnya nak bertanya soalan tetapi langkah dan kehadirannya dibuat semacam Pulau Pinang ni MAK BAPAK dia punya !


Tak boleh tunggu bagi selesai dulu ka ? 

Yang nak masuk waktu tu juga kenapa ? Sebab nak dapatkan publisiti ? Agak-agaklah nak jilat Guan Eng sekalipun !

Lihatlah aksi manusia yang mengaku MELAYU dan beragama ISLAM tu ... 

Mejar Zaidi si katak yang melompat-lompat mencari kolam akhirnya dijadikan ZOMBIE DAP yang sanggup baut apa sahaja asalkan sangkarnya dipelihara.

Pikirlah ....

MMI

Sunday 28 May 2017

Zainuddin Maidin - KRITIK & Di KRITIK !!!


Ada orang yang tak pernah dan tak suka mengaku kelemahan diri sendiri dan orang-orang semacam ni sebenarnya berada dikalangan kita pada setiap hari.Bagi mereka mengakui kelemahan itu samalah dengan menggadaikan maruah diri.

Spesis seperti ini paling suka bila bercakap tentang orang lain dan merekalah yang paling banyak maklumat sampaikan apa yang orang lain buat semuanya salah dan WAJIB dikritik.

MMI nak menulis tentang Zainuddin Maidin , bekas Menteri Penerangan Malaysia satu ketika dahulu.

Dan melihat kepada tahap obses si Zainuddin mengkritik kerajaan , parti dan pimpinan negara maka MMI rasa adalah satu keperluan pula untuk kita sama-sama melihat apakah spesis Zainuddin ini dalam melaksanakan tugas-tugasnya sebelum ini terlalu hebat dan harus kita banggakan sampaikan tahap kita wajib tunduk dan membiarkan segala kritikan yang dilemparkan oleh beliau sejak dua menjak ini.

Secara peribadi , MMI tidak pernah selesa dengan kehadiran Zainuddin sebagai Menteri Penerangan sebelum ini.Dengan imej selekehnya di tambah dengan versi kelam kabut dan kata-kata yang kononnya puitis sebab latar belakangnya rasanya Zainuddin bukan sahaja GAGAL tetapi lebih kepada SYOK SENDIRI !

Sebagai bekas menteri , Zainuddin seharusnya menunjukkan kematangan dalam berbicara tentang politik dan bukannya mengambil pendirian untuk menyebelahi satu pihak dan menentang pihak yang satu lagi melalui penulisannya yang jelas berkiblatkan Tun Mahathir.

Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Razlan Rafii berkata bekas Ahli Parlimen Merbuk itu yang dikenali Zam sudah terlupa asal-usul perjuangan ketika masih bersama parti keramat.

“Dahulu, beliau sering bertungkus lumus di meja berita bagi memberikan imej kehebatan negara di bawah UMNO.

“Sekarang beliau terlalu setia kepada bosnya yang pernah menerajui negara selama 22 tahun serta gagal membuat rampasan kuasa,” kata beliau dalam satu kenyataan Ahad.

Tegas beliau, Zam disifatkan seorang bekas Menteri Penerangan yang gagal ketika berada dalam kabinet dan antara manusia yang tidak boleh menerima kekurangan diri sendiri.

“Jangan menuding jari dan berteriak kepada orang lain, sedangkan negara ini dibina ketika zaman anda menjadi menteri.

“Dan saya mengesa anda berhentilah menjadi penghasut melalui penulisan yang suka memecah belahkan rakyat negara ini,” kata Razlan lagi. 

Selain daripada itu Bekas Pengarang News Straits Times, Datuk Ahiruddin Attan turut mendakwa bahawa “Walaupun dia (Zam) ini tokoh wartawan, walaupun nama dia ketika ini tinggi menjulang langit, dia patut mengakui dia sudah melakukan kesilapan sewaktu dia sedang marah kepada Najib.” 

Antaranya adalah komennya dalam insiden kemalangan basikal di Johor sebelum ini yang cuba dikaitkan dengan YAB Datuk Seri Najib.Kesilapannya dengan menjadikan tragedi yang menyebabkan 8 remaja maut itu sebagai isu politik amatlah memalukan.

