Followers

Tuesday 31 March 2015

Apa dah Jadi Penjara Sungai Buloh ?? Ada Cerita Suap Ka ??


MMI pernah sebut sebelum ini apakah wajar untuk blog ini ditutup setelah manusia pelbagai wajah dijatuhkan hukuman penjara selama 5 tahun akibat meliwat bekas pembantunya.Kalau diikutkan kepada keputusan terbabit sudah semestinya hari ini MMI dan mungkin ramai lagi dikalangan penulis-penulis blog boleh sahaja berhenti daripada menulis memandangkan keputusan mahkamah memihak kepada Saiful Bukhari.

Namun bila di fikirkan balik , penulisan di blog ini perlu diteruskan kerana cabaran selepas itu dirasakan jauh lebih mencabar dalam era atau pasca KETUM dalam penjara.

Nah apa yang dibimbangkan kini berlaku , sejak KETUM disumbat ke dalam penjara pelbagai perkara berlaku dan terkini di beritakan pula beliau akan bertemu dengan Ahli-Ahli Parlimen PKR di Kompleks Penjara Sungai Buloh.

Wehhh apa cerita ni ???? Kalau benarlah berita ni apa ke jadahnya yang sedang berlaku ????

Apakah dalam mesyuarat yang diadakan di Kompleks Penjara Sungai Buloh itu, akan dihadiri oleh warden-warden dengan tangan Anwar Ibrahim bergari dan para pelawatnya pula perlu berada dalam jarak tertentu dan tidak boleh menyentuh Anwar Ibrahim langsung bagi mengelakkan pemberian objek termasuklah senjata merbahaya kepadanya untuk diseludup masuk ke penjara?

Adakah terdapat rakaman CCTV yang dibuat oleh pihak penjara bagi memastikan mesyuarat berkenaan berlangsung mengikut piawaian dan standard penjara membabitkan banduan dan penjenayah seperti Anwar Ibrahim?

Atau sekali lagi, Anwar Ibrahim akan diberikan keistimewaan besar seolah-olah dia adalah Maharaja Kartel yang berjaya merasuah para warden dan pihak berkuasa penjara bagi membolehkan dia mendapatkan layanan istimewa seperti yang diperolehinya sekarang?

Apa penjelasan daripada pihak Penjara Sungai Buloh berhubung perkembangan terbaru ini? Adakah pihak berkuasa Penjara Sungai Buloh sudah tidak berupaya menjalankan tugas mereka atau sememangnya ada kepincangan besar berlaku membabitkan pengurusan dan pentadbiran Penjara Sungai Buloh?

Selain Anwar Ibrahim, adakah terdapat banduan-banduan lain yang diberikan keistimewaan sebegitu rupa di Penjara Sungai Buloh?  seterusnya 

KETUM tu banduan yang didapati bersalah sebagai PELIWAT !!! Yang dok bagi keistimewaan sangat tu kenapa ??? Ada cerita suap ka ni ???

MMI

Monday 30 March 2015

HADI Mengingatkan Saja Tak Cukup ,, SEDARLAH !!!!

Kemelut yang berlaku dalam Pakatan Haprak sememangnya membuktikan kepada seluruh rakyat bahawa Pakatan yang wujud itu bukanlah satu Pakatan yang mampu membawa kebaikan kepada rakyat.

Contohnya lihat sahaja apa yang berlaku di bumi Pulau Pinang , Selangor dan Kelantan.Tidak apa yang boleh dibanggakan pun melainkan satu persamaan mudah.

AIR !

Selangor sedang menghadapi masalah air yang amat kritikal akibat sikap besar kepala dan bodoh sombong Menteri Besarnya yang baru dan tidak ketinggalan juga Pulau Pinang apabila Ketua Menterinya sudah pun menaikkan lagi surcaj air yang kini perlu ditanggung oleh rakyat.KELANTAN juga baru sahaja dilanda masalah air yang telah menyebabkan puluhan ribu rakyatnya terpaksa mendapatkan perlindungan.

Semuanya berkaitan air !! Kalau dah Pakatan atas nama Rakyat ni hebat sangat kenapa semua permasalahan itu berlaku ? 

Hakikatnya ramai yang terpedaya kerana janji bulan dan bintang sedangkan Pakatan yang dibina itu hanyalah satu Pakatan HAPRAK yang lebih mementingkan kepentingan politik satu-satu pihak.

1.DAP mahu menguasai Pakatan Haprak supaya tunduk dan mengikut seleranya !

2.PKR mahu menggunakan seluruh penyokong dan penjilat tegar pembangkang untuk membebaskan seorang peliwat semata-mata !

3.PAS Aduhai ... Sentiasa menjadi mangsa keadaan kerana kelemahan dan sikap sombong mereka sendiri.Kini suasananya nampak sedikit berubah namun timbul persoalan sejauh mana PAS mampu merubah dan benar-benar faham bahawa Pakatan Haprak tidak akan mampu menjadi tumang kepada agenda parti terbabit.

Meh kita baca apa kata Hadi rentetan serangan bertali arus DAP terhadap beliau ...

Serangan yang dilakukan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng terhadap Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan kepimpinan negeri dianggap sesuatu yang tidak kena pada tempatnya dan tidak berasas, lebih-lebih lagi apabila Guan Eng sendiri tidak memahami perkara yang dikatakannya.

“Saya menganggap itu peluru kosong, tak kena sasaran pun,” ujar Abdul Hadi dalam sebuah wawancara bersama media pada Jumaat.

Tambah Abdul Hadi, PAS sebenarnya mengambil kira kepentingan semua kaum yang ada di Malaysia dan bukannya pada satu-satu kaum tertentu.

“DAP nampaknya menjaga kepentingan satu kaum saja iaitu orang bukan Islam dan tidak ambil hati orang Islam yang merupakan  60 peratus daripada populasi penduduk. Itu dia kena sedar.

“Orang Islam jangan diapa-apakan kedudukan mereka. Usul yang kita bawa ini tidak menyentuh orang bukan Islam. Mengapa dia timbulkan isu ini?” kata Ahli Parlimen Marang itu.

Menurut beliau, PAS mahu mendahulukan orang Islam dalam aspek dan ruang yang membolehkan tuntutan syariat dilaksanakan. Itu menurutnya, boleh menjadi contoh kepada orang bukan Islam untuk menilai sendiri tentang Islam.

“Adakah dia takut apabila kita hendak tunjukkan kepadanya mengenai Islam? Jangan takut,” kata Abdul Hadi.

Pada 24 Mac lalu, Guan Eng memberitahu mahu memutuskan hubungan dan menghentikan kerjasama dengan Presiden PAS kerana bertindak secara tidak jujur dan bermaruah dalam Pakatan Rakyat.

Beliau berkata keputusan untuk memutuskan hubungan dengan Abdul Hadi secara efektif itu akan meletakkan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat dalam keadaan terawang-awang.

Sehubungan itu, Guan Eng berkata DAP akan bertemu dengan kepimpinan PKR untuk membincangkan nasib Pakatan Rakyat pada masa depan.

“Yang menentukan maruah saya bukan dia. Rakyat yang tentukan maruah saya. Alhamdulillah saya dapat tentukan maruah saya pegangan saya dengan Islam,” ujar Abdul Hadi.

Tambah beliau, PAS boleh memberikan kerjasama dengan semua pihak dalam Pakatan Rakyat, namun kerjasama tersebut bergantung kepada Perlembagaan dan hala tuju perjuangan PAS.

Abdul Hadi turut mengingatkan rakan gabungan pakatan tersebut bahawa sebelum ini telah dipersetujui bahawa setiap parti mempunyai dasar-dasar yang berbeza. - astroawani

ADUHAI Hadi Awang SEDARLAH !!!

Segala kata-kata bergula itu tidak lagi mampu menyekat apa yang yang sedang berlaku !

Hakikatnya jika setakat itu sahajalah tindakannya , waima kedudukan presiden kekal kepada Hadi Awang sekalipun PAS akan terus berubah menjadi lebih teruk daripada hari ini.

Selebihnya terpulang kerana sikap toleransi yang ditunjukkan oleh PAS selama ini kepada sahabat sebantalnya DAP tidak pernah dianggap sebagai toleransi tetapi penyerahan diri kepada ideologi dan dasar politik pasca sama rata.

MMI

Akibat Terlalu Ghairah Dengan Rosmah !!


Barangkali inilah akibatnya apabila terlalu obses atau ghairah tak bertempat sehingga perkara paling bodoh semacam ini pun menjadi bahan untuk melempiaskan nafsu serakah songsang terhadap Datin Seri Rosmah Mansor.

