Followers

Wednesday 22 September 2021

Antara Kuasa Eksekutif & MPN


Apa jua yang diputuskan sekalipun pada MMI biarlah ada HORMATnya.

Sebagai seorang bekas Perdana Menteri yang disifatkan gagal sewajarnya Mahiaddin perlu berhati-hati dengan kata-kata atau apa jua ungkapan sekalipun kerana satu kesilapan sahaja akan menyebabkan rakyat hilang keyakinan kepada kerajaan sedia ada.

Jangan jadikan rasa ego dan bongkak sehingga keluarnya ungkapan MPN ada kuasa penuh laksana dasar kecuali kewangan kerana ia akan menyebabkan berlakunya kekeliruan malah akan wujud spekulasi bahawa Perdana Menteri hari ini dikuasai oleh bayang hitam dari belakang.

Jangan sampai rakyat muak dengan kehendak politik riak kerana bumi Malaysia sudah merana selama hampir 2 tahun ini akibat kegagalan para pemimpin bersifat amfibia.

Pada MMI apa jua yang dirancang atau apa juga perancangan sekalipun ianya mestilah berbalik kepada jemaah menteri khususnya Perdana Menteri untuk dipertimbangkan dengan sebaik-baiknya.

Jangan main hentam kromo kerana tindakan sembrono tanpa melalui hiraki pentabiran hanya akan menyebabkan impak negatif yang boleh menyebabkan rakyat menjadi mangsa.

MMI kongsikan untuk kita sama-sama fahamkan apa yang dimaksudkan sebagai KUASA EKSEKUTIF PERSEKUTUAN.

RAMAI yang keliru siapakah sebenarnya memegang kuasa eksekutif bagi Persekutuan. Ada yang mengatakan Perdana Menteri mempunyai kuasa eksekutif yang paling tinggi kerana beliau dipilih oleh rakyat berdasarkan amalan demokrasi di Malaysia. Tidak kurang juga yang mengatakan ‘pemerintah’ tertinggi adalah Perlembagaan Persekutuan kerana ia dokumen undang-undang yang tertinggi dalam negara.

Ruangan kali ini akan meneliti dari aspek Perlembagaan berkaitan perkara ini. Kita perlu merujuk kepada Perkara 39 Perlembagaan Persekutuan. Perkara 39 tersebut berbunyi:

“Kuasa eksekutif Persekutuan hendaklah terletak hak pada Yang di-Pertuan Agong dan tertakluk kepada peruntukan mana-mana undang-undang Persekutuan dan peruntukan Jadual Kedua, bolehlah dijalankan olehnya atau oleh Jemaah Menteri atau mana-mana menteri yang diberi kuasa oleh Jemaah Menteri tetapi Parlimen boleh melalui undang-undang memberikan fungsi eksekutif kepada orang lain.”

Pembacaan teliti kepada Perkara 39 di atas akan merungkaikan beberapa isu dan pemahaman yang jelas iaitu:

1. Kuasa eksekutif atau pemerintahan bagi Persekutuan adalah dimiliki oleh Yang di-Pertuan Agong;

2. Tertakluk kepada peruntukan mana-mana undang-undang Persekutuan dan Jadual Kedua Perlembagaan, kuasa tersebut boleh dijalankan oleh

(a) Yang di-Pertuan Agong sendiri;

(b) Jemaah Menteri; atau

(c) Mana-mana menteri yang diberi kuasa oleh Jemaah Menteri.

3. Parlimen boleh memberikan fungsi eksekutif tersebut kepada orang lain jika undang-undang dibuat sedemikian.

Oleh itu, sangat jelas dalam Perlembagaan Persekutuan menyatakan eksekutif atau pemerintah sebenar Persekutuan adalah Yang di-Pertuan Agong. Cuma dalam menjalankan kuasa tersebut, ia boleh dijalankan oleh Agong sendiri, Jemaah Menteri atau mana-mana menteri yang diberi kuasa melalui undang-undang oleh Jemaah Menteri. Pada masa yang sama jika Parlimen membuat undang-undang memberikan fungsi eksekutif ini kepada orang lain, maka fungsi tersebut boleh berpindah kepada orang lain.

Mungkin kita sudah lazim menyedari kuasa eksekutif yang dijalankan oleh Jemaah Menteri sehingga kita membentuk persepsi bahawa Jemaah Menterilah yang mempunyai kuasa tertinggi sehingga mengabaikan peruntukan Perkara 39.

Berbalik kepada Perkara 39, sebenarnya kuasa eksekutif itu boleh dijalankan sendiri oleh Yang di-Pertuan Agong dan orang lain melalui undang-undang.