Lebih teruk lagi Ahiruddin menjelaskan kelantangan dan kegopohan Zam kali ini bukanlah insiden kali pertama ekoran beliau sebelum ini juga pernah menyebabkan ketegangan antara Malaysia dan Indonesia menerusi penulisannya sebelum ini.

“Yang orang tahu dia marah je. Lepas tu dengan kes dengan (bekas Presiden Indonesia) Habibie pun dia menggelupur juga. Sehinggakan pertalian Malaysia dan Indonesia pada waktu itu tegang di sebabkan Zam,” katanya merujuk kepada penulisan Zainuddin menghina Habibie pada 2012.

Tambahnya lagi, Zainuddin sewaktu mengalas jawatan sebagai Menteri Penerangan sewaktu era pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi juga cepat melatah apabila disoal wartawan antarabangsa Al-Jazeera berhubung himpunan Bersih 2.0 tahun 2007.

“Temubualnya bersama al jazeera, beliau menggelupur dalam bahasa inggeris. Orang tak faham apa yang dia cuba sampaikan,” katanya lagi.



Taklah hebat mana si Zainuddin Maidin ni ... Tindakannya sejak dahulu lebih kepada meluahkan rasa hati bukannya membawa aspirasi rakyat dan negara.Memang kenalah dengan Tun Mahathir sebab secara tidak langsung kumpulan sebegini lebih suka mengamalkan dasar tertutup yang kebanyakkannya hadir daripada pemikiran dan rasa hati mereka yang perlu disokong oleh mereka-mereka yang dibawah.

Tak salah sebenarnya asalkan ianya baik dan mampu memberikan kebaikan kepada seluruh rakyat dan negara tetapi apabila dunia beredar mengikut zamannya maka kita seharusnya turut mengikuti perubahan ini dan berani melakukan perubahan.

Zainuddin pula MMI yakin akan kekal menjadi serombong suara zaman penjajah !

MMI

Saturday 27 May 2017

Pakai Kereta Mewah Sebab Wakil Rakyat !!


MMI tak pernah menafikan bahawa ramai dari kalangan Wakil Rakyat sama ada di peringkat DUN mahupun Parlimen akan menggunakan kenderaan yang agak mewah dan gelap berkilat sebagai kenderaan rasmi mereka.

Jangan sesiapa menafikan perkara ini sebab ianya berlaku sama ada diperingkat BN mahupun Pakatan Haprak semua serupa ja dan sudah semestinya penggunaan ini perlu kerana proses ulang alik antara satu tempat ke satu tempat itu kadang-kalanya memerlukan keupayaan dan ketahanan satu-satu kenderaan.

Apa pun itu adalah pilihan masing-masing cumanya penggunaan kenderaan sebegini kadang-kalanya melampaui batas dan apa yang dipertontonkan kepada umum jelas lebih kepada kerakusan dan penting diri sedangkan bila berjumpa rakyat puak-puak nilah yang akan melalak kononnya kerajaan BN kejam sebab kos barang naik tapi hakikatnya puak-puak ni menggunakan kedudukan mereka untuk memuaskan nafsu rakus yang meronta-ronta dalam tubuh badan masing-masing.

Cuba bayangkan kalau hal semacam diatas tu melibatkan wakil-wakil daripada UMNO dan BN ?

MMI cuma nak ingatkan semua supaya perhatikan betuk-betul sikap puak-puak pembangkang ni !

Cuba tengok pendirian Mak Lampir dan apa yang Si Azmin buat apabila isu ini sudah mendapat perhatian banyak pihak !

Azmin kata , beliau lebih berminat melakukan kebaikan dan kerja amal sepanjang bulan Ramadan ini daripada terbabit dalam perbalahan Zuraida Kamaruddin dengan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berhubung isu permit import (AP).

“Saya tidak berminat dalam polemik seperti ini. Saya berminat untuk melakukan kerja-kerja kebajikan ketika di bulan Ramdan ini,” kata menteri besar Selangor itu pada majlis perasmian mengagihkan bubur lambuk di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, hari ini.

Timbalan presiden PKR itu berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Rafizi mendedahkan dirinya tidak menggunakan AP bagi menyindir Zuraida yang juga ketua Wanita PKR.