Jika diamati kenyataan dalam print screen di atas jelas ianya merujuk kepada kehadiran Datin Seri Rosmah dalam mesyuarat kabinet kerajaan ! Soalnya benarkah apa yang dinyatakan terbabit ? Hello kenyataan ini daripada seorang Ahli Parlimen DAP dan adakah setakat ini sahaja standard Ahli Parlimen pembangkang ?

Nga Kor Ming sebagai Ahli Parlimen Taiping jelas telah memfitnah Datin Seri Rosmah kerana penyebaran gambar terbabit dan isi kandungan kenyataannya tidak benar sama sekali.

Untuk rekod gambar terbabit dirakamkan di sebuah hotel di luar negara ketika kunjungan rasmi YAB Datuk Seri Najib Tun Razak , Perdana Menteri Malaysia.

Tidakkah Nga Kor Ming berasa malu dengan tindakan bodoh lagi memualkan ini ?

Well inilah sikap pembangkang , selagi mana kita masih berlembut selagi itulah mereka akan terus melakukan tindakan yang sama.Mereka tidak pernah hairan pun untuk ditangkap oleh pihak Polis kerana mereka tahu tindakannya tidak akan sampai ke mana.

Akhirnya mereka yang ditangkap itu akan diangkat sebagai hero oleh penyokong pembangkang.

Kita ? Terus bertahan !! Sampai bila ????

MMI

Rang Undang2 Pencegahan Keganasan 2015 PoTA Di Bentang Hari Ini

Apa yang kita harapkan semoga pembentangan PoTA mampu menyelesaikan banyak perkara yang dilihat semakin menjadi-jadi.

Alasan kononnya atas nama hak dan kebebasan rasanya tidak lagi relevan sekiranya tindakan itu boleh atau menyebabkan pihak lain berasa tidak selesa.

Apa yang pasti , selepas ini kita mungkin akan mendengar suara-suara sumbang kononnya PoTA bukanah satu undang-undang yang baik.

Maklumlah yang bersuara tu selalunya mereka yang suka meliwat undang-undang !

Rang Undang-Undang Pencegahan Keganasan (POTA) 2015 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini.

Rang undang-undang tersebut yang akan membolehkan pihak berkuasa melakukan tahanan pencegahan dibentangkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Suspek boleh ditahan sehingga 59 hari sebelum dibawa Lembaga Pencegahan Keganasan yang mana boleh dikenakan hukuman penahanan selama dua tahun.

Ekoran itu juga, tempoh penahanan juga boleh diperbaharui.

Bagaimanapun, lembaga itu mempunyai kuasa untuk menentukan sama ada penahanan itu mempunyai asas dan mengarahkan individu itu dibebaskan jika perlu.

Akta itu juga mencegah penahanan daripada mengganggu mahkamah dengan matlamat untuk membuat permohonan semakan kehakiman atau habeas corpus.

Ahli lembaga terdiri darpada pengerusi, timbalan pengerusi dan antara tiga hingga enam menjadi anggota lemabaga, yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong untuk berkhidmat selama tiga tahun.

Pengerusi memerlukan kelayakan undang-undang dan sekurang-kurangnya 15 tahun pengalaman di lapangan tetapi tidak memperincikan kriteria bagi anggota yang lain.

MMI

Tindakan Portal TMI Bersifat PROVOKASI - @shaberyc

Tindakan portal berita The Malaysian Insider untuk terus menyiarkan laporan kononnya Majlis Raja-Raja menolak cadangan meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355 untuk memberi laluan kepada pelaksanaan hudud di Kelantan, adalah seperti terus mencabar keupayaan Institusi Raja-Raja.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata sikap portal itu amat dikesali.

“Kita rasa tindakan portal itu adalah untuk melihat sejauh manakah bukan sahaja kesabaran orang Melayu, kesabaran rakyat negara ini, kesabaran Institusi Majlis Raja-Raja, tetapi ia cuba untuk terus mencabar tiang utama dalam sistem negara,” katanya semasa satu sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata tindakan menulis dan menerbitkan artikel itu adalah bersifat provokasi untuk melihat apakah tindakan kerajaan dan reaksi orang ramai.

“Saya rasa ianya menyentuh perasaan rakyat keseluruhannya tentang soal bagaimanakah rakyat melihat perkara-perkara yang selama ini menjadi tiang seri kepada sistem kita.

“Jika dia cuba menggoncangkan tiang seri ini, kalau tiang seri ini runtuh, adakah rakyat boleh terima atau tidak?

“Kita anggap ini satu provokasi yang menguji semua pihak termasuk kerajaan dan rakyat,” katanya.

Portal berkenaan dalam satu laporan pada Khamis lepas mendakwa Mesyuarat Majlis Raja-Raja pada 11 Mac menolak cadangan meminda akta dalam Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan pelaksanaan hukum hudud.

Namun pada hari yang sama, Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Takiyuddin Hassan segera mengeluarkan kenyataan menafikan bahawa pindaan Enakmen Jenayah Syariah II (1993) 2015 di Kelantan melibatkan Majlis Raja-Raja.

Beliau telah berkata soal berkaitan pindaan itu hanya tertakluk di bawah bidang kuasa Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V selaku Ketua Agama negeri.

Ekoran itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan ke atas laporan portal terbabit. - astroawani

Ada yang kata kita terlalu berlembut dalam mendepani hal sebegini sehingga pihak terbabit besar kepala.Sejujurnya kadang-kadang kata-kata itu ada benarnya dan lihatlah apa yang telah berlaku , saban hari ada sahaja fitnah dan tuduhan jahat terhadap pihak kerajaan mahupun individu tertentu kerana kepentingan politik.

Bukan sekali dua tindakan begini berlaku dan sayangnya portal-portal seperti TMI masih dibiarkan beroperasi.

Macam biasa MMI masih menantikan apa tindakan yang bakal diambil terhadap portal terbabit !

MMI

Sunday 29 March 2015

DAP Bodo Tak Boleh Di Ajar !!

DAP Kedah yang dipengerusikan Tan Yen Chai menyifatkan keputusan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng memutuskan hubungan dan kerjasama dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung isu hudud, sebagai tidak mengamalkan demokrasi.

Beliau berkata negara ini mengamalkan demokrasi dan dengan itu PAS mempunyai hak untuk mengemukakan usul Rang Undang-Undang Persendirian berhubung pelaksanaan hukum hudud di Dewan Rakyat.

"DAP kena kalau betul-betul nak tolak hudud, tolak dalam Parlimen (Dewan Rakyat) melalui undi barulah demokrasi," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Setiausaha Organisasi DAP Kedah Law Theng Hooi pula berpendapat tindakan Lim itu sebagai terburu-buru.

Beliau bimbang keadaan itu akan menyebabkan timbul persepsi buruk dalam kalangan pengundi, selain menyebabkan kemelut PR bertambah buruk.

"Dia (Lim) patut ada semangat Pakatan Rakyat (PR), jangan terburu-buru sebab dia perlu ambil kira penyokong PR pelbagai kaum yang banyak beri sumbangan," kata Law.

Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang dalam satu kenyataan baru-baru ini berkata DAP tidak boleh lagi bekerjasama dengan Abdul Hadi kerana didakwa tidak jujur dan tidak bermaruah.

Ini susulan tindakan Abdul Hadi mengemukakan usul Rang Undang-Undang Persendirian berhubung pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) atau hudud di Dewan Rakyat.

Jawatankuasa DAP Kedah yang diterajui Tan tidak diiktiraf Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP kebangsaan, apabila pada Mei 2013, Lim melantik Zairil Khir Johari sebagai Pengerusi Interim DAP Kedah. Pada Konvensyen Biasa DAP Kedah 2014, Anggota Dewan Undangan Negeri Derga Tan Kok Yew dipilih sebagai Pengerusi DAP Kedah.

Bagaimanapun, Pendaftar Pertubuhan (ROS) mengiktiraf jawatankuasa dipengerusikan Lee Guan Aik ketika itu sebagai sah, menyebabkan wujud dua kumpulan dalam DAP Kedah. Tan Chun Ping dipilih menggantikan Guan Aik pada Konvensyen Biasa DAP Kedah 2014, sebelum diterajui Tan. - Bernama

Bayangkan masalah dalaman parti pun serabut , ada hati nak kacau parti orang lain !! Demokrasi ?? Hahaha moral of the story 2 2 DAP tu gila babi !! 

MMI

GST Pemuda Desak MOF Beri Penjelasan Kepada RAKYAT @azwanbro @RRAFIZAL

Pergerakan Pemuda UMNO mendesak Kementerian Kewangan (MoF) untuk menggunakan baki dua hari lagi untuk memberi penjelasan kepada pengguna akhir yang akan menanggung cukai barangan ‎dan perkhidmatan (GST) bermula 1 April ini.