Undang-undang

Walau apa pun kuasa tersebut, ia mestilah tertakluk kepada undang-undang Persekutuan dan Jadual Kedua Perlembagaan Persekutuan sebagaimana tercatat dalam Perkara 39. Namun, kita perlu juga melihat kepada persoalan yang mungkin timbul dalam Perkara 40 yang menyebut Yang di-Pertuan Agong hendaklah bertindak mengikut nasihat Jemaah Menteri.

Ironinya, Perkara 39 mengatakan Yang di-Pertuan Agong boleh menjalankan kuasa eksekutifnya sendiri tetapi Perkara 40 memperuntukkan Yang di- Pertuan Agong hendaklah bertindak menurut nasihat Jemaah Menteri.

Bagi mengharmonikan kedua-dua peruntukan Perlembagaan ini, saya berpendapat jika Yang di-Pertuan Agong menjalankan kuasa eksekutifnya sendiri menurut Perkara 39, maka Perkara 40 tidaklah terpakai. Perkara 40 terpakai jika fungsi eksekutif itu dijalankan oleh Jemaah Menteri atau mana-mana menteri yang diberi kuasa oleh Jemaah Menteri.

Bagaimanapun, persoalan sebegini masih belum diuji tafsirannya di mahkamah setakat ini. Jika persoalan sebegini dijawab secara afirmatif oleh mahkamah, ia merupakan titik tolak baharu dalam era pemerintahan di Malaysia yang selama ini hanya bergantung kepada Jemaah Menteri yang kebanyakannya terdiri dalam kalangan ahli politik.

Perkara 39 juga tidak menjelaskan secara tuntas sama ada Yang di-Pertuan Agong boleh menjalankan kuasa eksekutifnya secara sebahagian sahaja ataupun perlu menjalankannya secara keseluruhan menurut Perkara 39 tersebut.

Di sini tidak timbul persoalan berkaitan penolakan atau menggugat demokrasi kerana ia dibenarkan oleh Perlembagaan. Walaupun Kanun Keseksaan ada menyatakan kesalahan melakukan tindakan yang menggugat demokrasi, demokrasi itu sendiri tidak disebut dalam Perlembagaan Persekutuan.

Semua isu ini hanya boleh diselesaikan oleh Mahkamah Persekutuan yang merupakan badan yang paling berautoritatif dalam memberikan tafsiran kepada Perlembagaan Persekutuan.

Datuk Zainul Rijal Abu Bakar ialah Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM)

sumber https://www.sinarharian.com.my/article/87662/KOLUMNIS/Kuasa-eksekutif-Persekutuan

MMI nak ingatkan apa jua yang terbaik untuk rakyat dan negara laksanakanlah dengan sebaik-baiknya cuma apa yang rakyat mahukan jangan lagi ada sifat bodoh sombong sebab sifat sebegitu hanya menyebabkan rakyat menjadi mangsa.

Tolong hormat hiraki.

MMI

Monday 20 September 2021

Jangan Risau Wahai UMNO


Walaupun perjalanan hari ini terasa amat memeritkan percayalah kami masih ada sini.

Bagi mereka yang lain mungkin keperitan ini perlu segera dikesampingkan namun bagi MMI dan rakan2 diluar sana langkah perlu diteruskan.

Kami bukan hulubalang yang tangkasnya mampu merebahkan nyawa.

Kami juga bukan kalangan berdarjat yang kata-katanya perlu diangguk dan disempurnakan dengan adat.

Kami hanya sekumpulan orang biasa yang diajar supaya sedar dan faham bahawa kumpulan besar kami belum lagi sempurna.

Kerana itu kami tekad .. Suara dan jerit perih yang dulunya mengajar dan menyedarkan kami dengan secawan kopi panas akan terus kami pegang dan kami julang setinggi-tingginya.

Padi walaupun tunduk isinya berjasa !

Pokok walaupun tumbang tetap izinkan kulat hidup !

Sungai walaupun alirannya mampu membawa bencana isinya terkandung zat !

Dan UMNO walaupun sedang dibadai jasanya jangan siapa pertikai !

Biar tinggal kami ... UMNO akan terus dihati.

Kami akan terus setia dan ikhlas berjuang selagi mana UMNO tidak meninggalkan kami.

MMI

Thursday 16 September 2021

Selamat Hari Malaysia

 


Kita tahu Malaysia sebuah negara terbaik

Kita tahu disinilah tempat kita

Kita tahu disinilah segala-galanya bermula

Kerana itu jangan sesekali kita ulangi kesilapan

Kerana itu jangan sesekali kita leka & alpa

Kerana itu jangan sesekali kita lupa

Bahawa bumi bertuah ini sentiasa memayungi kita tanpa mengira Agama & Bangsa.

Be Strong

Kita gapai kejayaan sama-sama

Selamat Hari Malaysia

MMI

Thursday 9 September 2021

Stand we must !