“Saya adalah antara ahli Parlimen yang bodoh kerana tak pakai AP. Sekian dimaklumkan,” tulis Rafizi yang juga Ahli Parlimen PKR Pandan di Twitternya semalam.

Beliau berkata demikian susulan kenyataan Zuraida yang dipetik Sinar Harian sebagai berkata, semua kenderaan mewah yang dibelinya adalah atas kapasiti beliau sebagai Ahli Parlimen PKR Ampang yang diperuntukkan AP.

“Saya sebagai ahli Parlimen diberi peruntukan AP atas nama saya, jadi bodoh saya kalau ada AP, tidak digunakan kemudahan itu,” kata Zuraida dipetik akhbar itu.

Zuraida mengakui gemar memilih barang berkualiti termasuk kereta import, bahkan turut mencabar mana-mana individu yang mengaitkannya dengan isu rasuah membuat laporan kepada pihak berkuasa.

“Sesiapa anak jantan pergi buat laporan, sampai sekarang saya tidak pernah disiasat SPRM,” katanya.


Tuuu punya hebat Mak Lampir ni .. Apa pun MMI percaya sempena bulan yang mulia ini kita seharusnya lebih banyak merendah diri dan membuat amalan serta kebajikan bukan dengan meninggi diri dan sombong dan taksub dengan apa yang kita miliki.

Ingat apa yang ada tu pinjaman jaa .. Sampai masa taulah !!!!

MMI

Friday 26 May 2017

PISAU Dedah Kenapa Rayer SENTAP Dengan Cybertroopers UMNO !!!!


Dalam artikel sebelum ni MMI dah siarkan perihal Rayer DAP yang tak pernah lekang dimulut nak salahkan UMNO , pantang ada saja peluang maka UMNOlah yang jahatnya ....

Termasuklah dalam hal membabitkan gambar mirip Dyana dan Zairil yang mabuk cinta tu .. Ampa boleh baca kat link ni http://mahamissa.blogspot.my/2017/05/celaka-rayer-tuduh-cybertroopers-umno.html

Apa pun hari ni blogger PISAU dah buat satu pendedahan , kenapa Rayer cukup marah dengan Cybertroopers UMNO ni dan MMI rasa adalah WAJIB untuk berkongsi dengan semua sebab kita jangan jadi macam Rayer suka buruk sangka .. Jom review apa yang blogger PISAU dedahkan ;

Rayer baru baru ini semasa sidang DUN menuduh cybertrooper UMNO membuat superimpose gambar Zairil dan Dyana.

Jika benarlah dakwaan Rayer  ini semua kerja cybertrooper Umno.. hebat dan cukup berskill tinggi lah cybertrooper Umno hingga mampu buat superimpose hingga tak ada cacat cela..bertaraf pakar graphic..macam hollywood.

Tetapi yang menghairankan Pisau.. dalam ramai ramai pemimpin pembangkang.. kenapa Zairil dan Dyana sahaja? Kenapa Rayer tidak dipilih oleh cybertrooper untuk di photoshop? Tak cukup hensemkan Rayer? Pada pandangan Pisau Rayer tak kurang hensemnya ,sentiasa berpakaian kemas dan nampak seperti seorang metroseksual persis Ronaldo!

Ada lagi bro sambung baca kat sini PISAU

Ooo faham-faham tq Pisau atas penjelasan tu .. So sapa-sapa yang ada masa lapang tu tengok-tengoklah sama Rayer ni , kesian bro dia pun nak publisiti juga !!!


Hensem dak mamat ni ??? 

* MMI dok rasa loya 4 5 kali dah ... Hahahahahaha

MMI

Thursday 25 May 2017

Two Face - Sudah Ada Yang Hidu Bau Sebenar Mahathir


Sejak kehadiran Tun Mahathir bersama-sama dengan Pakatan Harapan , banyak pihak khususnya dari kalangan pembangkang masih lagi sangsi dengan niat sebenar pemimpin PPBM itu memandangkan pendirian beliau terhadap parti-parti pembangkang.

Malah ahli-ahli DAP sendiri pun sebenarnya kurang senang dengan Tun Mahathir sehingga hubungan songsang yang cuba dibina oleh Kit Siang bersama Tun Mahathir di kritik ahli dan pimpinan parti itu di peringkat akar umbi.