Naib Ketuanya, Khairul Azwan Harun berkata, kementerian itu juga perlu segera mengemas kini senarai barangan serta perkhidmatan berkaitan supaya pengguna tidak tertipu ‎oleh penjual apabila GST berkuatkuasa nanti.
‎"Kita ‎desak MoF segera dalam tempoh dua hari lagi untuk permudahkan pejelasan kepada pengguna akhir yang akan menanggung GST.
"‎Barang dan perkhidmatan yang akan dikenakan GST perlu dikemaskini dan diperincikan supaya pengguna tidak tertipu oleh penjual. Jika ia berlaku, pasti keadaan akan menjadi kelam kabut," katanya ketika menghubungi Astro AWANI di sini hari ini.

Khairul Azwan mengulas keresahan dan kegusaran orang ramai menjelang pelaksanaan GST Rabu ini.

Sebelum ini, ‎Restoran Oldtown White Coffee telah memuat naik paparan contoh kiraan harga baharu makanan dan minuman mereka selepas pelaksanaan GST.

Paparan itu sekali gus‎ ‎mendapat reaksi negatif daripada orang ramai yang mempersoalkan mengenai ketelusannya.

‎Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan ketika diminta mengulas mengenai paparan harga tersebut berkata caj perkhidmatan tidak semestinya diletakkan pada kadar 10 peratus.‎

Dalam pada itu kata Khairul Azwan, rakyat kini sudah mulai faham dan menerima kebaikan sistem GST ini.

"Cuma rakyat masih dalam kegelapan yang mana barang dan perkhidmatan dikenakan GST atau dikecualikan," ujarnya.

Sebelum ini, MoF mengeluarkan kenyataan untuk menambah lebih banyak barangan dan perkhidmatan yang akan dikecualikan GST. -astro awani

MMI

Pemuda KEDAH Minta Tindakan TEGAS Terhadap Portal Malaysian Insider

Pemuda UMNO Kedah mahu tindakan tegas dikenakan terhadap pemilik portal Malaysian Insider berhubung laporannya yang mendakwa kononnya Majlis Raja-Raja berkenan menolak pelaksanaan hukum hudud di Kelantan.

Ketuanya Datuk Saiful Hazizy Zainol Abidin berkata laporan oleh portal tersebut yang mengaitkan Majlis Raja Raja dengan hukum Hudud menggambarkan Malaysian Insider kini terdesak.

“Institusi Diraja adalah simbol kebanggaan negara dan tidak perlu dicemari dengan tangan-tangan pihak tidak bertanggungjawab,” katanya kepada pemberita di luar Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar hari ini.

Terdahulu, pembantu khas beliau, Shamsul Baharin Shaarom membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar meminta siasatan polis dilakukan terhadap Malaysian Insider berhubung laporannya itu.

Khamis lepas Penyimpan Mohor Besar Raja Raja Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad berkata pihak majlis telah membuat laporan di Balai Polis Jalan Travers, Kuala Lumpur bagi menegaskan apa yang disiarkan dan diterbitkan oleh portal itu adalah tidak benar dan bukan dikeluarkan oleh pejabat majlis berkenaan.

Beliau berkata Majlis Raja-Raja tidak membincangkan perkara yang dihebohkan itu dalam mesyuaratnya dan pejabat itu juga tidak mengeluarkan siaran akhbar bertarikh 25 Mac yang menyentuh hudud.

Macam biasa MMI masih menantikan tindakan yang akan diambil terhadap portal pro pembangkang terbabit !!

Baca artikel berkaitan di SINI 

MMI

ZOMBIE Dalam PAS !!

Gambar sebelah menunjukkan penyokong-penyokong PAS yang berhimpun di salah satu PRK sebelum ini.

Pastinya bila disebut PRK maka gerombolan ini hadir dari segenap penjuru negara untuk menyatakan sokongan kepada calon mereka.

Satu perkara biasa yang sering berlaku dalam setiap PRK sama ada di kem kerajaan mahupun pembangkang.

Namun yang menjadi misteri hari ini adalah di mana kelibat mereka-mereka ini ? Rasanya dalam mana-mana program melibatkan Pakatan Haprak (kini) gerombolan semacam ini sudah tidak lagi kelihatan.Ramai yang tertanya-tanya ke mana mereka menghilang ?

Rasanya mungkin persoalan di atas terlalu mudah untuk dijawab memandangkan ramai sedia maklum bahawa pergeseran politik peringkat tertinggi dalam Pakatan Haprak kini sedang berlaku.Lihat sahaja bagaimana bongkaknya DAP melayan PAS sampaikan ada dikalangan pimpinan DAP sendiri yang sudah membuka mulut supaya PAS segera meninggalkan Pakatan Haprak.

Tak cukup dengan itu DAP semakin lantang apabila membiuat kenyataan rasmi memutuskan hubungan dengan Presiden PAS Hadi Awang !

Fuh kalau diikutkan maka tamatlah riwayat PAS bersama Pakatan Haprak tetapi yang lebih misterinya PAS sehingga ke hari ini masih lagi bersama Pakatan Haprak ! 

Presiden dah kena maki dan hina pun PAS masih setia bersama Pakatan Haprak ? Apa hal ?

Oh rupa-rupanya DAP memutuskan hubungan hanya dengan Presiden PAS bukan dengan parti PAS !

Satu strategi kasar tapi tapi penuh dengan muslihat dan jika pimpinan serta penyokong PAS yang pro kepada Hadi Awang tidak melakukan sesuatu maka PASTI PAS selepas ini akan tinggal nama.PAS selepas ini akan berubah wajah menjadi sebuah parti sekular yang lebih mementingkan kedudukan dan kuasa politik daripada prinsip serta pendirian parti.

Kenapa DAP begitu berani dan lantang dalam hal ni ?

Hahaha tak perlu fikir sangat , lihat sahaja proses pemilihan parti yang telah mengangkat Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden.Disitu sahaja kita sudah dapat melihat bagaimana kempen dan gerakan untuk menyumbat parasit berjiwa DAP ke dalam PAS telah berjaya.

Bertitik tolak dari situlah maka proses pengembangan parasit-parasit lain mula digerakkan sehingga hari ini kedudukan Presiden parti sendiri pun tergugat !

Kalau kita amati senario terkini , hanya kumpulan ulama dalam PAS sahaja yang menjadi benteng kepada pertahanan Hadi Awang selaku Presiden parti berdepan dengan gerakan terancang ahli dan sahabat dalam Pakatan Haprak.

Yang lain mana ? Jangan lupa sebahagian besar sudah pun terlibat secara drastik dengan PASMA agen DAP dalam PAS yang telah dipersiapkan untuk menawan PAS pada bila-bila masa sahaja.Segelintir lagi berdiam diri kerana bersetuju dengan proses untuk merubah perjuangan PAS menjadi sebuah parti sekular seiring dengan perjuangan DAP mencapai matlamatnya sama rata.

Sebahagian kecil pula masih bersimpati dengan manusia bernama Anwar Ibrahim dan kekal menjadi penyokong kuat kepada politik anak beranak ini atau dalam bahasa mudahnya mereka yang termakan budi dengan peliwat.

Selebihnya masih terpinga-pinga , apak yang sedang berlaku dalam PAS ?

Berdasarkan maklumat ada sebahagiannya ditipu hidup-hidup oleh pimpinan yang pro kepada PASMA dan Pakatan Haprak bahawa tidak ada apa yang perlu dibimbangkan kerana Presiden dan parti berada dalam keadaan yang baik.Apa yang dihebohkan diluar itu adalah propaganda UMNO yang mahu melihat PAS berpecah.

Kenapa begitu bodoh dan tolol puak-puak ni sampai hal semacam ini pun boleh percaya ?

Hihihi semua tu berlaku disebabkan doktrin DAPigs dan Pakatan Haprak kepada penyokong-penyokong PAS supaya jangan sesekali mempercayai apa yang disampaikan oleh media perdana dan media-media alternatif pro UMNO dan Barisan Nasional.

Kesannya ? Hari ini Presiden PAS hanya dipertahankan oleh kepimpinan ulama yang dilihat mampu ditumbangkan oleh kumpulan yang pro kepada Pakatan Haprak.

Mana perginya yang lain ? Keliru ? Tak faham ? Hilang punca ?

Sama ada suka atau tidak , keputusan DAP memutuskan hubungan dengan Presiden Hadi Awang samalah ertinya dengan memutuskan hubungan dengan parti PAS.Hanya mereka yang dungu dan tidak punya maruah sahaja yang sudi melihat serta membiarkan perkara seumpama ini berlaku tanpa melakukan apa-apa.