 


Inilah sebabnya kenapa saya sentiasa mendokong perjuangan parti UMNO walaupun pelbagai dugaan serta cabaran menimpa.

Sejak kekalahan pada PRU14 saya telah melihat bahawa perkembangan politik negara bakal berubah daripada sebuah blok politik yang kukuh kepada satu kesepakatan longgar yang boleh terungkai.

Apatah lagi sewaktu Pakatan Harapan berkuasa Perdana Menteri ketika itu yang cuba mengekalkan sifat ala diktatornya turut sama ditolak oleh rakan segandingan sehingga akhirnya meletakkan jawatan dan terbubarnya kerajaan.

Kemudiannya kita mula menyaksikan satu kesepakatan longgar antara parti-parti yang mula bergabung untuk menubuhkan kerajaan baharu yang dikenali sebagai Perikatan Nasional.

Kelonggaran itu bermula apabila akar umbi merasakan bahawa kesepakatan yang diwujudkan itu pasti akan bermasalah kerana muka-muka yang tidak konsisten dalam perjuangan apatah lagi bersifat amfibia selain obses untuk menguasai arus politik negara hinggakan UMNO cuba dilenyapkan.

Akibatnya Perdana Menteri yang gagal untuk menghormati rakan parti dan Institusi Istana meletakkan jawatan dan kerajaan baharu dibentuk semula di bawah kepimpinan YAB DSIS.

Walaupun pembentukan kerajaan kali ini dilihat agak baik dari segi kritikannya (hingga saat ini) namun saya optimis kritikan demi kritikan pasti akan berterusan apatah lagi Mantan Perdana Menteri yang gagal masih lagi dilantik.

Kerajaan Malaysia yang ada pada hari ini juga sebenarnya longgar dari segi keutuhannya dan banyak pihak telah pun melihat dengan mata kepala sendiri bagaimana keputusan perlantikan jawatan kabinet seolah-olah sekadar menukar pemandu dan kedudukan penumpang dalam sebuah bas.

Apakah situasi senyap pada ketika ini mampu menahan kerajaan ini dari kembali bergelora ?

Hanya masa dan keikhlasan yang akan menentukan.

Kerana itu saya bersetuju dengan apa yang telah disuarakan oleh Timbalan Presiden UMNO bahawa UMNO tidak akan bekerjasama dengan Bersatu pada PRU kali ini.

Satu keputusan tegas yang perlu kita sama-sama pertahankan.

Tegas Timbalan Presiden lagi, Umno akan bertanding atas kekuatannya sendiri bagi memenangi PRU15 sekali gus membentuk kerajaan.

Beliau berkata, parti itu tidak boleh menang dengan terpaksa bersandarkan kepada kekuatan parti lain.
Katanya, keadaan itu akan mewujudkan situasi politik seperti sekarang apabila tiada parti politik yang dominan untuk membentuk kerajaan.

“Kita mahu menang atas diri kita sendiri, bukan nak menang bersandarkan kekuatan orang lain. Jika menang, kita boleh membentuk kerajaan, bukan menang tetapi terpaksa meminta belas kasihan orang, itu tidak betul.

“Itu punca jadi seperti hari ini dan rakyat mesti faham, jika memilih dalam pilihan raya nanti, pilih dalam keadaan begini tidak ada parti yang dominan dan negara akan terus huru hara,” katanya.

Mengulas tindakan PAS bergabung dengan Perikatan Nasional (PN) Mohamad berkata, pihaknya berharap parti rakan kerjasama dalam Muafakat Nasional (MN) itu dapat membuat pendirian.

Katanya, PAS perlu membuat keputusan sama ada mahu bersama MN ataupun PN bagi menghadapi PRU-15 termasuk di peringkat DUN.

“Mereka (PAS) sudah menjadi anggota PN, persoalannya sekarang jika ada pertembungan antara BN dengan PN, PAS mahu sokong siapa kerana PAS adalah sebahagian daripada PN dan mereka juga jentera pilihan raya PN.

“Itu terpulang kepada PAS untuk memutuskan sama ada mahu bersama MN atau PN, tetapi jangan buat keputusan lambat selepas Parlimen dibubarkan.

“Jika mahu bersama kami, beritahu kami sekarang,” katanya.

https://www.freemalaysiatoday.com/.../umno-tidak-akan.../

Pada saya sekarang masa untuk kita sama-sama selesaikan masalah negara antara contoh terkini adalah tindakan DS Najib bertemu DSIS.

Baca sini https://www.facebook.com/DatoIbrahimRomli/posts/403164777902074

Dalam masa yang sama program pengukuhan parti perlu segera dirancakkan agar UMNO bersedia menghadapi PRU15 berlandaskan prinsip dan ketegasan kita dalam berpolitik.

Stand we must !

MMI

Labels