Walau bagaimanapun dalam konteks politik , banyak pihak sedar dan tahu bahawa hubungan yang terbina itu bukanlah berdasarkan kepercayaan yang bersungguh-sungguh tetapi punya agenda tersirat yang lebih kepada kepentingan masing-masing.

MMI percaya kehadiran Tun Mahathir dan PPBM bersama Pakatan Harapan hanya berkiblatkan kepada kerakusan dan nafsu yang membuak-buak untuk menjatuhkan YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak semata-mata. 

Tun Mahathir sudah gagal sebenarnya dan jika kita amati kegagalan ini berlaku seawal kempen mendapatkan tandatangan mendesak Perdana Menteri supaya meletakan jawatan.Gerakan yang cuba menggunakan aura Tun Mahathir itu akhirnya gagal dan cuba dilenyapkan dari kamus PPBM.

Kerana itu akhirnya Tun Mahathir tidak punya pilihan melainkan mempergunakan parti-parti pembangkang sedia ada untuk menyelamatkan maruah dirinya secara amnya dan PPBM khususnya.

Soallah siapa jua , MMI yakin dan percaya rata-rata mereka diluar sana tidak punya keyakinan bahawa hubungan sesama Pakatan Harapan itu tidak akan kemana memandangkan penguasaan DAP yang terlalu menguasai keputusan dan dasar-dasar Pakatan Harapan.

Buktinya hari ini sudah ada dikalangan mereka yang sudah menghidu bau sebenar Tun Mahathir !

Contohnya percakaran sesama pimpinan Pakatan Harapan dalam kongres PKR baru-baru ini berhubung pemilihan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ketujuh jelas membuktikan dakwaan diatas.

Merujuk kepada laporan yang disiarkan oleh utusan online ;

Episod kecam-mengecam se­sama parti mula ditimbulkan oleh ahli DAP, Datuk Zaid Ibrahim semalam yang menempelak tindakan PKR itu dengan mendakwa pengisytiharan Ketua Umum PKR sebagai perdana menteri merupakan satu perbuatan ‘sombong’.

Hari ini, Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pula meluahkan perasaan tidak puas hati dengan keputusan yang dibuat antara kepemimpinan tertinggi Pakatan Harapan itu menerusi satu surat terbuka.

Menurutnya, pimpinan Pakatan Harapan yang dike­tuai DAP itu lebih sibuk menuba racun kesumat atas perlakuan silam, kurang fokus un­tuk men­de­ngar de­nyut nadi rakyat ma­lah mengambil k­sempatan untuk mencalar perhubungan se­sama parti.

“Apa yang berlaku di Kongres PKR adalah amat sedih dan mengecewakan sekali. Tun Dr. Mahathir Mohamad dan PPBM jelas diserang, kongres yang seharusnya mampu dijadikan me­dan penyatuan bertukar menjadi medan melampias kekecewaan dan kemarahan lampau tanpa sedikit pun memikirkan soal sensitiviti semasa dalam misi bersama Pakatan Harapan untuk menawan Putrajaya.

“Kepemimpinan tertinggi PPBM ini seakan ‘dipaksa’ dan ‘diperangkap’ un­tuk menyatakan pendirian atas sokongan kepada Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Anwar selaku Perdana Menteri ketujuh. Walhal tiada sebarang perbincangan apatah lagi kesepakatan yang dicapai mengenai siapa yang bakal menjadi perdana menteri,” kata­nya menerusi Facebooknya, hari ini.


Syed Saddiq turut mempersoalkan di sebalik tindakan memalukan Dr. Mahathir yang tidak mengangkat sepanduk Anwar PM ke-7 de­ngan mengaitkan keseriusan pimpinan tertinggi Pakatan Harapan untuk bekerjasama dengan PPBM.

Katanya, janganlah kerana terlalu taksub terhadap Anwar sehinggakan soal perlembagaan, undang-undang dan strategi memenangi pilihan raya di belakangkan.