Adehh inilah natijahnya apabila PAS terlalu lama mengabaikan ahli sendiri sehingga akhirnya ahli-ahli itu berubah sifatnya menjadi ZOMBIE yang hanya berkeliaran dalam siri-siri ceramah dan pentas politik.

Langsung tak boleh fikir !!

Psst teringat cerita Mamat Khalid .. Otakkkk !! Otakkkk !! Otakkk !!!

MMI

Friday 27 March 2015

6 Di Berkas Polis & Rafizi Turut Di Tahan BUKTI Mereka Adalah ANCAMAN Kepada NEGARA !!

Sekalung tahniah MMI ucapkan kepada PDRM kerana bertindak mengekang seterusnya menahan puak-puak lahanat yang sejujurnya cuba untuk memburukkan nama Malaysia di persada dunia.

Dari pengamatan MMI sendiri tidak ada punca gerakan sedemikian diadakan melainkan dengan niat tertentu yang cuba berselindung disebalik usaha membebaskan Anwar Ibrahim.

Mereka sendiri tahu bahawa Anwar sememangnya bersalah dan itu adalah hakikat sebenar yang telah diputuskan oleh pihak mahkamah.

Tidak ada jalan lain lagi untuk menutup malu sendiri kerana mempertahankan seorang peliwat melainkan menghasut rakyat untuk turun ke jalan raya.

Slogan-slogan dan kata-kata berbau hasutan yang digerakkan oleh kumpulan terlibat dengan sokongan pemimpin pembangkang adalah jelas bukan sahaja tindakan melampau tetapi merupakan gerakan yang cukup membahayakan kepada keselamatan negara.

Sebagai contoh kejadian malam tadi , berlaku pergelutan dengan anggota penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang cuba untuk menurunkan kain rentang yang menggesa pemecatan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Susulan itu polis menahan enam aktivis, termasuk dua wakil rakyat PKR ADUN Simpang Pulai, Tan Kar Hing dan ADUN Teja, Chang Lih Kang.

Persoalannya kenapa nak pecat Ketua Polis Negara ? Sebab beliau sering kali bertindak terhadap gerakan jalanan lagi propaganda yang boleh mengancam keselamatan negara ?

Agak-agak bro ! Puak-puak ni dah memang hampeh , jangan ingat Malaysia tidak punya undang-undang !!!

Dalam masa yang sama Polis hari ini menahan naib presiden PKR Mohd Rafizi Ramli di bawah Akta Hasutan 1948 bagi membantu siasatan berhubung kenyataan beliau di media sosial yang dipercayai berbaur hasutan baru-baru ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Zainuddin Ahmad mengesahkan perkara itu dan berkata penahanan itu dibuat berkaitan kenyataan beliau yang dipercayai mengundang penyokong-penyokong lain untuk membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang kini menjalani hukuman penjara.

"Beliau ditahan pada pukul 3 petang di pejabatnya di Pandan Prima dan permohonan reman akan dibuat esok," katanya ketika dihubungi hari ini.

Mahkamah Persekutuan pada 10 Feb lepas, menolak rayuan Anwar terhadap sabitan dan hukuman penjara kerana meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bahari Azlan pada 2008 dan mengekalkan hukuman penjara lima tahun.

MMI sokong tindakan pantas lagi cepat pasukan PDRM cumanya ramai dikalangan rakyat mahu melihat puak-puak ini bukan sahaja di tangkap tetapi ditahan dalam satu tempoh yang setimpal dengan perbuatan mereka.

Jangan setakat mengambil keterangan tak ada guna kerana puak-puak ini adalah ancaman kepada keselamatan rakyat dan negara.

MMI

Kampung Melayu Di Pulau Pinang Ibarat Kota ATLANTIS

Rasanya perumpamaan diatas boleh digunakan apabila satu persatu kampung-kampung milik orang Melayu di Pulau Pinang hilang.

Hilang dan lenyap kerana sikap rakus kerajaan negeri yang lebih mementingkan pembangunan tak sekata daripada membantu rakyat.

Mitos atau legenda Kota Atlantis yang hilang akibat di telan laut hampir-hampir menyamai apa yang telah dan sedang berlaku di bumi Pulau Pinang dan ianya dilihat tidak akan berkesudahan.

KAMPUNG Bagal Jermal berhampiran Persiaran Gurney semakin terhimpit

Persiaran Gurney yang menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara di sini, bakal berubah wajah tidak lama lagi selepas sebahagian kawasan tersebut dijangka dibangunkan dengan projek komersial. Perkara itu berikutan notis yang dikeluarkan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) bagi kerja-kerja pembangunan tanah di atas lot 1011, 1372 dan 2882 di kawasan berkenaan.

Sebahagian lot tanah tersebut meliputi kawasan Jalan Kelawai berdekatan bulatan Persiaran Gurney serta kawasan penempatan penduduk. Projek terbaharu oleh MPPP itu mengundang kebimbangan penduduk kerana bakal merubah sepenuhnya landskap Persiaran Gurney pada masa depan.

Malah, projek pembangunan itu juga bakal menyebabkan Persiaran Gurney bertambah padat dengan bangunan komersial, sekali gus memburukkan lagi keadaan lalu lintas yang sudah sedia sesak ketika ini.

Menurut jurucakap Citizens Awareness Chant Group (Chant Group), cadangan pembangunan di atas tapak tanah milik MPPP itu sangat mengejutkan memandangkan kawasan berkenaan disifatkan sudah terlalu sesak dengan pembangunan komersial.

Katanya, MPPP sepatutnya memanggil penduduk di kawasan tersebut dan mendapatkan maklum balas sebelum meneruskan sebarang cadangan pembangunan di kawasan berkenaan.

Tambahnya, selain deretan hotel-hotel mewah dan bangunan komersial, kawasan itu juga sudah mempunyai kompleks beli-belah mega, sekali gus dilihat tidak lagi sesuai dibangunkan dengan projek komersial baharu.

“Malangnya kita tidak pernah mendengar MPPP atau kerajaan negeri mengadakan dialog dengan penduduk tentang cadangan pembangunan di kawasan ini. “Sedangkan cadangan pembangunan ini boleh disifatkan sebagai kritikal kerana bukan hanya merubah landskap Persiaran Gurney, malah akan menyebabkan penduduk di kawasan tersebut menanggung kesan kerana kepadatan projek komersial,” katanya.

Sementara itu, Presiden Kongres Persatuan Melayu Pulau Pinang (KMPP), Rahmad Isahak berkata, kerajaan negeri sepatutnya tidak membenarkan kawasan tersebut dibangunkan dengan lebih banyak projek komersial kerana dilihat tidak lagi sesuai dengan keadaan sema­sa.

Sambil mela­hirkan rasa terkejut, beliau juga membidas kerajaan DAP Pulau Pinang yang disifatkan lepas tangan dalam membantu penduduk di kawasan itu menyelesaikan isu pertikaian dengan tuan tanah sehingga menyaksikan sebuah lagi penempatan bakal dimusnahkan.

Menurutnya, kerajaan negeri sepatutnya mengambil langkah lebih berkebajikan dan berperikemanusiaan dalam menyelesaikan masalah pertikaian antara penduduk dengan pemilik tanah supaya tiada pihak dilihat seperti teraniaya.

“Penduduk kampung juga merupakan rakyat dan pengundi di negeri ini dan ada antara mereka yang turut membayar cukai pintu kepada MPPP, jadi tidak seharusnya kebajikan mereka diabaikan,” katanya. -utusan

MMI

Pengampunan Anwar Di Tolak ??

Lembaga Pengampunan telah melupuskan (disposed) petisyen dari keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ia nampaknya bukan satu berita baik untuk ketua pembangkang itu.

Bagaimanapun, peguam Anwar N Surendran tidak mahu mendedahkan apa keputusan tersebut, sementara menunggu pengesahan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada hari Rabu.

Ketika ditemui, Peguam Kanan Persekutuan Amarjeet Singh memberitahu pemberita petisyen itu telah ditolak, dan dengan itu, kedudukan perlembagaan adalah jelas mengenai perkara itu.

Tambahnya, afidavit yang dibuat oleh Ketua Pengarah Bahagian Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri telah dihantar kepada pemohon.

Ketua pengarah adalah sebahagian daripada urus setia Lembaga Pengampunan, yang dipengerusikan oleh Yang di-Petuan Agong.

Dengan ini, permohonan Anwar untuk mendapatkan pengampunan mungkin akan ditolak dan dia perlu menjalani hukuman lima tahun penjara selepas disabitkan atas tuduhan liwat.

Ini juga bermakna bahawa kerusi Parlimen Permatang Pauh yang diwakilinya akan diisytiharkan kosong tidak lama lagi.

Keputusan itu disampaikan kepada Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Asmabi Mohamad dalam kamar, yang kemudian menetapkan Rabu ini untuk pengesahan lanjut.

Hari ini pada mulanya ditetapkan untuk mendengar permohonan Anwar untuk mendapatkan kebenaran bagi semakan kehakiman bagi menghadiri sidang parlimen yang berakhir pada 9 April. sumber malaysiakini

Secara ringkasnya MMI andaikan bahawa permohonan keluarga Anwar untuk mendapatkan pengampunan di tolak.Apa pun kita tunggu keputusan penuh supaya semuanya lebih jelas.

Cuma terfikir kalau benarlah keputusan itu diTOLAK ! Adakah puak-puak pembangkang akan sekali lagi turun ke jalan raya dan berdemo menentang DYMM SPB Yang Di Pertuan Agung ???

Hmm makin menarik !!!

MMI

Thursday 26 March 2015

SKMM Siasat Dakwaan Majlis Raja-Raja Tolak Hudud

Inilah akibat yang perlu kita depani apabila terlalu berlembut dengan pihak-pihak yang kita tahu sering kali mengambil kesempatan terhadap apa jua keadaan demi kepentingan politik satu-satu pihak.

Kita pernah mendengar suara-suara pembangkang yang membuat tuduhan kononnya UMNO menggunakan segala ruang media untuk kepentingan parti tersebut , tetapi jarang sekali kita mendengar suara yang mengatakan pembangkang menggunakan segala medium khususnya media sosial untuk menyebarkan fitnah dan juga hasutan berbau politik.

Adakah kerana mereka pembangkang ? Sorry to say ramai dikalangan rakyat kita sebenarnya telah dikelirukan oleh propaganda jahat pembangkang dan mereka tidak pernah serik untuk melakukannya.

Kini mereka kembali menyerang institusi Raja apabila satu penyebaran kenyataan kononnya Majlis Raja-Raja menolak pindaan untuk melaksanakan hudud di keluarkan oleh salah satu portal pro pembangkang !

Kerana itu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) akan menyiasat penyebaran tersebut kerana dakwaan bahawa kenyataan itu dikeluarkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja berhubung pelaksanaan hudud di Kelantan adalah satu tuduhan atau fitnah yang cukup jahat.

Susulan itu, menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata masyarakat perlu berhati-hati dalam mempercayai sebarang kenyataan tanpa usul periksa.

“Kita akan siasat dan perkara itu tidak benar. Ada orang cuba mempalitkan Majlis Raja-Raja dalam isu hudud.

“Sebagaimana saya katakan, setiap perkara yang tersebar, kita mestilah mendapat pengesahan atau verifikasi lebih awal. Jangan cepat percaya apa yang tersebar terutamanya dalam media sosial hari ini”, katanya ketika mengulas berhubung kenyataan yang dikeluarkan sebuah portal berita itu.

Beliau turut menegaskan supaya masyarakat tidak terlalu percaya dengan sebarang kenyataan yang bertujuan untuk memecah-belahkan keharmonian kaum di negara ini.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan sebuah portal berita itu mendakwa mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu menolak cadangan meminda Akta Mahkamah Syariah (bidang kuasa jenayah) 1965 atau Akta 355, Undang-Undang Persekutuan yang perlu dipinda kerajaan PAS Kelantan bagi membolehkan pelaksanaan hudud.

Sementara itu Bernama melaporkan , Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja hari ini membuat laporan polis bagi menafikan penyiaran sebarang kenyataan berhubung pendirian Majlis Raja-Raja dalam isu hudud.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad berkata, laporan yang dibuat di Balai Polis Jalan Travers di sini pagi tadi juga bagi menegaskan apa yang disiarkan dan diterbitkan adalah tidak benar dan bukan dikeluarkan oleh pejabat berkenaan.

“Mesyuarat Majlis Raja-Raja tidak membincangkan perkara yang dihebohkan itu dalam mesyuaratnya.

“Pejabat itu juga tidak mengeluarkan siaran akhbar bertarikh 25 Mac (semalam) yang menyentuh perkara (hudud) itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Apa pun kita mahukan supaya pihak terlibat dikenakan tindakan sekeras-kerasnya kerana sudah terlalu banyak kejadian seumpamanya berlaku.

Apa yang MMI tunggu adalah sejauh mana tindakan yang bakal diambil terhadap portal terbabit ?

MMI

Rafizi & Ahli Parlimen Pembangang Hanya BERANI MENYALAK Di Luar !!

Sesi penggulungan titah DiRaja oleh Kementerian Kewangan yang dijangka hangat dan memakan masa panjang bagaimanapun selesai dalam tempoh lebih sejam.

Ahli Parlimen, (MP) pembangkang seperti PKR Pandan, Rafizi Ramli dan DAP Petaling Jaya Utara, Tony Phua yang sebelum ini saban hari lantang mengkritik syarikat pembangunan strategik, 1Malaysia Development Berhad, (1MDB) sewaktu sesi perbahasan, hilang entah ke mana.

Ramai menjangkakan dua nama terbabit yang selama ini kerap mengkritik dan membuat tohmahan terhadap kerajaan berhubung 1MDB akan berada di Dewan Rakyat ketika penggulungan kementerian terbabit.

Jadi moralnya, kedua-dua pemimpin pembangkang itu sekadar mempolitikkan isu 1MDB untuk menggugat keyakinan rakyat terhadap usaha berterusan kerajaan menjaga kepentingan rakyat dan memajukan negara.

Buktinya, Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah yang menjawab bagi pihak kementeriannya dapat menyentuh tiga isu utama iaitu Cukai Barangan dan Perkhidmatan, (GST), hutang negara dan 1MDB tanpa mengambil masa panjang.

Persoalan yang diutarakan beberapa ahli parlimen pembangkang mengenai 1MDB semuanya terjawap malah mereka langsung gagal untuk mengemukakan hujahan balas.

Antaranya Ahli Parlimen PKR Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mohd Akin yang bertanyakan sumber wang RM2 bilion yang digunakan untuk membayar faedah pinjaman 1MDB, Ahli Parlimen PAS Sepang, Hanipa Maidin mengenai kegagalan 1MDB bertindak terhadap akhbar yang memfitnahnya serta soalan Ahli Parlimen PKR Bayan Baru, Sim Tze Tsin mengenai duit pelaburan 1MDB yang berada di bank Singapura.

Semuanya dijawab Ahmad Husni malah beberapa Ahli Parlimen Barisan Nasional, (BN) turut berkesempatan mencelah antaranya Bagan Serai, Lipis, Kuala Selangor, Kalabakan dan Kinabatangan yang bertanyakan beberapa persoalan mengenai pelaksanaan GST.

Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Johari Abdul Ghani pula mengingatkan barisan ahli parlimen pembangkang bahawa kerajaan sedang melakukan kajian forensik audit akaun 1MDB sekaligus tidak wajar mengemukakan soalan-soalan berasaskan laporan media dari sumber-sumber tidak pasti.

Decorum parlimen katanya, sepakat bersetuju hanya akan menggunakan dokumen sah jika mahu membincangkan isu 1MDB.

Sekaligus, senario yang dipertontonkan itu harus diambil iktibar oleh orangramai bahawa pembangkang sedia melakukan apa sahaja untuk memburuk-burukkan kerajaan.

Mereka bagaimanapun hilang bilamana berada dalam situasi sebenar.

Pembangkang lari malah dibuktikan sekadar berpolitik, bukannya demi MEMPERJUANGKAN hak rakyat.

Buktinya jelas, namun pembangkang pasti akan memberikan alasan ketiadaan mereka sewaktu sesi penggulungan itu.

Lantaran itu, sila nilai semula segala dakwaan yang dibuat pembangkang terhadap kerajaan selama ini! -bnbbc

Pakatan Haprak Bakal BERKECAI - Haron Din

Keputusan DAP memutuskan hubungan dengan Pre­siden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dianggap amat melampau sekali gus memberi isyarat hubungan pakatan pembangkang bakal berkecai.

Perkara itu disua­rakan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din yang turut menyelar tindakan DAP menggelarkan Abdul Hadi sebagai pengkhia­nat kerana ia tidak patut dikeluarkan oleh rakan sekutu parti sendiri sedangkan orang biasa pun tidak mengeluarkan perkataan seumpama itu.

Beliau turut mempersoalkan kewajaran DAP berbuat demikian seperti mahu mengajar Pas seolah-olah mengarahkan parti itu untuk menukarkan Presiden jika mahu terus kekal dalam pakatan pembangkang.

“Adakah pada saat-saat seperti ini ketika kita semua mahu per­ba­i­ki semua keretakan, tiba-tiba DAP buat kenyataan yang meluaskan retak itu, memutuskan hubungan dengan Presiden mengisyaratkan kepada pakatan akan berpecah.