“Adakah mereka tidak mahu lagi bekerjasama dengan PPBM? Sejauh mana keikhlasan mereka menerima PPBM dalam Pakatan Harapan? Kalau kita kalah Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), Datuk Seri Anwar tetap tidak boleh dinaikkan sebagai perdana menteri,” katanya.

Syed Saddiq berkata, beliau faham sejarah pahit lalu yang me­nyaksikan permusuhan penyokong Dr. Mahathir dan Anwar, namun adalah tidak adil apabila dalam kalangan ahli dibiarkan untuk terus disemarak api kebencian dan dendam kerana kesalahan lampau hingga rakyat terhukum.

“Kita hanya mewarisi per­telingkahan silam yang cukup menghukum rakyat, namun adakah kita sanggup untuk membiarkan rakyat menderita kerana kesalahan lalu dan kelemahan kita masa kini hinggakan UMNO mampu terus berkuasa. Ini bukan lagi salah UMNO,” katanya.

Mungkin masih ramai yang tak sedar , rintihan Syed Saddiq ini ada perkara asas yang menjadi BUKTI bahawa kerjasama yang cuba ditonjolkan sebagai sedang berlaku dalam Pakatan Harapan itu bukanlah seperti mana yang digembar-gemburkan kepada umum.

Percayalah hubungan yang belum pun sampai usia setahun itu kini sudah bergolak dan dicelarukan dengan pelbagai agenda peribadi yang telah membuka pekung Pakatan Harapan.

Jika inilah yang menjadi pilihan rakyat , MMI yakin dan percaya kita sebenarnya sedang menggadaikan masa depan generasi pewaris kita.

Hadamkan ....

MMI

Wednesday 24 May 2017

CELAKA Rayer Tuduh Cybertroopers UMNO ?!!!!


Setiap kali dia ni buka mulut saja maka UMNO lah yang selalunya jahat dan puak-puak belah dia semuanya baik-baik belaka ! 

Sampaikan isu penyebaran gambar mirip Zairil dan Dyana pun dianggap sebagai kerja buat cybertroopers UMNO !!

“Ini kerja cybertroopers UMNO” itulah yang diungkapkan oleh YB RSN Rayer (DAP – Seri Delima) sewaktu perang mulut antara beliau dengan YB Shah Headan (BN – Teluk Bahang) dalam sesi perbahasan yang berlangsung semalam.

Insiden tersebut berlaku sewaktu YB Datuk Shah Headan yang pada ketika itu sedang membangkitkan hal melibatkan integriti pemimpin pembangkang dengan mendakwa mempunyai gambar-gambar melibatkan pemimpin Pakatan Harapan telah dicabar oleh YB RSN Rayer supaya mengemukakan bukti yang dimaksudkan.

Setelah dicabar berulang kali , YB Shah Headan kemudiannya menunjukkan sekeping gambar yang mirip Dyana Sofya dan Zairil Khir Johari yang baru-baru ini telah tular di media sosial.

Serentak dengan itu , RSN Rayer kemudiannya bangkit dan membuat tuduhan bahawa penyebaran gambar terbabit adalah kerja-kerja jahat cybertroopers UMNO dan ianya di “super imposed” kan.


Tuduhan tanpa bukti yang dibuat oleh RSN Rayer itu jelas sekali memperlihatkan sikap tidak bertanggungjawab pimpinan Pakatan Harapan khususnya dalam hal membabitkan integriti para pimpinannya.

Sedangkan di waktu banyak serangan-serangan liar lain yang dibuat terhadap pimpinan negara , pemimpin Pakatan Harapan sentiasa menyokong malah tidak pernah sama sekali mempertikaikan tentang kesahihan penyebaran sama ada maklumat mahupun kebenaran sesuatu gambar yang di sebarkan.

Jika benar pemimpin Pakatan Harapan berpegang kepada prinsip CAT yang kini sudah mati di Pulau Pinang maka sudah tentunya RSN Rayer akan mendesak supaya satu siasatan dilakukan oleh mana-mana pihak berkuasa bagi memastikan kesahihan gambar yang dikemukakan bukannya membuat tuduhan liar dan menyalahkan cybertroopers UMNO seperti mana yang didakwa beliau semalam.

Tindakan ini jelas memperlihatkan sikap ‘double standard’ pimpinan Pakatan Harapan yang sentiasa mahu menyalahkan UMNO dan kerajaan Barisan Nasional tetapi cuba menutup pekung di rumah sendiri. - Penang Online


Kerajaan DAP Campur Tangan Isu Fatwa Di Pulau Pinang ?


Enakmen pentadbiran Agama Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004 telah menetapkan perlantikan dan kuasa Mufti, Jawatankuasa Fatwa Negeri serta kaedah untuk membuat atau meluluskan fatwa. 

Tidak ada satu pun peruntukan di dalam enakmen tersebut membolehkan fatwa yang telah diluluskan untuk dibawa ke Pentadbiran Kerajaan Negeri untuk disemak supaya selari dengan kehendak Kerajaan Negeri sebelum dibawa ke pengetahuan Yang di-Pertuan Agong! 

Ini adalah asas atas dasar Mufti mempunyai kebebasan penuh untuk membawa fatwa yang diluluskan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang untuk membuat syor kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mendapat perkenannya bagi penyiaran fatwa itu dalam warta. Setelah diperkenankan maka fatwa tersebut hendaklah dimaklumkan kepada Kerajaan Negeri dan diwartakan. 

Oleh sebab itu surat edaran oleh Exco Agama pada 26 Mei 2010 kepada Jawatankuasa Fatwa tentang perkara itu adalah salah satu usaha campur tangan dalam hal ehwal agama yang tidak seharusnya dibuat dan perlu ditarik balik. 

'Kenyataan Datuk Seri Hassan Ahmad berkata tegurannya itu dibuat selaras dengan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Pulau Pinang 2004.

Datuk Seri Hassan Ahmad berkata ketika masih dalam perkhidmatan teguran itu dibuat selaras dengan Enakmen Pentadbiran Agam Islam Negeri Pulau Pinang 2004 di mana mufti boleh secara terus membawa usul fatwa kepada Agong. 

Apabila kerajaan negeri mengeluarkan surat pekeliling dan mengarahkan semua jabatan sebelum mewartakan sebarang fatwa mesti mendapat kelulusan mesyuarat exco terlebih dulu, saya tulis surat supaya jabatan mufti dikecualikan kerana berdasarkan kepada enakmen 2004, kita tidak terikat.' 

Kenyataan diatas adalah sebahagian daripada perkara yang dibangkitkan oleh YB Datuk Jahara Hamid dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang kali ini. Rujukan


Isunya apakah status 4 fatwa negeri yang telah diluluskan tetapi belum diwartakan ?

Dato Mufti Pulau Pinang pada April 2017 yang lalu telah menyatakan bahawa kesemua fatwa yang sudah diluluskan dalam proses untuk diwartakan. 

Soalnya berapakah lamakah masa yang diambil untuk proses tersebut ?

Siapakah yang menentukan tempoh masa tersebut ?

Kerajaan DAP Pulau Pinang ??

Sedangkan Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004 telah menetapkan perlantikan dan kuasa Mufti, Jawatankuasa Fatwa Negeri serta kaedah untuk membuat atau meluluskan fatwa adalah dibawah bidang kuasa enakmen ini langsung tidak melibatkan mana-mana pihak waima kerajaan negeri sekalipun ?

Lebih malang kepada kita , apa guna ada Melayu yang mengaku Islam dalam kerajaan DAP Pulau Pinang macam Malik Kasim dan Salleh Man ?

MMI

Tuesday 23 May 2017

Exco Srikandi PPBM Pula Letak Jawatan !!!


Baru sangat tubuh rasanya dah dengar macam-macam bunyi melibatkan pimpinan parti cap bunga ni , Apa sudah jadi Mahathir ???

IPOH 23 Mei - Exco Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Zulaiha Sidek mengumumkan peletakan jawatan hari ini.

Beliau yang juga Ketua Srikandi Penaja PPBM Bahagian Batu Gajah berkata, keputusan tersebut dibuat kerana beliau sudah hilang kepercayaan terhadap PPBM Perak yang kini bergolak.