“Apa yang nyata bukan kita memulakan masalah keretakan ini, tidak fahamkah DAP bahawa Pre­siden adalah sebahagian dalam parti dan parti merupakan sebahagian Presiden, jadi mana mungkin dipisahkan? Kalau tidak mahu berhubung dengan Pre­siden nak berhubung dengan siapa?

“Parti di bawah arahan Presiden, amat pelik tindakan DAP itu, kita nampak isyaratnya adalah ke arah itu (berpecah). Apa maknanya kalau putus kepala kalau ekor tidak putus? Putus kepala maknanya mati, ertinya habis,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

DAP semalam mengambil keputusan untuk memutuskan hubu­ngan dengan Abdul Hadi berikutan tindakan Pas bertegas mahu me­laksanakan hudud di Kelantan dan pada masa sama, parti itu turut menuduh Abdul Hadi sebagai pe­mimpin yang tidak bermaruah dan tidak jujur.

Setiausaha Agung DAP yang belum disahkan, Lim Guan Eng dilaporkan berkata, keputusan sebulat suara dibuat oleh DAP kerana menganggap Abdul Hadi ‘pengkhia­nat’ dalam pakatan pembangkang kerana membentangkan usul rang undang-undang persendirian ber­kenaan hudud ke Parlimen tanpa pengetahuan parti itu.

Dalam pada itu, tokoh ulama berpengaruh itu berkata, Pas sudah berkali-kali menyatakan kepada DAP bahawa jika mereka merasakan tidak perlu lagi kepada pakatan, maka parti itu dipersilakan keluar daripada gabungan kerjasama antara mereka. Menurut beliau, DAP perlu membuat keputusan sebegitu tanpa lagi berdolak-dalik mencari pelbagai alasan dengan menjadikan isu hudud sebagai modal pekikan mereka.

Sedangkan Pas, katanya, meng­anggap pakatan masih lagi berguna dan boleh dipertahankan buat ketika ini sehingga keadaan menentukan sebaliknya.

“Kalau DAP rasa mahu keluar, keluar sahaja dan kita tunggu senario politik baharu,’’ katanya.
Mengulas lanjut, Haron berkata, DAP diminta merujuk semula keputusan pakatan pembangkang dalam soal hudud iaitu ketiga-tiga parti bersetuju dalam tidak bersetuju tentang agenda perjuangan Pas tersebut.

“Tidak mengapalah kalau mereka menentang hudud tetapi ja­nganlah sampai buat tuduhan begitu yang kurang sopan,” katanya. - utusan online

Wednesday 25 March 2015

Niat Mereka Sudah Semakin JELAS & TERANG , Apa Lagi Yang PAS Mahu ??

Agak pelik bunyinya apabila DAP memutuskan hubungan dengan Hadi Awang , Presiden parti PAS sedangkan dalam masa yang sama mengekalkan hubungan dengan parti tersebut.

Apakah keputusan itu dibuat kerana DAP masih punya harapan PAS akan kembali akur kepada telunjuk DAPigsnya ?

Atau keberanian DAP itu kerana mereka tahu bahawa agen-agennya kini sudah pun menguasai parti tersebut dan apa jua yang berlaku sekalipun jentera didikan mereka tidak akan hilang.

Kita tahu matlamat DAP dan agenda mereka ... cuma yang menjadi halangan kini hanyalah kehadiran pemimpin seperti Hadi dan barisan ulama dalam PAS ?

Pastinya keberanian DAP itu ada asasnya dan dari corak gerakan dan pendirian mereka jelas membuktikan DAP mahu supaya PAS segera diambil alih oleh kalangan mereka yang boleh akur dan tunduk kepada dasar perjuangan kesamarataan dan menjadikan hudud sebagai bahan untuk kempen politik semata-mata.

Realitinya DAP sejak dulu tidak pernah bersetuju dengan sebarang keputusan mahupun usaha untuk menguatkuasakan undang-undang hudud !

Kenapa ? Bukan soal undang-undang sangat pun tetapi lebih kepada sikap dan pendirian mereka yang tidak mahu melihat Islam terus bertapak di bumi Malaysia.Kenyataan ini ada asasnya kerana banyak dikalangan pemimpin DAP sendiri yang sering kali menyanggah kenyataan kerajaan bahawa Malaysia merupakan sebuah negara Islam.

Mereka lebih suka melihat Malaysia menjadi sebuah negara yang mengamalkan sikap keterbukaan selain mengamalkan konsep kesamarataan.

Persoalan yang sebenarnya membuktikan PAS sedang tenat ! Mereka GAGAL untuk memperlihatkan Islam kepada DAP seperti mana yang pernah dilaungkan oleh pemimpin PAS sendiri sebelum ini.

Kini mereka bukan sahaja sedang menyerang Hadi Awang habis-habisan tetapi turut menggunakan agen media mereka bagi mengelirukan rakyat.Baca kupasan menarik blogger Dr MiM di SINI 

Tidak cukup dengan itu hadir pula si banjingan ini yang cuba memanipulasi keadaan. Kenyataannya bukan sahaja menghina kedudukan Presiden PAS tetapi turut cuba mengelirukan rakyat khususnya ahli-ahli PAS yang masih buta hati di luar sana. 

Hairan bin ajaib penyokong-penyokong PAS masih lagi lena dibuai mimpi sedangkan kedudukan Presiden sendiri kini ibarat telur di hujung tanduk.

Apakah penyokong kumpulan ulama mampu menghadapi serangan bertali arus daripada agen-agen DAP dari dalam ? Kehadiran PASMA contohnya adalah BUKTI bahawa mereka sudah bersedia lebih awal.

Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PASMA) dalam kenyataannya semalam berkata jika PAS mahu kekal dalam Pakatan Rakyat, maka parti itu tiada pilihan lain kecuali menukar Presiden PAS daripada Datuk Seri Abdul Hadi Awang kepada individu lain.

“DAP hari ini memutuskan sebarang hubungan dan kerjasama dengan Presiden PAS. Presiden PAS dianggap menipu dan mengkhianati Pakatan Rakyat serta pengundi.

“Jika PAS ingin kekal dalam Pakatan Rakyat maka Presiden PAS Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang mestilah ditukar. Jika beliau masih kekal maka PAS mestilah bersendirian, “kenyataan daripada facebook PASMA Malaysia.

Begitu hebat sekali saranan dari ahli parti terhadap kedudukan presiden mereka,Soalnya adakah penyokong PAS sedar serangan ini hanya disebabkan oleh pendirian Hadi terhadap pelan cadangan serta pelaksanaan undang-undang hudud di Kelantan ?

Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan menerusi twitternya memuat naik beberapa siri komen mengusulkan bahawa sokongan dan kerjasama DAP dengan PAS dalam pakatan pembangkang akhirnya membantu mengasuh keinginan Hudud parti Islam itu.

“DAP harus dipersalahkan kerana meletakkan Malaysia dalam keadaan sukar ini. LKS (Kim Kit Siang) dan LGE (Lim Guan Eng) tanpa disedari menyediakan ekosistem itu kepada PAS,” katanya.

Menurut Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan , Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng harus mengaku kesilapan besar mereka yang menyebabkan Malaysia kini berdepan krisis perlembagaan.

“Terima kasih kepada kegagalan strategi DAP yang membawa ke hadapan debat sukar dan memecahbelahkan antara sekular dan agama rakyat pelbagai bangsa di Malaysia,” katanya.

Manakala Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, keadaan itu membolehkan rakyat melihat sendiri sandiwara pembangkang selama ini yang mengamalkan 'politik menghalalkan cara' walaupun sebenarnya mereka mempunyai asas perjuangan yang berbeza.    

"Hari ini apabila diuji dengan perkara pokok seperti hudud, jelas persefahaman mereka tidak begitu mendalam dan akhirnya rakyat sendiri dapat melihat mereka mempunyai perjuangan berbeza.

"Mereka tidak ada matlamat lain selain untuk merampas kuasa, untuk kedudukan, jawatan dan maki hamun pemimpin selain hidup untuk pecah belah masyarakat. Akhirnya rakyat dapat nilai sendiri perkara yang sebenar," katanya.

Akhir kalam berdasarkan rentetan peristiwa ini , niat DAP semakin jelas dan terang soalnya apa lagi yang dinantikan oleh PAS ?

Cuba untuk menjernihkan keadaan ?

Rasanya jika itulah pendirian PAS sekarang , keadaan akan semakin rumit dan PAS perlu bersedia untuk melihat satu perubahan besar dalam pentadbiran parti itu selepas ini.Dan perubahan itu bakal menyebabkan PAS berubah menjadi parti sekular yang menjadikan kopiah dan serban sebagai bahan untuk kepentingan politik Pakatan Haprak.