“Keputusan ini adalah atas desakan diri sendiri sebagai tanda sudah muak dengan kemelut dan pergolakan dalaman parti,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Turut mengumumkan peletakan jawatan ialah Ketua Srikandi Penaja PPBM Bahagian Gopeng, Aflatuniah Md. Norani. - UTUSAN ONLINE

Semalam lagi teruk bukan ahli letak jawatan tapi desak PRESIDEN supaya letak jawatan ....

Ketua Pendaftar PPBM Perak, Azrul Suhadi Ahmad Mokhtar berkata, desakan itu dibuat oleh sebahagian besar daripada 24 Bahagian PPBM di Perak setelah mendapati Muhyiddin bertanggungjawab di atas segala kepincangan yang berlaku dalam PPBM di peringkat kebangsaan dan Perak.

Apa cer ???

Baca artikel berkaitan di SINI

MMI

Dr Kamarul Zaman Yusoff & Guan Eng , Siapa Yang Ekstremis ??


Saya telah menghabiskan masa selama 2 jam 45 minit, iaitu dari pukul 215 petang ke pukul 500 petang, untuk memberikan keterangan di Balai Polis Bukit Kayu Hitam, Kedah, pada hari ini, 22 Mei 2017, sehubungan dengan laporan polis Ahli Dewan Undangan Negeri Subang Jaya merangkap Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Hannah Yeoh, terhadap saya pada 15 Mei 2017 dan laporan polis saya terhadap Hannah Yeoh pada 17 Mei 2017.

Ada di antara rakan-rakan peguam yang menanyakan sama ada saya memerlukan bantuan pihak peguam untuk berhadapan dengan pihak polis tetapi saya meyakinkan mereka bahawa saya tidak memerlukannya. Alhamdulillah, pegawai penyiasat melayan saya dengan baik dan saya juga memberikan kerjasama yang penuh dengan menjawab setiap soalan yang dikemukakan oleh beliau sehingga akhirnya lahirlah kenyataan setebal lapan muka surat.

Apa yang mahu saya tekankan kembali adalah hakikat bahawa saya bukanlah seorang ekstrimis seperti yang dituduh oleh ramai pemimpin DAP. Ini termasuklah tuduhan Penasihat DAP merangkap Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, bahawa laporan polis saya adalah bukti kegagalan untuk mempromosi wasatiyyah di Malaysia; tuduhan Naib Pengerusi DAP merangkap Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, bahawa saya gila, berpandangan sempit dan ekstrimis; tuduhan Setiausaha DAP Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng, bahawa saya adalah ekstrimis dan berpandangan sempit; dan tuduhan Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen, bahawa saya adalah pelampau.

Kepada semua pemimpin DAP ini, sukalah saya minta mereka mendengar sendiri rakaman ucapan Setiausaha Agung DAP merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, di Lecture Theatre, Student Wing, Block S3.1 Level B3, Rajaratnam School of International Studies, Nanyang Technological University, Singapura, pada 10 Disember 2014 ini.

Di dalam ucapan ini, Lim Guan Eng secara terang-terangan menghasut dengan menuduh Barisan Nasional tidak akan menyerahkan kuasa jika pakatan pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 dan bahawa jika ini berlaku maka “perkara ini mesti diselesaikan di jalan-jalan raya dan ia akan diselesaikan di jalan-jalan raya”.

Belum lagi Pilihan Raya Umum Ke-14 berlangsung, sudah tertanam dalam fikiran Lim Guan Eng hasrat untuk menyelesaikan perebutan kuasa di jalan-jalan raya.

Wahai Lim Kit Siang, sayakah atau anak kamu, Lim Guan Eng, yang ekstrimis?

UCAPAN LIM GUAN ENG

“We know that Barisan Nasional are sore losers. They are really sore losers and they will not give up power that easily. Now, what will happen if they refuse to give up power? And I think this is one very important question in people’s minds, especially in the last election when we won the popular mandate but not the number of seats, we can see the huge mess if this issue comes out. Now, if we win power, both in terms of popular votes, that means the popular votes, but (also) in terms of the number of seats, and then we are not allowed to take power, I think the matter has to be resolved on the streets and it will be resolved on the streets.”