Pesanan MMI , jangan biarkan Mat Sabu terus berkeliaran dalam parti !! 

MMI

Perumahan Antara Agenda Terpenting DS @HishammuddinH2O Di @1MinDef @NajibRazak


Sekalung tahniah MMI ucapkan kepada Menteri Pertahanan Malaysia , Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein kerana sekali lagi telah melaksanakan tanggungjawab serta kewajipan bagi pihak kerajaan khususnya dalam menyediakan prasarana terbaik kepada warga tentera yang selama ini telah banyak berkorban untuk negara.

Sejawarnya tindakan ini dilihat sebagai salah satu daripada kejayaan bersama pihak kerajaan dan Kementerian Pertahanan dalam mengotakan janji untuk menyediakan perumahan yang baik dan selesa kepada rakyat.

Mengambil kira anggota tentera juga adalah sebahagian daripada rakyat maka pembinaan rumah keluarga untuk angkatan tentera juga merupakan perkara penting dalam kita membina persekitaran sihat selain menjadi asas kepada kehidupan yang lebih baik.

Dalam masa yang sama keselesaan itu akan dapat meningkatkan moral di kalangan anggota tentera seterusnya menyumbang kepada kekuatan negara.

Berikut merupakan ucapan penuh YB Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein , Menteri Pertahanan Malaysia sewaktu majlis Perasmian Rumah Keluarga Angkatan Tentera bertempat di Desa Tentera Darat , Sungai Panching Kuantan Siang tadi.  

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Alhamdullilah, saya merafakkan  rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana diberi kesempatan untuk bersama dengan tuan-tuan dan puan-puan di Majlis Perasmian Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT), Desa Tentera Darat, Sungai Panching, Kuantan pada hari ini.

Syabas, tahniah dan terima kasih kepada Bahagian Pembangunan Kementerian Pertahanan selaku pengurus projek perumahan ini, Tentera Darat, Markas 4 Briged Mekanis serta semua pihak yang telah merealisasikan satu lagi projek RKAT di Negeri Pahang.

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih  dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor dan Panglima 4 Briged Mekanis, Brig Jen Dato’ Ahmad Tajuddin bin Abd Ghani serta seluruh warga tentera 4 Briged Mekanis yang telah bertungkus lumus menghulurkan bantuan semasa bencana banjir besar melanda Pantai Timur pada Disember lalu. Komitmen dan profesionalisme yang telah ditunjukkan oleh tuan-tuan dan puan-puan bukan sahaja dihargai oleh mangsa-mangsa banjir tetapi juga diiktiraf kerajaan Negeri Pahang dan Kerajaan Persekutuan. Terima kasih saya ucapkan.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,

Aspek perumahan menjadi antara agenda terpenting saya di Kementerian Pertahanan khususnya dalam mempertingkatkan taraf hidup dan keselesaan warga tentera yang telah banyak berkorban mencurah bakti demi mempertahankan kedaulatan tanah air tercinta. Dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, pembinaan rumah keluarga seperti ini dilihat dapat memberi lebih keselesaan dan keselamatan kepada warga tentera dan keluarga. Ia juga dapat meningkatkan moral anggota-anggota untuk terus memberikan khidmat dengan lebih cemerlang dan komited serta dapat mencapai teras misi nasional dalam ‘membangunkan modal insan berkualiti’. Tambahan pula warga tentera kerap melaksanakan tugasan jauh daripada keluarga. Justeru, amat penting mereka merasa yakin keluarga yang ditinggalkan sentiasa terpelihara dari segi keselamatan dan kebajikan.  Kerana itu, kerajaan amat sedar betapa pentingnya rumah keluarga yang selesa dan selamat disediakan.

Pembinaan Rumah Keluarga Angkatan Tentera Sungai Panching ini merupakan salah satu daripada projek pembangunan perumahan di Negeri Pahang yang dibina bagi menampung keperluan perumahan pegawai dan anggota yang bertugas di pasukan-pasukan sekitar Kuantan. Projek ini telah dimulakan pada tahun 2006 dengan kos sebanyak RM75 juta yang diterima dari Jabatan Perdana Menteri. Walaupun beberapa masalah terpaksa dihadapi namun projek ini diteruskan dan kini telah 98.90 peratus siap dan akan diambil alih secara separa (tidak sepenuhnya) oleh Tentera Darat. Baki projek sebanyak 1.10 peratus akan diteruskan dengan kerja-kerja peningkatan kestabilan cerun dan pembinaan penghadang untuk keselamatan kanak-kanak dan dijangka siap sepenuhnya pada akhir tahun ini.

Kemudahan yang terdapat di Rumah Keluarga Angkatan Tentera Sungai Pancing termasuklah 1 unit Banglo Kelas B2, 1 unit Banglo Kelas C+, 1 Blok Apartment Kelas E yang mempunyai 16 unit, 6 Blok Apartment Kelas F yang mempunyai 96 unit, 14 Apartment Kelas G yang  mempunyai 224 unit, sebuah surau, sebuah taska, sebuah pusat komuniti, padang bola sepak, padang permainan kanak-kanak, rumah pengawal dan turut dikelilingi pagar keselamatan. Untuk permulaan seramai 300 anggota lain-lain pangkat terlibat untuk dipindahkan ke Rumah Keluarga Angkatan Tentera Sg Pancing iaitu 234 anggota yang kini mendiami Rumah Keluarga Angkatan Tentera di Kem Batu 10, Kuantan dan 66  anggota yang sedang menyewa di luar ketika ini.

Lanjutan daripada pemindahan anggota di Kem Batu 10 tersebut ke Rumah Keluarga Angkatan Tentera Sungai Panching ini, maka sebanyak 8 Blok (setiap 1 blok mempunyai 24 unit rumah)  yang mengandungi 192 unit rumah keluarga Kelas G di Kem Batu 10 akan dikosongkan. Setiap unit Kelas G ini hanya mempunyai 2 bilik tidur dan keadaan ini tidak menepati kelayakan minimum iaitu 3 bilik tidur  bagi sebuah rumah yang selesa seperti ditetapkan oleh Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Justeru, sebagai permulaan, saya ingin mengumumkan bahawa 2 blok yang mempunyai 48 unit rumah Kelas G di Kem Batu 10 akan dibuat peningkatan dari 2 bilik tidur kepada 3 bilik tidur. Projek ini akan melibatkan perbelanjaan sebanyak RM2.4 juta, menggunakan peruntukan Belanja Mengurus (OE) tahun 2015 Tentera Darat. Saya berharap projek peningkatan ini dapat diteruskan oleh Tentera Darat ke blok yang lain dengan menggunakan peruntukan Belanja Mengurus tahunan yang disediakan setiap tahun.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,

Saya menyedari bahawa kebanyakan rumah keluarga di Kem-kem Tentera Darat dibina pada tahun 70-an dan kebanyakannya berada dalam keadaan daif dan tidak menepati spesifikasi yang ditetapkan oleh kerajaan serta tidak sesuai untuk diduduki. Saya amat memahami situasi ini dan pada hari ini saya ingin mengumumkan bahawa Kementerian Pertahanan telah menerima peruntukan khas daripada kerajaan berjumlah RM100 juta untuk tujuan membaik pulih dan menaik taraf rumah keluarga angkatan tentera, pada tahun ini. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM60 juta dikhaskan untuk keperluan Tentera Darat.

Selain itu, melalui program NBOS-MyBM (My Beautiful Malaysia) di bawah kelolaan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tentera Darat juga telah memperoleh peruntukan khas berjumlah RM33 juta untuk kerja-kerja penyelenggaraan rumah keluarga tentera yang sedia ada. Tentera Darat turut menerima peruntukan tambahan sebanyak RM1.5 juta melalui program ini bagi penyelenggaraan rumah keluarga kelas C dan Kelas G di Kuantan dan RM1.6 juta lagi diperuntukkan untuk penyelenggaraan rumah keluarga Kelas E dan F.

Saya berharap agar pihak JKR dan agensi pelaksana yang telah dilantik dapat menyegerakan kerja-kerja pembaikan agar peruntukan yang diperoleh pada tahun  ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya demi kesejahteraan keluarga warga tentera. Saya juga berharap dengan terlaksananya program penyelenggaraan dan peningkatan ini, lebih ramai anggota Tentera Darat yang menyewa di luar dapat menduduki Rumah Keluarga Angkatan Tentera dan menikmati kehidupan yang lebih kondusif, selesa dan terjamin keselamatannya terutamanya kepada keluarga yang terpaksa ditinggalkan kerana tugas.