TERJEMAHAN UCAPAN LIM GUAN ENG

“Kita tahu bahawa Barisan Nasional adalah jenis yang tidak berpuas hati jika kalah. Mereka adalah jenis yang sangat tidak berpuas hati jika kalah dan mereka tidak akan menyerahkan kuasa dengan mudah. Sekarang, apa akan berlaku jika mereka enggan menyerahkan kuasa? Dan saya fikir ini adalah satu soalan yang sangat penting dalam minda rakyat, terutamanya dalam pilihan raya lepas bila kita menang mandat popular tetapi bukan bilangan kerusi, kita boleh lihat kacau-bilau besar jika isu ini timbul. Sekarang, jika kita mendapat kuasa, di dalam kedua-dua dari segi undi popular, maknanya tentunya undi popular, tetapi (juga) dari segi bilangan kerusi, dan kemudian kita tidak dibenarkan untuk mengambil-alih kuasa, saya fikir perkara ini mesti diselesaikan di jalan-jalan raya dan ia akan diselesaikan di jalan-jalan raya.”

Dr Kamarul Zaman Yusoff
22 Mei 2017

Monday 22 May 2017

Muhyiddin Kini Di Desak Lepaskan Jawatan PRESIDEN PPBM !!


Apa sudah jadi Muhyiddin ??? Jika dulu dia yang desak orang untuk lepaskan jawatan maka rasanya Muhyiddin perlu menerima desakan ini dengan hati yang terbuka untuk membuktikan bahawa harga diri dan maruah politik Muhyiddin adalah yang terbaik daripada semua orang lain.

Disinilah kita nak tengok sejauh mana kredibiliti dan integriti pemimpin PPBM ini memandangkan desakan ini datangnya daripada ahli-ahli PPBM sendiri !


IPOH – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Perak mendesak Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya meletak jawatan sebagai Presiden parti itu.

Ketua Pendaftar PPBM Perak, Azrul Suhadi Ahmad Mokhtar berkata, desakan itu dibuat oleh sebahagian besar daripada 24 Bahagian PPBM di Perak setelah mendapati Muhyiddin bertanggungjawab di atas segala kepincangan yang berlaku dalam PPBM di peringkat kebangsaan dan Perak.

Menurutnya, ini kerana Muhyiddin tidak pernah ikhlas kepada Pengerusi parti, Tun Dr. Mahathir Mohamad, penyokong dan pendokong parti.

Katanya, Presiden PPBM itu sepanjang masa menangguk di air yang keruh dengan mengambil kesempatan di atas populariti Tun Mahathir bagi mencatur parti.

“PPBM Perak memberi tempoh seminggu kepada beliau supaya memberikan respon terhadap desakan kami ini.

“Jika masih tiada apa-apa respon daripada beliau, kami iaitu lebih daripada separuh ahli dan pemimpim PPBM Perak akan meletak jawatan,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. - utusan 

So agak-agak ampa Muhyiddin nak terima dan lepaskan jawatan tak ?

Haha letak lagi bagus lah sebab nama ja presiden tapi orang lain yang lebih-lebih sampai tak nampak peranan langsung !!!!

MMI

Bukti CAT Sudah Mati Di Penang


Penolakan usul yang dibawa oleh wakil BN di Sidang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang dan tindakan terhadap Adun Teluk Bahang dalam sesi sidang kali ini jelas memperlihatkan betapa Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang ditunjangi DAP hanya bercakap kosong.

Slogan Cekap , Akauntibiliti dan Telus (CAT) yang diwar-warkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang sebagai asas kepada dasar pentadbiran kini sudah dianggap mati kerana pelbagai dasar berat sebelah dan sekatan terhadap hak kebebasan bersuara terus berlaku.

Ini termasuklah hal membabitkan penolakan usul oleh wakil-wakil BN di Sidang DUN kali ini sedangkan Dewan Undangan Negeri adalah tempat yang paling suci serta telus khusus bagi semua pimpinan yang dipilih oleh rakyat untuk menyuarakan suara akar umbi.


Jika hal seumpama ini pun disekat dimana lagi tempat untuk suara dan hak rakyat boleh disuarakan ?


Baca artikel berkaitan di pautan di bawah ;



MMI kata hanya yang nyanyok dan buta sahaja kata kerajaan DAP ni baguih .. 

Setuju sangat bahawa CAT dah mati di Penang .....

MMI

Labels