Penyiapan projek Desa Tentera Darat Sungai Panching ini membuktikan komitmen kerajaan dan Kementerian Pertahanan dalam merealisasikan program-program peningkatan dan penyelenggaraan yang lain di Kuantan dan juga di seluruh negara bagi menjamin keselesaan hidup warga Angkatan Tentera Malaysia. Selain Rumah Keluarga Angkatan Tentera Sungai Panching ini, saya juga sedang memberi tumpuan kepada Rumah Keluarga Angkatan Tentera untuk tentera laut di Sepanggar dan Rumah Keluarga Angkatan Tentera untuk tentera udara di Labuan. Semasa lawatan 3 hari saya ke Sabah bulan lalu, saya telah meninjau keadaan kedua-dua Rumah Keluarga Angkatan Tentera ini dan serentak itu, saya telah meminta pihak Kementerian Pertahanan (TKSU Pembangunan) untuk memberi tumpuan khusus kepada usaha menaik taraf kedua-dua Rumah Keluarga Angkatan Tentera ini.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian

Pada hari ini, saya ingin mengumumkan bahawa kerajaan telah meluluskan sebanyak 10 projek pembinaan rumah keluarga baru di seluruh negara untuk Tentera Darat sama ada untuk menambah keperluan yang tidak mencukupi ataupun mengganti rumah keluarga yang telah usang dan tidak selamat diduduki.  Kem-kem yang terlibat dalam projek ini adalah:
Kem Oran, Kangar, Perlis.
Kem Tok Jalai, Alor Setar, Kedah.
Kem Bt Melintang, Jeli, Kelantan.
Kem Desa Pahlawan, Kota Bharu, Kelantan.
Kem Syed Sirajuddin, Gemas, Negeri Sembilan.
Kem Semenggo, Kuching, Sarawak.
Kem Pakit, Sri Aman, Sarawak.
Kem Bt 10, Sibu, Sarawak.
Kem Sri Miri, Miri, Sarawak.
Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu, Sabah 

Setakat ini pihak kerajaan telah meluluskan peruntukan berjumlah hampir RM1.1 bilion untuk pembinaan rumah keluarga baru ini. Justeru, marilah kita berdoa agar kesemua projek ini akan dapat disiapkan dalam masa 2 ke 3 tahun yang akan datang. Untuk itu saya menggesa Bahagian Pembangunan yang menguruskan projek ini bagi pihak Kementerian Pertahanan agar dapat menumpukan segala usaha untuk melaksanakan projek ini sehingga selesai.  Tidak lupa, agensi pelaksana projek seperti Jabatan Kerja Raya dan Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan Pertahanan (BPKP) supaya memastikan semua projek dapat disiapkan mengikut jadual, kos dan spesifikasi yang ditetapkan. Kejayaan pelaksanaan projek ini bergantung kepada kolaborasi dam kerjasama erat pelbagai agensi.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian

Sebelum berundur, saya sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih kepada Panglima Tentera Darat dan warga 4 Briged Mekanis kerana memberi penghormatan kepada saya untuk merasmikan Desa Tentera Darat Sg Panching ini. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan dan semua agensi dan Jabatan Kerajaan Persekutuan dan Negeri yang telah memberi kerjasama bagi melancarkan perjalanan majlis pada pagi ini.

Dengan kata-kata itu, serta dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, saya dengan rasa sukacitanya merasmikan Desa Tentera Darat Sg Panching pada pagi ini.

Sekian.

PAS Sedar DAP Guna Pendekatan Pecah & Perintah !

DAP hari ini diberi amaran supaya tidak menusuk ‘jarum beracun’ bagi memecahbelahkan perpaduan di dalam PAS, kata Pemangku Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Dr Mahfodz Mohamed.

Sehubungan itu, Dewan Ulama PAS menegaskan bahawa pemimpin dan ahli PAS tidak akan menggugurkan hasrat untuk melaksanakan undang-undang jenayah Islam atau undang-undang hudud.

“DAP jangan cuba menusuk jarum beracun bagi memecah-belah kesatuan PAS menerusi kaedah pecah dan perintah apabila memutuskan hubungan dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, tetapi tidak dengan PAS,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dr Mahfodz berkata, perjuangan untuk mendaulatkan Islam bukan saja perjuangan presiden, tetapi perjuangan yang didukung oleh semua peringkat pimpinan dan ahli PAS.

“DAP jangan memisahkan presiden daripada PAS kerana PAS diketuai dan dipandu oleh presiden sebagai ketua parti.

“Keputusan presiden adalah keputusan bersama parti termasuk dalam usaha melaksanakan Undang-Undang Jenayah Islam menerusi Kanun Jenayah Syariah (II) Kelantan 1993 (Pindaan 2015),” katanya.

Dewan itu juga katanya, turut bersetuju dengan pandangan Setiausaha Agung parti itu, Datuk Mustafa Ali bahawa tindakan DAP sejak akhir-akhir ini disifatkan sebagai kebudak-budakan.

“Benar juga penegasan Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan juga Ketua Pemuda, Suhaizan Kayat bahawa memutuskan hubungan dengan presiden bererti memutuskan hubungan dengan PAS,” katanya.

Katanya, DAP perlu menghormati pendirian PAS untuk memperjuangkan undang-undang jenayah Islam kerana ia bukan dasar bersama pakatan rakyat tetapi dasar bersendiri PAS.

Beliau berkata, Dewan Ulama PAS memberi sokongan penuh tidak berbelah-bahagi kepada Abdul Hadi.sumber 

MMI

SALUTE PDRM !! @PDRMsia @KBAB51

Hampir 5 hari MMI tak update blog disebabkan tugasan padat yang tak dapat dielakkan.Namun dalam kepadatan itu sempat jugalah MMI mencuri masa untuk merehatkan diri.

Seperti kebanyakkan orang lain , nikmat merehatkan diri itu bukanlah sesuatu yang boleh dijual beli.Apatah lagi kesempatan itu bukannya di rumah sendiri tetapi jauh di tempat orang.

Dan seperti biasa sebagai manusia sifat kebergantungan sesama manusia itu perlu walaupun secara peribadinya kita WAJIB berusaha.

Tidak semua perkara didunia ini boleh dilakukan tanpa bantuan mahupun sokongan orang lain , bahkan dalam satu-satu keadaan manusia itu lebih suka menyalahkan orang lain.Hakikatnya sifat manusia itu sudah tercatit sejak azali bahawa mereka akan sentiasa mendepani cabaran demi cabaran dalam konteks masing-masing.Islam sebagai contohnya sudah pun mengingatkan umatnya bahawa iblis dan syaitan akan sentiasa menggangu kehidupan manusia dan menyesatkan mereka daripada pegangan agama Islam itu sendiri.

Maka kerana itu cabaran yang sedang kita hadapi hari ini sebenarnya bukanlah cabaran yang boleh diambil mudah tetapi merupakan cabaran yang mampu melemahkan kita seterusnya menyebabkan seluruh negara akan terkesan dengannya.

Kehadiran pelbagai bentuk tekanan dan cabaran bukan hanya terletak kepada individu tetapi juga tersasar kepada badan-badan kerajaan seperti PDRM dan agensi-agensi lain yang berkaitan.Bayangkan jika tekanan dan cabaran ini GAGAL ditangani dengan baik maka sudah pastilah satu malapetaka dasyat boleh berlaku di bumi Malaysia.


Sebagai rakyat , MMI bersyukur kerana Malaysia dikurniakan dengan keamanan serta kemakmuran yang boleh dikatakan terbaik di dunia.Walaupun ada cabaran-cabaran tertentu yang dilihat agak agresif tetapi kita masih lagi mampu mendepaninya.Semuanya pasti kerana semangat dan disiplin kita dalam menguruskan sebuah negara yang cukup unik dengan kepelbagaian bangsa dan agamanya.

Pengalaman MMI bersama teman-teman sepanjang 5 hari lepas cukup bermakna , disaat kita memerlukan bantuan maka hadirlah mereka yang kita gelarkan sebagai PDRM.Dengan penuh disiplin dan tanggungjawab mereka menghulurkan bantuan yang pastinya menjadi kenangan paling indah kepada kami sekumpulan.


Namun jika kita teliti dan perhatikan , mereka sentiasa ada pada setiap masa dan ketika kita memerlukan.Lihat sahaja dalam dunia politik ! Walaupun mereka adalah sebahagian daripada mangsa cercaan dan makian pihak-pihak tertentu , tidak sedikitpun ianya menjadi nanah atau kudis malah mereka jualah yang memikul tanggungjawab disaat pihak-pihak tersebut memerlukan bantuan.

Itulah PDRM ! Mereka sentiasa bersedia dan terus bersedia memikul tanggungjawab demi rakyat dan negara.

SALUTE PDRM !

Selamat Menyambut Hari POLIS Yang Ke-208 !

MMI

Labels